Rabu, 6 Oktober 2010

BARU TAHU MAKSUD LOGO PKR TERBELAH!!!!


BULAT YANG TERBELAH

Selepas selesai pemilihan PKR di Cabang - Cabang seluruh Malaysia, baru teman fahami maksud sebenar logo dibendera PKR bulat yang terbelah.

Rata - rata mesyuarat Cabang telah membuktikan dengan jelas maksud bulat yang terbelah, teman jelas kan juga untuk kefahaman bersama agar tidak keliru.

Bulat yang terbelah :-

1. Jemputan mesyuarat yang tak menyeluruh, ada dikalangan ahli tidak dimaklumkan hanya bergantung kepada sepanduk dan dikalangan ahli tertentu diberi surat jemputan.

2. Kehadiran hanya mengikut puak - puak kumpulan yang bertanding sahaja, jika yang bertanding dikalangan berbangsa India, maka hanya ahli India yang akan memonopoli kehadiran.

3. Kehadiran ahli yang sedikit amat mengejutkan berbanding dengan keahlian yang didakwa ramai di satu - satu kawasan Cabang.

4. Kehadiran yang tidak mengikut korum Mesyuarat, walau pun 50 orang yang hadir maka mesyuarat pemilihan tersebut tetap dilangsungkan dengan perlantikan dikalangan mereka.

5. Pergaduhan yang melibatkan samada antara kaum - kaum atau pun satu kaum tercetus akibat perbezaan calon yang bertanding sesatu jawatan.

6. Amalan Gangsterism seperti ugut mengugut, caci mencaci, maki memaki, tolak menolak, baling membaling, koyak mengoyak, pecah memecah berlaku.

7. Amalan berpuak - puak dikalangan penyokong individu tertentu.

8. Amalan Fitnah - memfitnah antara calon - calon yang bertanding.

9. Amalan rasuah dan sogokan dikalangan pengundi tertentu.

10. Amalan Kronism pemimpin tertentu, mengikut kehendak dan telunjuk tidak mengambarkan demokrasi subur didalam PKR.

11. Sifat kepimpinan dan tata susila sebagai Pemimpin langsung tidak dijaga baik, pemimpin dan ahli sama samsengnya.

Inikah gambaran dan senario kepimpinan parti PKR yang hendak diberi tanggungjawab besar untuk memimpin Negeri dan Negara bagi menjamin masa depan dan maruah rakyat, Agama, Negeri dan Negara dapat dibela secara terbaik kononnya atas nama konsep keadilan dan demokrasi untuk semua Rakyat, walhal untuk menjaga ahli di Cabang - Cabang pun tiada berkemampuan.

Sedangkan bulat yang terbelah yang tak disengajakan tertonjol juga akhirnya untuk tontonan seluruh rakyat memahaminya siapa sebenarnya PKR termasuklah penulis sendiri.

7 ulasan:

  1. Ohhhh ya ke baru lah saya tahu, setuju..

    BalasPadam
  2. Salam bro,

    memang mendalam maksud logo tersebut dan banyak lagi rahsia2 di sebaliknya. mata dajjaj, gay, retak menanti belah dll.

    BalasPadam
  3. mcm bentuk buah dada wanita pon ade...
    hahahhaha

    BalasPadam
  4. Salam, bro rendang, junah dan teristimewa siikan kecil. PKR ni nak bagi gelaran apa sekali pun memang ngam dengan diorang.

    BalasPadam
  5. cuba perhatikan logo tersebut..sgt ketara bulat terbelah adalah seperti mata 1...& selalunya lambang mata 1 untuk pertubuhan apa???

    BalasPadam
  6. lambang mata anwar yg lebam masa dalam tahanan ISA.. tu je ;)

    BalasPadam
  7. Fake. Sah2 nampak mata bulat terbelah apa. Tebelah jd hemisfera la bukan cengkung camtu

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda