Selasa, 21 Disember 2010

NI A JIS PECAH REKOD DUNIA - TERLEPAS DARI SPRM, WAH!!!! SPRM BETOI!!!!


PECAH REKOD DUNIA, BARU TEMAN DENGAR NI A JIS DAN MENANTU KESAYANGAN DIA MEMUJI SPRM KERANA MENUTUP KES RASUAH DUA BERANAK LAIN MAK LAIN BAPAK NI, MAKA BERDENTUM - DENTUM DUA EKOR SIAMANG NI MEMUJI BAGAI NAK RAK SPRM, SPRM KERJA TELUS DAN PROFESIONAL.

SEBAB KENA BATANG HIDUNG SENDIRI DAN MENANTU SENDIRI, KALAU YANG TERLEPAS TU PEMIMPIN UMNO ATAU BN, SIAP LAH KO SPRM, CARI PAYUNG BESOR UNTUK COVER KEPALA SEBAB MERECIT - RECIT AIR LIOR DIORANG MENGUTUK, MENGHAMPUT KORANG.

MARI KITA TENGOK LEPAS NI, JIKA BERLAKU KES - KES MELIBATKAN PEMIMPIN - PEMIMPIN UMNO DAN BN ATAS TUDUHAN RASUAH DAN BUANG KES PULAK TU, KITA TENGOK PEMIMPIN - PEMIMPIN SIAMANG NI NAK CAKAP APA.

Khamis, 16 Disember 2010

SUDAH KE SELESAI KEMELUT SEPAK TERAJANG PEMILIHAN PKR?????, ATAU PKR CUBA ALIHKAN KE ISU LAIN






Sejak selesai pemilihan tertinggi Kongres PKR, tiba - tiba saja kemelut SEPAK TERAJANG sepanjang pemilihan PKR di Cabang - Cabang senyap dan sunyi soh!!!! tak berbunyi, tiada sebarang post mortem, tiada sebarang usaha peringkat tertinggi PKR untuk menyelesaikan setiap keluhan, setiap aduan, setiap rungutan ahli - ahli bawahan PKR sepanjang musim pemilihan PKR, bagi Saifuddin selesai janji aku dapat selesaikan pemilihan Kongres, lepas tu apa nak jadi, jadi lah.

Adakah setiap suara yang disuarakan oleh ahli - ahli PKR ini langsung tidak mendapat tempat didalam kepala otak pemimpin - pemimpin tertinggi PKR? atau adakah suara ahli - ahli tidak penting dalam PKR?, atau adakah pemimpin PKR tidak menghormati dan memangdang kecik ahli - ahli bawahan?, apa tindakan PKR untuk selesaikan kemelut tersebut?. Sebab itu bagi yang sedar telah mengambil tindakan keluar parti dan ada yang meletak jawatan.

Cabang - Cabang yang mengadakan pemilihan menghadapi masalah, pergaduhan, pertengkaran, protes dan sebagainya malah peratusan ahli yang mengundi pun amat diluar dugaan dengan jumlah yang cukup rendah jika dibandingkan apa yang didakwa 800 ribu ahli diseluruh negara.

Sekarang ini Anwar dan PKR cuba untuk mengalih perhatian kepada isu - isu lain, isu yang cuba untuk mendapat perhatian dan simpati dari ahli - ahli PKR sendiri sehinggakan ahli PKR terlupa akan krisis dan kemelut ketidakpuasan hati mereka terhadap PKR sendiri. Anwar telah berjaya mengalih penumpuan ahlinya terhadap kelemahan PKR, memang betoi apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir " MELAYU MUDAH LUPA", malah teman tambah lagi "INDIA PUN MUDAH LUPA"


p/s.. saja nak panas - panaskan.

Rabu, 8 Disember 2010

BELUM LANTIK CHANSELLOR PELAJAR UNISEL SUDAH DISALAHGUNA


KHALID MENAMPILKAN KEBODOHAN


SEBAHAGIAN PELAJAR UNISEL


SEBAHAGIAN PELAJAR UNISEL


SEBAHAGIAN PELAJAR UNISEL

SUMBER FOTO COPY DARI MINAQ JINGGO FOTOPAGE

Penulis dah "telah" (pelat Perak) aje nya mangkuk ayun, melalui penulisan teman "CHANSELLOR UNISEL - PASTIKAN PENGKHIANAT WAN AZIZAH TIDAK DILANTIK"
pada 1.12.2010 mengenai kerisauan penulis menjangkakan pelajar Unisel akan di jadikan jentera pembangkang, baru beberapa minggu kejadian tersebut sudah berlaku segelintir pelajar - pelajar Unisel dikalangan darah daging puak pembangkang telah disalah gunakan untuk demostrasi jalanan air kencing Selangor baru - baru ini.

Posting bertarikh 1.12.2010 seperti berikut:-
"Sejak pengumuman tersebut sibuklah kaki - kaki pencacai PKR Selangor mahukan Presiden PKR, Wan Azizah dilantik sebagai Chansselor, Khalid Ibrahim sendiri telah mempunyai calon dikalangan kroni beliau untuk diletak sebagai puppet di Unisel, malah dikatakan kedengaran juga jawatan tersebut menjadi rebutan dan lobi melobi untuk dilantik ke jawatan tersebut dikalangan key - key figure PKR, ini semua bagi mempastikan orang - orang kuat PKR mendapat tempat dan dapat mencari makan tertutama di Unisel bagi mengembangkan kan lagi kekuasaan mereka apatah lagi Unisel yang menampung 12,000 pelajar amat bersesuaian bagi mereka melahirkan golongan muda untuk di rekrutkan sebagai jentera pembangkang dimasa depan."

Sebab tu lah Kerajaan Persekutuan berhati - hati dalam meminda akta AUKU, ini lah salah satu sebabnya apabila pemimpin Kerajaan Negeri yang tak bertanggungjawab mempergunakan pelajar Universiti untuk tujuan yang songsang.

Menteri Besar yang tak tahu malu dan tak tahu nak mentadbir negeri, Isu Air pun terpaksa minta tolong DYMM Agong, malah tak tahu malu menghantar memorandum secara biadap dengan berdemostrasi jalanan ke Istana SEDANGKAN AWAK KETUA NEGERI BOLEH MELALUI CARA YANG CUKUP DIPLOMATIK ANTARA KERAJAAN NEGERI DENGAN ISTANA, MENGADAP DENGAN PENUH SOPAN SANTUN.

MENTERI BESAR DAN PAKATAN RAKYAT BIADAP MEMBELAKANGKAN DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

Lagi biadap seorang Menteri Besar, EXCO Kerajaan Negeri, ADUN Negeri Selangor membelakangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan terus menghantar memorandum kepada DYMM Tuanku Yang di Pertuan Agong, walhal Tuanku Sultan Selangor sepatutnya disembah memorandum tersebut kerana Tuanku Raja Negeri Selangor, isu Air adalah Isu Negeri Selangor, ini sikap BIADAP DAN DERHAKA kepada Tuanku Sultan Selangor malah Menteri Besar selaku PENASIHAT Raja memalukan dan menconteng arang di muka Tuanku Sultan Selangor umpama menyelak kain dan menunjuk kepada orang luar, umpamakan Tuanku Sultan Selangor tidak perihatin selaku pemerintah Negeri Selangor.

Penulis ingin mencadangkan agar DYMM Tuanku Sultan Selangor mengambil tindakan dan menarik balik darjah kebesaran malah membatalkan persetjuan perkenan perlantikan Khalid Gagap sebagai Menteri Besar Selangor yang perlu mendapat PERKENAN Tuanku
sebelum memegang jawatan Menteri Besar.

Malah tindakan Khalid serta PKR, PAS dan DAPig selaku Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor amat keterlaluan melanggar perundangan Negara dengan menganjurkan Demostrasi Jalanan hingga menganggu ketenteraman awam serta merosakkan harta benda awam dan bertindak secara tak bermoral dengan memperggunakan Pelajar - Pelajar UNISEL dan kanak - kanak kecil didalam Demostrasi haram tersebut.

MALAH LAGI BIADAP KHALID GAGAP DAN PAKATAN HAPRAK MENGGUNAKAN KESUCIAN MASJID NEGARA SEBAGAI VENUE DEMOSTRASI, BERKUMPUL DAN DICABULI OLEH BANGSA LAIN.

MUKA TAK MALU, MUKA KULIT B@#*, sudahlah dalam mempertikaikan dan mahu menghapuskan KETUANAN MELAYU DAN RAJA MELAYU, dalam masa yang sama kepada Raja melayu juga lah masalah kelemahan pentadbiran di bebankan, kepada Raja Melayu untuk minta TALIAN HAYAT. Memang muka tak malu masalah air pun sebagai Menteri Besar tak berupaya untuk selesaikan.

Selasa, 7 Disember 2010

TOKOH MAAL HIJRAH KELANTAN - TAHUN NI NI A JIS TAHUN DEPAN GILIRAN HUSAM PULAK!!!!


GAYA BERPRESTIJ TOKOH MAAL HIJRAH KELANTAN

Nak ketawa pun ada, geli hati pun ada, sakit perut pun ada juga, selsema pun ada, sakit kepala pun ada, apabila bangun pepagi gini dapat berita Ni A Jis Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan bagi 1432 hijrah.

Dah tak ada rakyat lain yang layak ke di Kelantan ni? atau selagi ada gelaran semua Ni A Jis nak sapu, ataupun Ni a Jis seorang saja ke yang berjasa, atau ni Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan ke atau PAS Kelantan.

Secara ADAP nya tidak kah sebagai pemimpin atau pun bahasa arab nya ulil amri, kita sepatutnya mengiktiraf rakyat kita yang telah banyak berjasa kepada Negeri diutamakan, seperti di negeri - Negeri lain tokoh - tokoh di kalangan rakyat yang berkelayakan tertentu di jadikan tokoh Maal Hijrah untuk dijadikan idola untuk semua masyarakat, seperti Kerajaan Pusat menamakan Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtiar Aziz anak kepada Prof Engku Aziz yang sememangnya mempunyai ketokohan dan jasa kepada negara, malah dinegeri - negeri lain menamakan tokoh dikalangan rakyat yang berkelayakan, bukan tokoh hanya dihormati dikalangan puak - puak Pas saja MALAH BUKAN KITA SEBAGAI KETUA NEGERI SEMUA NAK BOLOT!!! APA YANG TINGGAL SUDAHNYA UNTUK RAKYAT.

Teman jangka tahun depan mungkin giliran Husam pulak, seperti cerita P. Ramlee Nujum Pak Belalang, satu kau, satu aku, dua kau, tiga aku, empat aku, lima aku..... selepas Husam, bolehlah dapat pada Mat Sabu pulak.

Ish...ish... geli geliman teman malah rasa malu pulak rasanya Ni A Jis jadi Tokoh Maal Hijrah Kelantan.

Jumaat, 3 Disember 2010

API MAINAN PEMBANGKANG - KETUANAN MELAYU UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA KAUM

DAHULU tercetusnya peristiwa 13 mei 1969 salah satu berpaksi kepada KRISIS KEPERCAYAAN antara kaum utama yg terdapat di negara ini yang digembar gemburkan oleh anasir - anasir seperti kumpulan Bintang 3, politik jumud pembangkang, individu - individu satu kaum yg tidak berpuashati.



KINI setelah sekian lama bersenang lenang, senario DAHULU cuba di cetak semula untuk di jamu kepada rakyat oleh kumpulan - kumpulan yang sedarah daging seperti kumpulan DAHULU, Pakatan Pembangkang cuba untuk mewujudkan kembali dikalangan rakyat KRISIS KEPERCAYAAN terhadap kaum dan Kerajaan dengan menjadikan Pemimpin Negara, para Menteri, badan Kehakiman, PDRM, SPRM, SPR dan Agensi lain agar apabila krisis ini berjaya dijamukan untuk dilahap oleh rakyat maka keuntungan dianggap berpihak kepada mereka.



KINI seperti pepatah " jangan bermain dengan api" itu lah mainan mereka "api menjadi mainan" PKR dan PR dan adakah peristiwa 13 Mei berkemungkinan akan berulang kembali?? kita tidak tahu, tetapi bibit - bibit kearah untuk api menjadi marak sedang dan telah dilakukan oleh PKR, berbagai bahan petroleum yg boleh memarakkan api dicurahkan oleh Pakatan Pembangkang, strategi pecah dan perintah sedang diusahakan yang menyusup dikalangan rakyat melalui berbagai cara dan usaha.

KINI benarkah KETUANAN MELAYU menindas bangsa lain??? sejak peristiwa 13 Mei yang sudah dilipatan sejarah, Sejak dari peristiwa itu Kerajaan sejak puluhan tahun berusaha sedaya upaya dengan berbagai - bagai rancangan PEMBANGUNAN dizahirkan, berbagai pendekatan PERPADUAN disematkan kepada setiap individu, segala perancangan NAWAITU nya untuk kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum mengecapi nikmat bersama malah ada yang terlebih nikmat, sebab itu kedengaran ungkapan ikhlas, Agama Islam agama resmi, Kaum lain bebas mengamalkan agama masing - masing tiada sekatan, sebab itu terdengar kata- kata jujur, kaum Melayu diutamakan manakala kaum lain diberi pembelaan dan dihormati, malah Melayu sudah berkurun BERTOLERANSI DAN BERTOLAK ANSUR MALAH LEBIH MENERIMA demi persaudaraan seNegara atas keakuran terhadap laungan Pemimpin Melayu sendiri, Melayu menerima.

KINI benarkah bangsa lain ditekan dan tertekan???, jika di dalami apa yang telah menjadi realiti di muka bumi ini, dalam semua sudut berbanding generasi pertama hingga lah ke generasi ke2 dan ke3 semua kaum perbezaan nyata sekali bahawa dalam semua sektor seperti ekonomi kaum cina diumpamakan mendahului jauh meninggalkan kaum Melayu itu sendiri, dalam sektor perkhidmatan profesional seperti Peguam, Doktor dicontohkan kaum Cina dan India menguasai bidang tersebut berbanding kaum Melayu, jika hendak dibarisi tak terbaris penulis untuk menyatakan disini, secara keseluruhannya semua kaum telah memperolihi kesejahteraan.

Cuma sedikit kelonggaran dan kepercayaan bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan membantu KAUM MELAYU untuk berdiri bersama - sama tingginya dengan kaum lain didalam semua sektor dilakukan agar peristiwa dahulu yg SEPATUTNYA kini dicetus oleh Kaum Melayu yang merasa ketinggalan tidak berlaku, malah persoalannya kenapa kaum lain termakan cucukan hingga KRISIS KEPERCAYAAN baru sekarang dilihat tercetus, hingga kita terlupa kenikmatan dan kesejahteraan telah sekian lama kita kunyah dan telan.

Oleh yang demikian, jangan lah kita terfikir untuk menerima sebulatnya mainan api KETUANAN MELAYU yang sengaja dan bersifat jahat dicetus oleh PKR sedangkan kita hidup tak merana pun di tanahair ini berbanding negara - negara maju dan ketiga diluar sana, malah pemimpin pembangkang pun kaya raya ke hulu ke hilir berkereta 5star.

1MALAYSIA hasrat murni YAB DS Najib, dalam mengembalikan perpaduan dan kersejahteraan rakyat mengikut merit masing - masing tercapai sekaligus mainan api Pakatan Pembangkang dapat dipadam dan dibenamkan sama sekali dan usaha ini amat murni sekali bagi kita yang mempunyai otak yang normal dan sihat untuk berfikir.

Oleh itu mari kita sama - sama mengguna otak yang normal dan sihat berfikir realitinya dan tanya diri kita apa kah realiti ini yang kita mahukan atau sesuatu yang belum tentu menjadi realiti yang hendak kita mimpikan akhirnya yang "dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".

Rabu, 1 Disember 2010

CHANSELLOR UNISEL - PASTIKAN PENGKHIANAT WAN AZIZAH TIDAK DILANTIK

Baru - baru ini Datin Seri Rosmah Mansor telah mengundur diri sebagai Chansellor Universiti Selangor (Unisel) yang di pegangnya sejak Februari 2006 dan Chansellor pertama dilantik sejak pembukaan Unisel bagi menumpukan sepenuh masa untuk memperkasakan program PERMATA khas untuk anak - anak pra persekolahan. Datin Seri Rosmah yang berkelulusan Degree Anthtopology and Sociology Universiti Malaya dan Master Of Science di Louisiana State University.

Sejak pengumuman tersebut sibuklah kaki - kaki pencacai PKR Selangor mahukan Presiden PKR, Wan Azizah dilantik sebagai Chansselor, Khalid Ibrahim sendiri telah mempunyai calon dikalangan kroni beliau untuk diletak sebagai puppet di Unisel, malah dikatakan kedengaran juga jawatan tersebut menjadi rebutan dan lobi melobi untuk dilantik ke jawatan tersebut dikalangan key - key figure PKR, ini semua bagi mempastikan orang - orang kuat PKR mendapat tempat dan dapat mencari makan tertutama di Unisel bagi mengembangkan kan lagi kekuasaan mereka apatah lagi Unisel yang menampung 12,000 pelajar amat bersesuaian bagi mereka melahirkan golongan muda untuk di rekrutkan sebagai jentera pembangkang dimasa depan.

DYMM Tuanku Sultan Selangor secara terus kena mengambil perhatian dan mempastikan agar Unisel di selamatkan dari jerung - jerung PKR mahupun PAS apatah lagi DAPig. adalah diharapkan pemilihan jawatan tersebut dinilai dan dikaji secara serius, jangan dipercayai akan nama yang dikemukakan oleh Khalid Ibrahim yang mempunyai misi jahat apatah lagi nama seperti Wan Azizah PENGKHIANAT BANGSA diberi tempat di Unisel.

Seluruh rakyat Selangor yang sememang taat setia kebawah Tuanku Sultan amat yakin Tuanku amat bijaksana dalam membuat keputusan untuk masa depan Unisel. Daulat Tuanku!!!