Rabu, 24 Jun 2009

RANCANGAN SIRI GERAKAN HARAM JADAH OLEH N.G.O. MIRIP PEMBANGKANG



yeop!!! ini gambar untuk tengok je!!!

Di fahamkan beberapa hari ini terdapat pakatan dan pertemuan sulit antara pemimpin - pemimpin segelintir NGO dalam negeri Perak yang merancang untuk menjalankan rancangan GERAKAN HARAM JADAH dalam kawasan DUN terutama DUN yang dimenangi Pakatan Pembangkang bagi memungut tandatangan kononnya dari orang ramai bagi menyediakan memorandum pembubaran DUN Perak.

Sumber yang boleh dipercayai dari seorang yang bergelar ustaz dijemput bersama kononnya atas permuafakatan bagi membincang penyatuan umat islam khusus dalam negeri Perak, apabila ustaz tersebut menghadiri pertemuan tersebut beliau amat terkejut kerana yang hadir terdapat juga pemimpin NGO dikalangan bangsa lain dan pemimpin politik pembangkang, rupa - rupanya perbincangan menjurus kepada gerakan mendapatkan tandatangan ahli - ahli NGO dengan mengunakan pengaruh Pengerusi dan pegawai NGO terlibat dan dikalangan penyokong parti pembangkang dan mengunakan atas nama RAKYAT PERAK.

Jemputan pada pertemuan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil setiap NGO untuk hadir ke pertemuan tersebut yang bertujuan mengunakan tandatangan tersebut bagi menghantar memorandum di sertakan senarai penandatangan tersebut bagi mendesak dan memberi tekanan terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak untuk membubar DUN.

Satu tindakan yang cukup biadap dan menghina DYMM Tuanku Sultan dan menghina keputusan Mahkamah yang mana mereka sendiri yang membawa kes - kes berkaitan ke mahkamah yang akhirnya mereka juga menentang keputusan mahkamah.

Gerakan Haram jadah yang di dokongi dan didalangi oleh pakatan pembangkang dengan mengaitkan NGO yang seharusnya tidak melibatkan persatuan mereka dengan politik pembangkang amat mendukacitakan dan memalukan dan boleh dianggap penderhakaan terhadap Sultan Perak.

Mengambil tandatangan yang tidak dapat kita percayai akan ketulenan nya dan mungkin berlaku kekeliruan masyarakat dalam memberi tandatangan mereka yang juga boleh di katakan menggunakan sesuatu isu yang tak sensitif tetapi digunakan tujuan yang jahat yang mereka tidak dimaklumkan secara betul dan tidak diketahui oleh penandatangan.

GERAKAN HARAM JADAH yang tidak sama sekali mewakili RAKYAT PERAK ,memandangkan hanya penyokong Pakatan pembangkang saja yang tidak berpuas hati dengan keputusan - keputusan yang dibuat oleh 3 WR Bebas, keputusan DYMM Tuanku Sultan Perak, dan keputusan Mahkamah, sedang kan majoriti RAKYAT PERAK yang sebenar - benar RAKYAT PERAK amat mengetahui kebenaran proses peralihan kuasa yang SAH dan berpuashati akan khidmat serta kerja - kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Perak di bawah BN bertungkus lumus tanpa membuang masa berkhidmat untuk keseluruhan RAKYAT PERAK.

MAKA RAKYAT SEBENAR - BENAR RAKYAT PERAK HARUS BERHATI - HATI SEKIRANYA ADA PEHAK - PEHAK TALI BARUT GERAKAN HARAM JADAH DATANG UNTUK MEMINTA SEDEKAH TANDATANGAN HENDAK LAH MENOLAK DAN MENGHALAU MEREKA SEPERTI MENGHALAU MONYET YANG MENYERBU KACANG DAN DINASIHATKAN AGAR SEGERA MELAPORKAN KE JABATAN PERHILITAN ATAU JABATAN ZOO YANG BERHAMPIRAN.

BAPAK KETAM AJAR ANAK KETAM BERJALAN - ISTERI KETUA ULAMA PAS FAIL FASAKH




mak oi!!! alim nya

Isteri Ketua Ulama Pas Perlis fail fasakh

KANGAR - Isteri kepada Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Siti Rosmala Mohamed, 37, memfailkan tuntutan fasakh atas dakwaan suaminya itu mengasari dirinya dan anak-anak. Menurutnya, permohonan fasakh terbabit difailkan selepas permintaannya untuk bercerai tidak dipersetujui suami yang pernah menjadi calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Santan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu. “Saya mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan sudah tidak tahan dikasari suami, dan saya juga tidak mahu anak-anak turut menjadi mangsa,” katanya kepada Sinar Harian. Siti Rosmala berkata, buat masa sekarang dia dan suaminya sudah tidak tinggal sebumbung. “Walaupun kami tinggal berasingan, dia masih enggan ‘melepaskan’ saya,” katanya yang mengakui turut membuat beberapa laporan polis di Kangar dan Alor Setar. Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, Azzeman Omar, menasihati Siti Rosmala agar menyelesaikan isu tuntutan hak penjagaan anak bersama suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, melalui kedah ‘sulh’ bagi mengelak ia mendatangkan kesan kepada tiga anak mereka yang masih kecil.

berita penuh sila ke pautan sinar online 24.06.2009

Komen penulis,

Ish...ish... tak akan la seorang pemimpin besar PAih perangai macam ni.... Berumah tangga 10 tahun hanya RM300 je pernah bagi pada isteri dan anak - anak nafkah zahir, dalam pada itu seks tak lupa tiap - tiap malam nak, hak tu wajib kut ustaz nafkah batin yek!!!!.

Dikata pulak si pemimpin PAih ni baran dan suka memukul isteri dan anak - anak, ish...ish... ini ikut perangai Tok Guru Ni A Jis la ni, sama - sama baran.

Pemimpin muslimah PAih Malaysia, tolong - tolong le ahli muslimah ni didera malah diceritakan dalam keadaan uzur pun(datang haid) nak jugak, ish...ish.. geri dan naik bulu roma teman, ini perangai syaitan ni, takan nak harapkan Sharizat Jalil jugak yang bela, YB ustazah - ustazah di atas tu bela - bela lah ahli muslimah ni, itu lah gunanya memegang dan berebut jawatan diatas.

Pada kaum - kaum muslimah yang lain, tampil lah ke depan, demi masa depan diri dan anak - anak, memang ramai yang pandai nikah je, nafkah zahir tak mahu bagi tapi nafkah batin wajib yeop!!!.

Pada pemimpin - pemimpin PAih pesan teman, pimpin dulu anak bini di rumah sebelum beriya - riya nak pimpin negara.

Doa teman mengharapkan Mahkamah Syariah dapat membela nasib ustazah Siti Rosmala dan anak - anak nya seadil - adilnya, semuga Allah S.W.T memelihara ustazah serta anak - anak. amin

Selasa, 23 Jun 2009

PAS DI GADAI KEPADA PKR




Kalau di lihat kepada perjalanan senario politik sejak dua mejak ini terserlah segala perancangan yang dilaksana oleh Pakatan Pembangkang adalah idea dan rancangan AN War, seperti PAS walaupun banyak calon pro AN War kecundang merebut jawatan penting tetapi ada juga yang berjaya memegang j awatan Ahli jawatankuasa malah ada yang dilantik semula.

Terbaru Mesyuarat tertinggi pemimpin Pakatan pembangkang jelas tergambar dailognya yang dibaca jelas kedengaran dailog yang biasa diguna oleh AN War dalam mana - mana PC yang diadakan malah dailog nya boleh diingati sejak dulu lagi, itulah dailognya, kelihatan mengangguk - ngangguk macam burung kakaktua yang dah tua Hj Hadi mengiyakan dailog yang dibaca oleh AN War.

Jelas bahawa apa yang dilaku oleh Hj Hadi mengenai kerajaan perpaduan adalah ketelanjuran malah terlalu ghairah untuk berucap isu yang baru hingga menjerat dirinya sehingga terpaksa dibantu oleh AN War untuk mencari jalan keluar dari kemelut yang menjerut tengkok Hj Hadi yang akhirnya AN War dilihat menguasai Hj Hadi, apabila Presiden sendiri sudah dicengkam oleh AN War tak mustahil parti itu sendiri terpaksa digadaikan kelak kepada PKR untuk ditebus beli maka tak hairan PAS akan bergabung dengan PKR menjadi satu parti seperti yang berlaku dengan parti PRM sebelum ini yang akhirnya AN War akan dinobat sebagai Presiden PKR/PAS atau nama baru PEKERAS. he..he... rekaan spontan teman je... maka berkuburlah PAS dan objektif parti berubah sama sekali.

Tahniah kepada penyokong - penyokong PAS kerana merelakan Hj Hadi dan Nik Aziz mengadaikan parti PAS kepada AN War, perlu diingat sekadar parti melayu seperti PAS perkara yang enteng buat AN War untuk pecah dan perintah malah untuk memasang perangkap semenangnya kerja yang dilaku AN War sejak dulu kala lagi sehingga kita terasa termakan budi dengannya yang akhirnya menguntung kan AN War sendiri.

Selamat berkubur PAS dan selamat buat semua penyokong - penyokong taksub PAS, semuga selamat berjuang untuk mendirikan negara Islam.

p/s tambahan : mana ada akai, sendiri cadang kerajaan perpaduan, sendiri yang tolak..ish...ish... pelik kalau ada pemimpin macam ni....

Isnin, 22 Jun 2009

PUAK YANG BIASA MAIN BELAKANG


Hari ini putus lah sudah kasih sayang, pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang memutuskan tidak akan menerima sebarang pertemuan dengan UMNO/BN mengenai kerajaan perpaduan dan menolak sama sekali.

Termasuk yang bercakap mengenai kerajaan perpaduan turut bersama yang memakai serban dan jubah berjanggut kambing, memperjudikan moral dan maruah berselindung disebalik pakaian sunnah nabi mengamalkan pembohongan dan penipuan yang ketara tanpa merasa takut dan gerun akan kekuasaan ALLAH S.W.T. malah sempat mengeluarkan ayat haram jadah dengan menabur fitnah bahawa UMNO yang melakukan fitnah jahat dalam isu kerajaan perpaduan, astaqfirullahalazim.

Merosakkan dan mendidik masyarakat kejalan yang tak bermoral dan jahat, merosakkan kepercayaan masyarakat terutama golongan muda melayu mahu pun cina dan india bahawa bangsa melayu dan agama Islam tak boleh dipercayai sama sekali, apa tidaknya seorang yang digelar Tok Guru berimejkan islam sanggup melakukan pembohongan dan penipuan.

Ini lah parti yang hendak di berikan kuasa untuk memerintah negara, itu lah caranya yang dilakukan di Kelantan, menyogok masyarakat Kelantan percaya akan ajaran karut mereka agar mencari kehidupan sebenar di akhirat dan tinggalkan dunia, biar lah hidup susah di dunia, senang nya di akhirat, sebuah parti yang tidak bertanggungjawab malah menyogok cerita - cerita akhirat agar leka masyarakat mencari pahala walhal kemiskinan itu membawa kekufuran, tapi disebalik nya mudah mereka memerintah tanpa perlu membantu rakyat dan memajukan rakyat di dunia ini. begitu juga lah nanti apabila memerintah negara kelak.

DAP dan AN War lega dan boleh menarik nafas panjang akan keputusan tersebut, kejayaan yang tak dapat mereka lupakan, mereka tahu bahaya nya DAP dan PKR sekiranya dua parti melayu terbesar bergabung, tak dapat mereka bayang kan hancurnya segala perancangan jahat mereka. kini mereka lah yang akan ketawa hingga berguling gelantang.

Ahad, 21 Jun 2009

MUSTAFA ALI ATAU HARAKAH LIDAH BERCABANG

gambar dalam igauan teman je yeop!!!

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali

Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. - mns_

pautan harakahdaily 20.06.2009

Komen penulis,

Baru minggu lepas Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS kata PAS bersedia bertemu dengan UMNO dengan syarat bertemu bersama dengan komponen Pakatan Rakyat.

Hari ini pula dah tak ada minat langsung untuk berbincang dengan UMNO mengenai kerajaan perpaduan. Mana satu ni ustaz , sebagai orang yang dikatakan perjuang Islam tak kan lidah bercabang ya!!! Ustaz.

Apa pun tunggu lah DS Haji Hadi pulang dari luar negara, selaku Setiausaha yang dilantik atas ehsan Presiden biar lah hormati Presiden dan sebarang tindakan dan statement kita biar atas kebenaran Presiden, sebab itu jawatan namanya SETIA.....USAHA, bermakna kita setia pada ketua, kita usaha apa yang ketua cakap, mana boleh amalkan lidah bercabang, TETAPI betul ke ustaz yang lidah bercabang atau si SER RAKAH yang lidah bercabang? semata - mata untuk kelirukan ahli PAS.

Perkara baik jangan kita lengah - lengahkan itu nasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu suara yg menyeru ke jalan kebaikan, yang betul, betul juga, teman rasional dalam isu perpaduan, kita melihat jalan untuk berpadu antara dua parti terbesar ini harus kita serius dan fokus kerana kedua - dua pemimpin besar ini sudah mula terbuka hati mereka untuk berbincang mengenai perpaduan, ilham ini kalau di kaji dari mana lahir nya idea tersebut, kalau tidak atas TAKDIR ALLAH S.W.T.

Maka Ustaz Mustafa ke Harakah ke henti - hentikan bersikap lidah bercabang, hanya ular dalam semak saja lidahnya bercabang, apa pun kita tunggu kepulangan DS haji Hadi untuk mengulas dan membuat keputusan, bagi yang tak berkenaan diam mulut atau berdoa dan bertawakal.

Jumaat, 19 Jun 2009

NIK AZIZ KING CONTROL DALAM PAS MULA DI TOLAK


gambar sebelah saja jadi hiasan yeop!!!

Sebut saja ayat PERPADUAN bagai kan seram sejuk satu badan Nik Aziz, apa tah lagi yang keluarkan ayat PERPADUAN dari mulut pemimpin PAS sendiri.

Perangai baran terkeluar secara spontan dari orang yang di anggap Tok Guru oleh penyokong - penyokong taksub Tok Guru tersebut apabila beliau meminta Ustaz Nasharuddin letak jawatan Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok, satu - satu nya kemarahan yang tak dapat dikawal oleh Nik Aziz.

Kemungkinan kemarahannya telah dipendam sekian lama kerana kekuasaannya selama ini mula reput di makan usia apabila Nik Aziz tidak lagi dapat mempertahankan gelaran KING CONTROL yang diamalkan selama ini dalam PAS yang harus diikuti oleh semua kepimpinan dan ahli PAS selaku Musyidul Am PAS.

Beliau amat kecewa kerana golongan moderat terutama golongan baru dan muda tidak mempeduli nya dan umpama tidak menghormati nya lagi selaku Musyidul AM dan orang tua dalam PAS.

Begitulah kalau umur sudah meningkat 'rumah suruh pergi kubur minta mari', sedikit sebanyak memberi kesan kepada tubuh badan dan anggota dalam badan yang tidak berfungsi secara lancar, itulah realiti kehidupan, putaran alam manusia dari lahir sebagai bayi, menjadi kanak - kanak, berpindah kepada remaja, masuk pula kealam pemuda, berpindah ke alam dewasa kemudian singgah ke alam tua dan berakhir disitu dan sekira nya ditakdirkan umur tua berpanjangan akan kembali putaran kepada alam bayi dan kanak - kanak, disini lah putaran tersebut berlaku kepada Nik Aziz yang mudah merajuk apabila kemahuannya tidak dituruti manakala tingkah lakunya tidak mendapat perhatian, sedih dan sayu dihati.

Khamis, 18 Jun 2009

PAS BAGI BETIS NAK PEHA, DUA - DUA DAPAT




Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Pusat yang baru mendakwa bahawa UMNO bukan saja kena berjumpa dengan PAS malah parti dalam Pakatan PKR dan DAP sekira ingin menubuh Kerajaan Perpaduan.

DS Najib saya melihat dulu apa perkembangan cadangan PAS dan saya tidak menolak akan bertemu dengan PAS, PKR dan DAP.

Komen Penulis,

Mungkin niat Mustafa Ali untuk meredakan hentaman dari sekutu mereka dalam Pakatan seperti PKR dan DAP, teman melihat di sudut positif bahawa hasrat bos nya itu disambut baik juga oleh beliau selaku Setiausaha Agung PAS dan ini memberi perkembangan yang cukup baik bagi menyuburkan lagi putik - putik bunga perpaduan antara PAS dan UMNO, tetapi kita belum tahu sama ada PKR dan DAP menerima cadangan Mustafa itu.

Sikap jujur DS Najib yang terus memberi riaksi spontan bahawa beliau juga bersedia bertemu dengan PAS, PKR dan DAP sesuatu yang amat kita bangga kan, hasrat murni yang lahir dalam diri seorang pemimpin besar yang mahu melihat perpaduan antara semua pihak diutamakan bagi menjaya kan misi SATU MALAYSIA demi negara dan rakyat manaklala selaku rakyat kita semua patut menyokong dan bersama - sama membantu menjayakan hasrat ini.

Hah!!! apa lagi yang kurang, segala cadangan dan segala syarat pimpinan tertinggi PAS disambut baik dan di turuti oleh DS Najib dan seharusnya seluruh ahli PAS juga membuka hati dan jiwa menerima segala usaha ini tanpa helah, umpama minta betis nak peha, kedua - dua DS Najib tunaikan.

INI LAIN PULAK!!!

Husam, kalau UMNO beria - ria nak kan kerajaan Perpaduan, UMNO seharusnya tidak meletakkan Calon bertanding di Manek Urai.

komen penulis,

Ish...ish... lu sapa mahu letak syarat yeop!!!! bertanding dalam PAS pun ruyup yeop!!! lu tak ada hak nak campur tangan sebab itu adalah suara peribadi lu bukan mewakili parti, tapi apa yang di kata kan oleh Hj Hadi, Nasharudin dan Mustafa adalah pemimpin tertinggi PAS, suara mereka adalah suara Parti yeop!!!, jangan nak menggunakan PRK manek Urai sebagai senjata untuk mengagalkan cadangan Kerajaan Perpaduan.

Cadangan kerajaan perpaduan masih dalam peringkat awal manakala manek urai isu terdahulu dan berbeza apa yang hendak di laksanakan, siapa menang dan kalah apabila terjadi Kerajaan Perpaduan tetap akan bercantum kelak apabila siapa saja yang menjadi Wakil Rakyat nya Yeop!!!.

Lu lebih baik diam yeop!!! sebab lu di tolak oleh ahli PAS.... lu kena ikut apa arahan parti dan pemimpin tertinggi parti yeop!!!! tarak jawatan buat cara tarak jawatan la yeop!!!..he..he..