Jumaat, 9 Julai 2010

SUDAHLAH DIHENTAM CUKUP-CUKUP OLEH BLOGGER PEMBANGKANG, BLOGGER SENDIRI HENTAM LAGI!!! - BLOGGER PENYOKONG KERAJAAN HARUS TAHU LETAK DIRI

Teman ingin menyuarakan beberapa pandangan dan terkilan yang teman terima dari orang UMNO/BN dan pemimpin - pemimpin kecil di peringkat Cawangan dan Bahagian semasa sibuk UMNO mengadakan Mesyuarat Perwakilan di serata tempat, ini lah luahan kekecewaan yang teman terima "SUDAH LAH BLOG PEMBANGKANG MENGHENTAM KITA CUKUP - CUKUP, BLOG PENYOKONG UMNO PUN LANYAK UMNO, zaman aku dulu tak pernah jadi macam ni, jangan kerana nyamuk seekor, kita bakar kelambu kita, itu kerja bodoh namanya".

Dalam keadaan UMNO dipandang tidak kuat seperti benar apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dalam TV1 semalam, "UMNO dalam keadaan kurang mendapat sokongan ketika ini juga pembangkang mendapat keuntungan dan ketika ini lah tuntutan demi tuntutan di lontarkan kepada UMNO".

Disini terfikir juga teman, apabila kita membuka blog- blog pembangkang, walaupun dalam keadaan lemah ini kan pulak apabila mereka kuat, bloggers pembangkang tetap dengan tekad mereka terus menerus menghentam UMNO, BN dan Kerajaan demi memesongkan sokongan rakyat kepada UMNO / BN, ini berbeza dengan sesetengah bloggers samada dia memang ahli UMNO mahu pun dia penyokong Kerajaan, tubi demi tubi individu UMNO ataupun pemimpin UMNO di Cawangan, Bahagian mahupun di peringkat Negeri dan Pusat dijadikan objek untuk dihentam dan di fitnah oleh bloggers penyokong dan ahli UMNO.

Malahan jika dilihat kepada isu yang di kritik hanya bersifat peribadi, kecil, remeh, sembang kedai kopi, main - main conggak, main - main agak aje, yang patutnya tak perlu di londehkan hingga ke pengetahuan umum yang akhirnya bahan londehan kita itu di kutip oleh pembangkang dan disebar merata tempat malah akan keluar apabila PRK dan PRU kelak, kritikan adakalanya tidak diserta dengan bukti - bukti malah hanya bersifat dengki dan khianat individu tertentu yang blogger dapat dan dijadikan bahan tulisan yang akhirnya juga keseluruhan UMNO mendapat kesan.

Kita kena ingat juga bahawa setiap penulisan kita dan setiap perbuatan kita di catit dan dikira di akhirat kelak, maka setidak - tidak nya pertimbangkan sebaik mungkin bentuk penulisan kita apatah lagi penulisan dalam memburuk - buruk kan individu didalam keluarga UMNO itu sendiri yang tak berbukti, dan tidak kah boleh kita bersikap tolak ansur mengenai perkara yang remeh temeh dan isu yang sebesar huma cukup sekadar di selesai kan didalam hati dan diri kita dengan kita muhasabahkan diri kita.

Media baru seperti Web, Blog, Facebook, Twitter, sms dan sebagainya menjadi hobi setiap golongan muda malah golongan emas pun memberi tumpuan, bermakna media baru sememangnya mempunyai pengaruhnya sendiri dalam mempengaruhi minda masyarakat. sekiranya kita salah meletakkan diri kita sebagai blogger penyokong kerajaan maka yang rosak adalah parti kita sendiri yang akan diketawakan oleh pembangkang.

sejak dua mejak ini acap kali blog - blog penyokong kerajaan dan UMNO/BN tersilap meletak diri mereka di mana, teman tak kesah jika strategi ini dan kebolehan serta kepakaran ini kita hembur kan kepada pembangkang, tetapi tidak, malah disebaliknya kerap kali blog UMNO hentam UMNO, blog UMNO caci orang UMNO, blog UMNO templak pemimpin UMNO menjadi sasaran, blog UMNO memfitnah individu UMNO dan jika itulah normal nya perbuatan kita, jangan hairan nanti UMNO kalah di PRU ke 13 nanti malah yang akan menyesal lebih sesal dari orang lain adalah diri kita sendiri selaku bloggers UMNO yang mengutuk UMNO.

Balik lah kepangkal jalan, patah lah ke permulaan jalan, undur lah ke garisan mula, ianya tidak merugikan, pepatah "berundur bukan bermaksud kita takut dan kalah", muhasabah lah diri, betul kan tekad diri, memang niatnya baik tetapi mungkin keghairahan menguasai diri hingga kita alpa, maka masa yang baik untuk kita mula kembali bersatu menyerang musuh dikiri kanan kita, menembak pengkhianat di depan mata kita agar maruah dan jati diri kita tidak hanyut dik arus mata air yang mengalir.

7 ulasan:

  1. Tak semua begitu. Ada blog pro BN/Umno mengkritik BN/Umno spy pemimpin BN/Umno tidak lena. Dgn harapan pemimpin BN/Umno pentingkan kekuatan parti dan bukan untuk diri sendiri. Oleh itu wajar ada blog yang sedemikian. Jika semua nak puji, nak kata semua Umno/BN elok, tak ada masalah takut seperti rumah dimakan anai-anai. Nampak luar cantik tapi dalamnya sudah reput...
    http://suarasatuduaumno.blogspot.com

    BalasPadam
  2. SLM BRO..ULASAN BRO ADE BENARNYA. TP PAK TAM DH PUN BERIKAN RESPON YG BAIK JUGA. KDG2 TEGURAN DIPERLUKAN BILA ADA SESUATU BENDA YG X KENA. BILA PIHAK YG KENA TEGUR TU MELATAH BERMAKNA DIA PEKA. DAN BILA DIA PEKA DIA KENA TOLEH BALIK APA2 PERKARA YG SALAH DIA DH LAKUKAN. JGN SIMPAN LAMA2 KELAK AKAN MENJADI PARAH (BAHAN KUTUKAN) PLAK..WALLAHUALAM

    BalasPadam
  3. Salam bro. Mungkin ni patern sekarang dalam penulisan. Satu hari besok akan bertukar blogger umno serang blogger umno. Blogger PR pun serang blogger PR lain...

    BalasPadam
  4. Salam, Pak Tam, terima kasih Pak Tam diatas hadir ke blog teman dan memberi komen dan amat dihargai, ada benarnya juga pandangan Pak Tam, pada pandangan teman kita tak perlu puji dan mengampu apa yang pemimpin UMNO/BN laku kan, apa yang lebih penting kita sebagai bloggers penyokong harus dedahkan kegiatan pembangkang yang lebih teruk merosakkan masyarakat, disini teman katakan bloggers harus pandai meletak diri dimana?, malah sekiranya sebesar huma kesilapan dan kesalahan yang laku oleh UMNO kita tak perlu perbesarkan, adakalanya si kena kritik tak tahu pun diri kena kritik melalui blog tetapi bagi pembaca lain termasuk pembangkang yang membaca blog kita tahu dan membeir kesan pada mereka, akhirnya hasrat tak tercapai juga untuk membetulkan dan menegur.

    Bro Jeff, TQ atas kekerapan hadir, teman setuju perlu kita menegur perkara yang tak kena sekiranya isu tersebut besar, kebanyakkannya mengkritik perkara2 kecil sebesar huma malah pemimpin bawahan yang tak kita kenali di Cawangan dan Bahagian dikritik dikaitkan dengan UMNO akhirnya gambaran yang masyarakat dapat merata2 pemimpin UMNO/BN bermasalah.

    Bro Apai, TQ atas lawatan, betul bro, teman tak mahu bloggers dijadikan kuda tunggangan untuk memburukkan dalam keluarga sendiri atas niat tersembunyi, jika melibatkan pemimpin tersebut melakukan kesalahan yang besar yg boleh mengugat Parti dan negara welcome, patut kita kritik, itu memang tanggungjawab kita.

    salammmmmmmmmm.

    BalasPadam
  5. bab kutuk tak boleh kutuk. nasihat mesti cara elok..

    kelemahan kena guna cara berhikmah dalam mengatasinya.

    jika time kita kena hentam maka
    kita juga perlu menerima dengan tangan terbuka.

    soalnya adakah kita pandai mengkritik dan tahu cara mengkritik yang baik?

    Kisah Nabi dan sahabat baik dijadikan teladan dalam membuat kritikan atau teguran.

    Pemimpin perlu dijaga air muka mereka. rujuk kisah ulama menulis surat kepada pemimpin untuk menasihati mereka tanpa mendedahkan pemimpin kepada aib dan mencalar maruah mereka.

    BalasPadam
  6. KAWAN SETUJU SARANAN PANGLIMA..BENAR..KENA ADA CARA UNTUK MEMBETULKAN PEMIMPIN DAN JEMAAH.

    BalasPadam
  7. PADA SAYA BUKAN SETAKAT PEMIMPIN YG HARUS BERUBAH, TETAPI BLOGGER PRO KERAJAAN PUN PATUT BERUBAH JUGAK!. MANA PEMIMPIN X TENSION, DATANG MINTAK KAT PEMIMPIN MACAM2...LAPTOP, CAMERA, HANDPHONE DLL. PASTU JUMPA PEMIMPIN LAIN PUN DERANG MINTAK LAGI....DERANG INGAT NI RUMAH KEBAJIKAN KER?. ADA TU KLAU X DI BAGI IMBUHAN, MULA LAH HENTAM SANA...HENTAM SINI...UGUT SANA...UGUT SINI!!, MACAMNAMA ORG LAIN X BENCI...BARU PANDAI NULIS SKET DA MCM2, ITU BLOM JADI PEMIMPIN...BARU JADI BLOGGER JALANAN!.
    JANGAN PANDAI CAKAP JERR...KUTUK ORG KAU LAH NOMBOR SATU, TAPI BILA KENA KUTUK X BOLEH, MELENTING.
    BLOGGER PRO KERAJAAN HARUS DAN MESTI BERUBAH!!!

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda