Jumaat, 15 Oktober 2010

PEJABAT KHIDMAT ADUN MANJOI BERPINDAH KE PEKAN CHEMOR

YB DS Ahmad Husni sedang menyampaikan ucapan perasmian

YB DS Ahmad Husni bersalaman dengan tetamu

YB DS Ahmad Husni dan YB Dato Nadzri memotong belon

YB DS Ahmad Husni disambut oleh Barisan Pemuda, Kelihatan bangunan Pusat Khidmat DUN Manjoi bersebelahan dengan BSN

Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi telah berpindah ke Pekan Chemor bermula dari bulan Oktober 2010, Majlis Perasmian Pusat Khidmat Tersebut di rasmikan oleh YB Ds Ahmad Husni Hanadzlah selaku Ahli Parlimen Tambun pada 3 Oktober 2010, seramai 4,000 orang berbagai - bagai kaum menghadiri Majlis tersebut.

YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun

"Pusat Khidmat DUN Manjoi dipindahkan dari Jalan Labrooy ke Pekan Chemor kerana Barisan Nasional hendak mempastikan khidmat kita kepada rakyat lebih berfokus dan bersistem lagi, Di kawasan Manjoi kita mempunyai Pejabat Ahli Parlimen Tambun dan Pejabat UMNO / BN Bahagian Tambun di Jalan Kuala Kangsar yang berhampiran dengan Gugusan Manjoi dan Gugusan Meru, manakala Pusat Khidmat ADUN Ulu Kinta berada di Pekan Tanjong Rambutan yang berhampiran juga dengan Pekan Tambun, ini adalah langkah terbaik kita tempatkan Pusat Khidmat DUN Manjoi di Pekan Chemor terutama untuk rakyat di Chemor untuk memudahkan rakyat berurusan kerana hanya BN saja satu - satu nya Parti yang memikirkan untuk membela dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat" - YB DS Ahmad Husni Hanadzlah.

YB Dato' Nadzri Ismail, ADUN Manjoi

"Kita percaya dengan langkah yang dirancang oleh YB DS Ahmad Husni untuk mempusatkan Pusat Khidmat di kawasan - kawasan Strategik maka kita dapat tingkatkan lagi perkhidmatan yang terbaik untuk kebaikan rakyat dalam DUN Manjoi" - Dato' Nadzri Ismail.


Parlimen Tambun mempunyai 2 DUN iaitu DUN Manjoi dan DUN Ulu Kinta yang diwakili oleh UMNO yang mempunyai 71,893 pengundi berdaftar, Melayu 62.88%, Cina 23.61%, India 12.02% dan Lain - lain 1.5%.

4 ulasan:

  1. fuyo! ramai orang datang bro!syabas !

    BalasPadam
  2. PERGHH CAYAALAHHHH!..BERHIJRAH UTK MELAKUKAN YG LEBIH BAIK UTK RAKYAT! THUMBS UP! HUHUHU >:D

    BalasPadam
  3. Salam bro Alehkayong & Jeff, Parlimen Tambun satu2 Parlimen dan 2 DUN diwakili oleh UMNO dalam kawasan Dewan Bandaraya Ipoh yang dimenangi oleh ke tiga2 nya menang dan tak pernah kalah pada pembangkang. ketiga2 Wakil rakyat yg cukup rajin dan sentiasa bersama rakyat di kawasan walaupun MP dia Menteri Kewangan II tapi setiap hujung minggu balik ke kawasan berterusan sejak 1995 lagi.

    BalasPadam
  4. wah!!! kalau macam ini semua wakil rakyat Barisan Nasional wa selut woooo.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda