Rabu, 17 Disember 2014

AHMAD HUSNI SEHARI DI PARLIMEN TELUK INTAN

YB DS ahmad Husni menyampaikan surat kelulusan peruntukan RM700,000 pembinaan Surau baru Perumahan Awam Jalan Padang Tembak Teluk Intan , turut hadir YB Dato Azhar Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan dan YB Datuk Aminuddin ADUN Hulu Kinta

YBDS Ahmad Husni menyampaikan surrat kelulusan peruntukan RM100,000 menaiktaraf Sekolah Agama Rakyat Kg Bahagia Teluk Intan

Walau pun dipenuhi dengan berbagai tugas mentadbir kewangan negara selaku Menteri Kewangan Kedua, mana lagi menjaga kawasan Parlimen Tambun sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Ketua UMNO Bahagian Tambun, YB DS ahmad Husni tetap menepati janji semasa Pilihanya Kecil Parlimen Teluk Intan yang lalu untuk turun ke Teluk Intan bertemu semula dengan rakyat di Teluk Intan kerana ketika di PRK Teluk Intan banyak aduan yang disuarakan kepada YB DS Ahmad Husni .
Kini pada 14 Disember 2014 Ahad lalu melalui Pejabat UMNO Bahagian Tambun sendiri telah mengatur (bukan atas jemputan) dan menyusun beberapa program satu hari di Teluk Intan bagi YB DS ahmad Husni bertemu dan menyampaikan bantuan peruntukan kepada aduan - aduan yang diperolihi semasa PRK lalu,


YB DS Ahamd Husni menyampaikan peruntukan Khas SJKC Wah Keow yang mewakili Malaysia ke Turki persembahan kebudayaan, turut hadir YB Dato Mah Siew Keong dan YB Dato Azhar

YBDS Ahmad Husni menyampaikan peruntukan khas kepada Persatuan Malayee Teluk Intan

Bermula dengan YB DS Ahmad Husni dan rakan - rakan bersarapan pagi di Medan Selera Seri Sayang Teluk Intan dan bersalaman dan bergambar dengan pelangan yang bersarapan disitu disusuli dengan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan RM700,000 pembinaan Surau Baru Perumahan Awam Jalan Padang Tembak dan Penyampaian Surat Kelulusan RM100,000 menaikaraf Sekolah Agama Rakyat Kg Bahagia yang dihadiri sama oleh YB Dato Azhar, Ketua UMNO Bahagian Teuk Intan, yang juga ADUN Changkat Jong, YB Datuk Aminuddin Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, En. Azizol Kama Abd Aziz, Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun, Tok Paduka Dato Hj Safri Pengarah JKR Ng Perak, Datuk Suhaimi Din, Pegawai Tugas - Tugas Khas MKII bersama Jentera PRK UMNO Bahagian Tambun bersama - sama dengan 500 penduduk setempat.

YBDS Ahmad Husni bergambar bersama pelangan Medan Selera Sri Sayang Teluk Intan selepas singgah untuk sarapan pagi di gerai tersebut.

Selepas itu YB DS Ahmad Husni mengadakan gimik pecah tanah menggunakan Backhore di tapak pembinaan Surau Al Ahmadiah Perumahan Awam.

Selesai di Perumahan Awam YB DS Ahmad Husni bergegas ke Perjumpaan bersama Persatuan NGO Cina dan Sekolah-Sekolah Cina Teluk Intan bertemu dengan komuniti Cina yang diahdiri oleh 200 orang pemimpin masyarakat Cina dan akhirnya YBDS Ahmad Husni ke Perjumpaan bersama pemimpin NGO komuniti India seramai 100 orang yang turut dihadiri oleh YB Dato Mah Siew Keong, Ahli Parlimen Teluk Intan dan YB Dato Azhar Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan dikedua - dua program tersebut.

ketika dalam Majlis bersama komuniti India YBDS Ahmad Husni menerima telefon bahawa sepupu beliau dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh kerana pendarahan kepala akibat Tumor Otak, selesai majlis YB DS Ahmad Husni berkejar ke Hospital Ipoh untuk menyelesaikan hal keluarga.

Begitu lah sibuknya seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat hal rakyat bukan saja di kawasan Parlimen Tambun, hal Negara malah dikawasan - kawasan lain malah hal keluarga juga tidak terkecuali seorang pemimpin seperti YB DS Ahmad Husni mengambil berat.

Jika di amati bilakah masa untuk berehat, bila kah masa untuk bersama keluarga sendiri, masa kebanyakan nya di curah kan kepada Negara dan Rakyat, itu lah rutin kehidupan seorang pemimpin bernama Ahmad Husni Hanadzlah, PENAT DAN LETIH TIADA DALAM DAIRI KEHIDUPAN BELIAU.

TERIMA  KASIH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH.

Rabu, 10 Disember 2014

MANGSA RIBUT KG TENGKU HUSSIN DI BELA PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN TAMBUN


DATUK SUHAIMI DIN MEMBERI UCAPAN

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

DATUK SUHAIMI DIN, YB DATUK AMINUDDIN, YB ZIAD  DAN EN MAZLAN NEK KETUA KAMPUNG TG HUSSIN

KEADAAN RUMAH SALAH SEORANG MANGSA RIBUT

SERAMAI 71 ORANG MANGSA RIBUT DI KG TENGKU HUSSIN GUGUSAN MANJOI TELAH MENDAPAT PERHATIAN SEGERA OLEH AHLI PARLIMEN TAMBUN, YB DATO SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN PERIBADI BERJUMLAH KESELURUHAN RM17,500 KEPADA SETIAP MANGSA RIBUT.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN TELAH DILAKUKAN OLEH WAKIL BELIAU DATUK SUHAIMI DIN PEGAWAI TUGAS - TUGAS MENTERI KEWANGAN KEDUA BERSAMA YB DATUK AMINUDDIN, ADUN HULU KINTA YANG JUGA TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN DAN YB ZIAD DATO ZAINAL, ADUN MANJOI.


PENYAMPAIAN SUMBANGAN DI TMN KLEBANG JAYA

SEBELUM INI YB DATO SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH TELAH MEMBERI SUMBANGAN SEBANYAK  RM80,00 BAGI MEMBANTU 280 ORANG MANGSA RIBUT DI TAMAN KLEBANG JAYA DAN TAMAN KLEBANG PRIMA YANG JUGA DISAMPAIKAN OLEH DATUK SUHAIMI DIN.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA YB DATO SERI AHMAD HUSNI DAN YB ZIAD DATO ZAINAL.

Rabu, 3 Disember 2014

TAHNIAH DIATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN KERAJAAN NEGERI MELAKA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TYT




SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DATUK SUHAIMI DIN, PEGAWAI TUGAS - TUGAS KHAS MENTERI KEWANGAN KEDUA YANG JUGA PEGAWAI PERIBADI AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG MENERIMA DARJAH PANGKUAN SERI MELAKA (DPSM) YANG MEMBAWA GELARAN DATUK.

BELIAU MENERIMA DRJAH TERSEBUT BAGI SIRI KETIGA PADA 15 NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI DEWAN SERI NEGERI MELAKA YANG DISAMPAIKAN OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA TUN MOHD KHALIL YAAKOB.

TAHNIAH DARI WARGA TAMBUN.