Rabu, 26 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA




PENULIS MERAKAMKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA, DIHARAPKAN TAHUN BARU KALI INI AKAN MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN KEMESRAAN ANTARA SEMUA KAUM DAN HIDUP DALAM AMAN DAN DAMAI SELAMANYA DIBAWAH PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL

GONG XI FATT CAI

Selasa, 25 Januari 2011

BERTENANG KAH PAS DI TENANG

MAK OI!!!! TENANG NYA CERAMAH PAS DI KG AIR PANAS TENANG

PRK DUN Tenang banyak menonjolkan kesilapan yang dilakukan oleh PAS dan Pakatan Pembangkang terutama dengan meletak Calon Muslimatnya yang terbatas pergerakannya di sepanjang PRK di Tenang.

Pimpinan PAS terpaksa menenangkan diri masing - masing diatas kesilapan mereka yang terperangkap dengan strategi sendiri konon nak mengambarkan bahawa PAS MENERIMA kaum dari HAWA dan iktiraf sebagai ULIL AMRI oleh PAS, sedangkan PAS lupa BN dan UMNO sudah jauh advance dalam mengikhtiraf golongan HAWA ini.


DATO SERI SHAFIE MENUNJUKKAN STRATEGI TERDESAK PAS MENGELUARKAN RISALAH PALSU MENGUNAKAN NAMA SELEBRITI KAH!!!KAH!!!

Ceramah PAS adalah senjata utama mereka di mana jua PRK mahu pun di luar PRK, kini jelas ceramah PAS di Tenang rata - ratanya tenang saja tidak mendapat sambutan kerana di Johor jauh berbeza dengan Kelantan, apatah lagi DIKATAKAN KAUM LELAKI PAS MASIH TIDAK MENERIMA HAKIKAT WANITA SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA ini memberi kesan besar kepada PAS membuat pimpinan PAS terpaksa sibuk membuang masa bekerja kuat untuk tenangkan penyokong dari kaum ADAM mereka sendiri.

Calon PAS juga dikatakan mempunyai banyak isu seperti sejarah hidup yang hitam dalam rumahtangga yang pertama beliau, pergerakan terbatas, isu bersalaman, track rekod semasa menjadi guru malah kurang mesra dengan pengundi Cina yang mungkin dianggap tidak halal.

Penyokong - penyokong PAS dan Pakatan Pembangkang dari luar Johor yang terlalu ramai tidak disenangi oleh pengundi Tenang malah banyak menimbulkan suasana yang tidak sihat, berbanding penyokong BN yang kurang dari luar Johor kerana YAB Dato Seri Abd Ghani selaku Pengarah PRK tenang dari awal telah mengarahkan agar BN dari luar Johor tidak perlu menghantar penyokong ke PRK tenang kerana kekuatan BN Johor sudah memadai dan memahami sensitiviti pengundi Tenang.

Apa pun BN tidak meletakkan keselesaan ini untuk tidak berkerja kuat, BN menganggap "jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya", dalam membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan bangsa malah dengan berbagai - bagai perangai dan kehendak mampukah Cikgu Mala memenuhi kriteria ini semua BERBANDING TOK AI.

Khamis, 13 Januari 2011

TAKZIAH KELUARGA "AKU YANG GAMBI"

PENULIS AMAT TERKEJUT DENGAN BERITA PULANGNYA KERAHMATULLAH BLOGGER 'AKU YANG GAMBI' ATAU AYG ATAU NAMA SEBENARNYA ABDUL AZIZ BIN BAHAROM.

SAHABAT YANG SENTIASA HADIR KE BLOG PENULIS, SEORANG PEJUANG YANG CINTAKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

DIDOAKAN SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DILETAKKAN BERSAMA ORANG - ORANG YANG SOLEH, AMIN.

PENULIS MERAKAMKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM.

Selasa, 11 Januari 2011

PAS CUBA HIDUPKAN BALIK ANGAN - ANGAN UNTUK MENAKLUKI DUN MANJOI PERAK!!!


Sejak keputusan PRU Ke 12 diumumkan, gempar seluruh negara apabila keputusan kemenangan BN menurun, akhirnya disebut - sebut sebagai TSUNAMI istilah yang diambil apabila Pulau Pinang dan Kedah dilanda ribut Tsunami. jika dipandang belakang dari itu lagi pada PRU ke 10 pada tahun 1999 keputusan pun teruk merudum tetapi tidak seteruk PRU ke 12 walaupun ketika itu berhadapan dengan kes AI dipecat malah pemerhati politik menganggapkan bahawa era pemerintahan BN akan berakhir ketika itu, walaubagaimanapun Allah S.W.T masih merestui perjuangan dan pemerintahan BN, BN masih memerintah hingga ke hari ini.

Ketika PRU12 banyak kawasan BN yang kecundang akibat dibadai Tsunami, DUN Manjoi masih menang dengan walaupun majoriti 348 maka dengan itu YB Dato' Nadzri Ismail dinobat sekali lagi sebagai Wakil Rakyat kawasan Manjoi didalam Parlimen Tambun yang dipimpin selesa oleh YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni Hanadzlah yang kini Menteri Kewangan Kedua.

Mengunakan teori 348 BN sudah tidak mendapat sokongan lah maka DUN Manjoi diletakkan sebagai misi utama PAS untuk menakluki DUN Manjoi, maka berbagai - bagai bentuk ceramah hentaman disusun di markaz - markaz PAS dikawasan - kawasan tertentu, kawasan - kawasan tertentu bermaksud tempat yang mempunyai pimpinan PAS yang agak aktif saja dibuat program bagi mengelak program tersebut tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan kecuali dengan bantuan kehadiran dari ahli - ahli dari kawasan - kawasan Parlimen berhampiran seperti Ipoh Barat, Ipoh Timur, Gopeng, Batu Gajah, Sg Siput bagi meramaikan sekaligus secara psychology masyarakat berhampiran terpengaruh kononnya PAS mendapat sokongan ramai.

Baru - baru ini Mat Sabu dijadikan Penceramah utama selain Dr Khairuddin Calon yang tak pernah menang dan Hj. Tarmizi bekas Guru Besar Maahad AlUmmah Ulu Chepor yang dipecat dari jawatan Guru Besar kerana penyelewengan kewangan telah berceramah di Markaz Jalan Jelapang Chemor yang masih menggunakan method yang sama sejak dulu kala menghentam, mengherdik, mengutuk, memaki hamun dan mengata sana sini semua tak betul, nada sama yang berkurun - kurun didengarkan kepada penyokong - penyokong sendiri sememangnya enak didengari oleh mereka, tetapi bagi masyarakat umum, buang masa dan bersubahat untuk "dosa kering" yang tak kena mengena dengan mereka.

Manakala pemimpin BN seperti Dato' Seri Haji Ahmad Husni Hanadzlah selaku Ahli Parlimen Tambun dan YB Dato' Nadzri Ismail tak kesah dengan semua kerja kosong PAS, beliau dan Dato' Nadzri sibuk menjalankan tugas tanggungjawab dengan penuh komitmen untuk membangunkan kawasan DUN Manjoi dengan berusaha mendapatkan peruntukan malah merancang tanpa henti untuk pembangunan masa depan Kawasan Manjoi khususnya di Parlimen Tambun untuk kepentingan rakyat.

Penulis melawat Gugusan Manjoi dan dapati ianya dibangunkan dengan berbagai - bagai tambahan Infrastruktur baru yang terancang mengandungi berbagai elemen seperti :-

1. SEKTOR EKONOMI, Menambah dan membina Pasar Baru Kg Manjoi, Pembinaan Rumah Kedai Rakyat di Kg Tg Hussin Baru, Pembinaan Pusat Perniagaan Taman Islam Hadhari di Kg Tg Hussin dan 10 pintu Rumah Kedai dijalan masuk dan utama Kg Manjoi, menaiktaraf Gerai Kuih Muih di Jalan baru Kg Manjoi, pembinaan Gerai makan di tepi tasek Kg Sg Tapah dan Tmn Meru manakala menambah dan membina baru sebuah Pasar besar Pekan Chemor akan dibina pada tahun 2011, malah di Kg Manjoi bersepah2 gerai2 berbagai jenis makanan tradisional Melayu bebas berniaga ditepian jalan TANPA DIGANGGU ATAU DIRAMPAS KERUSI MEJA DAN DIHALAU OLEH WAKIL RAKYAT DAN PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA IPOH.

2. PEMBANGUNAN GENERASI MUDA, selain pembinaan 2 buah Mini Stadium di Manjoi dan Pekan Chemor, Pembinaan 9 buah Gelanggang Rakyat masing - masing di Kg Manjoi, Tmn Kledang Jaya, Kg Dato Ahmad Said Tamb 2, Tmn Meru, Tmn Meru 2C, RPT Desa Seri Chepor, Tmn Klebang Jaya, RPT Bt 10 Chemor, RPT Jelapang Jaya dan Taman Halaman Meru Damai dan 3 buah Gelanggang Bola Keranjang berbumbung dibina di Kg baru Khantan, Kg baru Kuala Kuang dan Kg Baru Changkat Kinding.

3. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 6 buah Perpustakaan Desa dibina di Kg. Manjoi Baru, Kg Tg Hussin, Kg Seberang Sg Tapah, RPT Jelapang Baru, Tmn Meru dan RPT Desa Seri Chepor manakala 5 buah Perpustakaan Desa baru sudah mendapat kelulusan dan akan dibina di pada tahun 2011 di Kg Tersusun Bt 10 Chemor, Tmn Klebang Jaya, Kg Tersusun Bt 10 Ulu Chepor, Tmn Meru 2C dan Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3, manakala 1 buah Perpustakaan Awam akan dibina di Pekan Chemor pada tahun 2011, selain itu menyumbang Geran RM5,000 setiap tahun kepada Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT didalam Parlimen Tambun bagi program Motivasi dan Kokurikulum.

4. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR AWAM, Di Manjoi juga telah diluluskan RM5.4 juta bagi mengantikan jambatan lama Jalan Menteri bagi mengelak banjir akibat jambatan lama terlalu rendah dan akibat sampah sarap yang tersangkut. Membina 2 buah Pintu Gerbang mercu tanda di Kg Manjoi dan RPT jelapang Baru. Mendirikan 4 buah Dewan Serbaguna di Kg Sg Tapah, Kg Manjoi, Tmn Meru dan Pekan Chemor.

5. PEMBANGUNAN KEAGAMAAN, sebuah Masjid di Tmn Klebang Restu, 7 buah Surau Baru di DUN Manjoi dibina di Kg. Seberang Sg Tapah, RPT Jelapang Tambahan, RPT Jelapang Jaya, Tmn Chepor Damai, RPT Bt 10 Ulu Chepor, RPT Klebang Selatan dan Kg Dato Ahmad Said dan 3 buah Sekolah Agama Rakyat di Kg Dato Ahmad Said, Kg Tengku Hussin Baru dan Pekan Chemor.

6. PEMBANGUNAN PENTADBIRAN, Mendirikan Pejabat Tanah dan Daerah Ipoh di Kg Manjoi yang menjadi pusat urusan pembayaran cukai dan urusan tanah di dalam Daerah Ipoh, ini dapat menarik ramai masyarakat Ipoh untuk datang ke Manjoi sekaligus sektor ekonomi seperti perniagaan masyarakat Manjoi dapat dikembangkan.

7. KEBAJIKAN, 60 buah Rumah Mesra Rakyat(RMR) telah dibina pada tahun 2010, 6 buah rumah PPRT, 100 buah rumah warga miskin dibaikpulih, 5 buah rumah sumbangan Ahli Parlimen Tambun sendiri dibina untuk golongan yang tak berkemampuan yang amat menyentuh hati diatas kebaikan Dato' Seri Husni ianya membantu dikalangan rumah orang Melayu, Cina dan India dan tahun ini 100 lagi rumah warga miskin akan dibaikpulih dengan budget RM500,000.

Ironinya adakah dengan kerja kuat dilakukan oleh YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni dan YB Dato' Nadzri Ismail dilupakan begitu saja oleh masyarakat dan pengundi DUN Manjoi dengan cukup sekadar ceramah dan cakap kosong puak - puak PAS yang menuduh sini salah, sana silap, situ tak betul boleh menakluki DUN Manjoi sedangkan bencana Tsunami sudah berlalu dan tidak berlakukan lagi sekarang ini dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pengundi semuanya telah bijaksana dan telah menolak ke gaung politik sempit malah politik fitnah tak berfakta sudah jijik dipandang pengundi. BN dengan motto nya Rakyat didahulukan telah dilaksanakan demi kepentingan rakyat sejagat dan diterima oleh semua kaum, malah inikan pula dengan kerja dan usaha berterusan dan jujur YB Dato' Seri Ahmad Husni dan YB Dato' Nadzri Ismail boleh dikalahkan dengan omong kosong dan "dosa kering".

Selasa, 21 Disember 2010

NI A JIS PECAH REKOD DUNIA - TERLEPAS DARI SPRM, WAH!!!! SPRM BETOI!!!!


PECAH REKOD DUNIA, BARU TEMAN DENGAR NI A JIS DAN MENANTU KESAYANGAN DIA MEMUJI SPRM KERANA MENUTUP KES RASUAH DUA BERANAK LAIN MAK LAIN BAPAK NI, MAKA BERDENTUM - DENTUM DUA EKOR SIAMANG NI MEMUJI BAGAI NAK RAK SPRM, SPRM KERJA TELUS DAN PROFESIONAL.

SEBAB KENA BATANG HIDUNG SENDIRI DAN MENANTU SENDIRI, KALAU YANG TERLEPAS TU PEMIMPIN UMNO ATAU BN, SIAP LAH KO SPRM, CARI PAYUNG BESOR UNTUK COVER KEPALA SEBAB MERECIT - RECIT AIR LIOR DIORANG MENGUTUK, MENGHAMPUT KORANG.

MARI KITA TENGOK LEPAS NI, JIKA BERLAKU KES - KES MELIBATKAN PEMIMPIN - PEMIMPIN UMNO DAN BN ATAS TUDUHAN RASUAH DAN BUANG KES PULAK TU, KITA TENGOK PEMIMPIN - PEMIMPIN SIAMANG NI NAK CAKAP APA.

Khamis, 16 Disember 2010

SUDAH KE SELESAI KEMELUT SEPAK TERAJANG PEMILIHAN PKR?????, ATAU PKR CUBA ALIHKAN KE ISU LAIN






Sejak selesai pemilihan tertinggi Kongres PKR, tiba - tiba saja kemelut SEPAK TERAJANG sepanjang pemilihan PKR di Cabang - Cabang senyap dan sunyi soh!!!! tak berbunyi, tiada sebarang post mortem, tiada sebarang usaha peringkat tertinggi PKR untuk menyelesaikan setiap keluhan, setiap aduan, setiap rungutan ahli - ahli bawahan PKR sepanjang musim pemilihan PKR, bagi Saifuddin selesai janji aku dapat selesaikan pemilihan Kongres, lepas tu apa nak jadi, jadi lah.

Adakah setiap suara yang disuarakan oleh ahli - ahli PKR ini langsung tidak mendapat tempat didalam kepala otak pemimpin - pemimpin tertinggi PKR? atau adakah suara ahli - ahli tidak penting dalam PKR?, atau adakah pemimpin PKR tidak menghormati dan memangdang kecik ahli - ahli bawahan?, apa tindakan PKR untuk selesaikan kemelut tersebut?. Sebab itu bagi yang sedar telah mengambil tindakan keluar parti dan ada yang meletak jawatan.

Cabang - Cabang yang mengadakan pemilihan menghadapi masalah, pergaduhan, pertengkaran, protes dan sebagainya malah peratusan ahli yang mengundi pun amat diluar dugaan dengan jumlah yang cukup rendah jika dibandingkan apa yang didakwa 800 ribu ahli diseluruh negara.

Sekarang ini Anwar dan PKR cuba untuk mengalih perhatian kepada isu - isu lain, isu yang cuba untuk mendapat perhatian dan simpati dari ahli - ahli PKR sendiri sehinggakan ahli PKR terlupa akan krisis dan kemelut ketidakpuasan hati mereka terhadap PKR sendiri. Anwar telah berjaya mengalih penumpuan ahlinya terhadap kelemahan PKR, memang betoi apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir " MELAYU MUDAH LUPA", malah teman tambah lagi "INDIA PUN MUDAH LUPA"


p/s.. saja nak panas - panaskan.

Rabu, 8 Disember 2010

BELUM LANTIK CHANSELLOR PELAJAR UNISEL SUDAH DISALAHGUNA


KHALID MENAMPILKAN KEBODOHAN


SEBAHAGIAN PELAJAR UNISEL


SEBAHAGIAN PELAJAR UNISEL


SEBAHAGIAN PELAJAR UNISEL

SUMBER FOTO COPY DARI MINAQ JINGGO FOTOPAGE

Penulis dah "telah" (pelat Perak) aje nya mangkuk ayun, melalui penulisan teman "CHANSELLOR UNISEL - PASTIKAN PENGKHIANAT WAN AZIZAH TIDAK DILANTIK"
pada 1.12.2010 mengenai kerisauan penulis menjangkakan pelajar Unisel akan di jadikan jentera pembangkang, baru beberapa minggu kejadian tersebut sudah berlaku segelintir pelajar - pelajar Unisel dikalangan darah daging puak pembangkang telah disalah gunakan untuk demostrasi jalanan air kencing Selangor baru - baru ini.

Posting bertarikh 1.12.2010 seperti berikut:-
"Sejak pengumuman tersebut sibuklah kaki - kaki pencacai PKR Selangor mahukan Presiden PKR, Wan Azizah dilantik sebagai Chansselor, Khalid Ibrahim sendiri telah mempunyai calon dikalangan kroni beliau untuk diletak sebagai puppet di Unisel, malah dikatakan kedengaran juga jawatan tersebut menjadi rebutan dan lobi melobi untuk dilantik ke jawatan tersebut dikalangan key - key figure PKR, ini semua bagi mempastikan orang - orang kuat PKR mendapat tempat dan dapat mencari makan tertutama di Unisel bagi mengembangkan kan lagi kekuasaan mereka apatah lagi Unisel yang menampung 12,000 pelajar amat bersesuaian bagi mereka melahirkan golongan muda untuk di rekrutkan sebagai jentera pembangkang dimasa depan."

Sebab tu lah Kerajaan Persekutuan berhati - hati dalam meminda akta AUKU, ini lah salah satu sebabnya apabila pemimpin Kerajaan Negeri yang tak bertanggungjawab mempergunakan pelajar Universiti untuk tujuan yang songsang.

Menteri Besar yang tak tahu malu dan tak tahu nak mentadbir negeri, Isu Air pun terpaksa minta tolong DYMM Agong, malah tak tahu malu menghantar memorandum secara biadap dengan berdemostrasi jalanan ke Istana SEDANGKAN AWAK KETUA NEGERI BOLEH MELALUI CARA YANG CUKUP DIPLOMATIK ANTARA KERAJAAN NEGERI DENGAN ISTANA, MENGADAP DENGAN PENUH SOPAN SANTUN.

MENTERI BESAR DAN PAKATAN RAKYAT BIADAP MEMBELAKANGKAN DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

Lagi biadap seorang Menteri Besar, EXCO Kerajaan Negeri, ADUN Negeri Selangor membelakangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan terus menghantar memorandum kepada DYMM Tuanku Yang di Pertuan Agong, walhal Tuanku Sultan Selangor sepatutnya disembah memorandum tersebut kerana Tuanku Raja Negeri Selangor, isu Air adalah Isu Negeri Selangor, ini sikap BIADAP DAN DERHAKA kepada Tuanku Sultan Selangor malah Menteri Besar selaku PENASIHAT Raja memalukan dan menconteng arang di muka Tuanku Sultan Selangor umpama menyelak kain dan menunjuk kepada orang luar, umpamakan Tuanku Sultan Selangor tidak perihatin selaku pemerintah Negeri Selangor.

Penulis ingin mencadangkan agar DYMM Tuanku Sultan Selangor mengambil tindakan dan menarik balik darjah kebesaran malah membatalkan persetjuan perkenan perlantikan Khalid Gagap sebagai Menteri Besar Selangor yang perlu mendapat PERKENAN Tuanku
sebelum memegang jawatan Menteri Besar.

Malah tindakan Khalid serta PKR, PAS dan DAPig selaku Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor amat keterlaluan melanggar perundangan Negara dengan menganjurkan Demostrasi Jalanan hingga menganggu ketenteraman awam serta merosakkan harta benda awam dan bertindak secara tak bermoral dengan memperggunakan Pelajar - Pelajar UNISEL dan kanak - kanak kecil didalam Demostrasi haram tersebut.

MALAH LAGI BIADAP KHALID GAGAP DAN PAKATAN HAPRAK MENGGUNAKAN KESUCIAN MASJID NEGARA SEBAGAI VENUE DEMOSTRASI, BERKUMPUL DAN DICABULI OLEH BANGSA LAIN.

MUKA TAK MALU, MUKA KULIT B@#*, sudahlah dalam mempertikaikan dan mahu menghapuskan KETUANAN MELAYU DAN RAJA MELAYU, dalam masa yang sama kepada Raja melayu juga lah masalah kelemahan pentadbiran di bebankan, kepada Raja Melayu untuk minta TALIAN HAYAT. Memang muka tak malu masalah air pun sebagai Menteri Besar tak berupaya untuk selesaikan.