Khamis, 21 Ogos 2014

DALAM SEMINGGU DUA INI NEGARA MENGHADAPI EPISOD ADA YANG MENJELIKKAN ADA YANG MENGECEWAKAN DAN ADA JUGA YANG MENGEMBIRAKAN.

SEMUA KITA TAHU BERLAKUNYA PEREBUTAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR ADALAH SEBUAH CIPTAAN YANG MERASA MEREKA  (PKR) AMAT KUAT KETIKA INI SEHINGGAKAN ANU WAR MERASA APA SAJA YANG DILAKUKAN AKAN ADA JUGA MANUSIA YANG AKAN BERDIRI DI BELAKANGNYA WALAUPUN PERBUATAN YANG DILAKUNYA TERNYATA DAN TERBUKTI UNTUK KELUARGA DAN KEPENTINGAN SENDIRI DEMI MENGISI NAFSU SERAKAH UNTUK MEMERINTAH NEGARA HINGGA SANGGUP ISTERI DI CALONKAN SEBAGAI MENTERI BESAR, APA JADI, JADI LAH. ITU BUKAN PERKARA YANG PELIK DAN BUKAN ITU YANG PENULIS INGIN KETENGAHKAN.

DALAM SATU SUDUT LAGI BERLAKU JUGA EPISOD TEGUR MENEGUR DIKALANGAN PEMIMPIN DAN TOKOH TOKOH PENTING NEGARA, ATAS SEBAB APA PENULIS MENJADI TANDA TANYA, JIKA KERANA EKONOMI NEGARA JATUH, KDNK SUKU TAHUN KEDUA NAIK KEPADA 6.4% DARI 6.2% SUKU TAHUN PERTAMA, BURSA SAHAM MENINGKAT, JARINGAN EKONOMI BERJALAN LANCAR MUNGKIN TIDAK ITU SEBAB MUSABABNYA.

JIKA ISU RAKYAT TIDAK DIBELA TIADA KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT, PROGRAM UNTUK MEMBANTU DAN MEMBANGUNKAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH SEDANG RANCAK DIJALANKAN SEJAK BAJET TAHUN LEPAS DIBENTANGKAN, BR1M DITERUSKAN MALAH MENINGKAT SUMBANGANNYA DA DI TAMBAH BAIK LAGI DENGAN MEMBANTU RANYAT YANG SELAMA INI TAK PERNAH MENGENAL ERTI INSURAN INI KAN PULA UNTUK MENDAPAT PERLINDUNGAN INSURAN, RAKYAT KINI DIBANTU DENGAN PAKEJ BR1M RAKYAT DIBERI PERLINDUNGAN INSURAN, BANTUN KEPADA PELAJAR SEKOLAH DITERUSKAN, BANTUAN UNTUK SISWAZAH, KEDAI 1 MALAYSIA DAN KLINIK 1MALAYSIA DITAMBAH LAGI, PEMANDU TEKSI 1MALAYSIA DI BANTU DAN BERBAGAI - BAGAI LAGI YANG MANA KEPIMPINAN DULU TAK TERFIKIR UNTUK LAKUKAN SEKARANG SUDAH DILAKUKAN, KERANA ZAMAN MAKIN BERUBAH, MUNGKIN INI PUN BUKAN MUSABABNYA.

JIKA ISU KEDIAMAN RAKYAT TIDAK DIUTAMAKAN, DIBAWAH PEMERINTAHAN DS NAJIB BERBAGAI PROGRAM DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN SEPERTI RUMAH MAMPU MILIK SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA YANG HANYA RAKYAT MEMBAYAR RM150 SEBULAN SUDAH BOLEH MAMPU TINGGAL DI RUMAH BANGLOW KOS RENDAH, RUMAH PRIMA YANG KINI GIAT DIBINA, PROJEK RUMAH MAMPU MILIK (PPR) KPKT BANYAK DIBINA, RUMAH KOS RENDAH OLEH SYARIKAT PERUMAHAN DIPERKETATKAN, MUNGKIN INI JUGA BUKAN SEBABNYA.

ISU KESELAMATAN, INI ISU BERSAMA ANTARA PEMERINTAH, AGENSI DAN RAKYAT BERPERANAN, SEDANG DILAKUKAN PENAMBAHBAIKAN MALAH DICIPTA LAGI SATU AGENSI APMM UNTUK MENGAWASI PERAIRAN NEGARA, ESSCOMM UNTUK SABAH, POLIS PULA MENCIPTA BERBAGAI STRATEGI DENGAN DIWUJUDKAN PONDOK POLIS DI HOTSPOT, RONDAAN MOTOSIKAL BERKUASA BESAR, MEMPERKASA RELA DAN JPAM DAN SEBAGAINYA, CUMA UNTUK MENGHAPUSKAN JENAYAH BUKAN SEKELIP MATA, USAHA DEMI USAHA PERLU DILAKUKAN, INI PUN BUKAN SEBABNYA.

TIDAKKAH DALAM EPISOD TEGUR MENEGUR ANTARA PEMIMPIN HANYA ANGKAT SATU CALL OLEH P.A MASING MASING BUAT APPOINMENT DAN BERTEMU DAN BERSEMUKA PERKARA YANG BUKAN MUSTAHIL, MALAH PENULIS DIFAHAMKAN SUDAH 4 KALI TAHUN INI PEMIMPIN BERKENAAN TELAH BERTEMU, KERANA KEDUA - DUANYA ANTARA BAPAK DAN ANAK. KENAPA MESTI DI HEBUHKAN TEGURAN KITA DIDALAM MEDIA SOSIAL DAN SEBAGAINYA, TIDAK KAH INI ADA UDANG DISEBALIK BATU ATAU ADA HASRAT YANG TAK TERCAPAI MAKA HEBUHKAN UNTUK RAKYAT YANG TAK TAHU HUJUNG PANGKAL SAMA - SAMA DIAJAK UNTUK LANYAK PEMIMPIN SEDIA ADA.

MEMANG BAIK TEGUR MENEGUR, SEBAB YANG MENEGUR MEMANG CUKUP ILMUNYA DAN MEMANG DI SANJUNG TINGGI, BUKAN STANDARD PENULIS UNTUK MENEGUR HANYA PENULIS LAYAK UNTUK MELUAHKAN DI BLOG SENDIRI UNTUK DIBACA SENDIRI. 

CUMA BAGI PENULIS CARA DAN PENDEKATAN TIDAK KENA DAN SESUAI DAN INI LAH MENJADI TANDA TANYA PENULIS, KENAPA SEORANGYANG CUKUP HEBAT PUN BOLEH GUNA MEDIA SOSIAL UNTUK MENEGUR PEMIMPINNYA. MEMANG ELOK ADA CHECK AND BALANCE. SI BAPA MENEGUR ANAKNYA, SI ANAK MENERIMA DENGAN HATI TERBUKA, APA PUN SEMUANYA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA DAN UNTUK NEGARA, JANGAN DIAMBIL KIRA NIAT DAN NAWAITUNYA SELAGI ISI TEGURANNYA KENA PADA SASARANNYA.

LUAHAN SEKADAR UNTUK TATAPAN DIRI.
MAAF DIPINTA.