Rabu, 7 April 2010

MARFEL - CAKAP BANYAK KERJA KOSONG!!!


SPR hari ini menamatkan khidmat MARFEL bagi mewakili SPR menjadi pemantauan bebas di setiap Pilihanraya atas sebab tidak menjalankan tanggungjawab hakiki secara profesional dan tidak menghantar laporan 9 PRK yang lepas.

Memang penulis menunggu - nunggu keputusan SPR ini, sejak Pilihanraya Umum memang MARFEL tidak menjalankan tugas secara bebas malah penulis lihat tindakannya berpihak kepada pembangkang, pernah semasa PRU 12 lalu aduan demi aduan mengenai banyak sepanduk - sepanduk yang berbentuk fitnah dan tuduhan parti pembangkang di laporkan tetapi tidak di ambil sebarang tindakan.

Terbaru Pengerusi MARFEL Syed Ibrahim Syed Noh menuduh BN telah melakukan kesalahan dengan meluluskan beberapa projek di Hulu Selangor, ia di nafikan Dato' Noh Omar yang mengatakan bahawa itu adalah sememangnya tugas Kerajaan dalam memastikan projek yang diluluskan untuk kesejahteraan rakyat dan tidak boleh dipersalahkan malah ketika itu belum lagi diistihar sebagai tempoh pilihanraya, malah Dato' Noh menegur MARFEL kenapa tidak menegur Khalid Ibrahim yang meluluskan tanah dan geran kepada penduduk di Hulu Selangor?

Layak atau tidak MARFEL diberi tugas pemantau bebas pilihanraya, nak hantar laporan pun kata tak cukup kakitangan, tak cukup logistik, sampaikan 9 PRK tak berlaporan, malu ke tidak muka si Pengerusi MARFEL, sendiri tak mampu buat kerja hakiki, mulut saja yang banyak cakap kata orang lain salah, orang langgar peraturan, orang tak betul, ini kata pepatah "kata paku dulang serpih, kata orang awak lagi lebih".

Tahniah SPR dan tetapkan keputusan dengan menamatkan tugas MARFEL, malah SPR tak perlu melantik pemantau bebas kerana SPR sendiri memang bebas malah professional lagi.

1 ulasan:

  1. Salam Ddinbunga, itulah kenyataannya...... mata mereka lebih kepada kesalahan UMNO-BN.... tapi kosong...

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda