Rabu, 8 April 2009

STARTEGI DAP BERJAYA MENGHEROKAN NIZAR

Keputusan Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan batang Ai telah tercatat secara sah, Pimpinan BN rata - rata menerima dengan hati terbuka keputusan yang berpihak kepada PAS terutamanya di Bukit Gantang, Tan Sri Muhyiddin, Dato Seri Hishamuddin secara spontan memberi ualsan bahawa BN menghormati keputusan pengundi dikawasan tersebut dengan penuh tawaduk dan mengiktiraf keputusan tersebut, sikap yang sememangnya diamalkan oleh BN apabila keputusan sesuatu pertandingan tidak berpihak kepada BN berlainan sikap yang ditunjuk oleh pembangkang sekiranya keputusan tidak berpihak kepada mereka berbagai - bagai tuduhan akan dilontarkan kepada BN, SPR, Polis dan berbagai - bagai lagi pihak akan terpalit. Tahniah BN diatas sikap - sikap tersebut.

Merujuk kepada keputusan Pilihanraya di Bukit Gantang jika dikaji kepada keputusan di semua peti - peti undi ternyata BN memperolihi sokongan besar dari pengundi Melayu, manakala PAS memperolihi sokongan besar dari pengundi cina terutama peningkatan besar di kawasan peti undi Kuala Sepetang yang majoriti kaum cina dan semenangnya ADUN di kawasan tersebut dari DAP, manakala BN merosot sokongannya dari 35% pada 2008 susut teruk kepada 13% pada pilihanraya kecil kali ini berbanding kawasan DUN Terong yang diwakili oleh Wakil Rakyat dari BN dan DUN Changkat Jering diwakili oleh Wakil Rakyat Bebas meningkat sokongan dari pengundi Melayu kali ini yang diyakini golongan Melayu memang menolak PAS yang menjadi puppet kepada DAP, manakala pengundi India kekal tidak berubah sokongannya seperti di Pilihanraya umum 2008. Kebanyakkan Peti Undi kawasan Melayu kalah pada 2008 kali ini menang besar di Pilihanraya Kecil kali ini, satu perubahan yang boleh dibanggakan oleh BN.

Strategi DAP meletakkan Nizar sejak awal lagi sebagai calon mereka berjaya mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum cina, Nizar diibarat Hero sebilangan besar kaum Cina di Kuala Sepetang, DAP berjaya meletakkan Nizar sebagai Hero kaum Cina yang diyakini dapat memperjuangkan nasib untong kaum mereka, Nizar diibaratkan pejuang untuk mereka memperolihi tanah secara kekal, 999 tahun, ternyata kempen memainkan isu 999 tahun tanah diberikan kepada kaum cina di Perak ternyata menjadi kesan yang dapat MENGHEROKAN Nizar oleh DAP, tahniah Dato Seri Nizar jamaluddin diatas kejayaan tersebut.

Apapun BN telah menerima keputusan tersebut malah kesemua calon BN yang kalah mengaku akan teruskan perjuangan untuk membela rakyat dikawasan masing - masing terutamanya Sdr. Ismail Saffian anak tempatan yang berwibawa di tolak oleh sebahagian kecil melayu PAS dan PKR dan sebahagian besar kaum Cina di Kuala Sepetang tidak melemahkan semangat Sdr. Ismail, seperti kata Tan Sri Muhyiddin Menang bukan menang semua manakala yang kalah bukan kalah semua, undi 19,071 oleh calon BN ternyata jumlah yang besar dan harapan pengundi BN akan terus memberi khidmat kepada mereka.

TERIMA KASIH PENGUNDI BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI.

Selasa, 7 April 2009

PKR!!! OH PKR!!!, APA NAK JADI

Benar seperti dikata kan oleh semua pihak dan pemerhati politik bahawa penubuhan Parti keadilan atau sekarang ini dikenali Parti Keadilan Rakyat atas dasar balas dendam dan memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim dari tahanan dan kini merubah matlamat memperjuangkan Anwar Ibrahim untuk dijadikan Perdana Menteri semata - mata. atas matlamat yang berubah - ubah dan memperjuangkan kepentingan individu - individu tertentu saja, PKR dilihat sebagai sebuah parti seperti "time bomb".

Satu persatu bencana dan bala menimpa PKR yang memeningkan kepala Ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim, umpama balasan tuhan terhadap tingkah tak bermoralnya sebelum ini tempiasnya kepada sebilangan besar pemimpin - pemimpin nya terpacul. satu persatu kelakuan dan kejadian terkeluar yang berkemungkinan diatas sikap 'tangkap muat' untuk dilantik sebagai pemimpin Negeri, Bahagian, Wakil Rakyat mahupun Ahli parlimen yang seharusnya belum layak menduduki kedudukan tersebut.

Awal - awal semua tahu Ketua Umumnya di tuduh meliwat sejak dulu hingga kini terbaru tuduhan meliwat di akui sendiri oleh Pembantu Khas nya sendiri, berlarutan lah kepada Orang Kanannya Ezam keluar parti kerana tidak percaya perjuangan Anwar sebelum - belum itu lagi Pengasas bersama Parti keadilan seperti Chandra Muzaffar dan pemimpin - pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) keluar parti beramai - ramai, Kemelut terus bersambung dua Wakil Rakyat dan exco PKR Perak ditahan BPR ketika itu atas tuduhan rasuah manakala Ahli Majlis Daerah Perak tengah dari PKR ditahan kerana mengaku menerima sumbangan seks China Doll, yang akhirnya membawa kepada dua exco Perak dari PKR keluar PKR dan menjadi Bebas, bencana buruk makin melanda dengan moral Exco di selangor bergambar bogel dan diakui oleh exco tersebut tetapi diberi cuti tanpa diambil tindakan oleh PKR malah diberi cuti oleh Anwar dan Khalid Ibrahim, seterusnya Perletakan jawatan Timbalan ketua Menteri P.Pinang dikatakan sambung belajar tetapi sebenarnya ditahan kerana mengimport secara haram pasir ke Singapura yang sememangnya cukup sensitif isu pasir dijual ke Singapura yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia sejak sekian lama, kemelut dalam Parti PKR mula berjangkit - jangkit dengan Keluar Parti Ketua Bahagian PKR Gunung Jerai dan kini 5 orang Ketua Bahagian di Kedah keluar beramai - ramai bersama ahli PKR dari parti yang melumpuh kan PKR Kedah dan di Sarawak seorang Ketua Bahagian dan Pegawai - Pegawai PKR keluar Parti, semua ini berlaku kerana mereka - mereka kini mendapat kesan bahawa Anwar memetingkan diri semata - mata dan sanggup melaku pembohongan dalam pemerintahan parti yang kini di dipercayai oleh pemimpin bawahan dan ahli - ahli PKR sendiri.

Parti yang penulis anggap akan mengikuti nasib Parti Semangat 46 satu ketika dulu gagah di luaran reput di dalaman yang akhirnya membawa kepada pembubaran parti S46, jalan cerita dan episod - episod yang berlaku dalam PKR menjurus kepada kearah pembubaran Parti PKR yang dianggap oleh semua menghadapi 'Moral Crisis' dari Ketua Umumnya hingga ke peringkat bawahan. Anwar dianggap Cakap besar dan Cakap tak serupa bikin, setiap kata - kata satu pembohongan, bermula dengan tarikh - tarikh Ahli Parlimen BN akan melompat Parti aleh - aleh diri sendiri yang kena, cakap tipu akan membongkar rahsia BN aleh - aleh yang hadir ditipu lagi, hingga kan Kafir Harbi Karpal Singh sendiri menyuruh Anwar Bertaubat.

Parti yang tidak boleh diharap dan dijadikan tempat bergantung oleh rakyat, Parti yang dianggap dimonopoli oleh satu kaum terutama dari kaum India yang menjadi orang kuat dan orang kanan Anwar yang mendapat tempat didalam PKR dengan meminggirkan kaum melayu PKR, semua ini dikesan dan menjadi panduan dan penilaian rakyat dalam memilih pemerintah yang adil, saksama, amanah, jujur, bermoral dan beretika. ini semua tiada dalam diri Anwar dan PKR.

PKR!!! oh PKR!!! apa nak jadi....

Isnin, 6 April 2009

HADIAH KAN KEMENANGAN KEPADA PERDANA MENTERI BARU DAN MANTAN PERDANA MENTERI TUN ABDULLAH DAN TUN MAHATHIR

Memang menjadi sejarah dalam tarikh yang sama 3 pilihanraya kecil berlaku dan memang menjadi sejarah peralihan kuasa berlaku mantan dua orang Perdana Menteri masih hidup dan memang menjadi sejarah Tun Abdullah menyerah kuasa dalam keadaan yang cukup harmoni atas kehendak rakyat dan sejarah tercatat kerana Tun Mahathir dan Isteri serta keluarga kembali kepada UMNO, sejarah juga berlaku Bukit Gantang dikembalikan kepada anak tempatan sebagai calon oleh kepimpinan negara sejak sekian lama.

Pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan membuang undi pada esok hari 7 April 2009 dan didoakan tarikh tersebut akan mencatat sejarah baru kepada ketiga - tiga kawasan tersebut seterusnya menjadi HADIAH YANG AMAT SANGAT BERMAKNA BUAT DS NAJIB TUN RAZAK, TUN ABDULLAH DAN TUN MAHATHIR.

Hadiah kan lah kemenangan BN kepada DS Najib Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6, hadiah ini tentunya memberi pengertian besar kepada DS Najib dan tentunya WR yang menang dari BN akan menjadi WR yang istimewa kepada BN sekaligus kepada DS Najib, Tun Abdullah dan Tun mahathir apatah lagi dalam keadaan politik yang cukup mencabar dan hangat terutamanya di Negeri Perak sudah tentu Pengundi Bukit Gantang lah yang akan mengembalikan semula maruah Negeri Perak dan sekaligus memberi kedaulatan yang cukup tinggi kepada DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Pengundi berfikir lah secara rasional, berfikirlah secara tawaduk, berfikirlah dengan hati dan fikiran yang cukup tenang dan berilmiah kerana undi kita akan mencorakkan Negeri dan Negara di masa hadapan, cukup ramai rakyat diseluruh Negeri dan Negara yang berkehendakkan kesejahteraan, keamanan, kemakmuran dikembalikan kerana kita umpama "jambatan bagi ibu bapa kita yang terdahulu dengan kita dan antara cucu cicit kita masa hadapan" jambatan ini adalah jambatan penghubung survival generasi terdahulu dan hadapan, jangan digoncangkan jambatan ini, jangan di robohkan jambatan ini kerana sekiranya digoncang dan diroboh bencananya kita sendiri yang akan tanggung dan anak cucu cicit yang akan merana.

Penulis mendoakan pengundi di ke tiga - tiga kawasan ini tentu nya bijak dan pandai memilih diantara mana intan permata atau batu jalanan, sudah tentu sejarah dan pengalaman lalu dijadikan perkiraan, kedudukan sekarang kita dibandingkan dahulu, maruah kita dibanding dulu dan sekarang, kedaulatan kita dibandingkan dulu dan sekarang, semuanya tentunya menjadi pertimbangan seimbang oleh setiap orang pengundi yang bijaksana tak mengira bangsa dan agama, kerana hidup kita umpama keluarga yang berbilang warna kulit yang menjadi kehairanan oleh setiap bangsa di dunia kerana hubungan yang cukup baik hidup aman damai sekian lama.

SELAMAT MENGUNDI.

Jumaat, 3 April 2009

TAHNIAH DS NAJIB PERDANA MENTERI KE - 6


Hari ini 3 April 2009 adalah tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia, Majlis Mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke - 6 selamat berlangsung di Istana Negara dan di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

DS Najib darah anak pemimpin sememang nya layak dan berpengalaman luas didalam mentadbir Negara, seawal 23 Tahun telah dilantik sebagai Menteri besar Negeri Pahang, Timbalan Menteri dan Menteri di beberapa Kementerian sehingga lah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kini DS Najib melangkar sejarah mengikuti jejak ayahdanya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6.

Tamat sudah spekulasi yang di main kan oleh Anwar dan pembangkang yang banyak menabur fitnah bahawa DS Najib tidak mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, bukti kata - kata Anwar dan pembangkang sememang satu pembohongan dan penipuan semata - mata dan yang terbesar fitnah yang dibuat oleh Anwar terhadap DS Najib mengaitkan DS najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang nyata satu fitnah yang cukup dahsyat hanya untuk mendapat simpati dari rakyat terhadap beliau yang bercita - cita sangat untuk menjadi PM, bukti segala - galanya lain tak bukan untuk mempurak puranda kan kestabilan politik negara.

Alhamdullillah rakyat bijak menilai dan berfikir, negara tetap stabil segala urusan berjalan dengan lancar, penumpuan terhadap menangani kemelut ekonomi dunia di tadbir dengan bijak oleh pimpinan Negara tanpa mempedulikan gangguan - gangguan kumpulan Anwar dan pembangkang yang cuba untuk "kacau daun" bagi mendapat sokongan rakyat semata - mata.

Apa pun DS Najib kini bergelar Perdana Menteri, Malaysia akan kembali gagah dan kuat, UMNO yang di Presidenkan oleh DS Najib akan membawa pembaharuan dengan kekuatan yang sedia ada di perkukuhkan, penulis yakin DS najib akan berusaha untuk memperkuatkan parti - parti komponen utama seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta lain - lain parti di Sabah, kemampuan dan kebolehan yang di timba selama ini penulis yakin dan penuh yakin rakyat keseluruhannya akan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional, dengan kekuatan ini lah dan kebolehan yang ada pada diri DS Najib diganding pula dengan anak seorang ulama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet baru DS Najib kelak tentunya lah menjadi mimpi ngeri bagi Anwar dan pembangkang, oleh yang demikian lah Anwar tiada jalan lain melainkan memainkan sentimen jahat kerana hanya itu saja jalan yang boleh memburukkan DS Najib, UMNO dan BN, walhal rakyat telah bijak menilai dan rakyat tahu mana satu intan mana satu batu jalanan.

TAHNIAH DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK.

SELAMAT KAN NEGARA DARI PENDERHAKA.

Rabu, 1 April 2009

OSMAN JAILU KENA TURUN BERKEMPEN BANTU BN

Dengan keputusan Mahkamah tinggi hari ini melegakan YB Osman Jailu yang terpaksa berhadapan dengan rakan seperjuangan nya dulu semasa menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri Perak yang akhirnya berkeputusan di pihak beliau, Mahkamah mengesahkan bahawa YB Osman Jailu masih Wakil Rakyat Changkat Jering atas kerusi Bebas.

Oleh itu atas prinsip sokongan yang diakui dihadapan DYMM Tuanku Sultan Perak bahawa beliau menyokong BN seharusnya YB Osman Jailu turun habis - habisan berkempen menentang PAS di Bukit Gantang bersama - sama dengan YB Jamaluddin dan YB Hee, seharusnya YB Osman turun bekerja menarik sokongan dari penyokong nya dulu setidak - tidak nya menyumbang kepada kemenangan BN kelak, pekung pembangkang harus didedahkan, tembelang DS Anwar harus dicerita kan kepada pengundi - pengundi Bukit Gantang agar mereka tidak terpesong, nyatakan sedangkan beliau sendiri selaku WR PKR tidak di pertahankan dan diperjuangkan nasib nya masakan DS Anwar akan memperjuangkan hak - hak pengundi Bukit Gantang dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Peluang YB Osman membukti kan bahawa apa yang di akui menyokong BN nyata benar - benar jujur dan ikhlas, atas kapasiti sebagai ADUN Bebas yang sah YB Osman layak untuk bersama - sama BN mempastikan Parlimen Bukit Gantang ditawan oleh BN sekaligus maruah beliau akan tinggi semula memandangkan beliau di kutuk dan di caci oleh pakatan pembangkang selepas beliau istihar keluar parti dan menjadi bebas. Ingat YB Osman, ke mahkamah di bawa oleh rakan seperjuangan dulu semata - mata YB sudah tidak bersama mereka, YB berjuang berseorangan bersama 2 rakan lain yang turut berjuang mempertahankan jawatan masing - masing di mahkamah kini keputusan terbukti berpehak kepada YB tanpa bantuan sesiapa maka seharusnya lah apa yang YB lakukan nanti tiada sesiapa dapat menahannya lagi kerana YB memperolihi kedudukan atas usaha dan perjuangan YB sendiri di dalam Mahkamah, laku dan tunjukkan maruah diri, bukti kan kepada rakyat Bukit Gantang pakatan pembangkang bersandiwara, dedahkan kepada pengundi mengapa YB dan YB Jamaluddin keluar dan pernah menumbuk meja mesyuarat Exco tempohari, biar rakyat memahaminya dan nasib Bangsa Agama dan Negara tidak tergadai yang dilakukan oleh manusia bernama Nizar, Ngeh dan Nga yang gila kuasa, kemaruk jawatan dan Penderhaka Sultan.

SUMPAH BATU BELAH BATU TELINGKUP




Sejak peristiwa pembubaran DUN Negeri Perak kumpulan Pakatan Pembangkang tidak akur akan keputusan rakyat yang mengundi UMNO secara mutlak sehingga UMNO memenangi 27 kerusi manakala MCA 1 kerusi berbanding DAP 18 kerusi, PAS 6 kerusi dan PKR 7 kerusi yang terbukti lain parti dan lain ideologi hanya ikatan sehelai kertas senipis rambut hubungan berbentuk perjanjian manakala UMNO / BN akur berdaftar sebagai Parti yang sah.

Akhirnya kemelut keputusan DYMM Tuanku Sultan di putar belit kepala fikiran rakyat untuk menagih simpati dengan exco - exco kerajaan DERHAKA bermesyuarat dibawah pokok, tanpa fikir panjang akan kesan nya Nizar seorang tokoh yang dikatakan pejuang Islam turut mengiktiraf dan bersama-sama berusaha menagih simpati untuk bermesyuarat di bawah pokok yang akhirnya golongan KAFIR HARBI yang percaya akan batu batan, air dan api mendirikan batu untuk dijadikan batu peringatan tetapi telah diroboh oleh MBI yang tinggal cuma serpihan kemudian diganti dengan seketul batu yang bertulis merah berbahasa cina.

Doa bagi yang Islam, Bertafakur bagi kafir harbi mensejahterakan batu dan besi serampang tiga tersebut, yang akhirnya Nizar telah menyumbang kepada satu tapak berhala yang diletakkan seketul batu di semat bunga - bungaan, bertulis cina berwarna merah umpama tokong bagi DAP manakala disebalik satu sudut pokok tersebut batang Besi berserampang tiga dipacak limau dihujungnya didirikan umpama kuil bagi golongan India PKR dan DAP, apabila ada masa terdapat golongan - golongan Cina dan India menyembah seperti bersembahyang menyembah batu dan besi bercabang 3 itu.

Nizar bertanggungjawab diatas menyumbang kepada kerja - kerja syirit ini, iman nya hilang akibat gilakan kuasa, Nizar seharusnya muhasabah diri, bertaubat diatas apa yang telah dilakukan sehingga pokok yang dijadikan pokok teduh dan tempat meletak kereta kini menjadi tempat menyembah dan bertafakur, beginikah yang dikatakan ulama, ini kah yang dikatakan pejuang Islam, ini kah yang dikatakan pemimpin Islam, tidak kah semata - mata untuk menunjuk - nunjuk hingga terlanjur kelakuan semata - mata gilakan kuasa, gilakan pangkat, gila kan kedudukan, gilakan darjat hingga tertib sebagai seorang Islam digadai dibawah pokok.

Besar kesalahan yang Nizar lakukan, besar kesalahannya terhadap umat Islam dan Negeri yang mendokong Islam sebagai Agama Rasmi Negeri, kewujudan tokong dan berhala baru di bawah pokok di Medan Istana berdekatan dengan Pejabat DAP Negeri Perak dan Pejabat PAS Negeri Perak harus dihukum, Pejabat Agama Islam harus menilai dan mengkaji dengan mengambil langkah untuk membetulkan akidah Nizar, Shahibul Samahah Mufti Perak harus membetulkan akidah Nizar yang bertanggungjawab bersama - sama Cina dan India DAP dan PKR menwujudkan berhala baru tersebut. Nizar tidak menjiwai Sabda Nabi SAW yang bermaksud "(menjadi kewajiban) keatas kamu mendengar dan mentaati perintah ulul amri iaitu pemimpin kamu dalam perkara yang disukai dan yang dibenci kecuali diperintah melakukan maksiat, maka apabila diperintahkan melakukan maksiat maka tiada kewajiban mendengar dan mentaatinya" hadis sahih diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

Jangan disalahkan kerajaan BN jika kawasan tersebut akan didirikan bangunan berhala satu hari kelak, sekiranya berlaku ianya atas usaha Nizar dan Nizar lah harus menanggung diatas apa yang telah berlaku.

APRIL FOOL - KES PERMOHONAN SIVAKUMAR MEMBATALKAN WAKIL RAKYAT YB JAMALUDDIN, YB OSMAN, DAN YB HEE GAGAL

Sebentar tadi Mahkamah Tinggi Ipoh telah membuat keputusan menolak hujah dari pihak Sivakumar untuk membatalkan bahawa YB Jamaludin ADUN Behrang, YB Osman Jailu ADUN Changkat Jering dan YB Hee ADUN Jelapang gugur sebagai Wakil Rakyat, merujuk kepada maklumat ini dijangka Mahkamah Tinggi akan memutuskan bahawa 3 Wakil Rakyat terlibat adalah SAH di sisi undang - undang tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Usaha untuk mempolimik kan Undang - undang Tubuh Negeri Perak di mata rakyat diharap akan GAGAL dan terus GAGAL dengan usaha - usaha kumpulan penderhaka Tuanku Sultan Perak yang cuba mencabar kebenaran Undang - undang tubuh Negeri Perak dan kearifan keputusan yang dibuat DYMM Tuanku Sultan Perak.

Apa helah seterusnya Pakatan Pembangkang selepas ini yang diketuai oleh Puppet Nizar, sama - sama kita tunggu dan lihat. APRIL FOOL buat Pakatan Pembangkang.....