Bibit - bibit perpaduan dikalangan dua pemimipin besar dan dua parti terbesar melayu islam mula berbunga, teman sebagai rakyat dan berbangsa melayu beragama Islam amat berharap agar peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan dalam suasana yang amat sesuai ketika ini yang amat bertepatan dikala UMNO mempunyai pemimpin baru manakala PAS baru saja selesai memilih pemimpin mereka.
DS Najib dan Muhyiddin telah menyatakan bahawa UMNO sentiasa membuka pintu perpaduan dan DS Najib sendiri memberi respond bahawa beliau amat mempercayai KEIKHLASAN PAS dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.
Keseluruhan Ahli UMNO amat menunggu - nunggu saat ini dan sentiasa mematuhi apa yang di lakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO demi kebaikan Melayu dan Islam keseluruhannya yang kita tahu Melayu dan Islam memang bertaut rapat, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu dalam konsep Negara Malaysia.
Tahniah DS Hj Hadi dan Ustaz Nasharuddin yang berani melakukan perubahan besar walaupun mendapat tentangan dari orang tua Musyidul Am Pas sendiri, tetapi ini lah naluri dan kehendak golongan muda dalam PAS yang dapat dikesan oleh kedua pemimpin PAS ini tetapi tidak dapat di kesan oleh Tok Guru Nik Aziz yang berkemungkinan besar mempunyai tokoh yang patut dinaikkan tetapi kecundang pada pemilihan tempohari yang membuat beliau agak beremosi.
TAHNIAH PADA SEMUA, KITA BERDOA AGAR SEGALA YANG DIRANCANGKAN MENJADI KENYATAAN.
Dua watak pemimpin pembangkang yang dapat kita lihat, seorang kemaruk untuk jadi Perdana Menteri manakala seorang lagi gila nak jadi Menteri Besar.
Seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri berusaha dan terus berusaha dalam permainan politik, matlamat menghalalkan cara sehingga sanggup melakukan berbagai - bagai helah politik untuk mendapat sokongan, walau apa pun terjadi itu adalah perkara yang tak perlu dipertimbangkan yang penting sokongan terhadap diri diperolihi, terbaru menyokong agar CHIN PENG di benarkan pulang semata - mata untuk meraih sokongan kaum cina seolah - olah beliau seorang yang berhati mulia dengan sanggup mengenepikan sentimen dan sensitiviti hati naluri yang majoriti nya kaum melayu sendiri dikalangan bekas - bekas anggota keselamatan dan keluarga mereka.
Beliau hanya menunggu hari tibanya Julai 2009, kes tuduhan liwat yang dilakukannya terhadap pembantu khas nya sendiri akan menentukan masa depan politik nya, maka dengan itu sesuatu perlu dilakukan agar rakyat menentang kerajaan bahawa apa yang di tuduh terhadapnya adalah konspirasi UMNO, Hakim disogok, mahkamah tidak adil dan sebagainya bagi mengelak dirinya dilabel sebagai seorang yang liwat tegar malah sanggup menyokong kegiatan haram segelintir penyokong HINDRAF dan dikatakan sanggup pergi ke Tamil Naidu untuk memburuk - buruk kan negara sendiri, yang boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.
Seorang lagi gila sesangat nak jadi Menteri Besar sehingga mengenepikan sikap dan sifat seorang Melayu yang bersopan, seorang muslim yang beriman, sehingga sanggup dibenarkan diri di pergunakan oleh sekutunya DAP untuk memperbodohkan diri semasa angkat sumpah sidang Dewan Parlimen yang mulia tempohari yang amat mengejutkan rakyat yang tidak menduga sehingga sanggup melakukan sesuatu tindakan diluar tata susila sebagai seorang yang dikatakan pemimpin Islam.
Seorang yang sanggup mengilakan diri bagi mendapat darjat dan kuasa sebagai MB dengan menolak hukum Islam iaitu QADA dan QADAR, seorang warga yang sanggup menyepak jauh Rukun Negara yang menetapkan KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG - UNDANG DAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN, setiap baris yang tidak ada didalam diri beliau dengan melakukan sesuatu diluar lingkungan sebagai seorang muslim yang baik sehingga sanggup menderhaka kepada Raja, mencemar kedaulatan undang - undang dengan menghina mahkamah dengan berbagai - bagai kata - kata haram jadah dan sanggup membuang sama sekali kesopanan dan kesusilaan yang amat di tekan oleh generasi melayu lama.
Dua kerektor yang dapat kita nilai kan disini dan dapat kita fikirkan sepatutnya dimana layak nya untuk kita letakkan kedua - dua kerektor ini yang bersesuaian dengan tingkah laku mereka, BAGI TEMAN SUNGAI BULOH DAN HOSPITAL BAHAGIA.
DS Najib Tun Razak mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Nizar telah dirancang oleh Pakatan Pembangkang terutamanya DAP Perak.
Nizar, Ahli Parlimen Bukit Gantang hari ini menafikan dakwaan DS Najib dan mengatakan bahawa tindakan beliau adalah secara spontan bukan dirancang.
Komen Penulis
Kah!!! kah!!! betul - betul perangai haram jadah si Ni A Jar dan sekutu DAP nya, yeop!!!! jangan nak kelentong le yeop!!! semua rakyat nampak macam mana mike siap sedia bawa pengikat kepala BUBAR DUN dan semua pembangkang dari negeri Perak bersiap sedia dengan bahan tersebut, sebaik selesai angkat sumpah terus keluarkan pengikat kepala tersebut dan terus melaung kan Bubar DUN diikuti pembangkang terutama dari DAP Perak, mana datang nya pengikat kepala tu yeop!!! kalau tak di rancang dari awal-awal lagi yeop!!!, dah terang lagi bersuluh le yeop!! itu pun kau nak kelentong rakyat..ish...ish.. tak faham teman mazhab Islam mana yang kau bawa yeop!!!
Satu teman setuju cakap kau, yang secara spontan puak kau lakukan, tersembol perangai beruk, ha..ha.. yang tu spontan, baru kami semua nampak perangai beruk Ni A Jar dan sekutu - sekutu nya dari Pakatan Pembangkang, sebab itu kau di kelilingi oleh penderhaka dari DAP keluar dari Dewan...ish..ish.. beruk pun terkejut yeop!!! ada species baru sejenis dengannya...
Tugas SPR isytihar kekosongan, bukan Speaker: Mahkamah
PUTRAJAYA: Adalah menjadi bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Speaker Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan kerusi atau tidak, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, dalam penghakiman setebal 20 muka surat, berkata mengikut Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, SPR akan memastikan wujud kekosongan kerusi sebelum mengeluarkan writ pilihan raya kecil.
Oleh itu, Speaker tidak boleh campur tangan dengan tugas perlembagaan SPR untuk memastikan sama ada berlaku kekosongan biasa.
"Mengikut Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dibaca bersama dengan Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya, SPR yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan berlaku kekosongan biasa.
"Oleh yang demikian, kami sebulat suara memutuskan bahawa keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak mengikut undang-undang dan dengan itu tidak sah dan batal kerana keputusan itu bercanggah dengan Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata Hakim Nik Hashim dalam penghakiman bertarikh 8 Jun. Salinan penghakiman terakhirnya sebelum beliau bersara pada 1 Julai itu diedarkan kepada media hari ini.
Hakim Nik Hashim berkata penerimaan oleh Speaker akan surat peletakan jawatan kononnya adalah daripada wakil rakyat berkenaan tidak menyebabkan kekosongan kerusi.
Katanya, seperti mana mengikut Perkara 35 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, peranan Speaker hanya terhad kepada menerima surat peletakan jawatan secara bertulis itu dan menyerahkan surat itu kepada SPR.
pautan beritaharian online 15.06.2009
Komen penulis
Ini adalah fakta dari seorang yang benar-benar bertanggungjawab dan AHLI dalam bidang penghakiman, selama ini setiap keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepada pakatan pembangkang akan di putar belit oleh mereka melalui harakah dan ceramah - ceramah yang berselindung atas nama pengajian agama di Surau, masjid mahupun di tokong-tokong oleh DAP.
Sebagai sebuah parti politik seharusnya berpada - pada dalam mengambil tindakan dan melakukan sesuatu terutama melibatkan undang - undang, jika ditakdirkan pakatan pembangkang memerintah negeri - negeri atau pun negara tidakkah undang - undang ini juga yang akan dilaksanakan maka kenapa harus kita hancur dan rosakkan sistem perundangan kita semata - mata memenuhi sikap rakus hingga kan kita sanggup menggunakan undang - undang rimba yang sesuai digunakan oleh beruk.
Teman puji sikap Yang Mulia Tuan Hakim,Tan Sri Nik Hashimyang mengambil sikap memberi penjelasan diatas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan seharusnya setiap Hakim mengambil tindakan sama di setiap keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang diadili mereka terutama melibatkan kes - kes berprofil tinggi agar rakyat dapat menilai perkara tersebut dengan berpandukan FAKTA.
Nasihat buat Siva, Ngey, Nga dan Ni A Jar, henti - hentilah berperangai macam BERUK.
Hari ini satu lagi perangai haram jadah di tonjol oleh DS Nizar seorang pemimpin yang kononnya berimejkan Islam dan dikatakan pejuang Islam yang membawa perangai sarkas tak cukup di DUN Perak cuba di bawa hingga ke peringkat tertinggi Dewan Parlimen hingga mencabar kewibawaan Yang Mulia Speaker Dewan Parlimen yang membawa kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang di perintah keluar dari Dewan selepas baru 10 minit saja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, malah beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang turut di perintah keluar Dewan kerana bersikap tidak sopan dan tertib dengan melaungkan Bubar DUN Perak dengan memakai lilit kepala bertulis Bubar DUN yang di klasifikasi kan YM Speaker sebagai tidak menghormati dewan dan menghina keputusan mahkamah.
Ini lah perangai komunis yang terbawa - bawa oleh seorang yang dikatakan Islam dan pejuang Parti Islam yang amat memalukan pengundi Bukit Gantang yang mempunyai Ahli Parlimen yang tidak mempunyai nilai moral dan tidak menghormati amanah yang diberi oleh pengundi Bukit Gantang yang kemenangan ditentukan oleh cina DAP di Kuala Sepetang INI LAH HADIAHNYA.
Perangai yang tidak selari sama sekali seperti yang di tonjol oleh seorang pemimpin yang pernah menjadi Menteri Besar, seorang yang dikatakan golongan ulama dan memperjuang kan Islam kononnya tetapi perangai nya haram jadah sama sekali teladan buruk yang tidak layak diamalkan sebagai seorang Islam. Perangai yang menjadi teladan akan membahayakan dan merosakkan moral dan tata susila golongan pelapis negara akan datang, teman percaya beruk pun malu tengok perangai Nizar ni sebab dia terkejut perangai Nizar mengatasi perangai species dia.
Kaum Cina negara ini sebenarnya bukan benci UMNO atau pun BN...apa yang berlaku di negara ini ialah ekonomi Negara telah menjadi kecil . Selepas TDM bersara banyak dasar negara telah menumpukkan untuk memajukkan ekonomi orang Melayu yang ketinggalan diluar bandar amat perlukan bantuan. Tetapi kerajaan sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Negara yang sepatutnya diperkembangkan untuk menjana kekayaan Negara. Kalau ditumpu hanya pada memajukkan ekonomi orang Melayu ia hanya kisar dalam Negara tetapi dalam keadaan globilisasi, ekonomi negara perlu dimantapkan dengan membawa masuk pelabur asing dan juga memantapkan ekonomi negara. Kaum Cina yang bergantung kepada sumber ekonomi perniagaan perlu juga dibantu!. Sekiranya pemimpin negara tidak membantu menjana ekonomi Negara, kaum Cina mulai terasa tekanan ekonomi kerana ekonomi negara mengecil.Pembahagian sama rata sukar diberikan pada mereka.Seperti pepatah bahasa inggeris berkata "A Hungry man is An angry man"!.Seperti TDM dulu pernah berkata "apa nak herankan orang lain kaya...kerana setiap ringgit yang mereka perolehi; kerajaan akan mendapat tiga puluh sen melalui cukai.Biarkan mereka berniaga..jangan sekat"!.Buka peluang yang luas supaya mereka boleh berniaga diluar negara dan membawa balik hasil mereka ke negara ini.Negara juga beruntung!.
Di negara ini kerajaan dibawah Umno tidak menyekat mana mana kaum menjadi kaya tetapi kerajaan perlu membuka peluang untuk semua rakyatnya memperolehi kekayaan.Bagi orang melayu yang baru berani menceburkan diri dalam perniagaan besar perlu dibantu dalam negara.Sama juga untuk kaum Cina yang perniagaan yang telah besar dan amat stabil kerajaan sepatutnya membantu mereka mencari peluang-peluang perniagaan baru yang besar di luar negara!.Dengan pengalaman yang ada pada mereka ..mereka akan menjadi pelabur yang amat berkuasa diluar negara!.Inilah dikatakan negara maju!.Orang melayu tidak perlu gusar dengan bantuan kerajaan pada bukan Melayu dan orang bukan melayu pulak perlu ada perihatin kepada orang Melayu yang baru merangkak dalam perniagaan dalam negara!.Maka hak-hak istimewa Melayu itu janganlah dipersoalkan?.Apakah salah membantu rakan yang berada dalam keadaan susah?. yakinlah satu masa nanti apabila orang Melayu berjaya dia akan malu untuk terima hak Istimewa itu untuk berniaga!.kerana ia mencabar integeriti bangsa melayu itu sendiri.Tak perlu tongkat lagi dah!.Mereka akan keluar sebagai satu bangsa kuat untuk mencabar sesiapa juga dalam dunia perniagaan.pada masa itu anak cucu kita akan merasai visi satu malaysia yang hebat.Orang melayu dipandang sebagai sebuah bangsa yang hebat didunia ini kerana berjaya duduk sama rata dengan dua bangsa yang teramai di dunia. Inilah pendekatan PM kita yang baru ingin nak lakukan untuk rakyat Malaysia ini. yang paling risau kalau negara maju dan kuat..siapa?.kalau bukan negara jiran di selatan!.Sistem librasasi ekonomi dan satu malaysia itu slongan yang amat berkuasa untuk orang yang tahu maksud sebenarnya. konsep politik ia dipanggil menyatu-padukan rakyat melalui ekonomi!.Zaman dulu pemimpin negara menggunakan dengan negara lain untuk menyatu-padukan rakyatnya untuk meraih pampasan dari negara yang kalah peperangan.Tetapi di zaman moden orang gunakan ekonomi untuk menyatu -padukan rakyat dan memperkasakan negara!.
Nukilan Mamak Penang
Komen Penulis
Teman amat bersetuju dengan pandangan Mamak Penang, Kerajaan telah menjalankan kesemua tanggungjawab sebagai pemerintah, perkara - perkara utama yang meliputi Syariat, munakahat, muamalat dan jinayat.
Kerajaan menyediakan segala prasarana bergantung kepada individu masing - masing menggunakan kebijaksaan dalam merebut tempat untuk menjadi yang terbaik dikalangan 27 juta rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama yang di anuti.
UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan seharusnya di hargai sumbangan nya dalam memperjuangkan segala bentuk keperluan sejak kita mengenali kemerdekaan dengan membantu secara berterusan orang melayu tanpa mengenepikan kaum lain sehingga kan ada golongan yang berjaya dan memonopoli sesuatu bidang, umpamanya perniagaan di monopoli oleh kaum cina, bidang perkhidmatan profesional seperti Doktor dan lawyer di monopoli oleh kaum India manakala melayu memonopoli bidang perkhidmatan dalam sektor kerajaan.
Kesilapan yang berlaku dalam struktur politik lah punca kaum masing - masing curiga mencurigai antara kaum, kerana terdapat parti - parti tertentu yang sepenuhnya berpolitik adu dumba semata - mata untuk mendapat tempat dan kuasa sehingga menafikan kejayaan dan kesejahteraan yang tulen telah kita nikmati dengan menidakkan fakta dan realiti dan ada masyarakat yang terpengaruh dan mempercayai maka perpecahan mengambil tempat.
Lawatan selama 8 hari Menteri Mentor Singapura ke Malaysia dan bertemu dengan YAB Perdana Menteri dan pemimpin - pemimpin tertinggi UMNO memberi gambaran hubungan Malaysia dan Singapura amat nolstagia sekali, imbasan kembali sejarah demi sejarah di ungkap oleh DS Najib setelah di lantik menjadi PM beliau mula melangkah melawat ke negara China dan Korea Selatan baru - baru ini dan kini pemimpin terlama Singapura pula melawat ke Malaysia.
Sesuatu yang perlu kita sama - sama fikirkan tak terkecuali kaum serumpun LKY di Malaysia yang mempolopori bidang perniagaan, dalam keadaan semua negara menghadapi kelembapan ekonomi di negara masing - masing, tak terkecuali Malaysia, DS Najib melakukan sesuatu yang tak terjangka dengan mengatur lawatan ke negara yang mempunyai pertalian dangan rakyat di negara kita ini. di sini kita semua kena melihat dari sudut hubungan politik dan ekonomi untuk kebaikan bersama kedua - dua negara terutama untuk rakyat di negara ini.
Rakyat dari kaum Cina harus memandang secara terbuka bahawa lawatan LKY akan memberi impak yang cukup positif bagi memulihkan hubungan yang agak halus umpama diikat dengan sehelai rambut, dengan lawatan ini ketebalan hubungan dua hala akan memberi impak positif dalam mengharungi kelembapan ekonomi dan keresahan perpaduan yang makin menipis maka jadikan lah lawatan LKY ini satu signal kepada rakyat terutamanya kaum cina harus mengeratkan hubungan antara kaum di bawah pemerintahan DS Najib.
Maka apa yang dilakukan adalah atas kebijaksaan DS Najib yang harus kita sanjung tinggi, pemimpin negara yang harus kita sokong dan bersama - sama menjayakan apa jua strategi yang dirangka oleh DS Najib demi negara dan rakyat Malaysia, untuk menjayakan segala strategi ini kekuatan kerajaan harus total dan di sokong kuat oleh rakyat Malaysia tak mengira bangsa dan ideologi.
Penulis percaya dengan hubungan yang terjalin lama antara China, Korea Selatan dan Singapura di perketatkan lagi oleh DS Najib, kelembapan ekonomi akan melancarkan aliran arus ekonomi Malaysia dan mengembalikan sokongan kaum cina yg terkeliru dengan propaganda DAP sekaligus Satu Malaysia jenama DS Najib membawa kebaikan semua pihak.