Ahad, 20 Disember 2009

DOSA YANG AMAT BESAR PEMBANGKANG



Pembangkang cuba runtuhkan negara

IPOH 19 Dis. - Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, belanjawan tahunan amat penting untuk sesebuah kerajaan beroperasi dan ia tidak pernah ditolak di mana-mana negara.

''Sekiranya mereka berjaya hari itu, kita akan berada dalam krisis kerana beberapa hari lagi 1 Januari 2010, maknanya kerajaan tidak boleh beroperasi.

''Apa akan jadi kepada negara? Maknanya habislah, hancurlah negara ini. Itu kesannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di tapak Pasar Tani Taman Perpaduan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden Bajet 2010 hampir tidak diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan.

Semasa pengundian tersebut, Bajet 2010 diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ekoran insiden tersebut, rakyat kini perlu bersikap kritikal terhadap pembangkang yang mahu mencari keuntungan politik tanpa mengira kesannya terhadap negara.

''Jangan apa kerajaan buat sedikit pun, kita kata kerajaan tidak betul tetapi apabila pembangkang buat, semua okay.

''Ini bukan soal kecil tetapi lagi besar daripada perang kerana kalau perang dunia, negara ada belanjawan tetapi kalau tidak ada belanjawan, hancur terus negara," katanya.

berita penuh di pautan utusan malaysia online bertarikh 20.12.2009

komen penulis,

Kita sentiasa menyalahkan Ahli Parlimen BN dalam menghadapi satu - satu insiden termasuklah insiden pengundian di Dewan Rakyat baru - baru ini bagi meluluskan bajet 2010 dimana 66 undi Ahli Parlimen BN menyokong manakala 63 undi Ahli Parlimen pembangkang menolak Bajet 2010, Dewan perlu mengkaji semula jangka masa yang diambil sewaktu sidang parlimen berjalan yang sehingga kadang kalanya mengambil masa dari pagi hingga ke 10.00 malan pun masih lagi bersidang dan ini tentunya memenatkan tambahan hanya duduk mendengar perbahasan.

Walaubagaimanapun kita harus melihat juga apa peranan Ahli Parlimen pembangkang? kenapa pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP harus membantah sedangkan bajet adalah sesuatu untuk kebaikan negara, untuk kebaikan rakyat keseluruhannya, sedang kan mereka secara terus diberi penjelasan oleh para Menteri sepanjang Dewan Bersidang sejak sebulan yang lalu dan telah berlaku segala soal jawab, kenapa peranan sebagai Ahli Parlimen pembangkang semestinya membangkang sedangkan untuk perkara yang baik, dimana tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen tak kira BN atau pembangkang, bukan kah pembangkang juga di undi oleh pengundi kawasan mereka untuk membela mereka selaku rakyat dan tidak kah bajet adalah untuk kebaikan rakyat, tidakkah selama ini pembangkang melaung sana sini kononnya untuk membetulkan perkara yang tak betul dan nak pastikan segalanya untuk kepentingan rakyat, dimana laungan tersebut, kenapa cakap tak serupa bikin!!!

Jika kita nak menyalahkan Ahli Parlimen BN tidak hadir, bukankah di sebelah pembangkang juga Ahli Parlimen mereka tidak hadir, kenapa harus dipersalahkan di satu pihak saja, besarkah dosa mereka yang tidak hadir berbanding dengan sikap Ahli Parlimen pembangkang yang hadir tetapi mengundi menolak bajet 2010 untuk diluluskan, tidak kah itu DOSA YANG AMAT BESAR.

Apa kesan jika bajet 2010 ditolak dan tidak diluluskan, seperti kata YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II diatas amat penulis setuju, terlalu besar dosa Ahli Parlimen pembangkang yang mengundi menolak bajet 2010 semata-mata bermain politik kotor untuk memerangkap kerajaan, tahu kah kita jika bajet tidak diluluskan maka ;

1. Pentadbiran Kerajaan akan lumpuh sama sekali.

2. Penjawat awam atau kakitangan kerajaan keseluruhannya akan tidak menerima gaji selama 1 tahun sehingga bajet 2011 dibentang, mahukah kakitangan kerajaan bekerja tanpa gaji seperti ahli - ahli politik yang bekerja tanpa gaji.

3. Ekonomi akan runtuh, negara akan bangkrap kerana segala perbelanjaan tidak dapat dilakukan kerana kewangan di bekukan, rakyat tidak membeli, peniaga akan kerugian, pelabur akan menghentikan operasi mereka.

4. Sistem pengangkutan akan terhenti, kenderaan kerajaan, pengangkutan awam, pengangkutan sektor swasta akan terhenti kerana tiada urus niaga berjalan.

5. Barangan pengguna akan melambung tinggi, maka rakyat akan derita akibat banyak barangan yg diberi subsidi tidak dapat disalurkan subsidi seperti Gula, Beras, Tepung, Minyak petrol dan Diesel, Minyak masak, ikan, sayur, elektrik, air dan sebagainya.

6. Elektrik akan dipotong kerana tiada subsidi dan bayaran tidak di lunaskan.

7. Bank akan tutup operasi kerana tak mampu menampung pegaliran urus niaga kewangan.

8. Rakyat akan bangkrap kerana tak mampu membayar hutang.

9. Pesara akan sengsara kerana bayaran pencen tidak dapat dibuat pembayaran.

10. anggota keselamatan seperti Polis dan Tentera akan lumpuh kerana tiada kewangan untuk beroperasi.

11. Pengangguran akan meningkat kerana kilang akan memberhentikan operasi.

12. Sekolah, Universiti dan Kolej akan tutup kerana tiada dana untuk beroperasi.

13. Orang miskin akan papa kedana kerana sumbangan bantuan kebajikan akan terhenti.

14. Kematian dan penyakit kronik akan meningkat kerana Hospital dan klinik tidak beroperasi kerana tiada dana disalurkan.

15. Bursa Saham dan seumpama dengan nya akan lumpuh maka Negara akan miskin.

16. DAN banyak lagi yang tak tertulis dik teman....

Bayang kan apa yang berlaku dan bandingkan dosa besar yang dilakukan oleh pembangkang dalam usaha bermain politik kotor dengan usaha melumpuhkan dan membangkrapkan negara sekali gus usaha untuk mengsengsarakan rakyat, ini teori mereka biar ini berlaku maka rakyat marah kepada kerajaan BN maka mereka akan mengambil alih pemerintahan negara walaupun rakyat akan menderita, negara akan bankrap, kesan yang berlaku sedarkah kita lagi teruk daripada berlaku peperangan dunia ke 2 malah sekiranya berperang pun negara masih tidak bankrap.

Benar kata DS Nazri Tan Sri Yeop Aziz, bahawa beliau rasa sesuatu akan berlaku kerana beliau melihat AN War, Lim Kit Siang, Haji Hadi dan lain - lain ahli pembangkang masih menunggu hingga ke lewat petang sedangkan sebelum ini hanya hadir separuh hari saja malah ada kala tidak datang lansung bergantung kepada isu yang akan dibentangkan, tetapi pada hari kejadian mereka -mereka ini sibuk menelefon sana sini dan menunggu hingga masa pengundian malahan amalan biasa hanya sekadar bersuara BERSETUJU di bantah mereka dengan meminta untuk mengundi secara angkat tangan kerana mereka mengagak bahawa mereka lebih lagi majoriti berbanding BN, bermakna mereka - mereka ini telah merancang dari awal lagi untuk melakukan dosa besar tersebut, ini harus rakyat keseluruhannya sedar akan kerja jahat pembangkang, yang tidak mempedulikan apa yang rakyat di luar akan tanggung, mereka tetap laksanakan misi jahat mereka demi kepentingan diri dan parti mereka, ini harus kita tolak sama sekali.

Walaubagaimanapun Allah S.W.T masih melindungi kita usaha pembangkang tidak berjaya sama sekali dalam masa yang sama keseluruhan Ahli Parlimen BN harus berkorban diri untuk memastikan kejadian tersebut tidak berulang lagi, walau pun penat dan letih, walaupun ada majlis yang perlu dihadiri di kawasan masing-masing, harus diingat bahawa semua itu boleh di lakukan pada masa lain berbanding jika Rakyat papa kedana, negara bangkap dan ruyup, menyesal tiada gunanya.

Kepada rakyat keseluruhannya berhati - hatilah dalam menilai sesuatu isu, berhati- hatilah dengan mainan politik, politik adakala nya diluar jangkaan kita, diluaran mungkin nampak ada baiknya tetapi kita tak mampu untuk melihat dalamannya adakalanya amat hitam dan pekat kotornya kerana kita tiada kepakaran di alam POLITIK, terutamanya POLITIK KOTOR DAN JAHAT.

20 ulasan:

  1. kalau kerajaan boleh lumpuh maknanya bodoh lah kerajaan yang ada sekarang. kata 50 tahun lebih dah memerintah takan hal ni tak boleh handel...

    BalasPadam
  2. SALAM, KALAU TAK TAHU UNDANG2 DAN PERLEMBAGAAN SAUDARA NAK ULAS MENAMPAKKAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI...INI LAH CONTOH JENIS YANG TAK TAHU APA PERKARA MENYOKONG MEMBABI BUTA..

    BAJET ATAU APA SAJA RANG UNDANG2 ATAU PERKARA BESAR YANG MELIBATKAN NEGARA YANG WAJIB DIBENTANG PERLU DILULUSKAN DIDALAM PARLIMEN UNTUK DILAKSANAKAN, JIKA TIDAK DILULUS MAKA SEGALA KITA AMBIL SUDUT KEWANGAN NEGARA TIDAK BOLEH DIBELANJAKAN, APABILA TIDAK BOLEH DIBELANJAKAN MAKA TAK ADA DANA DAN DUIT UNTUK DIGUNAKAN BAGI TAHUN BERIKUTNYA...INI AKTA YEOP TAJAM..INI BUKAN TAJAM TAPI TUMPUL.

    BalasPadam
  3. Askum, apa punya stupid mamat tajam ni....mana punya lanun ni tak tahu bijik buah nak campur juga bagi komen.....oi...pergi sekolah lah baca buku Sejarah...

    Kalau buat semua ikut suka hati tak payah susah2 nak bentang dalam parlimen..sebab mangkuk ayun pembangkang dalam parlimen mengabih kan boreh je....duit penuh juga dalam saku.

    BalasPadam
  4. Salam,

    DS Najib sedang berusaha untuk makmurkan negara ini supaya semua subsidi yang diberikan biar kekal. Aeperti pepatah Inggeris berkata " A hungry man is an angry man". Ekonomi dunia bukan seperti dulu dan tekanan ekonomi ke atas negara-negara sedang membangun amat ketara pada masa ini. Pelabur perlu kembali untuk menjana ekonomi negara ...begitu payah untuk menguruskan sistem ekonomi sekarang. Lihatlah keadaan sekeliling tuan-tuan supermrket hampir kosong dan restoren-restoren nasi kandar semakin kurang dilawati. Rakyat tiada wang untuk belanja. Walau bagaimana pun kerajaan sedang berusaha untuk mengekal kesejateraan rakyat. kita perlu memberi pujian ke atas tugas yang dilakukan oleh pemimpin kita.

    Anwar bukan tak faham tentang ini semua.Dia seorang ahli ekonomi dan pernah menjadi Menteri kewangan dan menjadi orang kuat IMF. Dia tahu keadaan ekonomi global sukar dikawal dan ditadbir sekarang di serata negara. Tapi apa yang Anwar serta kuncu-kuncu di Pakatan rakyat harapkan ialah ekonomi negara kita lumpuh terus. Maka pakatan rakyat senang masukkan jarum yang bisa pada rakyat supaya rakyat menyalahkan pemimpin sekarang. Apakah anda semua fikir pakatan rakyat boleh memulihkan keadaan ini?. Alhamdullilah mereka tidak dapat ke Putra Jaya. Kalu tidak kita sekarang sudah hancur dan merempat disana-sini. Menghancurkan ekonomi negara ini itu sajalah tujuan mereka untuk berkuasa. Fikirkanlah hati perut mereka yang busuk dan berbau itu.Mereka ini tak ada idea macam mana nak pulihkan ekonomi negara ini tetapi ingin gunakan kesempatan.Pemimpin pakatan rakyat cuma Seperti "Dihujani kering, dijemur basah".

    BalasPadam
  5. JAHAT BETUL LANUN PENDERHAKA PEMBANGKANG NI..

    SANGGUP MEREKA MENGORBANKAN APA SAHAJA TERMASUK RAKYAT DAN NEGARA DEMI KEPENTINGAN KUASA DAN POLITIK SEMPIT MEREKA..

    MELIHATKAN KITA SEBENARNYA BERHADAPAN DENGAN MUSUH YANG KEJAM DAN TAK BERHATI PERUT..

    MAKA DENGAN INI TUAH BERIKRAR..BAHAWA MUSUH UTAMA TUAH ADALAH PAKATAN RAKYAT DAN TUAH AKAN TERUS BERUSAHA MENENTANG MERAKA..

    AKAN KITA BUANG MEREKA MASUK TONG SAMPAH..

    BalasPadam
  6. Bukankah masa bersaing nak dapat peluang bertanding dulu masing masing .............. ...... ....... ....................... ...... .............................. ........... ... ........... ............. ............. ........... .............. .............. ............... ............... ............... ............. .................. ............. ............................ .......... nak juga bertanding dan nak juga jadi wakil rakyat sampai kalau tak beri peluang .......... ...................... .......... .......... ........... ......... ........ dan beri pada orang lain ............ .......... ........... .......... .......... .............. ........... dan macam macam. ........ .......... .... .... ... ... .... .... ..... ..... Bukan gitu ke .

    BalasPadam
  7. Lama atau singkat bersidang itu bukan soal pokok.Jika takut MAMPIH DIREJAM OMBAK buat rumah di atas Bukit.Pokoknya puak-puak nei MEMANG HARAM JADAH>DASAR PUKI MAK!!!

    BalasPadam
  8. MARI KITA KEMPEN PEMBERSIHAN NEGARA..

    AMBIL TONG SAMPAH DISEDIAKAN..DI BLOG TUAH

    BalasPadam
  9. as you said earlier "bajet perlu diluluskan untuk perbelanjaan untuk tahun hadapan, sekiranya tidak diluluskan tiada dana" (in shorten version)

    well i said "STOP BEING STUPID AND START LEARNING!!!"

    please read the link to understand the message:-

    http://www.treaury.gov.my/pekeliling/spp/spp181975.pdf

    BalasPadam
  10. missing link:-

    http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp181975.pdf

    BalasPadam
  11. SLM BRO..KIRE NASIB BAIK LA KORUM BN NGAM2..KLU TAK BERPESTA LIWAT LAA SI ANUWAR JUBOR TU 7 HARI 7 MLM!..INGAT2 LA SKET YB2 BN/UMNO OIII!!..JGN SAMPAI PISANG BEBUAH 2 KALI!!

    BalasPadam
  12. Askum, teman setuju abg tuah kita kena sedar perkara ni, mereka dah lama anggap org umno ni musuh ketat hingga peringkat kafir kawan dgn bangsa lain...dah kemaruk kan pangkat boleh le pulak pas t/tangan mou plak dgn dap. Jadi kita kena tentang habisan pembangkang.

    BalasPadam
  13. Sdr cina, betul tu... Saya dah baca sebelum ni pun..sdr yg kena faham bahawa itu perbelanjaan pembekalan 1976 pun kena diluluskan oleh parlimen barulah keseluruhan perbelanjaan boleh dibelanjakan mengikut tahun berikut, pekeliling treasury yg sdr maksufkan salah satu perkara, unt pengetahuan sdr beratus2 kepala kewangan yg ada dan itu semua perlu diluluskan dalam parlimen yg dipanggil bajet tahunan, yg perlu dibentang olek menteri kewangan yab ds najib dan dibahas kemudian diputuskan oleh dewan rakyat, mereka pegawai pengawal dan ketua perbendaharaan sekarang di panggil ketua setiusaha perbendaharaan sekadar pegawai perlaksana berdasar kpd keputusan parlimen. So u must
    understand about that. Bye.

    BalasPadam
  14. mr. din,
    let me explain for you to understand the message.

    your 2nd finance minister who graduated economy from UM statement acctually a total laughing stock. (PROJEK MEMBODOHKAN RAKYAT PROPAGANDA)

    your statement, every budget proposed by govt will be debated at parliament is right. if the budget proposed is rejected by majority voted MP's then it will go for 2nd debate. thus on and on until the proposed budget gets majority vote.
    in this case the majority MP reject the proposed budget. then it will go for 2nd debate.

    for 1975 case, the proposed budget went through a long proses of debate till end of january 1976. (according to the letter it might went couple month in 1976). So the expenses for first three month for 1976 will be finance by surplus of budget 1975. (Akta kumpulan wang disatukan)(search in http://www.parlimen.gov.my/acts.php)

    in which apply for our current situation. if majority MP reject the proposed budget, it will go for 2nd debate until majority MP agree. For the expenses of 2010, it will be finance of surplus of 2009 budget.

    so your statement in para 5th number 1 till 16 and fort is ridiculous and absurd.
    as a was saying the 2nd finance minister either know about the proses or another project to fool the people.
    (i rather call it PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT PROPAGANDA)

    BalasPadam
  15. cina bumis, 66 berbanding 63 undi bukan ke majoriti bro...lu tarak faham ka sistem undian, serupa sana Perak juga lu tarak faham jugak 31 sama 28 maknanya 31 majoriti.

    Serupa di Parlimen 66 undi banding 63 bermakna sudah majoriti lu tarak tahu matehmatik ka, jarang lu punya bangsa tarak pandai math, keputusannya maka bajet sudah diluluskan...

    lu cakap orang propaganda lu orang punya pembangkang lagi propaganda rakyat, mahu kasi hancur sama negara...lu lagi mahu kasi sokong..kalau negara bangkrap lu punya bangsa banyak susah sebab lu orang banyak berniaga punya orang, banyak duit punya orang, mana lu punya bangsa tahan sikit susah..sudah mahu sokong lain parti..senang punya jam lu orang kaya raya, kereta besar, rumah besar, makan sedap2, lain bangsa susah juga tapi sokong dan kenang jasa kerajaan lama dan sekarang tarak serupa sama lu orang.

    BalasPadam
  16. dear kuntakinte,

    u totally missing out the point, the debate is not about who gets the majority.

    it's about false and misguide 2nd finance minister statement. we r not going into crisis if the proposed budget been rejected (we r going into crisis if the proposed budget not properly plan). in fact it's a normal practice to reject the proposed budget if it is not in favour of the people.

    i would not try to insult your intelligent but as i said earlier if u want to be a progressive nation PLEASE DONT BE A DUMB FOOL AND START LEARNING. (or else u would become just like the movie kuntakinte - being oppress n slavery). read, learn, think and analys before you try to swallow the govt statement.

    FYI my dad a malay n my mum a chinese, you r talking about race so where do you put me....?
    (RACIST)

    BalasPadam
  17. Sdr cina, ha.. U sendiri pakai nickname cina wa cakap bunyi cina kasi u sendiri senang faham bukan recist...kita kalau recist dah lama gaduh dah lama kasi halau lain bangsa, sebab tak recist lain bangsa kaya raya di malaysia. U cakap kiaa tak faham panggil kita belajar lagi, wa juga minta u faham juga sistem parlimen, bukan main2 punya hal terutama budjet. Mana2 pun organisasi melibatkan bajet perlu diluluskan baru boleh diguna, tapi u wa lihat tetap salak kam MK, dia bertanggunhjawab unt jelaskan pada rakyat macam u lah yg anggap apa kerajaan buat semua tak betul, dia pakar ekonomi not like yr leader DsAI selangor bolej bagi penasihat ekonomi. Wa nasihat u kasibbetul dulu u punua otak baru mahu ajar sama orang lain, baru u boleh kata semua projek kerajaan membodohkan rakyat mcm u. Baru u sedar siapa yg recist selama ini, kalai di indonesia cina pun kena ckp bahasa indonesia la bro. Nickname i sebab i hormat semangat perjuangan kuntakinte dan dia sedar diri dimana, u recist sebab tu u pandang rendah kintakinte dan orang lain.

    BalasPadam
  18. dear kuntakinte,

    you are hysterical and ignorant. the 2nd finance minister statement is false and i support it with document and reference.

    in order to be in an interlectual debate please provide with fact and not merely your thought.
    u are obviously unclear about the debate. (read back the previous post)

    i am not in any party favour, just for the love of my country. i would like to see it progress.

    by the way the 2nd finance minister whom you said RESPONSIBLE to tell the truth to the people is among the absetees (very responsible of him).
    (http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-14122009.pdf)(pg. 204)

    'in the land of the blind the one-eyed manis king'-HG WELLS

    BalasPadam
  19. SALAM AND SALAM SEJASTERA TO ALL.

    HOW ARE DINBUNGGA. HOPE YOU DOING FINE. WHY SO QUITE, WE ARE WAITING FOR YOUR NEXT ARTICLE. DONT QUIT WRITTING DO MOVE ON.

    TO CINA BUMIS..I CAN'T PROVE IT WITH FACT OR FIGURE NOR CAN'T I PROVE IT WITH STATISTIC AND ANALYSIS, IT'S TOO WIDE, TOO COMPLEX AND COMPLICATED. BUT ONE HAVE TO TRUST HIS LEADER..AND ONE CAN'T EVERYTIME ASK HIS LEADER TO LAID DOWN EVERY FACT AND FIGURE ON THE TABLE JUAT FOR THE SAKE OF SATISFIYING SOMEBODY OR EVERYBODY, AND YOU MUST UNDERSTAND THAT. ALSO WHO ARE WE TO BE GRANTED ACCESS AND TO BE FEED WITH SUCH INFORMATION TO EVERY THING. I ASSUME THE ONLY TIME FACT AND FIGURE WILL BE PRESENTED IS DURING A PARLIMENTARY DEBATE AND DURING AUDITING.

    BalasPadam
  20. Dear Tuah,

    you were saying 'one have to trust his leader' as according to "HIKAYAT HANG TUAH", we learned that Hang Jebat who avenged his friend's death, only to be killed by the same friend who blindly 'TRUST' his king.

    it was centuries ago but lesson noted n learned.
    aren't we such an ignorant n fools to let it doom.

    it's not a matter of satisfiying. we all are the very flesh n bones that make up the country. and yet you question who are we to be granted such access.LOL! we are the taxpayer! hell u said we don't earned the privilege.. we elect amongs us to govern and yes they are bound to tell us the truth n provide us with information. isn't that why PM starts 'KEY PERFORMANCE INDICATORs' on the 1st place. (http://www.pmo.gov.my/) (search under KPI).

    in conjuction with the concept 'people first, performance now' well we have every right.

    actually most of the information 'thick n thin' you can get at parliament hansard n other govt resources (www.audit.gov.my). only if you stop being ignorant you will get all the information.

    again i recited
    'in the land of the blind, the one-eyed man is king' - HG WELLS

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda