Rabu, 11 Disember 2013

PERDANA UNTUK PM


11.12.13 Perdana Menteri, YAB DS Najib Tun Razak menerima kereta untuk kegunaan resmi Perdana Menteri sebuah Perdana Limosin keluaran pertama Perdana.

Majlis diadakan di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya pada jam 12.45 tgh sebaik sahaja selesai Mesyuarat Kabinet.

TERKINI - PERDANA BARU AKAN BERADA DIPASARAN, SATU LAGI KEJAYAAN MALAYSIA


YB DS MKII dan Tun Mahathir serta GM Proton  sedang membincangkan pengeluaran Perdana di Kilang Proton.


MKII dan Pegawai Kanan MOF bergambar dengan Tun Mahathir

Penulis difahamkan hari ini  11.12.13 YAB DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri akan menerima kereta keluaran pertama Perdana Limosin untuk kegunaan resmi Perdana Menteri di JPM.

Seterusnya Proton akan mengeluarkan kereta Perdana Limo untuk kegunaan TPM manakala Perdana Eksekutif kepada Menteri - Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua - Ketua Kementerian.
dan seterusnya akan di pasarkan di pasaran Perdana biasa secara berperingkat - peringkat.

Difahamkan YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua dan Pegawai Kanan MOF telah bermesyuarat dengan Pengerusi dan GM Proton serta telah melawat rekabentuk Perdana di Kilang Proton sebelum ini sebelum dibentang ke Mesyuarat Kabinet  bagi memutus penggunaan Perdana baru sebagai kereta resmi semua Menteri dan Ketua - Ketua Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Tahniah kepada Proton diatas pengeluaran kereta Nasional terbaru siri Perdana yang difahamkan menggunakan teknologi Honda Accond yang diubahsuai saiz yang lebih besar dan panjang.

Tahniah kepada Kabinet kerana masih menyokong PROTON.

Selasa, 3 Disember 2013

SELAMAT MENGHADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

YAB DS NAJIB PRESIDEN, YB DS TG ADNAN SETIAUSAHA AGUNG, YB DS AHMAD HUSNI BENDAHARI AGUNG, YB DS SHAFIE NAIB PRESIDEN DAN YBHG DS SHAHRIZAT KETUA WANITA

PENULIS NAK MENGAMBIL KESEMPATAN MERAKAMKAN SELAMAT BERSIDANG PADA SEMUA PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI, PEMUDA, WANITA DAN DISAMBUNG DENGAN DEWASA DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MALAYSIA.

DIJANGKA 200 RIBU AHLI UMNO AKAN BERKUMPUL DI PWTC BAGI MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MASING - MASING SELEPAS SIRI PEMILIHAN TRANFORMASI UMNO YANG MEMBERI KUASA KEPADA 146 RIBU AHLI UMNO MEMBUAT PENGUNDIAN. SATU TRANFORMASI YANG BERANI DARI SEBUAH PARTI YANG MEMBERI RUANG KEPADA AHLI DI BAWAHAN MENENTUKAN KEPIMPINAN PERINGKAT NEGARA.

INGATLAH NASIHAT PRESIDEN BARU - BARU INI YANG MEMINTA PERWAKILAN TIDAK BERUCAP MENYENTUH SENSITIVITI KAUM LAIN, KERANA UMNO ADALAH PEMIMPIN SEMUA KAUM DI MALAYSIA.

SELAMAT BERSIDANG.