Khamis, 30 September 2010

CABANG PKR YANG TAK BERCABANG LAGI

"cabang mana nak aku gayut ni..."


"ANUGERAH SETIAUSAHA TERBAIK DUNIA 2010"

Setiausaha PKR Saifuddin Nasution menuduh ada pihak luar yang telah menyebabkan Mesyuarat pemilihan Cabang PKR kecoh teruk.

Inilah sikap seorang Setiausaha yang tak mengaku kelemahan diri malah tanpa malu dan segan menunding jari pada pihak lain dalam kata lain "siapa ke lagi yang nak dituduh kalau tidak UMNO"
Oleh itu elok lah kita beri pada dia ni
Anugerah Setiausaha Terbaik Dunia untuk tahun 2010.

Isnin, 27 September 2010

GANGSTERISM DALAM PKR


“Hanya indah khabar dari rupa”

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menjunjung prinsip demokrasi dan ketelusan tidak terlepas daripada insiden kekecohan semasa proses pemilihan jelas menggambarkan parti tersebut hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Tambahan pula, pemimpin tertinggi PKR sebelum ini sering melaung-laungkan pemilihan parti mereka adalah yang terbaik dan contoh proses demokrasi sebenar serta patut menjadi ikutan parti-parti lain terutamanya UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Pautan berita penuh di Sinar Harian online dan Berita Harian Online bertarikh 27.9.2010

Komen Penulis,

Bukan perkara yang mengejutkan, bukan perkara ganjil dan bukan perkara luar biasa insiden pergaduhan, amuk, bertumbuk, bertengkar, baling membaling, caci mencaci, koyak mengoyak, campak mencampak, cabar mencabar di Mesyuarat Pemilihan PKR.

Yang TERKEJUTNYA boleh dikatakan hampir semua Mesyuarat di Cabang - Cabang PKR di seluruh negara KECOH, haha...ini memang terkejut yang boleh kena serang sakit jantung dan gila babi.

Yang tak mengejutkan, kerana memang selama ini style gangsterism menjadi modus operandi PKR terutamanya apabila musim Pilihanraya, melakukan Demostrasi dan sebagainya memakan diri pemimpin - pemimpin mereka, ini menguatkan lagi bukti dan fakta bahawa PKR memang Parti Gangster malah difahamkan kumpulan-kumpulan samseng juga bersepahan merata pelusuk menjadi ahli PKR.

Malah bertambah hangatnya seperti yang didedahkan penulis dan rakan - rakan bloggers yang lain terdahulu terdapat politik kotor seperti rasuah, caci mencaci, kutuk mengutuk, berpuak - puak, kronism dan sebagainya menjadikan tokok tambah yang amat berlebihan sehingga hangatnya Mesyuarat - Mesyuarat Cabang PKR di merata - rata Negeri.

Bukti kepada rakyat bahawa PKR hanya indah khabar dari rupa, cuba kita bayangkan sekiranya mereka memerintah negara kelak, amalan gangsterism bermaharajalela sehingga akan mengugat ketenteraman rakyat, malah amalan diktator akan berleluasa, jangan rakyat membuat rungutan, tiada aduan, tiada teguran, sekiranya rakyat melakukannya maka kumpulan gangster akan sampai didepan rumah kita.

Sama - sama lah kita nilai dan fikir - fikirkan.

Rabu, 22 September 2010

PARLIMEN TAMBUN MEMBINA 5 SURAU BARU

YB DATO SERI MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PECAH TANAH SURAU KG TERSUSUN CIK ZAINAL TAMBAHAN 1 CHEMOR BERNILAI RM350,000

YB DATO SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN MELAKUKAN PERASMIAN PECAH TANAH SURAU KG. RPT BATU 10 ULU CHEPOR BERNILAI RM380,000, TURUT KELIHATAN YB DATO NADZRI ISMAIL ADUN MANJOI.
YB DATO SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN MELAKUKAN PECAH TANAH PEMBINAAN SURAU KG. RPT JELAPANG JAYA YANG BERNILAI RM550,000 MENGUNAKAN BACKHORE.

YB DATO SERI AHMAD HUSNI MELAKUKAN PECAH TANAH SURAU KG. RPT KLEBANG SELATAN CHEMOR BERNILAI RM500,000 MENGUNAKAN BACKHORE

PELAN KELULUSAN SURAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI TAIB CHEMOR BERNILAI RM120,000

KOMEN PENULIS,

KESELURUHAN PERUNTUKAN YANG DIPEROLIHI DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI MEMBINA 5 SURAU BARU DALAM KAWASAN PARLIMEN TAMBUN BERJUMLAH RM1.9 JUTA, PECAH TANAH DILAKUKAN OLEH YB DATO SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN PADA 18 DAN 19 OKTOBER 2010.

SEJAHTERALAH RAKYAT DI KAWASAN PARLIMEN TAMBUN, SEBELUM INI JUGA PARLIMEN TAMBUN TELAH MEMPEROLIHI KELULUSAN PERUNTUKAN BAGI MEMBESARKAN PASAR KAMPUNG MANJOI BERNILAI RM300,000, SEBUAH SURAU DI TAMAN PERPADUAN BERNILAI RM750,00 DAN SEBUAH MINI STADIUM DI CHEMOR BERNILAI HAMPIR 1.0 JUTA

TAHNIAH YB DATO SERI AHMAD HUSNI, TAHNIAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, APA YANG DIKATA DIKOTA.

Selasa, 21 September 2010

BUKTI PKR RACIST DAN POLITIK WANG



Penipuan pemimpin PKR didedah

Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden berikrar untuk mengadakan sidang akhbar setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

P. S. Jenapala mendakwa, penipuan itu terbukti apabila dua cabang iaitu Batu Gajah dan Bruas di Perak yang mencalonkannya untuk bertanding jawatan nombor dua tertinggi parti itu telah diarah menarik balik pencalonan kerana beliau dikatakan bukan calon pilihan pihak tertentu.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap Isnin sehingga pemilihan selesai pada November ini bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Utusan Malaysia Online bertarikh 21.9.2010

Komen Penulis

Penulis bersetuju dengan pengakuan berani dan terbuka dari Encik Jenapala, Bekas Timbalan Setiusaha PKR itu semalam, penulis sendiri sempat bertemu dengan beberapa rakan dari PKR cabang Tambun, Cabang Sg. Siput bahawa pemilihan PKR setiap perwakilan disogok dengan wang untuk mendapat pencalonan dan undi, setiap orang ada dikatakan sehingga mencapai ribuan ringgit. Ketua - Ketua Cabang telah disogok dari awal lagi, sebahagiannya diberi wang saku untuk membelanja ahli perwakilan di Cabang - Cabang, sebahagiannya Mesyuarat di taja oleh pemimpin - pemimpin tertentu, sebahagiannya telah menaja bilik - bilik Hotel di Lembah Klang, boleh juga dipercayai kelab - kelab dan pusat - pusat hiburan akan dipenuhi oleh para perwakilan PKR kelak.

Disini jelas juga bahawa AI dan Wan Azizah mengamalkan politik kawan dan kroni kerana dikatakan Ketua Cabang - Cabang telah menerima arahan daripada pimpinan tertinggi agar mencalonkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, ini bermakna AI dan Wan Azizah juga tidak mempercayai Zaid Ibrahim, malah Khalid Ibrahim yang berjawatan Menteri Besar juga tidak mempunyai tempat sepatutnya dalam PKR sekadar sebagai balachi dalam PKR berbanding Azmin.

Pemimpin - pemimpin Cabang - Cabang PKR majoritinya berbangsa Melayu mencalonkan Azmin dan sebahagiannya mencalonkan Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamal, ini jelas bahawa pemimpin berbangsa Cina apatah lagi India terpinggir untuk mendapat pencalonan bagi Jawatan Timbalan Presiden, mereka telah mendapat signal atau arahan dari AI agar mempastikan pencalonan diberi pada Azmin, disini dapat kita simpulkan bahawa KESAMARATAAN dan KEADILAN untuk semua dalam PKR hanya RETORIK dan MAINAN MULUT AI dan Wan Azizah sedangkan realitinya dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun sedikit demi sedikit KEPINCANGAN dalam PKR tersembur keluar dan kini Cina dan India akan dipinggirkan didalam pemilihan PKR ini, malah bagi jawatan - jawatan Exconya dipercayai Melayu juga akan memonopolinya kelak.

Jelas ini yang dikatakan "Gajah depan mata tak nampak, unggas diseberang laut nampak", ini juga dikatakan "kata paku dulang serpih" ini juga dikatakan "Bapa birik anak rintik" ini juga dikatakan "Cakap tak serupa bikin".

Selasa, 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


PENULIS MERAKAMKAN UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

KEPADA PERANTAU SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN BERTEMU KELUARGA TERSAYANG.

MEMANDU LAH DENGAN BERHATI - HATI, INGAT YANG TERSAYANG.

SETELAH PUAS BERHARI RAYA DIDOAKAN SELAMAT KEMBALI KE DESTINASI MASING - MASING INGAT LAH TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI, KELUARGA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

SALAM AIDIL FITRI DARI SAYA SEKELUARGA.

Khamis, 2 September 2010

PEREBUTAN KUASA ANGKATAN MUDA KEADILAN


KUMPULAN GENERASI REFORMASI AMK PKR
SHAMSOL KEMETOT VS RAFIZI KIUT

Shamsol kemetot kini hilang taring nya dan terkentot - kentot kerana kecut perut, jelas bahawa PKR dilanda perpecahan dan perebutan kuasa, jika dulu pemerhati politik mentafsirkan bahawa PKR kuat kerana generasi mudanya kini kekuatan tersebut tidak bertahan kerana Rafizi Ramli si kiut dan ayu di kacamata dan hati sanubari BIG BOSS mereka akan mencabar Shamsol kemetot, AI dikatakan ingin merubah angin nafsunya kepada orang lain yang lebih berselera dan bahan baru. Sama - sama kita saksikan perpecahan dalam AMK PKR.