Isnin, 8 Jun 2009

DR ZAMBRY BERLARI SERIBU LANGKAH



Selepas kemelut di Perak berlalu yang merugikan semua pihak akibat kealpaan diri setiap pemimpin dalam bermain politik di negeri Perak mengakibatkan pembangunan ekonomi Perak tertinggal ke belakang kerana ada pihak asyik menumpu tenaga kepada politik rimba.

Kini DS Dr Zambry memulakan langkah seribu menumpukan seluruh tenaga beliau serta exco dan seluruh jentera Kerajaan Negeri Perak menumpu sepenuhnya untuk membangunkan ekonomi Perak yang terhenti, kini berbagai - bagai usaha yang sebelum ini tidak langsung dilakukan oleh Pakatan Pembangkang selain hanya bermain politik.

Misi Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan direalisasikan oleh DS Dr Zambry seperti usaha - usaha berikut:-

1) Negara Bahrain akan bekerjasama dan melabur di Negeri Perak dalam usaha menggunakan Dinar sebagai matawang antara Bahrain dan Negeri Perak, difahamkan beberapa lagi negara Timur Tengah akan datang ke Negeri Perak dalam membantu DS Dr Zambry membangunkan Negeri Perak, usaha ini atas hubungan baik secara peribadi DS Dr Zambry selama ini dengan pembesar - pembesar negara Timur Tengah tersebut.

2) Sebuah Kilang produk berasaskan pertanian usahasama antara Pengusaha Bumiputera tempatan dengan pengusaha dari Indonesia akan melabur dan mendiri kan sebuah Kilang di Tronoh, Bandar Iskandar dijangka akan didirikan pada akhir tahun ini yang akan membuka peluang pekerjaan kepada 300 ke 400 orang penduduk luar bandar di daerah tersebut.

3) Pembukaan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang gagal diusahakan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang sebelum ini kini akan menjadi kenyataan apabila DS Dr Zambry berjaya melakukan perundingan dengan FireFly untuk melakukan penerbangan dari Ipoh ke Singapura dalam usaha menarik pelancong dan ahli perniagaan dari Singapura dan difahamkan beberapa syarikat penerbangan lain juga berminat untuk melakukan penerbangan ke Ipoh di masa depan.

Rakyat Perak perlu membuka minda dan menilai sebaik - baik penilaian antara kaca dan permata, balik lah ke pangkal jalan, kalau dulu kita mungkin tersilap dan menggunakan emosi dalam memilih Wakil Rakyat kita semasa di PRU12 KINI kita harus mengunakan kebijaksanaan di PRU13 kerana hanya BN sahaja yang mampu menunaikan segala kehendak selagi kita bernama manusia. sama - sama lah kita doakan usaha murni ini.

7 ulasan:

  1. memang betul ..rakyat perlu menilai semula .BN perintah banyak pembangunan dilakukan dan pelaburan masuk untuk memberi peluang pekerjaan .

    Perak bawah Pakatan komunis ini ..dok gila kaut tanah ,balak sahaja..dan tidak buat apa pun untuk rakyat .

    sy sembang dengan kawan cina sy hari ini,dia cakap di area Perak Utara ,banyak projek2 tengah naik .. inilah hasilnya negeri BN perintah !! bukan mcm pakatan ..

    BalasPadam
  2. Salam,
    Dr.Zambri adalah pemimpin yang akan membantu dan mejaga rakyat Perak tidak kira kaum.Usalah gusar dengan beliau.Harap rakyat perak keturunan Cina & India tak perlu dengar kata-kata DAP,PAS dan PKR.Dr.Zambri seperti pepatah Melayu berkata " CONDONG YANG AKAN MENONGKAT, REBAH YANG AKAN MENEGAKAN" Negeri Perak.Wassalam.

    BalasPadam
  3. SALAM MAMAK..

    MEMANG POWER PERPATAH TU...

    DS DR ZAMBRY..CONDONG YG AKAN MENONGKAT, REBAH YG AKAN MENEGAK..

    RAKYAT NEGERI PERAK BERADA DI TANGAN YANG SELAMAT..

    BalasPadam
  4. salam, lain macam pepatah dari otai, kalau pikiak kuning, kuning jadinya, kalau pikiak putih, putih la jadinya..he..he..

    BalasPadam
  5. Salam,

    hehe... brokuntakinte, mamak ni banyak maksud guna kata kiasan. Bagi kawan, dua-dua boleh guna.. yang kuning dan yang putih.. macam telor gak. Ada yang kuning ada yang putih.. hahaha

    BalasPadam
  6. Itulah kelebihan BN yang semakin dikaburi PR dengan konspirasi politik mereka saja. Pembangunan di negeri naungan masing2, hampas....

    Di Kelantan, pembangunan apa yang rakyat mereka dapat? Jika diperhatikan, mereka tiada usul untuk membangunkan negara sekarang kerana misi mereka nak menumbangkan negara supaya mereka boleh merampas pemerintahan dengan cara yang sangat-sangat demokrasi..

    Perjuangan PR sekarang lebih tertumpu bagaimana nak menjatuhkan BN. Mereka tiada masa untuk memikirkan apa yang terbaik untuk kebaikan rakyat.

    BalasPadam
  7. salam, betul apai...difahamkan kerajaan DS Dr Zambry akan membatalkan kelulusan 50 kawasan pasir yang lluas berekar-ekar semasa kerajaan Ni A Jar yg diluluskan kepada cina DAP semuanya...itulah kerja diaorang yg mampu buat apabila ada kuasa...untuk poket org tertentu saja konon nak balas jasa kerana kerja kuat membantu Pakatan Pembangkang di PRU12...

    Habis tu Rakyat yang tak tahu apa jadi didalam pentadbiran kerajaan diperbodohkan cukup sekadar di sogok ceramah...takbir merata tempat...yg kaya Ni A Jar, Ngey dan Nga....

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda