Selasa, 2 Jun 2009

BN PERLU KELUAR DARI KERANGKA LAMA - CETUSAN DARI MAMAK PENANG


Salam, Kita perlu memahami sikap penggundi di Pilihanraya.Pengundi biasanya mempunyai kepentingan peribadi untuk mengundi seseorang calon yang bertanding.Biasanya pengundi akan menilaikan;


1.Polisi parti dan deklarasi polisi yang dibuat oleh calon semasa pilihanraya.

2.Sikap dan peribadi calon

3. Rekod lampau calon dalam parti yang diwakilinya

4.Menilai Sikap calon,apabila di menang dalam pilihanraya.


Dengan ini amat jelas semua perkara di atas bukanlah dikawal oleh pengundi!tetapi calon yang mengawal kriteria.Bagi calon yang bertanding dia mempunyai pilihan, adakah dia ingin memperolehi undi yang seberapa banyak yang boleh atau pun mendapatkan penggundi untuk mengundinya untuk cukup untuk dia memenangi pilihanraya itu. Dengan itu jumlah undi tidak memainkan peranan yang penting dalam pilihanraya. Tetapi yang penting adalah kemenangan.


Seperti kebiasaannya calon yang bertanding beranggap pengundi yang mengundinya cuma mempunyai kepentingan peribadi dalam pemilihannya. Kebanyakan pengundi cuma membuat keputusan melalui "pakej" yang ditawarkan oleh calon-calon yang bertanding.Pengundi cuma memileh pakej yang terbaik yang telah ditawarkan calon-calon yang bertanding.


Apa yang perlukan oleh pengundi ialah pendedahan maklumat calon mesti diberi pendedahan yang secukupnya kepada pengundi-pengundi.Disinilah Mass-Media parti memainkan peranan yang gigih.Tanpa pendedahan ini pengundi akan tidak dapat informasi yang tepat. Biro Penerangan UMNO perlu lakukan sesuatu yang terbaik untuk PR13 akan datang dari sekarang. Janganlah jadikan calon bertanding sebagai "Bidan terjun".Calon tempatan atau calon luar tidak begitu mustahak tetapi pendedahan calon itu kepada pengundi amat perlu dilakukan. Pakage UMNo kali ini perlu mantap untuk diterima kesemua peringkat pengundi. Jangan hanya berpeluk tubuh apabila pihak pembangkang membawa isu "BN kalau naik Barang mesti Naik",ia seolah-olah menakutkan rakyat untuk mengundi BN dipihanraya ke12, kita perlu melawan slongan pembangkang seperti ini dengan fakta dan pakej terbaru yang menambat hati pengundi.


Blog-Blog wakil rakyat BN perlu membawa pakej-pakej yang memberangsangkan dan sentiasa mendampingi pengundi-pengundi. Apa yang pihak PKR canang di Pilhanraya kecil di Penanti adalah jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang!. apakah harapan untuk TKM Pulau Pinang ingin nak lakukan?. Sebenarnya Majoriti pengundi melayu tetap akan mengundi UMNO..yang kalah di Pulau Pinang sebenarnya bukan Melayu tidak mengundi untuk komponen BN. Apa yang sedihkan ialah orang Melayu masih tak mahu fahami asas politik Di Pulau Pinang!. Terutamanya Parti PAS dan PKR akan menyebabkan kuasa Melayu dalam Politik Negara akan hilang di suatu masa kelak sekiranya Parti Politik melayu kini berebut ingin berkuasa di negara ini seperti zaman penjajahan dulu. Pengundi Melayu perlu memahami natijah ini walau pun pemimpin parti politik mereka sudah tidak boleh diperbetulkan lagi tetapi sebagai pengundi yang mempunyai hak mengundi boleh mengubahkannya.Wassalam


Nukilan Mamak Penang.

4 ulasan:

  1. Masalah dengan UMNO ini mereka tidak mahu mendegar suara akar umbi. Bagi pemimpin-pemimpin UMNO, akar umbi tak reti politik hanya mereka saja yang pandai politik.

    Kebanyakan imej pemimpin2 UMNO sombong dan mereka ini adalah liabiliti kepada UMNO seperti Nazri Aziz, KJ, Khir Toyo dan banyak lagi. Yang peliknya masih ada yang memegang jawatan.

    Pemimpin2 UMNO hanya hebat berpolitik sesama sendiri, jatuhkan ketua sana, naikkan ketua sini dan macam-macam lagi. Isu dan fitnah yang dibangkitkan pembangkang, tak ada seorang pemimpin pun yang berani menafikan fitnah pembangkang. Lama-kelamaan ianya menjadi sebagai benar.

    Laman-laman Blog UMNO sendiri tidak bermaya, tidak ada isi dan isu panas. Fokus harus diberi pada kelemahan-kelemahan PR secara berterusan sehingga PRU13. Jawab dan tentang habis-habisan fitnah pembangkang jangan diam membisu.

    Laman-laman Blog harus ceria untuk menarik golongan muda. Komen-komen dari Anonymous jangan ditapis, dari situ kita dapat rasa isi hati rakyat.

    Fokus kepada kepincangan dan kelemahan pembangkang baik dari segi pemerintahan, pemikiran, dasar, moral dan banyak lagi. Gunakan dan maksimumkan impaknya secara konsisten dan berterusan.

    Keutamaan harus diberikan kepada rakyat-rakyat yang menyokong UMNO dan BN. jangan peduli pada negeri seperti Kelantan, mereka tidak mahu berubah biarkan mereka. Semasa PRU12 dulu begitu banyak kerajaan tabur duit untuk hantar pengundi2 Kelantan balik mengundi hasilnya, bukan Kelantan, Perak , Kedah, Selangor, P. Pinag tewas. Pada kami yang menyokong, apa kami dapat, balik-balik pembangunan dan peruntukan bagi pada Negeri Kelantan kami tak dapat apa. Kalau macam itu lebih baik undi pembangakang.

    Anti Hipokrit.

    BalasPadam
  2. SALAM..

    HMMM..BAIK JUGA KOMEN ANTI HIPOKRIT..

    ADA PRO DAN KONTRANYA..

    SARANAN PALING BERNAS IALAH

    JAWAB DAN TENTANG FITNAH PEMBANGKANG..JANGAN DIAM MEMBISU..

    BalasPadam
  3. salam,

    Itu kita perlu Tranformasi. Pakatan Rakyat dah lama buat. Jiwa muda sekarang tidak berapa menyukai kaedah kempen ala formal seperti dipraktikkan media perdana. Kena ada cara tersendiri yang lebih menarik minat. Bahasa kampung itu lebih sesuai mengikut tempat sendiri ketika kempen. Jangan terlalu kerap menggunakan bahasa malaysia yang lengkap dengan grammarnya. Terlalu orthodoks.

    Biro penerangan dan jentera parti kena gigih berusaha membawa pembaharuan kepada cara pendekatan parti. Contohnya kali ini ia lebih berfikiran terbuka.. Semua kelompok usia pasti akan lebih berminat. Orang selalunya selesa dengan keadaan yang lebih mudah. Tidak dikongkong oleh peraturan-peraturan yang tidak relevan.

    BalasPadam
  4. salam, teman setuju apa yg mamak penang luahkan, Bn perlu keluar dari kerangka lama dalam bertindak, sebarang strategi pula jangan di keluarkan di Media2 massa kerana ia akan di ketahui oleh musuh yg memang nganga saje mencari kelemahan BN.

    Buat kerja tanpa heboh sana heboh sini...

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda