Rabu, 27 Mac 2013

RAPAT KAN SAF

RAPATKAN SAF

SETIAP PENANTIAN SUDAH TENTU ADA PENGHUJUNGNYA, DALAM KONTEK PILIHANRAYA UMUM MINGGU INI ADALAH  MINGGU  YANG KERAMAT BAGI SEMUA PARTI POLITIK TERUTAMA BAGI BARISAN NASIONAL. DIJANGKA PM AKAN MENGUMUMKAN DIJANGKAKAN SELEWATNYA JUMAAT INI.

INGAT LAH PEJUANG - PEJUANG BAHAWA INI ADALAH IBU SEGALA PILIHANRAYA, KEJAYAAN TRANFORMASI YANG DIUSAHAKAN OLEH PM DALAM PILIHANRAYA INI LAH YANG MENENTUKAN MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK LAGI DAPAT DIJAYAKAN, SUDAH TENTU KITA SEMUA BERKEYAKINAN BAHAWA KERAJAAN BN BERKEBOLEHAN DAN TELAH MEMBUKTIKAN SEGALA JANJI DITEPATI.

SUDAH TENTU KITA TIDAK LANSUNG MEMPUNYAI KEYAKINAN TERHADAP PEMBANGKANG SELAMA INI KERANA SEGALA YANG DIJANJIKAN DI MUNGKIRI, MALAH KITA SELAKU RAKYAT DIKOTAK KATIKKAN DENGAN BERBAGAI ISU TOHMAHAN, MALAH KITA DI DIDIK YANG BENAR JADI SALAH, YANG MUNGKAR JADI TIDAK MUNGKAR, YANG BAIK JADI JAHAT, MALAH SINDROM SEMUA SALAH UMNO, ITU SALAH UMNO, YANG SANA SALAH UMNO, YANG SITU SALAH UMNO SEGALA - GALANYA YANG BERLAKU DIDUNIA INI SALAH UMNO. APA KAH SINDROM INI YANG KITA MAHUKAN MEWARNAI KEPIMPINAN NEGARA KITA DI MASA DEPAN YANG AKAN MEMBENTUK ANAK CUCU DAN CICIT KITA DIMASA HADAPAN, YANG TERBUKTI TIDAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN, KECEMERLANGAN, KEMAKMURAN DAN KEJAYAAN.

RAPAT LAH SAF - SAF ANDA

UNDI BUKAN NTUK DICUBA.

UNDI BN ANDA BERJAYA!!!!








Rabu, 20 Mac 2013

SIRI 2 - PAS MANJOI, MEMBANTU TIDAK MAMPU, TAK PAYAH SIBUK MEMFITNAH



SURAT KELULUSAN BERTARIKH 18 FEBRUARI 2013

KALAU DAH TAK MAMPU NAK MEMBANTU, TAK PAYAH LE NAK SIBUK BERCERAMAH SANA SINI MEMFITNAH PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN BARU JALAN MENTERI DI GUGUSAN MANJOI, BILA SIAP PUAK - PUAK PEKATAN PEMBANKANG DIALU - ALUKAN GUNA JAMBATAN TERSEBUT.

YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU MENTERI KEWANGAN KEDUA TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM2,944,240 KEPADA MAJLIS BANDARAYA IPOH MANAKALA MBI SENDIRI PERINGKAT AWALNYA TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN RM868,000 YANG DIGUNAKAN   DULU  KERANA BERASAKAN KEPERLUAN MENDESAK BAGI MEMBINA JAMBATAN KONKRIT BARU YANG LEBIH TINGGI BAGI MENGELAK BANJIR YANG AGAK KERAP APABILA HUJAN DI JALAN MENTERI MANJOI.

YB DS AHMAD HUSNI MELAKUKAN PECAH TANAH JAMBATAN MANJOI

MENURUT MBI PEMBINAAN TERSEBUT MENGGUNAKAN SISTEM MICRO PILE YANG LEBIH SENYAP DAN TIADA GEGARAN BAGI MENGANTI SISTEM PILING SECARA TRADISIONAL BAGI MENGELAK GEGARAN YANG AKAN MENGAKIBAT 4 BUAH RUMAH BERHAMPIRAN JAMBATAN AKAN MENERIMA KESAN GEGARAN, MANAKALA BEAM  PASANG SIAP YANG DI TEMPAH DI KILANG ERETE AKAN DIPASANG APABILA STRUKTUR TIANG "T" KONKRIT SIAP.

JAMBATAN DULU NYA RENDAH KINI AKAN BERUBAH MENJADI TINGGI

MEMANG TERDAPAT SEDIKIT MASALAH KABEL TELEKOM YANG AGAK BESAR MELINTASI SUNGAI TERSEBUT YANG MENELAN KOS YANG AGAK TINGGI YANG MANA BAYARANNYA AKAN DIKENAKAN KEPADA MBI, WALAUBAGAIMANA PUN BAGI MENGELAK PERTAMBAHAN KOS PROJEK MBI TERPAKSA MEMBUAT ADJUSTMENT STRUKTUR AGAR TIDAK MELIBATKAN PERPINDAHAN KABEL TERSEBUT. 

PIHAK MBI MENGAKUI TERDAPAT SEDIKIT KELEWATAN JANGKAAN SIAP KERANA BANYAK MELIBATKAN MASALAH TEKNIKAL  DAN GEOGRAFI DI TAPAK PROJEK DENGAN KEADAAN RUMAH PENDUDUK YANG BERHAMPIRAN YANG PERLU DIBERI TUMPUAN, DIJANGKA JAMBATAN TERSEBUT AKAN SIAP PADA OGOS 2013 BERBANDING JANGKAAN PERINGKAT AWAL AKAN SIAP PADA MEI 2013.

NAMUN BEGITU PEJABAT AHLI PARLIMEN TAMBUN AKAN MEMBANTU BAGI MENGHANTAR SURAT KEPADA TELEKOM BAGI MEMOHON PIHAK TELEKOM MEMBANTU DENGAN MENGUBAH DAN MENINGGIKAN KABEL TERSEBUT BAGI MENGELAK SAMPAH YANG HANYUT DISUNGAI SANGKUT DI KABEL TERSEBUT YANG AKAN MENGAKIBATKAN PENGALIRAN AIR SUNGAI PERLAHAN SEKALIGUS KEMUNGKINAN BOLEH MENGAKIBATKAN BANJIR.

BANYAK MELIBATKAN PERKARA TEKNIKAL YANG MASYARAKAT TAK PERLU TAHU PUN SEBAB PAKAR - PAKAR MBI YANG BERTAULIAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBINA, MEMANTAU PERLAKSANAAN PROJEK JAMBATAN TERSEBUT, BAGI PUAK - PUAK PAS SETAKAT PAKAI KETAYAP KUNING, JANGAN NAK SIBUK DENGAN PROJEK TERSEBUT YANG AWAK SEBIJIK HUMA PUN TAK  TERLIBAT DAN BERJASA... KUNCI MULUT  JANGAN NAK CUCUK MASYARAKAT, BILA SIAP GUNA AJE.

MENURUT MBI, KETIKA INI JAMBATAN TERSEBUT SEDANG RANCAK PEMBINAAN NYA SETELAH PERKARA - PERKARA MELIBAT KAN TEKNIKAL TELAH DISELESAIKAN.

BATU ASAS PEMBINAAN JAMBATAN KOTA BAHARU KERAJAAN KELANTAN 

KERAJAAN BN MENEPATI JANJI, MEMANG DIKETAHUI RAKYAT MANJOI YANG PUAK - PUAK PAS KEMARUK ISU, MAKA SEBARANG PEMBANGUNAN DI MANJOI AKAN DI KUTIP UNTUK DIJADIKAN BAHAN ISU, BN BUKAN MACAM KERAJAAN PAS DI KELANTAN SEKADAR MEMBUAT MAJLIS PERASMIAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN LAKUKAN RETORIK PECAH TANAH DIRI KAN BATU ASAS JAMBATAN LEPAS TU TINGGAL BATU ASAS TERPACAK BERTAHUN - TAHUN TAK MAMPU NAK BINA JAMBATAN, RAKYAT TERTIPU, SEPATUTNYA PAS MANJOI KRITIK LE PROJEK JAMBATAN PUAK PAS KELANTAN.

DI PENTAS CERAMAH BAKAL CALON PAS YANG BARU NAK BELAJAR TURUN PADANG TAK PERLU LE NAK KUTUK, KATA JAMBATAN MANJOI TERBENGKALAI LE, KERAJAAN TAK ADA DUIT NAK BUAT, PANDAI BUAT PECAH TANAH SAJA, ITU SEMUA MODAL MURAH UNTUK CERAMAH, ITU JE LAH YANG PUAK PAS MAMPU TOLONG.

BAGI PIHAK PENDUDUK GUGUSAN MANJOI, KAMI AMAT HARGAI DIATAS KEPERIHATINAN YB DS AHMAD HUSNI DENGAN MELULUSKAN BERBAGAI - BAGAI PERUNTUKAN TERMASUKLAH PERUNTUKAN JAMBATAN INI MAKA KAMI DAPAT SEBUAH JAMBATAN BARU YANG LEBIH SELESA DAN DIHARAPKAN MASALAH BANJIR DAPAT DIATASI. 

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA MAJLIS BANDARAYA IPOH YANG SUDI MEMBANTU DAN MENGAMBIL KIRA BERBAGAI ASPEK MELIBATKAN PENDUDUK BERHAMPIRAN DALAM MENJALANKAN KERJA MEMBINA JAMBATAN TERSEBUT.

KERAJAAN BN, JANJI DITEPATI




Rabu, 13 Mac 2013

PAS MANJOI, JIKA TAK MAMPU MEMBANTU, JANGAN MENGANIAYA PENIAGA KECIL

GERAI BARU YANG CUKUP MENGEMBIRAKAN PENIAGA - PENIAGA

KAMI SUDAH LAMA BERNIAGA DISINI!!!! INI LAH TEMPAT KAMI MENCARI MAKAN!!!, SUARA PENIAGA - PENIGA KECIL DI BAWAH TALI API.

 JIKA TAK MAMPU NAK MEMBANTU PENIAGA - PENIAGA KECIL , PAS MANJOI TAK PERLU MENGANIAYA DAN MENYUSAHKAN PENIAGA - PENIAGA KECIL - KECILAN DI JALAN BAHARU KG MANJOI YANG LEBIH DIKENALI DENGAN GERAI TALI API.

DIFAHAMKAN PAS MANJOI TELAH PERGI KE PEJABAT TNB MEMARAHI PEGAWAI TNB KENAPA TDAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PENIAGA - PENIAGA DI BAWAH TALI API DI KAMPONG MANJOI, MALAH DIJADIKAN ISU DI SETIAP CERAMAH OLEH BAKAL CALON PAS UNTUK DUN MANJOI KONON NYA UMNO BERSUBAHAT DENGAN PENIAGA - PENIAGA TERSEBUT.


PENULIS SEMPAT MENINJAU DAN BERTANYA KHABAR AKAN CERITA TERSEBUT DENGAN 2 ORANG PENIAGA DISANA APABILA PENULIS MELIHAT BEBERAPA SEPANDUK YANG DINAIKKAN OLEH PENIAGA KERANA MERASA AMAT MARAH DENGAN TINDAKAN PAS YANG CUBA MENGANGGU PERIUK NASI MEREKA.

SALAH SEORANG PENIAGA YANG TIDAK MAHU NAMANYA DI SIARKAN MENCERITAKAN BAHAWA MEREKA TELAH BERTEMU DENGAN YB DATO NADZRI ISMAIL DAN KETUA UMNO CAWANGAN MANJOI UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI MASALAH PENIAGA - PENIAGA DI SITU, ALHAMDULILLAH SUARA MEREKA DIAMBIL BERAT OLEH YB DATO NADZRI DAN EN. AZIZOL DAN MEREKA TELAH MEMBAWA PERKARA TERSEBUT KEPADA YB DATO SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN.

BEBERAPA PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN AKHIRNYA YB DATO SERI AHMAD HUSNI DENGAN MURAH HATI TELAH MEMBANTU DAN BERSETUJU UNTUK MENCANTIKKAN GERAI DAN KAWASAN TEMPAT KAMI BERNIAGA UNTUK KESELESAAN PENIAGA DAN ORANG RAMAI, PERBINCANGAN DENGAN TENAGA NASIONAL BERHAD PUN DIADAKAN, MALAH KETUA EKSEKUTIF TNB KETIKA ITU DATO SERI KHALIB DAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN TNB DAN PIHAK DATUK BANDAR IPOH JUGA TURUT DATANG MELAWAT.

PIHAK DBI DAN TNB TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBERI KEBENARAN DENGAN SYARAT - SYARAT YANG PERLU DIPATUHI YG DITETAPKAN OLEH TNB.

DENGAN PERISTIWA ITU JKKK KAMPONG MANJOI SUDI MEMBANTU DENGAN MEMOHON BANTUAN PERUNTUKAN DARI YB DS AHMAD HUSNI DAN ATAS KEPERIHATINAN YB DATO SERI AHMAD HUSNI PERUNTUKAN BAGI MEMBINA BANGUNAN BARU GERAI YANG BAHAN - BAHAN BINAANNYA MENGIKUT SYARAT - SYARAT TNB DAN KAWASAN GERAI DIPERCANTIKAN DAN RUANG PARKING DISEDIAKAN BAGI MENGELAK KESESAKAN LALU LINTAS DAPAT DILAKSANAKAN.


"ITU PUN MEMANG KAMI BERNIAGA LAMA DI SITU, WAKIL RAKYAT DAN AHLI PARLIMEN MEMBANTU KAMI DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA USAHA KAMI DENGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK KAMI, APA SALAHNYA, KENAPA DULU MASA GERAI KAMI BURUK PAS TAK PEDULI PUN, KENAPA MASA ITU TIDAK MEMBANTAH DAN MEMINTA TNB MENGHALAU KAMI, KENAPA APABILA SEMUA SUDAH CANTIK DAN ELOK BARU NAK SIBUK", UJAR PENIAGA TERSEBUT.

NASIHAT PENULIS PADA PAS MANJOI AGAR SAMA - SAMA LAH KITA MENYOKONG MEREKA PENIAGA - PENIAGA KECIL BUKAN SAJA DI BAWAH TALI API MALAH DI MANA SAJA, SEBAB ITU JIKA KITA MASUK KE MANJOI PENIAGA-PENIAGA KECIL BEBAS BERNIAGA DI TEPI - TEPI JALAN DAN KAWASAN TANAH LAPANG KERANA PIMPINAN UMNO DAN BN YANG DIKETUAI OLEH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH TELAH MEMINTA JASABAIK DBI AGAR TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN MALAH BERI PENIAGA - PENIAGA INI PELUANG UNTUK BERNIAGA, ITU LAH SEPATUTNYA KITA LAKUKAN.

BUKAN NYA TUNJUK MACAM NAK MEMBELA RAKYAT TETAPI SEBENAR API DALAM SEKAM, SIBUK APABILA MUSIM PILIHANRAYA BARU NAK TUNJUK MUKA SANA SINI APABILA TIADA PILIHANRAYA MUKA TAK NAMPAK.

TETAPI BERBEZA DENGAN YB DS AHMAD HUSNI DAN DATO NADZRI WALAUPUN MEREKA SIBUK TETAPI MEREKA KERAP TURUN KE KAMPONG - KAMPONG, JUMPA RAKYAT, MINUM PAGI SANA SINI BERSAMA RAKYAT, BUAT PEMBANGUNAN, BANTU RAKYAT, PEMIMPIN BAGAIMANA LAGI YANG KITA MAHUKAN KALAU TAK PEMIMPIN SEPERTI MEREKA BERDUA.

LAYAK NYA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH DAN YB DATO NADZRI MENANG TANPA TANDING, KERANA MEREKA BUKTIKAN MEREKA BERKERJA UNTUK RAKYAT DARI DULU HINGGA SEKARANG.

"UNDI BUKAN UNTUK DICUBA"
"SELAMAT MENGUNDI"