Jumaat, 5 November 2010

PAS TAK GENTLEMEN DI GALAS BANDING SAPP DAN PKR DI BATU SAPI


GENTLEMEN, 2 Calon yang kalah bersama Calon BN di pentas


Calon BN keseorangan di atas pentas, MANA CALON PAS???

Tak semena - mena (loghat Perak) penulis sebak dan menitiskan air mata apabila menonton pengumuman yang BN menang BESAR di kedua - dua PRK di Galas dan Batu Sapi, Alhamdulillah!!!!alhamdulillah!!!! alhamdulillah.

Di Batu Sapi kita dapat lihat betapa gentlemennya semua Calon yang bertanding tak kira yang menang mahupun yang kalah, dapat kita lihat perpaduan terpupuk apabila sepanjang kempen pilihanraya hingga lah keputusan diperolihi ketiga - tiga Calon BN, SAPP dan PKR berdiri diatas pentas semasa pengumuman oleh Pengurus Pilihanraya Batu Sapi bukti mereka GENTLEMEN.

Di Galas kita dapat lihat suasana yang berbeza Calon PAS Dr Zulkifli Mohamed tidak nampak muka, tidak Gentlemen dalam menghadapi pilihanraya sekaligus dalam menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Galas, sepanjang kempen, Calon PAS dan PAS sendiri bukan main berlakon kononnya mereka benar-benar ikhlas dan jujur dalam membela rakyat, sedangkan apabila keputusan diumumkan PAS hilang kan diri.

Persoalan yang timbul adakah PAS tidak menerima kemenangan BN di Galas?, apakah PAS parti yang tak jujur?, hanya perlukan rakyat untuk mengundi mereka saja?, adakah PAS merajuk dengan rakyat Galas?, apakah selepas ini Kerajaan Negeri Kelatan dibawah kepimpinan PAS akan menganak tiri kan rakyat Galas bagi membalas dendam?.

Menang kalah adalah adat pertandingan, keputusan telah dibuat, seharusnya semua pihak menerima keputusan tersebut, tanpa prejudis dan rapat kembali BARISAN.

Penulis percaya,berdasarkan keputusan pilihanraya yang lampau, PAS dan Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan dipihak mereka, jika mereka kalah maka BERBAGAI - BAGAI LAH TUDUHAN AKAN DISEMBUR BERTUBI - TUBI KEPADA BN, SPR, PDRM, sama - sama lah kita tunggu dan lihat sambil sama - sama kita senyum sumbing melihat akan gelagat PAS dan PR, Parti Racun rakyat.

TAHNIAH PADA RAKYAT GALAS DAN BATU SAPI DIATAS MENGUNDI BN HINGGA MENANG SELESA, PENULIS PERCAYA HANYA BN LAH SATU - SATU PARTI YANG DAPAT MEMBELA KITA SEMUA.

TERBUKTI GALAS BERSAMA BN

TERBUKTI BATU SAPI IMPIKAN BN

SYUKUR ALHAMDULILLAH

4 ulasan:

  1. Pedulikan PAS, nak merajuk ke, nak terjun ke sungai golok ke, suka hatilah.

    Alhamdulillah, kebenaran terbukti juga..Syukur. BN sekarang mesti kerja kuat, tunaikan janji pada rakyat.

    BalasPadam
  2. salam bro, kawan dapat merasai sememangnya ramai rakan seperjuangan kita bersyukur kepada Allah kerana BN menang. Ia menandakan bahawa usaha politik yang paling berhemah membawa berkat kepada usaha kita.

    Usah kita lupakan janji kepada rakyat juga. Mereka memilih BN bermakna tanggungjawab juga semakin bertambah. Sedangkan PR sentiasa memburu dan mengintai peluang untuk mencari kelemahan kita dalam parti yang menerajui kerajaan.

    Tahniah BN... selamat maju jaya bersama rakyat. Kemenangan di Batu Sapi dan di Galas adalah kemenangan kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

    BalasPadam
  3. Itulah bukti pas sebuah parti budak2, kebudakbudakan, tak cukup akal, selama ini warga kelantan diperbudakkan pas hingga sampai 20 tahun dengan lambang isle mereka. Bilalah bala itu hendak habis?

    BalasPadam
  4. Salam, Sdr Melayuangkat TQ hadir ke blog teman, betoi!!!betoi!!! betoi!!!(bahasa upin dan ipin) ha..ha..

    Bro Apai, Insyaallah, kita semua percaya pada BN yang telah mempunyai track record dalam membangunkan negara dan dari masa kesemasa memperbetulkan diri atas kehendak rakyat, kita tak main gangster pukul2 orang kalau complain ha..ha..

    Sdr Tanpanama, TQ hadir ke blog teman, betoi!!! betoiiiiiiiii ha..ha..

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda