Isnin, 1 Jun 2009

SELAMAT CUTI PERSEKOLAHAN



Selamat menyambut cuti persekolahan kepada semua anak - anak bangsa, hari yang di tunggu - tunggu oleh anak - anak kita setelah teruk mentelaah mata pelajaran di sekolah.

Apa yang hendak teman ajukan di sini kepada semua ibu bapa yang tentunya sayang kan anak - anak dan meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada anak kita agar satu hari nanti akan menjadi warga yang amat berguna kepada bangsanya, kepada negaranya, kepada keluarganya dan kepada dirinya sendiri, teman terbaca satu komen dari sahabat di salah satu blog sahabat, ada baiknya teman tonjolkan disini rancangan beliau untuk bercuti dengan anak - anak dan keluarganya ke kampung bagi menemukan anak - anak nya dengan datuk dan nenek mereka agar anak - anak nya dapat mendengar cerita - cerita lama pengalaman datuk dan nenek mereka mengenai zaman keganasan dan kekejaman komunis dan perjuangan anggota keselamatan setidaknya, cerita dan pengalaman yang tidak ternilai itu tak dapat di cari di mana - mana kedai buku yang hanya terpahat di dada penceritanya saja akan memberi kesedaran dan ilmu yang amat bernilai dalam membentuk generasi akan datang yang tidak akan lupa akan sejarah, semoga terpahat di ingatan mereka apabila kita tiada di dunia ini.

Setidaknya pun terubat rindu di hati si tua yang menanti kepulangan anak tercinta dan permata hati si cucu tersayang penghibur di kala kesunyian. tiada apa yang hendak di wariskan nya hanya pengalaman lama untuk bekalan di hari tua anak dan cucu nya.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI

2 ulasan:

  1. salam bro,

    selamat bercuti... kata nak datang mai! bila tu?

    kalau ada rezeki kita semua boleh berkumpul dan berjumpa lagi.

    BalasPadam
  2. salam, bro apai, kalau tk ada aral melintang, teman mungkin ke sarawak 20.6.2009 hari Gawai.

    Semuga Apai dan keluarga selamat bercuti...

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda