Ahad, 20 Disember 2009

DOSA YANG AMAT BESAR PEMBANGKANG



Pembangkang cuba runtuhkan negara

IPOH 19 Dis. - Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, belanjawan tahunan amat penting untuk sesebuah kerajaan beroperasi dan ia tidak pernah ditolak di mana-mana negara.

''Sekiranya mereka berjaya hari itu, kita akan berada dalam krisis kerana beberapa hari lagi 1 Januari 2010, maknanya kerajaan tidak boleh beroperasi.

''Apa akan jadi kepada negara? Maknanya habislah, hancurlah negara ini. Itu kesannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di tapak Pasar Tani Taman Perpaduan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden Bajet 2010 hampir tidak diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan.

Semasa pengundian tersebut, Bajet 2010 diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ekoran insiden tersebut, rakyat kini perlu bersikap kritikal terhadap pembangkang yang mahu mencari keuntungan politik tanpa mengira kesannya terhadap negara.

''Jangan apa kerajaan buat sedikit pun, kita kata kerajaan tidak betul tetapi apabila pembangkang buat, semua okay.

''Ini bukan soal kecil tetapi lagi besar daripada perang kerana kalau perang dunia, negara ada belanjawan tetapi kalau tidak ada belanjawan, hancur terus negara," katanya.

berita penuh di pautan utusan malaysia online bertarikh 20.12.2009

komen penulis,

Kita sentiasa menyalahkan Ahli Parlimen BN dalam menghadapi satu - satu insiden termasuklah insiden pengundian di Dewan Rakyat baru - baru ini bagi meluluskan bajet 2010 dimana 66 undi Ahli Parlimen BN menyokong manakala 63 undi Ahli Parlimen pembangkang menolak Bajet 2010, Dewan perlu mengkaji semula jangka masa yang diambil sewaktu sidang parlimen berjalan yang sehingga kadang kalanya mengambil masa dari pagi hingga ke 10.00 malan pun masih lagi bersidang dan ini tentunya memenatkan tambahan hanya duduk mendengar perbahasan.

Walaubagaimanapun kita harus melihat juga apa peranan Ahli Parlimen pembangkang? kenapa pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP harus membantah sedangkan bajet adalah sesuatu untuk kebaikan negara, untuk kebaikan rakyat keseluruhannya, sedang kan mereka secara terus diberi penjelasan oleh para Menteri sepanjang Dewan Bersidang sejak sebulan yang lalu dan telah berlaku segala soal jawab, kenapa peranan sebagai Ahli Parlimen pembangkang semestinya membangkang sedangkan untuk perkara yang baik, dimana tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen tak kira BN atau pembangkang, bukan kah pembangkang juga di undi oleh pengundi kawasan mereka untuk membela mereka selaku rakyat dan tidak kah bajet adalah untuk kebaikan rakyat, tidakkah selama ini pembangkang melaung sana sini kononnya untuk membetulkan perkara yang tak betul dan nak pastikan segalanya untuk kepentingan rakyat, dimana laungan tersebut, kenapa cakap tak serupa bikin!!!

Jika kita nak menyalahkan Ahli Parlimen BN tidak hadir, bukankah di sebelah pembangkang juga Ahli Parlimen mereka tidak hadir, kenapa harus dipersalahkan di satu pihak saja, besarkah dosa mereka yang tidak hadir berbanding dengan sikap Ahli Parlimen pembangkang yang hadir tetapi mengundi menolak bajet 2010 untuk diluluskan, tidak kah itu DOSA YANG AMAT BESAR.

Apa kesan jika bajet 2010 ditolak dan tidak diluluskan, seperti kata YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II diatas amat penulis setuju, terlalu besar dosa Ahli Parlimen pembangkang yang mengundi menolak bajet 2010 semata-mata bermain politik kotor untuk memerangkap kerajaan, tahu kah kita jika bajet tidak diluluskan maka ;

1. Pentadbiran Kerajaan akan lumpuh sama sekali.

2. Penjawat awam atau kakitangan kerajaan keseluruhannya akan tidak menerima gaji selama 1 tahun sehingga bajet 2011 dibentang, mahukah kakitangan kerajaan bekerja tanpa gaji seperti ahli - ahli politik yang bekerja tanpa gaji.

3. Ekonomi akan runtuh, negara akan bangkrap kerana segala perbelanjaan tidak dapat dilakukan kerana kewangan di bekukan, rakyat tidak membeli, peniaga akan kerugian, pelabur akan menghentikan operasi mereka.

4. Sistem pengangkutan akan terhenti, kenderaan kerajaan, pengangkutan awam, pengangkutan sektor swasta akan terhenti kerana tiada urus niaga berjalan.

5. Barangan pengguna akan melambung tinggi, maka rakyat akan derita akibat banyak barangan yg diberi subsidi tidak dapat disalurkan subsidi seperti Gula, Beras, Tepung, Minyak petrol dan Diesel, Minyak masak, ikan, sayur, elektrik, air dan sebagainya.

6. Elektrik akan dipotong kerana tiada subsidi dan bayaran tidak di lunaskan.

7. Bank akan tutup operasi kerana tak mampu menampung pegaliran urus niaga kewangan.

8. Rakyat akan bangkrap kerana tak mampu membayar hutang.

9. Pesara akan sengsara kerana bayaran pencen tidak dapat dibuat pembayaran.

10. anggota keselamatan seperti Polis dan Tentera akan lumpuh kerana tiada kewangan untuk beroperasi.

11. Pengangguran akan meningkat kerana kilang akan memberhentikan operasi.

12. Sekolah, Universiti dan Kolej akan tutup kerana tiada dana untuk beroperasi.

13. Orang miskin akan papa kedana kerana sumbangan bantuan kebajikan akan terhenti.

14. Kematian dan penyakit kronik akan meningkat kerana Hospital dan klinik tidak beroperasi kerana tiada dana disalurkan.

15. Bursa Saham dan seumpama dengan nya akan lumpuh maka Negara akan miskin.

16. DAN banyak lagi yang tak tertulis dik teman....

Bayang kan apa yang berlaku dan bandingkan dosa besar yang dilakukan oleh pembangkang dalam usaha bermain politik kotor dengan usaha melumpuhkan dan membangkrapkan negara sekali gus usaha untuk mengsengsarakan rakyat, ini teori mereka biar ini berlaku maka rakyat marah kepada kerajaan BN maka mereka akan mengambil alih pemerintahan negara walaupun rakyat akan menderita, negara akan bankrap, kesan yang berlaku sedarkah kita lagi teruk daripada berlaku peperangan dunia ke 2 malah sekiranya berperang pun negara masih tidak bankrap.

Benar kata DS Nazri Tan Sri Yeop Aziz, bahawa beliau rasa sesuatu akan berlaku kerana beliau melihat AN War, Lim Kit Siang, Haji Hadi dan lain - lain ahli pembangkang masih menunggu hingga ke lewat petang sedangkan sebelum ini hanya hadir separuh hari saja malah ada kala tidak datang lansung bergantung kepada isu yang akan dibentangkan, tetapi pada hari kejadian mereka -mereka ini sibuk menelefon sana sini dan menunggu hingga masa pengundian malahan amalan biasa hanya sekadar bersuara BERSETUJU di bantah mereka dengan meminta untuk mengundi secara angkat tangan kerana mereka mengagak bahawa mereka lebih lagi majoriti berbanding BN, bermakna mereka - mereka ini telah merancang dari awal lagi untuk melakukan dosa besar tersebut, ini harus rakyat keseluruhannya sedar akan kerja jahat pembangkang, yang tidak mempedulikan apa yang rakyat di luar akan tanggung, mereka tetap laksanakan misi jahat mereka demi kepentingan diri dan parti mereka, ini harus kita tolak sama sekali.

Walaubagaimanapun Allah S.W.T masih melindungi kita usaha pembangkang tidak berjaya sama sekali dalam masa yang sama keseluruhan Ahli Parlimen BN harus berkorban diri untuk memastikan kejadian tersebut tidak berulang lagi, walau pun penat dan letih, walaupun ada majlis yang perlu dihadiri di kawasan masing-masing, harus diingat bahawa semua itu boleh di lakukan pada masa lain berbanding jika Rakyat papa kedana, negara bangkap dan ruyup, menyesal tiada gunanya.

Kepada rakyat keseluruhannya berhati - hatilah dalam menilai sesuatu isu, berhati- hatilah dengan mainan politik, politik adakala nya diluar jangkaan kita, diluaran mungkin nampak ada baiknya tetapi kita tak mampu untuk melihat dalamannya adakalanya amat hitam dan pekat kotornya kerana kita tiada kepakaran di alam POLITIK, terutamanya POLITIK KOTOR DAN JAHAT.