Khamis, 3 Jun 2010

SIGNAL AI KEPADA PAS, MELAYU DAN INDIA

Masih kedengaran Timbalan Perdana Menteri II akan diberi kepada DAP apabila Pakatan Pembangkang memerintah Malaysia, hasrat ini telah disuarakan berkali - kali dan kali terakhir semasa PRK Permatang Pauh dan kini suara tersebut kembali berkumandang.

Bersilat Timbalan PKR menafikan cadangan tersebut dan menafikan itu adalah cadangan dari PKR, tetapi beliau mengatakan bahawa itu adalah cadangan peribadi AI tidak kena mengena dengan PKR.

Strategi AI untuk menarik lagi seramai mungkin sokongan dari pengundi cina dengan merasuahkan cadangan tersebut, kerana bagi AI dia sudah berjaya sedikit sebanyak menarik undi dari kaum cina, kenapa nak pedulikan Melayu dan India.


AI telah mengkaji bahawa lebih penting dan mudah menarik undi cina berbanding undi Melayu dan India, beliau telah menconggak bahawa undi Melayu memang telah berpecah dua sekitar 55% kepada BN dan 45% kepada Pakatan Pembangkang dan undi ini tak perlu dijaga lagi kerana sememangnya telah berpecah walaupun apa saja krisis yang melanda PKR dan PAS undi Melayu tetap terbelah dua, manakala bagi undi India yang dianggap minoriti dan bagi AI tidak mengharapkan sangat undi kaum India cukup sekadar sekarang Pakatan memprolihi sekitar 20% berbanding BN 80% undi India.

Yang penting undi kaum cina yang ketika ini sekitar 60% Pakatan Pembangkang perolihi dari pengundi cina manakala 40% sahaja yang diperolihi oleh BN, disinilah AI memasang strategi, "matlamat menghalalkan cara" apa jua cara walaupun cara menipu beliau sanggup tipu untuk memerangkap pengundi cina yang menyokong BN, apatah lagi dengan kelesuan yang melanda MCA dan Gerakan ini lah masa dan ketika yang terbaik untuk melakukan apa saja strategi yang boleh menguntungkan AI, PRK SIBU menjadi contoh, kawasan yang majoritinya kaum cina, BN kecundang di kubu sendiri.

Disini PAS dilihat sanggup mengadai maruah mereka, dipermainkan dan dipersendakan kerjasama PAS dalam Pakatan Pembangkang, AI menganggap PAS sebuah parti yang 100% bergantung kepada beliau untuk hidup kerana selama ini sebelum diwujud Pakatan Pembangkang PAS "hidup segan mati tak mahu" kini boleh berdiri segak, sebab itu bagi AI tak perlu nak jaga hati PAS, bagi beliau apa yang PAS ada ketika ini sudah berbaloi dengan sumbangan PAS dalam Pakatan, jika nak lantik bagi jawatan Menteri Agama pun dah cukup besar bagi PAS.

Malahan kalau dilihat tingkah laku PAS dengan cadangan AI tersebut ternyata selamba dan membisu sipu saja bermakna seperti mengakui dan sudi kan diri untuk mengadai maruah mereka atau lebih buruk bahasanya sanggup jilat buntot AI, umpama apa yang ada ni pun dah cukup untuk mereka, kata lain kalau sekadar Menteri jaga Agama pun jadi!!! lah, sebab itu saja kepakaran yang ada.

Jelas DAP menguasai keseluruhan struktur di dalam Pakatan Pembangkang, DAP memprolihi kekuatan hakiki didalam Pakatan, tidak dinafikan apabila mereka memerintah Malaysia, konsep pemerintahan 11 bulan di Negeri Perak akan DAP guna pakai, mereka yang akan menentukan segala dasar dan keputusan walaupun PM nya AI.

Jadi tak hairanlah Melayu dan India di Pulau Pinang menjadi seteru LGE dan DAP ataupun "anak tiri" kepada DAP, yang penting bagi DAP tunjukkan pada cina - cina di seluruh Malaysia bahawa DAP hero orang cina dan tak perlu Melayu dan India, kerana seperti ulasan diatas Melayu dan India sudah berpecah dua, yang penting cina penentu undi Pakatan Pembangkang dan ini sudah nampak buktinya.

Apapun ini lah yang perlu orang Melayu dan orang India fikirkan dan renungkan, diatas perpecahan 2 kaum ini status mereka disisi Pakatan Pembangkang di "kotak katek" kan dan tak dihormati, malah maruah dibawah tapak kaki DAP saja tarafnya.

Ingat!!! sekali terlepas ditangan Pakatan Pembangkang terutama DAP jangan harap untuk mendapat kembali kerana kuasa dan pemerintahan ditangan mereka, apa saja boleh diubah, apa saja boleh di tukar, apa saja boleh dibuat, menangis air mata darah pun tak berguna lagi, kerana bagi mereka tiada ruginya DAP untuk melakukan perubahan drastik kelak kerana kuasa politik ditangan sendiri, itu lah POLITIK, yang utama adalah dapatkan K U A S A dulu barulah jadi R A J A.

7 ulasan:

  1. salam bro,

    Janji Anwar memang tak boleh pakai. Dulu kata nak bagi jawatan TPM kat Presiden PAS sekarang dah ubah pasal ikut keadaan semasa. Cakaplah labu..... lu cakaplah ikut kehendak tali perut lu... mudah2an orang melayu satu hari akan bangkit dan tolak hang masuk dalam lubang cacing.

    BalasPadam
  2. Ddinbunga, Anwar bukan fikir pasal bangsa Melayu, dia akan lakukan apa saja asal dapat jadi PM... dai sudah banyak wang, kaya raya hasil menjadi barua yahudi.... apa dia peduli dengan nasib orang Melayu......

    BalasPadam
  3. Den tak nak ulas bebanyak gambar kat atas sanun memang dah cukup menerangkan segala-galanya....
    Alahai PASshole.....

    BalasPadam
  4. ha..ha.. memang sesuai gambor tu bro..layak tok nik julur lidah tu.

    Bro Din cari gambar Tok Nik julur lidah kat Lim guan eng plak kah!!!kah!!!

    Pengkhianat bangsa memang lagu tu layaknya.

    BalasPadam
  5. salam bro, mana pegi geng kita berlima? Kawan nampak suma macam sibuk ngan keje.....

    BalasPadam
  6. Salam, bro Apai...emmm teman pun dah lama tak berkomunikasi dgn sahabat2 terutama mamak dgn sekupangdua.

    Teman sibuk sebab kerja di dua tempat berulang alik, kekadang ke oversea. masa dah makin tak cukup bro, kepala letih, otak letih idea pun tak datang jadi kurang menulis.

    apa pun bro ada masa kita TATAP berjuang mempastikan PUAK HAPRAK NI TAK ADA TEMPAT DI BUMI MALAYSIA.

    BalasPadam
  7. KASI TENYEH ..KASI HENTAM CUKUP-CUKUP BRO...MEMANG PUAK JUAK PAIH NIE ITU AJE CARA NAK MENYEDARKAN MEREKA DARI MIMPI KEENAKAN JILAT MENJILAT ...

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda