Jumaat, 8 Mei 2009

GAMBAR PERANGAI TAUKE SARKAS DAN PENGHUNI SARKAS

CEH!! TAUKE SARKAS NI A JAR SELESA DUDUK BELAKANG DALAM CAMRY

YEOP!!! KENAPA 500 ORANG JE YEOP!!! MANA YANG KATA BERIBU - RIBU TU

MANA DI KATAKAN POLIS BERTINDAK GANAS YEOP, ELOK JE BERPEGANG TANGAN

SIAP BERUNDING LAGI YEOP HA... BETAPA BAIK NYA POLIS KITA, TAU KE APA KATA AHLI PARLIMEN SUNGAI SIPUT - KITA PERINTAH NANTI LU ORANG TAK JADI POLIS LAGI TAU....WAH!!! SOMBONGNYA

AIK!! SIBUK PEJABAT DAP NEGERI PERAK HARI NI..

TERIMA KASIH PAK POLISI... BIJAK TUAN - TUAN MENGAWAL PENGHUNI SARKAS..

APA HE..YEOP TEPUK - TEPUK DAHI... TAK RAMAI ORANG KE, RAMAI TAK MAU JADI PENGHUNI SARKAS YEOP...

NI...HIDRAF SEORANG NI MELAWAN LE TU...HA DAPAT LE MAKAN BUBUR MALAM NI..

TAK BUSUK KE KETIAK YEOP...YONG

INI TAUKE SARKAS IMPORT DARI AMPANG SELANGOR..HAI APA NAK JADI YONG NAMA JE PAKAI TUDUNG...BERCAMPUR BUKAN MUHRIM YONG!!! MALU NIK AJIS

GAMBAR TERULANG DUA KALI...REDAH JE LAH, TAK SEMPAT NAK EDIT

YONG...TU BAIK LE PAK POLIS YONG BERUNDING LAGI TU.... JANGAN NAK TUDUH POLIS KASAR YONG...SAMPAI MUNCUNG - MUNCUNG MULUT YONG NGUMPAT ORANG

JANGAN KERETA PUN JADI MANGSA UDAH LE YEOP!!!

KAWAN TAK KAN TENGOK JE..... MANA SETIA KAWANNYA...

AIK!!!! APA KENA MENGENA DENGAN DYMM TUANKU AGONG NI.... UDAH NAK PERMAIN KAN AGONG PULAK....


HA... MANA GAMBAR DYMM TUANKU SULTAN PERAK APEK - APEK OI.....LU DUDUK PERAK PUNYA NEGELI APEK..


ULANG TAYANG LE PULAK
ULANG TAYANG

DAULAT TUANKU!!!! ADA RASA KA.... ITU AGONG TERENGGANU PUNYA RAJA OOO..APEK KASI ERTI SIKIT.

Sekitar luar bangunan Setiausaha kerajaan Negeri Perak, terdapat lebih kurang 500 ke 600 orang yang melanggar arahan mahkamah mesti berada jarak 500meter dari pagar bangunan. satu kejayaan Polis yang menjalankan tugas dengan cara berhemah dan penuh diplomasi sehingga dapat mengawal tauke - tauke sarkas dan penghuni sarkas...TAHNIAH PDRM DIATAS KEJAYAAN TERSEBUT.

Khamis, 7 Mei 2009

TAUKE - TAUKE SARKAS BERKUMPUL DI PERAK

Black Maria yang membawa Zuraidah dan 10 orang penyokong Sarkas Perak


Aik!!! Ahli Parlimen Ampang Selangor, Zuraidah pun ada... Salehudin Ayob pun ada.... hah ni jelas apa yang di komen oleh blog puak2 penderhaka dan pengkhianat kita lihat sarkas di DUN Perak, betul - betul kena batang hidung, Tauke Sarkas ada di dalam Dewan dan di luar Dewan pun ada rupa nya.

Zuraidah di tangkap berhampiran Pejabat DAP Negeri Perak dan di bawa dengan black maria ke Balai Polis Sungai Senam Ipoh untuk soal siasat.
Turut ditahan Salehuddin Ayob bukan orang Perak dan beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong - penyokong luar Perak yang berkumpul di Wisma DAP Perak, ditahan kerana tidak mematuhi araham Mahkamah mesti berada di jarak 500meter dari pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ish...ish... mana pemimpin - pemimpin pejuang rakyat dari Negeri Perak atau senang kita kata 'anak Perak', kenapa import pemimpin luar untuk lead bantahan.... tak bertelor rupanya penkhianat dan penderhaka anak Perak, mana pisang mana kacang.

Dalam dewan DUN pula TAUKE SARKAS Sivakumar menjerit - jerit halau MB dan 6 Exco dan 3 ADUN bebas..., dah tu pulak, tak benarkan DYMM Raja Muda merasmi sidang DUN, 6 jam Tuanku terpaksa tunggu Raja Siva Tauke Sarkas turun minyak.

Ish..Ish... biadap betul, dah kena Selsema Babi rupanya si Siva ni ha....ini lah dia bila Rukun Negara di pinggirkan pakai lah Undang - undang rimba.

Yeop... kalau dah halau semua..... nak mesyuarat dengan sapa lagi yeop oi..., jawatan dah melayang depan mata yeop!!!! malu yeop sampaikan tak nak lepas kerusi yeop!!!ha.... ambil lah kerusi - kerusi tu sekali. TELADAN BARU, JAWATAN DIJADIKAN HAK MILIK KEKAL aik!!! macam lulus tanah 999 tahun je yeop. Apa tunggu lagi Yeop!!! bawa lah kerusi tu pegi letak bawah pokok yeop!!! bersidang lah kat situ..

p/s InsyaAllah esok penulis akan cuba siarkan foto - foto peristiwa dalam dan luar DUN Perak, maaf le... teman out station tak sempat.

Selasa, 5 Mei 2009

GERAKAN HARAM JADAH - CUBAAN MEMPERGUNAKAN MUFTI PERAK



Sumber dari Pejabat MUFTI Perak tersebar, hari ini Pejabat MUFTI telah di kunjungi oleh beberapa pemimpin PAS negeri untuk bertemu dengan Mufti Sahibul Samahah Dato Seri Harussani Zakaria bagi mendesak Mufti mengeluarkan Fatwa mengenai BOMOH berhasrat memerangkap MUFTI melalui sidang akhbar yang dirancang dibawa bersama-sama, Fitnah yang hendak tersebar dari mulut Wakil rakyat PAS sendiri bersaksikan cakap - cakap orang mengenai Menteri Besar Perak mengunakan kononnya BOMOH bagi menjampi kerusi Makkal Shakti Speaker DUN Negeri Perak.

Tapi hampa... dan malang seribu kali malang Mufti tiada didalam pejabat beliau ketika kehadiran pemimpin PAS tersebut, lalu dibilik Pejabat Mufti juga pemimpin tersebut membuat sidang akhbar bagi menjelaskan lagi isu BOMOH yang di war - war kan oleh puak - puak PAS tanpa kelibat MUFTI, tanpa rasa segan silu tak dapat berjumpa MUFTI duduk di ruang tamu pejabatnya pun memadai dan membuat sidang akhbar yang dihadiri oleh sebuah Akhbar tempatan sahaja tidak kah itu pun dinama kan haram jadah.

Siri gerakan haram jadah susulan bagi mempergunakan pula institusi MUFTI unt menetapkan Fatwa bagi niat menjatuhkan air muka orang lain, walhal cerita yang dibawa adalah berunsur fitnah dan karut. ini lah yang dikatakan mengunakan Islam untuk politik parti, tanpa hormat dan malu cubaan untuk melibatkan MUFTI dengan cerita yang berunsur fitnah.

Isu yang hendak di jual semua umat Islam amat mengetahui bahawa pengunaan BOMOH adalah kurafat tetapi bukan nawaitu pengajaran yang hendak di beri kan tetapi sekadar untuk mengaibkan seseorang dengan mengunakan MUFTI BERSANDARKAN CERITA FITNAH agar rakyat terkeliru. tak ke haram jadah.

SERUAN GERAKAN HARAM JADAH






Menjelang 7 Mei 2009 tarikh yang cukup mengilakan golongan - golongan gila darjat dan kuasa BAGI MENGAGALKAN usaha baik untuk Sidang DUN berlangsung yang akan menentukan segala dasar dan tindakan perlaksanaan kerajaan negeri untuk membangunkan Negeri Perak untuk kebaikan rakyat, bukan untuk menjadikan Sidang DUN permainan politik kotor dengan menyeru gerakan haram jadah.

Maksud seruan gerakan haram jadah kerana terdapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai Masjid Ittihatiah Kg Tengku Hussin Ipoh dan Masjid Tembok Jalan Kuala Kangsar Ipoh dan beberapa masjid lain yang berhampiran akan dijadikan sasaran tempat berkumpul golongan - golongan pengkhianat dan penderhaka dengan berselindung atas nama program agama Islam Qiamulail pada tengah malam 6 mei 2009 dan sebelah pagi 7 Mei berarak beramai - ramai ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dimana Dewan DUN akan bersidang. Seruan juga meminta agar penyokong memakai BAJU HITAM simbolik bantahan.

Masjid juga yang dijadi kan sasaran pencemaran golongan - golongan yang gila darjat dan kuasa, Masjid juga dijadikan lakunan program keagamaan manakala nawaitu sebenar untuk mencetus huru hara, matlamat dan nawaitu yang berbeza, apa kah ini yang di tuntut oleh Islam, apa kah ini yang di ajar oleh Tok - Tok Guru. seruan telah dikeluarkan secara senyap kepada penyokong - penyokong agar menghantar ahli masing - masing setiap kampung 10 orang manakala yang kawasan berhampiran menghantar seramai yang boleh dengan tergamak mengingatkan mengunakan bahasa kod jangan lupa bawa sekali PISANG (pisau) DAN KACANG (kayu), JELAS SEKALI RUSUHAN DI THAILAND DITIRU CARANYA.

Tidak kah ini seruan gerakan haram jadah namanya, tidak kah terfikir bahawa UMNO dan BN juga boleh mengumpul bukan 10,000, bukan 20,000 malah 100,000 manusia pun UMNO dan BN mempunyai kekuatan untuk berkumpul atas nama RAKYAT, malah NGO - NGO lain pun boleh melakukan demikian sekiranya kekuatan itu yang hendak di tunjukkan, tetapi UMNO dan BN serta NGO - NGO tak mampu lakukan kerana mereka memikirkan kesejahteraan, keamanan, keharmonian diutamakan, ini baru dikatakan pemimpin berbanding pembangkang dimana sifat seorang pemimpin yang ingin memerintah Negeri dan Negara sekiaranya ini kelakuannya menyeru kejalan huru hara dan pergaduhan, sememang tak layak untuk menjadi pemerintah.

Rakyat menjadi mangsa, Negeri menjadi huru hara apa kah ini yang rakyat mahukan, TIDAK!!!, TIDAK!!! bukan kehendak rakyat tetapi ini kehendak segelintir golongan - golongan yang gilakan darjat dan kuasa mengunakan RAKYAT sebagai istilah yang menarik perhatian.

Penulis percaya Polis akan bertindak tegas, ambil tindakan drastik terhadap mereka - mereka yang terlibat ini tak kira kakitangan kerajaan, Pelajar dan sesiapa saja manakala Pejabat Agama Islam Negeri Perak harus bertanggungjawab diatas Masjid yang digunakan oleh golongan - golongan ini, jangan baling batu sembunyi tangan dan sekira nya ini berlaku Pegawai berkenaan harus di ambil tindakan serius oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, manakala orang - orang tua nasihatlah anak - anak muda, sang Isteri nasihat - nasihat lah suami masing - masing, sang suami nasihatlah isteri masing - masing, sang ibubapa nasihatlah anak masing - masing dan sang Imam nasihat - nasihat lah ahli kariah masing - masing agar kecelakaan dapat dihindari.

Keamanan, kesejahteraan, kemakmoran bukan isu yang boleh di kompromi dan dianggap engteng semata - mata, keamanan, kesejahteraan, kemakmoran bukan boleh di jual beli, tiada ternilai harga nya, INGAT!!! INGAT!!! INGAT!!! lah SEKALI MERDEKA BUKAN SELAMA - LAMA NYA AKAN MERDEKA.

Ahad, 3 Mei 2009

OH!!!..OH!!!.. PATUT LAH "ISA" HENDAK DIHAPUSKAN!!!



Apabila tercetus khabar angin mengenai Sidang DUN Negeri Perak hendak digagalkan dan suara seorang pemimpin tertinggi pembangkang mengambil contoh pergaduhan di Thailand akan berlaku di Perak menjelang 7 Mei 2009 dan mengambil kira berbagai tektik dan tipu helah pekatan pembangkang dalam usaha mengeliru kan rakyat mengenai undang - undang yang tidak rakyat fasih mengenainya.

Kini faham lah penulis apa disebalik semua nya ini dengan perjuangan mereka untuk memansuhkan ISA yang diperjuang kan oleh pemimpin - pemimpin Pakatan pembangkang selama ini. sememangnya telah di hasrat kan bahawa pakatan pembangkang ingin mencetus keadaan menjadi huru hara, pergaduhan tercetus, permusuhan kaum berlaku agar negara menjadi kacau bilau, kononnya rakyat akan bangkit memberontak menjatuhkan kerajaan BN dan tangan - tangan ajaib dari luar akan campur tangan maka pakatan pembangkang akan memerintah Malaysia.

Oh..oh.. baru lah terjawab dengan apa yang akan berlaku di Perak dengan ISA yang amat dibenci oleh pakatan pembangkang dengan mengunakan alasan "human right" rupa - rupanya untuk kepentingan politik dan sekadar strategi politik ala US 'PECAH DAN PERINTAH" dan test marketnya di Negeri Perak dimulakan, sekiranya berjaya di Perak maka akan digunakan ditempat - tempat lain.

Cara politik baru yang hendak diperkenalkan dan dipraktikkan oleh pakatan pembangkang boleh dipercayai mengambil contoh negara - negara luar yang kebanyakkan berjaya dan kerajaan tunduk kepada desakan perusuh jalanan, dan ini lah yang cuba di lakukan oleh pakatan pembangkang 'short cut" untuk memerintah Malaysia.

Penulis percaya pehak - pehak bertanggungjawab dapat mencium strategi ini, PDRM dan Kementerian Dalam Negeri tentu nya mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengesan usaha - usaha yang dimainkan oleh pehak tertentu dan tentunya sedang memerhati dan akan mengambil tindakan bagi menyekat sesuatu yang buruk berlaku.

Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan harus melihat ini secara serius, berbagai - bagai lapisan masyarakat dan berbagai - bagai etnik seharusnya memikirkan dan membayangkan bagaimana teruknya kejadian rusuhan, pergaduhan kaum berlaku dinegara iini tercetus yang rakyatnya berbilang kaum, ianya akan seteruk - teruknya kejadian tanpa dapat kita imaginasikan, kerana berbagai kaum perselisihannya amat buruk sekali.

Harus kita sedarkan diri secara paksa dimana kita?, bagaimana kehidupan kita?, banding kan sebaik - baik perbandingan dengan negara - negara yang dahaga kan keamanan dan kesejahteraan, bersyukur kita hidupnya dibumi bertuah ini bernama Malaysia. impian untuk lebih baik mungkin sebenarnya telah sedia kita kecapi ketika ini.

BUKTI PAKATAN PEMBANGKANG PEROSAK RAKYAT PERAK

ehsan rajahmas

Seperti yang didakwa oleh YAB Menteri Besar Negeri Perak YAB Dato Dr Zambry terdapat golongan tertentu akan mengadakan demostrasi jalanan bagi mengagalkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang akan diadakan pada 7 Mei 2009 di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, siapa ye... yang dimaksudkan GOLONGAN TERTENTU TU.... ?, teringat penulis suara jadah tersebut pernah disuarakan oleh seorang pemimpin besar PAS yang menyeru cara rusuhan di Thailand dilakukan di negeri Perak, beginikah sikap semua pemimpin-pemimpin besar pembangkang sungguh mengecewakan.

Sejarah paling buruk dalam politik Negeri Perak dan sekaligus dalam negara, berlaku apabila ada pihak yang mendakwa mereka adalah kerajaan pilihan rakyat manakala pihak satu lagi mendakwa mereka parti dan kerajaan pilihan rakyat, akhirnya semua pihak seharusnya menghormati undang - undang negeri dan negara, ini lah akibat jika undang - undang rimba di gunakan. Rukun negara awal - awal telah direka bentuk oleh pemimpin terdahulu iaitu KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG - UNDANG DAN KESOPANAN KESUSILAAN, atas sandaran Rukun negara ini lah yang dididik sejak Tadika lagi menjadi kayu pengukur tindakan - tindakan yang hendak kita ambil dan rukun ini diwarisi dari turun termurun hingga ke generasi mendatang dan atas dasar tersebutlah kita dapat hidup aman dan damai hingga ke hari ini dalam berbilang kaum rakyatnya, ya!! memang rukun ini karangan manusia, atas dasar itu lah setiap manusia harus mempunyai peraturan dan disiplin diri dalam mengambil tindakan tanpa membelakangkan rukun yang ditetapkan, hati naluri kurniaan tuhan tidak harus dipersia - sia kan keunikannya.

banyak sembang - sembang kedai kopi berkisar kepada tarikh 7 mei 2009, hingga kan penjudi - penjudi dikalangan kaum cina melanggan nombor tersebut di kedai - kedai nombor ekor, ada juga pertaruhan jadi atau tidak sidang DUN dan berbagai - bagai lagi, ada juga sembang - sembang kedai kopi tempat berkumpul penyokong pembangkang bahawa mereka akan mengagalkan sidang DUN, dengan melemparkan berbagai - bagai tuduhan kepada BN akan kidnap Speaker dan beberapa WR pembangkang, ada yang kata Speaker akan dilanggar kereta, ada yang kata BN akan beri rasuah berbillion - billion duit pada siapa saja yang sanggup melompat atau tidak hadir sidang, ada juga tuduhan ADUN Kuala Kurau diserang dan diugut bunuh, apa pun yang berlaku, cerita di kedai kopi tersebut semuanya menunding kepada tuduhan kejahatan dilakukan oleh BN lebih - lebih lagi Parti UMNO. dapat penulis bayang kan bagaimana kuat nya bunyi tuduhan suara - suara dari penceramah - penceramah pembangkang di serata tempat dengan sahutan takbir.

Berbeza pula jika kita duduk di kedai kopi pro kerajaan atau pun BN, kerisauan kedengaran jadi ke tidak Sidang, bergaduh ke pada hari itu, WR kita dapat atau tidak mengawal diri, apa strategi BN, Polis tentu nya bertindak tegas, Speaker hadir ke tidak, berbagai - bagai persoalan dibangkitkan, harap - harap cepat selesai masalah, apa pun apa yang dapat kita simpulkan tarikh 7 mei 2009 tiba - tiba menjadi popular dikalangan rakyat Perak.

Seperti penulis kata kan diawal tulisan tadi bahawa semua pihak harus menghormati peraturan dan undang - undang baru lah masalah tidak menjadi masalah, undang - undang tidak dipolitikkan, peraturan tidak di politik kan manakala Mahkamah tidak dipolitikkan dan institusi Raja tidak di jadikan bahan politik, hancur segala - gala yang dibentuk baik sejak dulu lagi sekiranya nafsu menguasai diri hingga perkara - perkara tersebut dilakukan tanpa mengunakan hati naluri kurniaan tuhan.

Pakatan Pembangkang seharusnya tidak mempropagandakan isu pertukaran kerajaan negeri dan seharusnya menerima seperti mana BN menerima mereka semasa mereka mengambil masa 4 ke 5 hari untuk mengadakan pakatan dan memutuskan siapa diantara mereka untuk dilantik oleh DYMM Tuanku sebagai Menteri Besar, persoalannya kenapa BN boleh menerima tetapi Pakatan pembangkang tidak boleh menerima? sedangkan BN ketika itu memperolihi 28 kerusi atas Parti yang sah berdaftar sebagai satu parti politik bertanding atas satu logo dacing, sedang kan parti - parti pembangkang bertanding atas parti masing - masing dan bergabung atas kertas setelah menang PRU12.

Sebagai rakyat yang cintakan kesejahteraan dalam segala sudut, selepas ini kita harus memikir semula secara matang dan tenang, mahu atau tidak dan patut atau tidak sebagai rakyat pemimpin dan parti bagaimana yang kita mahukan, adakah parti yang sentiasa mempolitikkan segala - gala tanpa ada haram dan halal cara dan matlamat, sehinggakan diseru penyokong - penyokongnya atas nama rakyat kononnya mengadakan demostrasi untuk menghalang Sidang DUN, tidak kah terfikir oleh kita apa akan berlaku sekiranya emosi dalam kita berkumpul beramai - ramai akan mencetus pergaduhan, tidak terfikir kah oleh kita bahawa BN pun boleh mengumpul penyokongnya atas nama rakyat juga untuk bersikap demikian dan akhirnya apa yang akan berlaku, tak terfikirkah kita bahawa bagaimana kemahuan dan kehendak RAKYAT yang sebenarnya terhadap kesejahteraan dan privacy yang mereka inginkan sebagai RAKYAT.

Terlalu banyak propaganda sejak akhir - akhir ini yang direka oleh pakatan pembangkang bagi mengelirukan rakyat akhirnya untuk mendapat sokongan masyarakat, berbagai - bagai helah digunakan, Undang - undang di putar belitkan, Sultan di politikkan. Mahkamah di pergunakan, jawatan disalah gunakan, perkauman diperkotak katikkan, kakitangan kerajaan di persendakan yang akhirnya segala - gala nya akan rosak, teladan buruk pakatan pembangkang pertonton kan kepada generasi muda dan pelapis akan dingati dan dipelajari oleh mereka, maka satu hari kelak sesiapa yang memerintah akan berhadapan dengan situasi begini dan akhirnya negeri tidak dibangunkan maka rakyat yang merana dan menderita, dan akhirnya yang akan merasa lebih nya kekesalan adalah parti BN dan UMNO yang bekerja selama 50 tahun untuk membangunkan negara dan negeri manakala pakatan pembangkang tidak merasa sebarang kerugian kerana mereka hidup pun atas daya usaha kerajaan BN dan UMNO selama ini dan harus kita ingat siapa kah yang menjadi mangsa utamanya? RAKYAT dan Generasi muda akan datang.

Kenapa tidak mereka yang bijak pandai diberi amanah untuk menjadi Wakil rakyat di kawasan masing - masing menumpukan kepada kerja dan khidmat terhadap rakyat di kawasan masing - masing, apabila tiba masa bersidang, maka bersidang lah memperjuangkan hak dan pembangunan di kawasan masing - masing, mengapa kita mesti berpolitik sepanjang masa, kenapa mesti berhelah sepanjang masa, kenapa mesti bermain politik kotor sepanjang masa hingga kan kita terlupa tangungjawab kita sebenarnya yang diharapkan oleh rakyat yang mengharapkan pembelaan kita di kawasan masing - masing, mereka - mereka ini tidak hairan pun siapa yang menjadi MB dan Exco, kerana hidup mereka pun bukan terdesak, mereka cukup dengan apa yang mereka ada, hidup mereka aman damai dan sentosa selama ini pun dibawah pemerintahan BN, tentunya hanya helah dan tipu muslihat cuma pemimpin - pemimpin parti saja yang terdesak hendakkan darjat dan kuasa mengunakan istilah RAKYAT KONONNYA bagi mengambarkan mereka lah pembela rakyat sedangkan 50 tahun BN telah laksanakan apa yang baru hendak dilaksanakan oleh pakatan pembangkang.

Pada pandangan penulis, disinilah PDRM harus bertindak pantas dan serius dalam menangani masalah ini, perancangan teliti dan rapi, persediaan lengkap harus di gerakkan, dan disini lah ISA harus digunakan terhadap individu - individu tertentu yang menjadi pendorong dan perancang kepada gerakan demostrasi jalanan bagi mengagalkan Sidang DUN Perak, atau atas sebarang isu semacam dengan nya, kerana ia mengugat keselamatan negeri dan rakyat keseluruhannya, JANGAN DIBERI RUANG DAN MUKA kepada mereka - mereka yang mencetus kearah pergaduhan dan permusuhan, ISA lah yang terbaik, INGAT MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATINYA, bertindak segera sebelum terlambat sehingga nasi menjadi bubur, menyesal tiada gunanya.

DAN akhirnya penulis menyeru semua pihak, tingkatkan disiplin diri dengan menghayati kembali dan di ingatkan kepada seisi keluarga kita mengenai RUKUN NEGARA, InsyaAllah kita akan hidup sejahtera di dunia dan di akhirat, apabila kita sejahtera baru lah keagamaan dapat diamalkan dengan baik, kebajikan berjalan dengan lancar, ilmu dapat di timba, ekonomi berkembang pesat, keselamatan terjamin.

Sabtu, 2 Mei 2009

SELAMAT HARI PEKERJA


Tak kelewatan penulis ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA", kepada semua wira - wira swasta yang bersama - sama membangunkan negara.

DS Najib mengumumkan di ucapan julung kali nya sebagai Perdana Menteri di Perhimpunan Hari Pekerja hari ini dengan menjanjikan penwujudan 1) Tabung Bantuan Pekerja yang diberhentikan kerja, 2) Pengeluaran KWSP secara bulanan selepas umur bersara.

Seperti penulis ulas sebelum ini "di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung", mereka lah golongan yang perlu di bela dan diberi tumpuan oleh kerajaan berbanding kakitangan awam yang terlalu banyak keistimewaan di longgok kepada mereka sedangkan pekerja - pekerja swasta juga penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negara dan inilah golongan yang masih berdiri teguh menyokong dan membantu kerajaan yang cuba di manipulasi oleh pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk memecahkan kesetiaan mereka.

Walaubagaimanapun alhamdulillah PM telah berjanji untuk menumpu perhatiannya dan telah mengarah Kementerian Sumber manusia mengkaji dan membentang laporan di Mesyuarat Kabinet. ini lah kerajaan yang prihatin. satu lagi langkah telah dimulakan oleh DS Najib dalam menuju visi 1 Malaysia, 'Rakyat didahulukan Prestasi diutamakan'.