Isnin, 20 April 2009

DUN PENANTI - LAYAK MILIK PAS ATAU PKR

Semua pihak terutamanya penduduk kawasan Pematang Pauh mengetahui bahawa Penanti adalah kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS, dengan kekosongan yang dibuat oleh Fairus yang mewakili PKR sikit sebanyak sudah tentu memburukkan imej Pakatan Pembangkang termasuklah PAS sendiri yang berkorban kawasan tersebut diberi kepada PKR. apabila kita mengatakan kawasan kubu kuat PAS ini memberi gambaran bahawa kawasan tersebut di monopoli oleh penyokong PAS dan seharusnya lah PAS amat berhak untuk menuntut kembali kerusi tersebut diserah kepadanya.

Persoalannya adakah PAS mempunyai kekuatan suaranya didalam Pakatan Pembangkang? berbanding dengan kekuatan PKR yang baru setahun jagung telah menunjukkan taring dan kuku nya didalam pakatan pembangkang, tidakkah satu kerugian bagi PAS membiarkan kawasan Penanti yang terang - terangan kubu kuat di biar sekali lagi kepada PKR, tidakkah PAS risau bahawa Wakil Rakyat kawasan kuat beliau tentunya seorang yang dijamin bersih oleh PKR apabila dilihat sebelum ini kebanyakan Wakil Rakyat PKR bermasalah besar mengenai MORAL yang sememangnya di perjuang kan oleh PAS dalam pakej membentuk Negara Islam, beranikah PAS dalam segi hukumnya dan pegangan PAS sanggup bersekongkol atau bersubahat dengan mereka yang tidak bermoral kecuali lah PAS selama ini berlakun dalam tindak tanduknya kepada rakyat dan penyokong taksub nya.

Akhirnya sanggupkah PAS menerima kenyataan apabila PAS menuntut kerusi tersebut nanti pakatan nya DAP dan PKR menolak tuntutan nya, apabila situasi ini berlaku apa kah tindakan PAS seterusnya, adakah PAS berani meninggalkan Pakatan sedangkan semua tahu kekuatan PAS bergantung kepada DAP dan PKR dan tentunya maruah sebuah Parti yang terlama dalam Pakatan akan jatuh, penulis merasakan ini lah delima yang sedang dihadapi oleh PAS dan kepimpinan tertinggi PAS yang lebih memendam rasa demi satu darjat dan kuasa.

3 ulasan:

  1. Salam,

    Dalam apa keadaan pun, bagi penyokong pakatan rakyat samada PAS ataupun PKR ia tetap memihak kepada kemahuan mereka. Sebabnya bagi mereka, UMNO/BN mesti dihapuskan. Mereka tidak mempedulikan nasib anak-anak, cucu-cicit pada masa depan jauh sekali hendak memikirkan nasib diri mereka sendiri.

    Sekiranya ingin melihat keadaan sebenar marilah kita tanya pengundi tegar pembangkang di sekitar Permatang Pauh, biarpun tiada pembangunan, keadaan bandar menjadi daif tetapi apakah mereka menyesal kerana memilih PKR? Jawapannya kita tentu sudah tahu.. memang jenis manusia taksubkan parti, mati hidup semula pun mereka tidak akan berubah sikap.

    BalasPadam
  2. SALAM BRO..

    KADANG-KADANG TERFIKIR JUGA..UBAT APA YANG TELAH DIGUNA-GUNKAN KEPADA PAS NI HINGGA BOLEH MENGIKUT TELUNJUK PKR AJE.

    BalasPadam
  3. As'kum, PAS seperti seorang tua yang sedang sakit tenat dan memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak, dalam pada itu orang tua yang jenis cakap besar dan tinggi diri, dia lupa keadaan diri dia macammana.

    Bayangkan satu ketika DAP mati-an menentang penubuhan kerajaan Islam malah satu ketiak dulu PAS sendiri melenting atas kenyataan DAP, kini dulu lain sekarang lain, sikap PAS sekali ombak memukul pantai sekali pantai berubah.

    PAS di buai mimpi indah, walhal kalau Negara diperintah oleh Pakatan Pembangkang, Perdana Menteri nya bukan dia, seperti kabinet bayangan yang dikeluarkan oleh ANwar/PKR semasa Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh, Hj Hadi sekadar Menteri Hal Ehwal Agama islam.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda