Isnin, 30 Mac 2009

BUKIT GANTANG DIPENUHI DENGAN PEMBANGKANG LUAR

Sepanjang hari makin bertambah kehadiran kumpulan - kumpulan dari merata negeri terutamanya dari Terengganu dan Kelantan sejak SPR mengumumkan tarikh Penamaan Calon. pembangkang dari Kelantan memonopoli Masjid dan Surau tanpa menghormati penduduk tempatan, kawasan Masjid dijadikan tempat berceramah kononnya atas nama Tazkirah, Kolah air tempat mengambil wuduk kering kontang akibat digunakan untuk mandi manda oleh puak - puak pembangkang.

Tanda dan bukti Masjid dan surau sememangnya tempat yang paling diminati oleh puak - puak pembangkang ini berkumpul kerana disinilah tumpuan penduduk tempatan untuk mengadap Allah S.W.T dan disitulah digunakan oleh puak - puak tersebut untuk memancing undi dan menyebar propaganda, kononnya mereka Islam, kononya mereka pejuang Islam, tempat suci dan beribadat dijadikan medan untuk berkumpul dan berceramah, dimana letaknya pertimbangan kita.

Pada 27 Mac 2009 penulis diceritakan oleh penduduk tempatan terserempak akan Nizar duduk didalam satu majlis anjuran DAP ditengah - tengah majlis diatas meja dipenuhi dengan botol - botol air syaitan dan masakan - masakan tak halal, turut sama dengan beliau Isteri tercinta dan muslimah - muslimah yang hadir dengan kereta berasingan dengan Nizar dan lelaki lain kononnya tidak bercampur kerana bukan muhrim,tetapi apabila pulang berhenti ditempat sunyi masing - masing masuk ke kereta masing - masing bercampur kembali tidak kah lakonan namanya, apa erti semua ini, jika benar - benar pejuang Islam kenapa mesti bercampur duduk dengan peminum - peminum air syaitan, adakah matlamat menghalal kan cara yang penting menang dalam pilihanraya.

Tak hairan lah Nga Ko Meng dan Ngey ko Ham mempermainkan dengan membaca ayat - ayat Quran yang tak betul bunyinya atas kebenaran siapa menghina ayat - ayat suci al Quran di pentas politik tentunya atas kebenaran NIzar, berhadas pun tidak tak siapa merasa bersalah akan mereka yang menggunakan ayat suci malah puak - puak tersebut bertakbir lagi tanda menyokong,rosak agama, rosak Islam apabila ayat - ayat suci dimain - mainkan bacaan nya tambahan bacaan yang tak betul taranumnya.

Akhirnya dirumuskan bahawa selagi bernama manusia tak lari dari melakukan kerja - kerja yang tak betul dan tak senonoh semata - mata untuk pangkat dan darjat, sebab itulah cara untuk memperolihi nya tidak penting, Islam digunakan, Agama dipermainkan, pakaian dilakunkan, ayat suci dipersendakan, yang penting MENANG, Menang,Menang, puashati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda