Khamis, 1 Oktober 2009

SPR JANGAN JADI MACAM KERA SARKAS, SURUH MENARI, IKUT MENARI !!!




Pembangkang sedia maklum bahawa Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO/BN, maka sesuatu perlu dilakukan dalam apa cara sekali pun untuk pastikan bahawa hasrat mereka untuk memenangi PRK tercapai dalam mempastikan "track record" menang dalam PRK dikekalkan.

Dalam isu ini SPR dijadikan sekali lagi bahan untuk di provok mengenai Undi Pos di Bagan Pinang yang menghantui mereka, maka SPR di desak, dicaci dan dituduh dengan berbagai - bagai tuduhan tidak telus dan tidak adil dalam melakukan proses undi pos yang diamalkan sejak azali lagi berdasarkan perlembagaan negara.

Kenapa undi pos tidak di pertikaikan dimana - mana kawasan yang dimenangi oleh calon pembangkang setelah keputusan berpihak kepada pembangkang, undi pos dan SPR akan dipertikaikan apabila pembangkang mengalami kekalahan?

Sedangkan di Parlimen Lumut kemenangan hanya tipis sahaja yang diperolihi oleh BN, sedangkan Kem TLDM yang terbesar di Malaysia ini berada di Lumut, di Parlimen Ipoh Barat kenapa DAP menang didalam PRU12 sedangkan 5 kem tentera, seperti Kem Briged Tentera Darat, kem 6 Ranjer, kem 23 RAMD, Kem askar Wataniah dan Kem Puswatan didalam Parlimen tersebut tetapi DAP juga yang menang? malah di semua tempat yang mempunyai kem tentera atau polis mengalami suasana yang sama.

Ini bukti bahawa bukan semua anggota keselamatan menyokong BN, mereka diberi hak untuk memilih pemimpin mereka walaupun mereka tahu setelah menjadi Wakil Rakyat, kem tentera tidak pernah Wakil Rakyat mereka masuk pun, semuanya bergantung kepada kerajaan dan Menteri yang menjaga Pertahanan yang menjaga dan mengambil tahu masalah semua anggota keselamatan.

Kenapa mereka diam tanpa protes sebelum atau selepas PRU mengenai undi pos di sana, kerana mereka memenangi kerusi tersebut, kenapa di PRK Kuala Terengganu mereka diam setelah keputusan berpihak kepada mereka, sedangkan berapi - api mereka menghentam SPR sebelum PRK malah dikebanyakkan sebelum ini SPR dijadikan mangsa untuk dihentam oleh pemimpin pembangkang.

Hari ini SPR mengumumkan bagi memuaskan hati semua pihak, langkah untuk memanggil semua media dan wakil calon untuk melihat proses pengundian pos dijalakan, walau pun ianya baik tetapi tidakkah SPR rasa tak bermaruah kerana MENGIKUT TARIAN YANG DIPALU OLEH PEMBANGKANG, mana maruah SPR atau adakah dikalangan orang besar SPR juga memang terlibat dalam isu ini, sepatutnya SPR mempertahan kerja betul yang mereka lakukan selama ini sejak azali lamanya, PROSES UNDI POS MEMANG TELUS SEJAK DULU LAGI KERANA PADA HARI PEMBUANGAN UNDI WAKIL CALON BERTANDING DIJEMPUT HADIR SEBAGAI PEMERHATI SEPANJANG HARI MENGUNDI, kenapa tidak mengambil endah provokasi pembangkang yang memang mengharapkan SPR melatah.

SPR jangan dijadikan KERA SARKAS YANG MENGIKUT PALUAN GENDANG MAKA KERA SARKAS AKAN MENARI TERHENJUT - HENJUT UNTUK DIKETAWAKAN OLEH PENONTON DAN DI PERBODOHKAN SEPERTI BADUT OLEH MEREKA YANG MAHU SPR DILIHAT SEBAGAI BADUT SARKAS.

5 ulasan:

  1. Salam, bukan tuan tidak tahu perangai beruk-beruk dalam PAS yang tak pernah diam walau pun tembolok dah penuh.........

    Kerja mereka sejak dulu, mencari kesalahan orang lain, memfitnah orang lain atas landasan serban dan jubah...... SPR tidak perlu ikut rentak mereka....

    BalasPadam
  2. PAS PARTAI YANG DAH HILANG ARAH PERJUANGAN..IBARAT BERSULUH DI TENGAHARI. APA YANG BAIK DIBUAT OLEH UMNO/BN MEREKA AKAN SEGERA BUTAKAN MATA DAN TUTUP HATI UNTUK MENERIMA ATAU MELIHAT.

    MUNGKIN PAS BOLEH KEMBALI SEMUGA KEPADA PERJUANGAN SEBENAR..HANYA APABILA SI TUA NYAYOK TU MENGUNDURKAN DIRI

    BalasPadam
  3. Salam,
    Pakatan rakyat ini akan terkubur seperti tidak lama lagi!!!.Datuk Najib sedang mengorak langkah yang betul dan akan mencapai kemenangan total di PRU 13 nanti.

    BalasPadam
  4. As'kum, kita harap SPR biar berpegang kepada prinsip, jika spr memang membuat kerja yang adil dan betul selama ini, apa perlu kita ubah2 cara kerja semata2 untuk puaskan nafsu serakah pembangkang yang memang cuba nasib untuk spr melatah.

    pembangkang lain tak ada, sesuatu isu mesti berpihak kepada mereka, baru lah ia dianggap oleh mereka betul dan adil.

    MARFEL(pemerhati pilihanraya)pun dicurigai setelusan nya termasuk lah pengerusinya, muka pun macam muka Paih, bahasa digunakan mengulas ketelusan spr pun bahasa pembangkang, dan ini perlu dikaji semula kelayakan beliau sebagai pengerusi MARFEL. kenapa berlaku kekasaran dilakukan penyokong pembangkang MARFEL diam sepi?, kenapa spr tak tegas ambil tindakan? sebab itu di permain - main kan pembangkang kerana dianggap takut dan tak berani.

    BalasPadam
  5. SALAM, SEJAK KEBELAKANGAN INI SPR DI PRK BAGAN PINANG AGAK TEGAS, MALAH PENGERUSI SPR JUGA NAIK ANGIN DAN MENGAMBIL CONTOH AGAR PARTI2 POLITIK MENCONTOHI BN KERANA MENERIMA KEKALAHAN APABILA SESUATU KEPUTUSAN DIUMUMKAN DAN TIDAK MENYALAHKAN SPR DAN MANA2 AGENSI YANG TERLIBAT.

    KITA HARAPKAN AGAR SPR KENA TEGAS, JANGAN TAKUT DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, JANGAN PEDULI APA KATA PEMBANGKANG MALAH JIKA ADA KATA2 MENGARUT DARI BN SEKALI PUN MENGENAI SPR, SPR KENA PERTAHANKAN DAN TEGAS DALAM MENBUAT KEPUTUSAN, BIAR ORANG HORMAT SPR.

    TEMAN DOA BAGAN PINANG BN MENANG KEMBALI.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda