Isnin, 30 Mac 2009

BUKIT GANTANG DIPENUHI DENGAN PEMBANGKANG LUAR

Sepanjang hari makin bertambah kehadiran kumpulan - kumpulan dari merata negeri terutamanya dari Terengganu dan Kelantan sejak SPR mengumumkan tarikh Penamaan Calon. pembangkang dari Kelantan memonopoli Masjid dan Surau tanpa menghormati penduduk tempatan, kawasan Masjid dijadikan tempat berceramah kononnya atas nama Tazkirah, Kolah air tempat mengambil wuduk kering kontang akibat digunakan untuk mandi manda oleh puak - puak pembangkang.

Tanda dan bukti Masjid dan surau sememangnya tempat yang paling diminati oleh puak - puak pembangkang ini berkumpul kerana disinilah tumpuan penduduk tempatan untuk mengadap Allah S.W.T dan disitulah digunakan oleh puak - puak tersebut untuk memancing undi dan menyebar propaganda, kononnya mereka Islam, kononya mereka pejuang Islam, tempat suci dan beribadat dijadikan medan untuk berkumpul dan berceramah, dimana letaknya pertimbangan kita.

Pada 27 Mac 2009 penulis diceritakan oleh penduduk tempatan terserempak akan Nizar duduk didalam satu majlis anjuran DAP ditengah - tengah majlis diatas meja dipenuhi dengan botol - botol air syaitan dan masakan - masakan tak halal, turut sama dengan beliau Isteri tercinta dan muslimah - muslimah yang hadir dengan kereta berasingan dengan Nizar dan lelaki lain kononnya tidak bercampur kerana bukan muhrim,tetapi apabila pulang berhenti ditempat sunyi masing - masing masuk ke kereta masing - masing bercampur kembali tidak kah lakonan namanya, apa erti semua ini, jika benar - benar pejuang Islam kenapa mesti bercampur duduk dengan peminum - peminum air syaitan, adakah matlamat menghalal kan cara yang penting menang dalam pilihanraya.

Tak hairan lah Nga Ko Meng dan Ngey ko Ham mempermainkan dengan membaca ayat - ayat Quran yang tak betul bunyinya atas kebenaran siapa menghina ayat - ayat suci al Quran di pentas politik tentunya atas kebenaran NIzar, berhadas pun tidak tak siapa merasa bersalah akan mereka yang menggunakan ayat suci malah puak - puak tersebut bertakbir lagi tanda menyokong,rosak agama, rosak Islam apabila ayat - ayat suci dimain - mainkan bacaan nya tambahan bacaan yang tak betul taranumnya.

Akhirnya dirumuskan bahawa selagi bernama manusia tak lari dari melakukan kerja - kerja yang tak betul dan tak senonoh semata - mata untuk pangkat dan darjat, sebab itulah cara untuk memperolihi nya tidak penting, Islam digunakan, Agama dipermainkan, pakaian dilakunkan, ayat suci dipersendakan, yang penting MENANG, Menang,Menang, puashati.

Ahad, 29 Mac 2009

TAHNIAH PERWAKILAN UMNO - PEMILIHAN KEHENDAK AHLI DAN RAKYAT


Selesailah sudah Perhimpunan Agong UMNO yang disaksi oleh semua mata, keputusan yang tepat dan dikehendaki oleh ahli UMNO dan rakyat, bukti bahawa perwakilan seramai 2500 orang tidak SYOK SENDIRI seperti yang penulis katakan sebelum ini. bukan saja bagi jawatan Timbalan Presiden yang dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin anak seorang tokoh ulama Johor yang layak menjawat jawatan tersebut malah bagi jawatan Naib - Naib Presiden yang dipilih oleh perwakilan menepati selera ahli dan rakyat malah mewakili negeri - negeri besar tidak sebelum ini dimonopoli oleh satu - satu negeri yang dianggap besar perwakilannya, YB Dato Ahmad Zahid Hamidi, tokoh yang menjaga Agama dari Perak, YB dato Hishamuddin Tun Hussein, aset pelapis masa depan dari Johor dan YB Dato Seri Shafie Apdal tokoh Perpaduan dari Negeri bawah bayu Sabah, tidak cukup dengan itu gandingan MKT senior dan Junior digandingkan didalam Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memberi gambaran UMNO bersedia untuk berubah dan mengempur semula pembangkang, muka - muka yang dipercayai bersih lagi layak seperti YB Dato Ahmad Husni Mohd Hanadzlah Timb. Menteri Kewangan 1 yang dikenali dengan keseriusannya bekerja dan pakar dibidang ekonomi, YB Dato Saifuddin Abdullah, tokoh Belia yang dikenali jujur dan berkebolehan, YB Senator Azian yang dikenali sebagai seorang yang berjaya memaju Syarikat Perumahan negara SPNB yang menpati kehendak rakyat miskin, YB Dr Fuad Zarkasi seorang yang dikatakan intelektual dengan hujah - hujah di Parlimen, Dato Aziz Rahim, orang yang bertanggungjawab menjaga Putera UMNO terbukti diiktiraf dengan sumbangan dalam membantu Mat Rempit, anak - anak melayu yang teraniaya diluar negara, manakala yang senior seperti Tok Pa yang terbukti seorang yang jujur dan amanah, YB Dato Noh Omar, YB dato Zain Mohamed dan lain - lain lagi.

Semestinya UMNO akan gagah dan terus gagah terutama di PRU 13 bagi membantu parti komponen memulih kembali kekuatan untuk memenangi kerusi di PRU 13 yang kalah dikebanyakan yang diwakili oleh MCA, MIC dan Gerakan serta PPP walau pun UMNO penyumbang besar memenangi di kebanyakan kerusi tetapi jelas UMNO tidak penting kan diri, malah UMNO terus mengambil sikap dan tauladan bahawa pemimpin yang terbaik harus memimpin parti dikalangan yang baik-baik dan seharusnya diikuti oleh parti - parti komponen lain terutamanya MIC yang masih dipelopori oleh Samy Veloo seharusnya mengikuti jejak dan langkah UMNO hingga ketahap 2 orang Presiden yang masih hidup dan sihat tetapi demi parti sanggup berundur, Samy seharusnya faham dan tidak bermain helah atau autar keling.

Kehadiran mengejut Tun Mahathir amat mengejutkan semua perwakilan, seperti kata Tan Sri Muhyiddin satu pengiktirafan Tun terhadap peralihan kuasa kepada DS Najib anak didiknya dan dijangka Tun akan memberi sokongan habis-an kepada DS najib dan ini akan menguatkan parti dan akan ditakuti oleh pembangkang terutamanya pengkhianat bangsa seperti DS Anwar Ibrahim, InsyaAllah penulis menjangkakan Tun Mahathir akan menyertai UMNO semula. Gandingan ini akan di usahakan oleh DS Najib, Tun dan Pak Lah akan disatukan dan dijadikan penasihat kepada Presiden dan ini amat - amat di nantikan oleh ahli UMNO, sikap DS Najib yang bersikap rendah diri dan hormatkan orang lama cukup besar ertinya kepada UMNO dan keseluruhan bangsa Melayu dan Malaysia.

Bangkit lah semua ahli UMNO, jadikanlah Perhimpunan Agong 2008 ini sebagai anjakan paradigma yang akan menguatkan lagi bangsa melayu Islam di Malaysia ini, jangan di beri peluang kepada pengkhianat bangsa dan penganggu negara bermaharajalela, majoriti rakyat mengharapkan UMNO kuat dan gagah, peluang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T, kini cuma kita yang akan mewarnai bentuk dan wajah UMNO selepas ini, DS Najib akan memilih Jemaah Menteri dikalangan yang menang MKT dan ini terbukti bersih, jujur, amanah dan berkebolehan, kerana kabinet kali ini adalah kabinet yang mejoriti muka baru era DS Najib, ini memberi pengharapan yang mengunung oleh rakyat seluruh kaum, buktikan lah wahai pemimpin - pemimpin UMNO bahawa kita boleh dan kita mampu dan kita kuat.

KENANGAN SEPAGI DI TAIPING



Hasrat, untuk meninjau hari penamaan calon Bukit Gantang, Teman fikir kalau teman pergi ke Taiping pada pagi 29 haribulan jalan tentunya jem teruk, akhirnya teman membuat keputusan untuk pergi 28 haribulan malam dan tidur di Taiping, teman menginap di Hotel Panorama di tengah - tengah bandar Taiping agak hampir juga dengan Padang Majlis Perbandaran Taiping tempat berkumpul penyokong bertanding dan tempat urusan menamakan calon - calon yang bertanding.

Sepagi 6.30 teman bangun dan meninjau diluar jendela hotel melihat hening subuh di Taiping, buat pertama kali hidup teman bermalam di Taiping, selepas solat subuh teman bersiap - siap kemas untuk turun breakfast di hotel, terkejut jugak teman yang ada disitu untuk breakfast YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang baru menang majoriti besar, sempat teman bersalam dan ucapkan tahniah pada beliau, beliau sambut dengan senyuman, bersama - sama beliau juga ada YB Dato Mustapha Mohamed Menteri Pertanian, YB Dato Shaziman Mansor, Menteri Komunikasi, bertuah teman dapat bersalam dengan pemimpin - pemimpin negara.

Selepas breakfast teman pun keluar untuk beredar ke tempat yang akan diadakan hari penamaan calon, kebetulan teman keluar dari pintu hotel perarakan kumpulan penyokong PAS, PKR dan DAP sedang lalu didepan hotel tempat teman menginap, kebetulan Tan Sri Muhyiddin serta menteri lain pun turut keluar untuk ke tempat berkumpul dengan berjalan kaki ke destinasi lain yang berada di seberang jalan yang dilalui oleh PAS.

INILAH KENANGAN SEPAGI DI TAIPING yang hendak teman kongsikan dengan pembaca, apabila penyokong PAS, PKR dan DAP nampak saja Tan Sri Muhyiddin dan Menteri lain keluar dari hotel tersebut apa yang teman terkejut, apa lagi mereka berhenti dan menyembur bertali - tali kata - kata maki hamun, RASUAH!!!RASUAH!!!RASUAH!!!, YAHUDI!!!YAHUDI!!!YAHUDI!!!, KAFIR!!!KAFIR!!!KAFIR!!!CELAKA!!! CELAKA!!!CELAKA!!!, yang terkejut lagi oleh teman sikap Tan Sri Muhyiddin yang bersahaja keluar melambai tangan dan bersalam dengan beberapa penyokong pembangkang yang sedang memaki hamun nya dan menteri - meteri lain, ini amat mengharukan teman diatas sikap seorang pemimpin besar negara.

Sejurus itu Tan Sri Muhyiddin dan lain - lain pengikutnya berlalu berjalan kaki maka teman pun tumpang sama mengikut kumpulan Tan Sri Muhyiddin yang diiringi dengan semburan bertali arus maki hamun tak putus - putus, apa yang menyedihkan lagi teman apabila kumpulan Tan Sri melintas menyeberangi deretan kumpulan PAS tersebut, beliau ditolak, dan lain2 di siku-siku kata orang Perak di tembi - tembi mengunakan siku, termasuk lah teman turut kena di tumbuk dari pinggang belakang hingga nyaris teman tidak tersungkur, hati ketika itu panas dan geram, tapi rakan kumpulan Tan Sri menyabarkan teman, katanya 'abang ini yang diaorang tunggu abang bila kita balas nanti kita yang dituduh dan memang mereka tunggu untuk bergaduh, sabar lah abang!!' kata saudara yang menyabarkan teman, maka teman pun berlalu dengan hati yang cukup - cukup geram dan kecewa.

Ekstrim, tak berotak, tak bersopan, kasar, kesat, biadap dan ganster ini lah kumpulan yang hendak diberi kuasa pemerintahan, yang cuba untuk menyeleweng otak pengundi untuk mengundi mereka, tiada hormat pada pemimpin dan manusia lain, kalau teman saja tak mengapa siapa lah teman tapi pemimpin - pemimpin negara yang banyak berkorban dan jasa membangunkan agama, bangsa dan negara, sedang kan kita hidup mewah dan aman sentosa pun atas kerja - kerja mereka, tidak kah ada sedikit rasa hormat dan terima kasih kepada mereka - mereka seperti Tan Sri Muhyiddin dan lain - lain Menteri, kenapa mesti di maki hamun, kenapa mesti di tolak, kenapa mesti di siku - siku, apa kah lansung kita tak mendapat nikmat yang disediakan oleh kerajaan dan pemimpin kita selama ini, bagaimana Malaysia sekarang ini berbanding dengan Malaysia pada 50an, 60an, bagaimana kehidupan anak - anak kita, bagaimana dengan saudara mara kita, bagaimana kehdupan jiran - jiran kita, tiada kesyukuran langsung, kenapa mesti di sembur YAHUDI dan KAFIR, mana iman kita, mana ilmu agama kita sedang kan PAS gunakan topeng Islam untuk memerintah negara TETAPI sikap langsung tidak menunjukkan seorang yang Islam, umpama hidup di zaman batu tingkah laku mereka. SEDIH, KECEWA, HAMPA teman lihat perangai mereka pada pagi itu, yang tua lelaki perempuan, yang muda lelaki perempuan, sama gila nya, sedih sungguh, diperhati pula di tepi - tepi jalan kaum cina dan India yang ketawa, yang gelak, yang senyum sinis melihat kelakuan Melayu maki Melayu, Melayu bergaduh dengan Melayu malah Pemimpin pun kena maki hamun, dikutuk, di caci, tak bersopan, adakah agama Islam mengajar kita sedemikian lakunya, tak bermaruah kita umat Islam di kaca mata cina dan India Taiping yang menyaksikan peristiwa yang sebelum ini mereka tak pernah saksi, geleng kepala teman, MALU!!!MALU!!!MALU!!! teman melihat bangsa teman sendiri.

Di Padang secara menyeluruh teman lihat kumpulan besar PAS, PKR dan DAP penuh dengan sorakan maki, hamun, kutuk dan ejekan, manakala kumpulan besar BN teman lihat menyanyi lagu - lagu patriotik bagi menaikkan semangat ahli kumpulan, berbeza sikap dua kumpulan yang hendak dipilih oleh pengundi Bukit Gantang.

Teman doa kan pengundi Bukit Gantang bijak memilih.... bagi teman BN adalah parti yang sesuai untuk dipilih, PRISTIWA SEPAGI DI TAIPING BANYAK MENGAJAR TEMAN ANTARA KACA DAN BELIAN.

SELAMAT MENGUNDI.

Ahad, 22 Mac 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO : PERWAKILAN JANGAN SYOK SENDIRI




24 hingga 28 Mac 2009 tarikh keramat bagi UMNO malah bagi keseluruhan rakyat di negara ini, tarikh dimana delegasi UMNO dari semua peringkat Puteri, Pemuda, Wanita dan Dewasa yang datang dari seluruh pelosok negeri hadir ke ibukota Kuala Lumpur untuk menentukan warna kepimpinan negara di masa depan, keputusan akan diikuti oleh seluruh warga tak kira kaum dan bangsa.

Dalam situasi ini lah perwakilan UMNO harus muhasabah diri, harus bijak menggunakan panca indera, harus menggunakan otak fikiran bagi memastikan seluruh rakyat terasa UMNO telah lakukan dengan serius dan betul dalam memilih pemimpin peneraju UMNO dan Negara.

Tolak pemimpin rasuah, tolak pemimpin yang menyalah gunakan kuasa, tolak pemimpin yang tak serius, terbaru tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin dengan membatalkan kelayakan Dato Seri Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden dianggap tindakan yang cukup berani bagi membersihkan UMNO dan ini disokong oleh semua rakyat terutamanya ahli UMNO diperingkat bawahan, kini terpulang kepada perwakilan untuk menentukan, pisau dan timun ditangan anda perwakilan - perwakilan semua.

Ingat lah jangan kita syok sendiri, tindakan anda diperhati dan disaksi oleh keseluruhan rakyat, penentuan bahawa rakyat sokong atau tidak di PRU 13 ditangan kanan anda, maju nya negara ditangan anda, kerana amanah oleh ahli - ahli UMNO teah diberikan kepada anda cuma harapan ahli - ahli UMNO pilih lah pemimpin yang benar - benar seorang yang jujur, ikhlas dan amanah. betulnya pilihan anda maka selamat lah UMNO, selamat lah agama, selamat lah bangsa dan selamat lah negara.

PENULIS MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG.

BERMULA EPISOD 2 IMAM DALAM PAS

Sudah diketahui umum bahawa PAS kini retak menunggu belah, seorang mempunyai wawasan seorang lagi jumud pemikiran, seorang berjawatan Presiden manakala seorang lagi Musyidul, bermulalah sepak terajang dalam PAS, pimpinan PAS yang lain mula mencari ayat - ayat bagi mengelabui mata penyokong dan rakyat bahawa PAS tidak mempunyai dua imam dalam parti.

Tahniah boleh diberikan kepada Dato Seri Hadi Awang diatas keperihatinan dan kesedarannya bahawa apabila Melayu Islam berpecah maka musuh - musuh Islam akan mengambil tempat untuk menangguk air keroh, Hadi sedar dan hidu akan gelagat - gelagat musuh Islam terutama DAP dan Hindraf yang kebanyakan dari PKR menjurus kepada idea Hadi untuk menwujudkan Kerajaan Campuran bagi julung - julung kalinya di negara kita yang tercinta ini. UMNO tidak boleh memandang sepi cadangan Dato Seri Hadi ini, InsyaAllah apabila Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kepimpinan Parti pada penghujung Mac ini, DS Najib harus memikirkan idea DS Hadi ini tanpa di buang tak bertong sampah, mungkin relevan dalam keadaan yang dihadapi oleh umat Melayu Islam di Malay Land ini, ini bukan isu UMNO, PAS dan segelintir PKR, ini isu maruah peribumi, maruah tok nenek pejuang - pejuang Melayu dulu kala, ini maruah anak cucu dan cicit melayu masa depan, penulis merasakan kerana perkara - perkara ini lah timbul kesedaran sebelum tidur DS Hadi hingga beliau berani meluahkan idea tersebut walaupun dia sedar golongan jumud dan ekstrim dalam PAS akan menentang terutama daripada Musyidul yang dikatakan mempelopori golongan ekstrim PAS.

Rebut lah ruang perpaduan ini sebaik mungkin, Melayu Islam perlu diselamatkan dengan tindakan yang dramatik, pimpinan Melayu Islam harus melaku kan anjakan paradigma sikap dan kelakuan, keputusan dan perlaksanaan yang akan dianggap luar dugaan oleh golongan penganggu perpaduan yang sememang nya mencari ruang untuk memecah perpaduan sedia ada, ingat lah Malay Land hanya sekankang kera di dunia ini, Melayu tiada pengalaman hidup merantau di tanah orang, melayu tak cukup ilmu untuk hidup di tanah orang, bak pepatah sebaik - baik Hujan emas di negeri orang, lebih baik lagi hujan batu di negeri sendiri. BERSATU LAH ATAS NAMA MELAYU ISLAM.

DITEKAN ATAU RELA FAIRUS MELETAK JAWATAN



Ketua Menteri Pulau Pinang, LGE mengumum kan telah menerima melalui fax surat perletakan jawatan YB Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco kerajaan negeri, melalui wajah yang di tampilkan oleh LGE tidak langsung memberi gambaran bahawa dia bersedih diatas perletakan kan jawatan tersebut. adakah ini satu konspirasi LGE dan DAP dalam menguasai sepenuhnya kerajaan Negeri Pulau Pinang, berdasarkan jumlah WR PKR dikalangan melayu dinamakan Fairus yang paling layak daripada mereka - mereka yang tak mempunyai kelayakan, kini nasib seorang WR PKR tersebut telah ditentukan, akibat konspirasi DAP untuk memonopoli pemerintahan Pulau Pinang, siapa kah yang akan menganti tempat Fairus? dan bagaimana nasib calon tersebut?, adakah mereka kebal dengan konspirasi yang dilakukan oleh DAP sedang kan Anwar sendiri tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan Fairus. sejak mula - mula lagi dilantik, Fairus telah dikritik hebat oleh DAP dan PAS, ketika itu Fairus tetap mempertahankan kedudukankan nya dengan mendakwa dia mampu menjalankan tugas Timbalan Ketua Menteri itu, tetapi kenapa sekarang berubah pendiriannya, adakah mungkin tekanan demi tekanan dari DAP malah mungkin kecewa dengan Anwar sendiri yang tidak mempertahankan dirinya selama ini, atau mungkinkah politiking yang terdapat dalam PKR sendiri membuat kan Fairus kecewa.

Penasihat PKR menjelaskan bahawa Fairus bercuti pada mula nya, kemudian diumumkan bahawa kerana sambung belajar, berbagai - bagai helah menipu rakyat dilakukan oleh Anwar melalui kenyataannya bagi menutup krisis yang dihadapi oleh PKR dan DAP di Pulau Pinang, apa strategi nya untuk memastikan calon Timbalan Ketua Menteri kelak bertahan dengan kerenah LGE dan DAP yang akan cuba untuk membunuh satu demi satu kedudukan WR dari PKR dengan memberi berbagai tekanan dan akhirnya kehabisan calon yang layak lagi, maka DAP akan menguasai keseluruhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, memang menjadi sangkaan bahawa idiologi 3 parti berbeza ini susah untuk duduk semeja kerana masing - masing ingin menguasai kerajaan umpama tidur sebantal mimpi lain - lain, masing - masing curiga antara satu sama lain dalam diam.

Anwar terpaksa mengunakan segala ilmu politik tipu helah nya yang dibelajar nya dari US untuk mentadbir PKR terutama ragam WR PKR sendiri, satu - satu bala bencana melanda PKR setelah Anwar mencampuri urusan PKR secara mutlak yang diambil dari tangan isteri tersayangnya bermula dengan episod 2 exco PKR di Perak meletak jawatan dan keluar Parti, seorang WR nya meletak jawatan Exco dan melepas jawatan WR di Kedah kerana mempunyai perempuan simpanan tanpa kahwin, seorang Exconya membuat hubungan sulit dengan Pegawai Khas nya berbangsa melayu hingga tersebar gambar seksinya, dan kini orang kuat PKR Negeri Pulau Pinang pula meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. Bolehkah rakyat mempercayai lagi parti PKR ini, tidakkah rakyat dapat menilai betapa huru haranya PKR apabila Anwar mencampuri urusan pemerintahan PKR berbanding sebelumnya ditangan Wan Azizah, apa kah sebalik tadbir bahawa Anwar terlalu bermain politik tipu dan memonopoli keseluruhan pentadbiran parti PKR dengan membelakangkan pemimpin - pemimpin kanan PKR itu sendiri hinggakan orang kanan - kanan yang berjawatan WR jelak dan kecewa dengan Anwar yang memerintah secara kuku besi dan diktator malah mementingkan diri sendiri dan anak beranak nya saja. besar krisis yang dihadapi oleh PKR didalam tangan Anwar, gelojoh nya untuk menjadi PM hingga kan matlamat menghalalkan cara akhirnya ditakuti sendiri oleh orang - orang kanan PKR.

Rakyat melihat akan gelagat ini, rakyat belajar dengan apa yang berlaku, rakyat buka mata dengan episod yang ditampilkan, memerintah sesebuah negara bukan perkara yang boleh dicuba - cuba, memerintah sebahagian jawatan dalam satu - satu Kerajaan Negeri dengan memegang exco yang diagih - agih potfolionya pun tidak terbawa dan tidak termampu untuk dilakukan bagaimana untuk menjaga satu kementerian dan satu negara, adakah nanti rakyat akan dihidang dengan krisis gelagat mereka saja apabila kerajaan PAKATAN PEMBANGKANG diberi kuasa untuk memerintah Malaysia kelak, adakah rakyat akan menonton sandiwara 3 parti ini dalam melaksanakan dasar - dasar yang pelbagai, bersatu kah rakyat ketika itu, aman kah rakyat ketika itu, stabil kah ekonomi ketika itu, maju kah negara ketika itu, persoalan yang harus kita semua pertimbangkan dengan sejelas - jelasnya. BELAJAR DARI KESILAPAN.

Jumaat, 20 Mac 2009

CUTI BERPOLITIK TUMPU KAN SERANGAN EKONOMI



Sejak PRU Mac 2008 hingga lah ketika ini semua pimpinan terlalu asyik menumpukan untuk berpolitik, rakyat diasak - asak hingga terbawa - bawa berpolitik hingga kita lalai bahawa Negara ketika ini di serang dengan kegawatan ekonomi, umpama semua pihak terlupa bahawa seluruh tenaga dan fikiran dikalangan pemimpin Negara, pemimpin pembangkang dan rakyat menumpukan bagi menyediakan diri masing - masing menghadapi serangan ekonomi yang di kira sebagai "Import Crisis", mungkin kelalaian kerana impak kegawatan ekonomi belum meratakan kesannya yang masih belum dirasai sakitnya, adakah kerana apabila semua pihak papa kedana masing - masing menunding jari antara satu sama lain baru hendak diambil tindakan.

Akhir - akhir ini berpolitik seperti satu trend dikalangan semua pihak dari pemimpin atasan hingga ke bawahan, malah rakyat terdiri semua kaum berpolitik dengan ghairah, pemimpin kerajaan dengan politik pemilihannya menghadapi Perhimpunan Agong hujung Mac ini, pemimpin pembangkang tak sudah - sudah dengan gelagat tuduh menuduh, pecah memecah, rakyat tak habis - habis menuduh antara puak - puak masing - masing, sedar atau tidak bahawa apabila parah serangan ekonomi tak kira kita kerajaan ke kita pembangkang ke, kita rakyat ke semua nya akan tersungkur dan bergelimpang parah akibat keruntuhan yang dijangka paling teruk dalam sejarah keruntuhan ekonomi dunia.

Penulis menyeru kepada semua agar bercutilah berpolitik, tumpukan usaha dalam mencari strategi baru, mencari kekuatan baru, mencari jalan baru dalam kita bersedia untuk menangani serangan ini, kepada pemimpin kerajaan sememang nya berusaha tetapi perli dipetingkatkan usaha dalam menambah nilai kekuatan, manakala pemimpin pembangkang hentikan lah berpolitik pecah memecah, cukup lah sekadara sumbangan dengan mengambil cuti berpolitik setidak - tidak nya kerajaan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada serangan ekonomi ini, manakala rakyat di segenap pelusuk, berusaha lah bersungguh - sungguh membangunkan diri dan keluarga kerana dengan sekadar sumbangan itu pun cukup membantu kerajaan menangani kemelut ini.

Seharusnya kita bersyukur ada negara menghadapi keadaan ini dengan mala petaka, ada yang berlaku kebuluran, ada yang berlaku pengangguran yang tak terbatas, ada yang dilanda bencana alam, ada yang hadapi dengan peperangan tetapi kita hadapi serangan ini dengan aman damai dan senang lenang, cuma perlukan penumpuan dan persediaan cuma menangani serangan ini, pemimpin kerajaan telah berusaha dengan mengumumkan pakej ransangan pertama 7 billion, manakala kedua 60 billion semata - mata untuk rakyat, cuma rakyat rebut lah usaha tersebut dan berfikiran terbuka lah dalam usaha membantu kerajaan membina tembok perisai dari serangan era baru yang tak nampak di mata tak di kesan oleh radar.

Berganding bahu bersama - sama kerajaan membangunkan negara yang sentiasa terbangun, kerana ingatlah nak membangun hingga ke tahap ini memakan masa 50 tahun jaraknya, cuma untuk runtuh negara mungkin minit, mungkin jam, mungkin hari, mungkin bulan dan tahun saja negara akan jadi padang jarak padang terkukur ibaratnya kelak.