Ahad, 1 November 2009

TRAGEDI PENCERAMAH PAS DIHALAU DARI SURAU!!!!






LAPORAN POLIS YANG DIBUAT

Tersebut lah Al Kisah seorang Guru Agama yang pertama kali di jemput oleh Jawatankuasa Surau Taman Perpaduan di Ulu Kinta untuk mengajar agama di Surau tersebut, al kisah ini berlaku di bulan Syawal baru - baru ini dimana makmum yang hadir amat terkejut dan terperanjat kerana yang disangka guru agama rupa - rupanya umpama musang berbulu ayam, 5minit saja mukadimah nya membaca beberapa ayat dan hadis selebihnya menghentam UMNO dan BN dengan berbagai - bagai tuduhan dan tempat melepas geram Kerajaan Negeri Perak melepas, sementelah hari tersebut bersamaan dengan PRK Bagan Pinang maka termasuk juga lah Calon BN di Bagan Pinang menjadi mangsa hentaman dan kutukan.

Melihat akan terpesongnya guru agama tersebut yang bukan mengajar agama tetapi berceramah politik, makmum yang hadir lebih kurang 50 orang telah bangun dan memberhentikan syarahan guru tersebut, yang lawak dan mengeli kan hati, guru tersebut boleh berlawan - lawan cakap dengan anak murid dengan nada yang marah dan menepuk-nepuk meja, lagaknya macam surau tu dia yang punya dan makmum yang hadir seperti orang luar yang bertandang, kerana terlalu ramai yang mendesak agar beliau keluar daru Surau tersebut maka al kisah dengan muka tak malu penceramah musang tersebut pun bingkas bangun dan sempat menghembur kata - kata " ana tak akan pijak lagi surau ini" bertambah terkejut lah makmum yang hadir melihat gelagat seorang dianggap guru agama yang juga bertugas sebagai seorang pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Batu Gajah Perak.
Jajarkan ke Tengah
YB DS Ahmad Husni di sambut oleh Jawatankuasa Surau Tmn Perpaduan di Majlis sambutan Aidil Fitri anjuran Surau tersebut 10 Oktober 2009

Justeru dengan tragedi tersebut, Pengerusi dan Jawatankuasa Surau tersebut telah membuat laporan Polis di Balai Polis Tambun dan telah menghantar surat bantahan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk di ambil tindakan. bagi Pengerusi tersebut beliau mendakwa " kita tak peduli mana arah dan idiologi politik mana - mana guru sekali pun, tetapi kita mahu Guru Agama yang dijemput menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan bermoral, bukan menggunakan Surau sebagai platform untuk menghentam mana-mana individu, kerajaan mahupun parti lain, mengajar buat cara mengajar!!!!" ujar Hj Shariff Pengerusi Surau Taman Perpaduan yang baru - baru ini telah diluluskan oleh Ahli Parlimen Tambun, YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan 11 peruntukan RM450,000 pembinaan Surau baru mengantikan Surau lama yang berumur 30 Tahun itu.


YB DS Ahmad Husni berbual dengan Imam - Imam di Majlis Aidil Fitri Surau Taman Perpaduan

Itu lah al kisah musang berbulu ayam puak PAS, kerja dengan Kerajaan, makan gaji kerajaan BN yang bayar, mengajar dalam Surau kerajaan BN yang bina, dapat pulak elaun bayaran oleh Surau, disitu jugalah najis nafsu serakah, nafsu tak bersyukur di sembur mendarat - darat menghentam kerajaan, tangan yang menyuap makan ke mulut mereka di ratah sampai hancur, menggunakan rumah Allah macam menggunakan tandas di rumah mereka.

Nasihat penulis pada semua Surau dan Masjid, berhati - hati lah memilih Guru Agama yang sebenar - benar Guru yang berilmu demi memandu kita kejalan Allah S.W.T, bukan Musang berbulu ayam, atau Pak ketam yang pakai jubah nak ajar anak ketam berjalan lurus.

7 ulasan:

  1. salam sahabat
    penceramah yg baik adalah seorang yg tahu akan kehendak audience, bukannya syok sendiri macam ustaz sebagaimana yg diceritakan. ustaz ?

    BalasPadam
  2. Salam bro, satu tindakan yang wajar oleh kariah surau berkenaan, keberanian seperti kariah surau tersebut perlu dicontohi oleh suarau-surau lain...

    Guru yang berkenaan sepatutnya meletak jawatan daripada menjalankan kerja-kerja tidak amanah dan makan gaji haram......

    BalasPadam
  3. ITULAH JENIS YG TIDAK DAPAT LAGI MENIMBANG YANG MANA POLITIK YANG MANA TUGAS YANG MANA TAKTIK YANG MANA LASTIK...

    HEHEHE..TAUNYA NAK MELASTIK ORANG..

    TAPI KALI NI BUKU TELAH BERTEMU RUAS..

    SEPATUTNYA MEREKA NI SEDARLAH SIKIT..

    MEREKA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN..WALAU PUN TIDAK MENYOKONG UMNO TAPI KENALAH PATUT PADA MAJIKAN YG MEMBERIKAN PELUANG BELAJAR DAN BERKERJA..

    BalasPadam
  4. SLM BRO...BIASA LA TU BRO. TABIAT PAS NI MMG SUKA SGT MENGIGIT TGN ORG YG MEMBERI. TU PSL OTAK PENGIKUT PAK AJIS BYK LUMPUR! KEHKEHKEH

    BalasPadam
  5. Mana pengarah Jabatan Agama negeri Perak nak ambik tindakan sebab beliau merupakan pengarah yang dilantik oleh Nizar dahulu. Dr, Zambri punya laa baik tak pun nak pecat pengarah tersebut walaupun ianya berlainan kefahaman politik...itu pun kalau melayu PAS perak tak sedar diri lagik tak tau laa yeopp...

    BalasPadam
  6. SALAM, TERBARU ISU DR ASRI BEKAS MUFTI PERLIS DI TANGKAP, KES YANG CUKUP SIMPLE TAK MEMPUNYAI TAULIAH.

    PERSOALANNYA, BERAPA BANYAK KES -KES SEUMPAMANYA BERLAKU DI MERATA-RATA NEGERI BANDAR DAN KAMPUNG PAK USTAZ MEMBUAT CERAMAH AGAMA YANG TIDAK DI AMBIL TINDAKAN MALAH AMAT BERLELUASA YANG DILAKUKAN DI MARKAZ2 PAS, PKR, DI RUMAH2 PENGERUSI - PENGERUSI PAS DI KAMPUNG2.

    BERAPA BANYAK PULA ORANG SEPERTI HADI AWANG, NIZAR, NIK AZIZ DAN LAIN2 PENCERAMAH PAS MASUK KE NEGERI ORANG DAN KAMPUNG ORANG, PERGI KE SUARAU DAN MARKAZ ATAS NAMA PENGAJIAN AGAMA, ATAS NAMA TAZKIRAH MALAH MENGHENTAM DENGAN BERBAGAI FITNAH TERHADAP RAJA, KERAJAAN DGN MENGUNAKAN HADIS DAN NAS SEKERAT MENGIKUT KEHENDAK PARTI MEREKA YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM YANG TIDAK DIAMBIL TINDAKAN, PERSOALANNYA ADAKAH MEREKA DARI NEGERI - NEGERI LUAR TADI MEMPUNYAI TAULIAH ATAU TAULIAH MEREKA TAULIAH ISTIMEWA YANG BOLEH DIGUNA PAKAI DI SEMUA NEGERI? MALAH PERSOALANNYA APA KRITERIA MELAYAKKAN SESEORANG MEMPEROLIHI TAULIAH, BERDASAR PERKEMBANGAN BANYAK DAN MAJORITI SURAU DIJADI TEMPAT HENTAMAN PAK USTAZ MENGAJAR, BERMAKNA ADAKAH ORANG YANG ANTI KERAJAAN SAJA YANG MEMPEROLIHI TAULIAH? ATAU PEJABAT AGAMA DI NEGERI SEMUA KAKITANGANNYA JENIS TAK KENANG BUDI DAN TAK BERSYUKUR SEPERI KATA SDR. DDINBUNGA DIATAS JENIS RATAH TANGAN YANG BERI KITA MAKAN SAMPAI HANCUR.

    TIDAKKAH ITU JUGA DI KATEGORIKAN SEBAGAI AJARAN SESAT MENGAJAK ORANG MEMBENCI ULIL AMRI?

    BERBANDING TUDUHAN YANG DIBUAT TERHADAP DR ASRI.

    BalasPadam
  7. kenapa tak bagi hadiah sekali dengan batang penyapu biar dia tahu guru apa namanya mengajor murid buat nista, kalau dah macam tu memang confirm suku sakat si nizar.... isk...iskkbuat malu orang batu gajah jer!

    kalau dah keturunan sivakumar tu memang patutlah di balun supaya atu langit tinggi rendahnya

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda