Sabtu, 23 Mei 2009

SATU PERAK - KITA MULA KAN BERSAMA MEMBANGUNKAN PERAK DARUL RIDZUAN

Keputusan telah di putuskan atas kehendak puak -puak pembangkang mengunakan mahkamah mencabar keputusan berilmiah DYMM Tuanku Sultan Perak yang dikasihi.

Maka kini teman menyeru semua pihak yang cintakan keamanan, keharmonian, kesejahteraan, kemakmuran tak kira bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, kadazan, Iban, Asli agar kita satukan hati dan tekad membangunkan bersama - sama YAB DS Dr Zambry dan barisan exco yang telah SAH secara undang - undang membangunkan Perak, membangun ekonomi, membangunkan pendidikan, membangunkan kebajikan, membangunkan perpaduan yang terbantut tanpa berkembang sejak setahun ini.

Kita paksa diri kita untuk melupakan kenangan pahit yang tercetus oleh golongan - golongan pengamal undang - undang rimba, apa pun yang akan berlaku selepas ini jangan kita layani dan kita tumpukan untuk Perak dalam menghadapi kelembapan ekonomi yang pasti jika kita terleka menumpukan semata - mata kepada politik rimba ciptaan pembangkang semata - mata teman percaya Perak akan mundur teruk dan untuk bangun kembali memakan masa yang panjang, kesan nya adalah rakyat, rakyat yg sayangkan keluarga, rakyat yang sayang kan keamanan, rakyat yang sayang kan Raja, rakyat yang sayang kan kesejahteraan.

Ingatlah wahai rakyat semua untuk membangunkan Negeri ini cukup lama masa nya, cukup ramai pemimpin yg hilang nyawanya, untuk runtuhkan Negeri ini hanya sekelip mata saja.

SAMBUT LAH SERUAN 'SATU MALAYSIA'!!!!!

AMAL LAH 'SATU PERAK'!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda