Selasa, 7 April 2015

MINI STADIUM SUNGAI TAPAH GUGUSAN MANJOI AKAN DI RE-DEVELOPE SEBAGAI DATARAN REKREASI PELBAGAI GUGUSAN MANJOI

YB DS AHMAD HUSNI BERBINCANG DGN EN AZIZUL

YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH TELAH MENGARAHKAN AGAR DIADA LAWATAN KERJA KE TAPAK MINI STADIUM SUNGAI TAPAH  BERSAMA YB ADUN MANJOI SDR MOHD ZIAD DATO ZAINAL ABIDIN, YB ADUN HULU KINTA YB DATUK AMINUDDIN HANAFIAH, JKR NEGERI DAN DAERAH, MBI, PEJABAT DAERAH DAN TANAH IPOH, KETUA - KETUA KAMPONG GUGUSAN MANJOI, KETUA UMNO CAWANGAN DALAM GUGUSAN MANJOI, LAWATAN KERJA DIADAKAN PADA 4 APRIL 2015 YANG LALU YANG DI ATUR DAN DI KOORDINATOR OLEH EN. AZIZUL KAMA ABDUL AZIZ SELAKU PENGARAH PEMBANGUNAN PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN.                        


YB DS AHMAD HUSNI, YB ZIAD, JKR DAN MBI MELIHAT PELAN SUSUNATUR

UNTUK MAKLUMAN DI TAPAK TERSEBUT TERDAPAT MINI STADIUM YANG MENGANDUNGI GRAND STAND DAN PADANG RUMPUT WALAUBAGAIMANAPUN IANYA TIDAK DIGUNAKAN KERANA SAIZ PADANG TERSEBUT TIDAK MENCUKUPI DAN KECIL MAKA IANYA TIDAK DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK, MANAKALA DI TEPI SEBUAH TASEK DIBINA DERETAN GERAI MAKANAN YANG MENGADAP TASEK TERSEBUT TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN KERANA BERBAGAI FAKTOR TERMASUK SALAH SATUNYA MASAKAN YANG DIJUAL TIDAK MENARIK.

YB DS AHMAD HUSNI BERBINCANG DGN TIMB PENGARAH JKR PERAK SEMASA MELAWAT GRAND STAND

MAKA PADA PERTENGGAHAN TAHUN LEPAS YB DS AHMAD HUSNI TELAH MENGARAHKAN SATU PERTEMUAN DIADAKAN ANTARA PEMIMPIN, NGO DAN PENDUDUK DI SEKITAR KAWASAN TERSEBUT BAGI MENDAPATKAN PANDANGAN DAN BERSETUJU IANYA DI NAIKTARAF DAN DITUKAR KEPADA DATARAN MAKA YB DS AHMAD HUSNI TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN SEBANYAK LEBIHKURANG RM850,000 BAGI TUJUAN TERSEBUT, MALANGNYA PADA PERTEMUAN KALI KEDUA DENGAN PEMIMPIN, NGO DAN PENDUDUK BAGI MEMAKLUMKAN BAHAWA PROJEK TERSEBUT TELAH MENDAPAT KELULUSAN PERUNTUKAN IANYA BERTUKAR DENGAN BEBERAPA INDIVIDU MEMBANTAH UNTUK PADANG TERSEBUT DIJADIKAN DATARAN KERANA MENGIKUT MEREKA IANYA PERLU DIKEKALKAN RUMPUT, WALAU PUN TIDAK LOJIK ALASAN TERSEBUT YANG DIKEMUKAKAN DENGAN PENUH EMOSIONAL IANYA DITERIMA BAGI MEMUASKAN HATI MEREKA SEHINGGA KAJIAN TERUS DILAKUKAN. AKIBAT DARIPADA ITU MAKA IANYA DITANGGUHKAN DAN PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN SETUJU DI TUKAR TAJUK DAN DIPINDAH KAN BAGI MENAIKTARAF PADANG LINTAU KG TG HUSIN BARU, SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA ICU.

                                       
YB DS AHMAD HUSNI BERBINCANG DGN YG HADIR DI SEMASA MENINJAU PADANG BOLA SEPAK

BERBALIK KEPADA LAWATAN YB DS AHMAD HUSNI MENEKANKAN BAHAWA KITA PERLU SERIUS DAN KAWASAN INI PERLU DIBANGUNKAN SEBAGAI KAWASAN REKREASI BAGI PENDUDUK GUGUSAN MANJOI YANG MEMPUNYAI 28,000 PENDUDUK DAN INI PERLU DIJADIKAN KAWASAN TUMPUAN KERANA INILAH SATU - SATU PERKAMPUNGAN TERBESAR PENEMPATAN ORANG MELAYU DI BANDARAYA IPOH INI JUSTERU ITU PERLU ADA SEBUAH KAWASAN REKREASI YG AKAN MENJADI TARIKAN KEPADA PENDUDUK UNTUK BERIADAH.

                                       
YB DS AHMAD HUSNI MENINJAU KAWASAN TANAH KOSONG UNTUK DIJADIKAN PARKING

DALAM SESSI LAWATAN TERSEBUT BEBERAPA CADANGAN DI PEROLIHI DAN YB DS AHMAD HUSNI MENGARAHKAN AGAR DIBUKA LAGI PANDANGAN DAN CADANGAN UNTUK DIKAJI DAN DI PERTIMBANGKAN SEBELUM PELAN PROJEK DILAKARKAN SETERUSNYA DI BANGUNKAN, PANDANGAN RAMAI PERLU DIPEROLIHI ITU ARAHAN YB DS AHMAD HUSNI.
                                       
YB DS AHMAD HUSNI MENINJAU MEDAN SELERA DI TEPI TASEK

BEBERAPA CADANGAN DIBINCANGKAN DAN DILONTARKAN SEMASA LAWATAN TERSEBUT UNTUK PERTIMBANGAN SEPERTI BERIKUT :-

1) HADAPAN GRAND STAND SEBAHAGIAN DI TUKAR KEPADA PUSAT GYMNASIUM
2) HADAPAN GRAND STAND SEBAHAGIAN DI JADIKAN PUSAT BELIA
3) PADANG DIGANTI DENGAN DATARAN BERKONGKRIT,
4) PLAY GROUND UNTUK KANAK - KANAK
5) PERALATAN SENAMAN "OUT DOOR" UNTUK WARGA EMAS
6) PAGOLA
7) SEBUAH GELANGGANG FUTSAL UNTUK BELIA
8) MEDAN SELERA TERBUKA
9) DEWAN TERTUTUP
10) JOGGING TRACK MENGELILINGI TASEK
11) KERUSI REHAT SEKELILING TASEK
12) AIR PANCUT DI TENGAH TASEK
13) PELANTAR UNTUK PERMAINAN BOT CONTROL
14) PARKING
15) KIOST PENIAGA
16) LAMPU DI KAWASAN TERSEBUT

CADANGAN INI DILONTAR DAN DI PUNGGUT UNTUK DIKAJI BAGI MENDAPATKAN YANG TERBAIK, DAN USAHA INI AMAT BAIK DAN DIHARGAI. SEBARANG CADANGAN BOLEH DIHANTAR KEPADA EN. AZUZL KAMA DI PEJABAT UMNO BAHAGIAN TAMBUN UNTUK DIBUAT KAJIAN.

SUDAH TENTU UNTUK MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN INI MEMAKAN BELANJA PERUNTUKAN KERAJAAN YANG BESAR DAN INI DIMAKLUMKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI AKAN DILAKUKAN MENGIKUT BEBERAPA FASA PEMBANGUNAN DAN USAHA TETAP DILAKUKAN DALAM MASA YANG SAMA BELIAU MENGARAHKAN PUSAT GYMNASIUM DAN PUSAT BELIA AKAN DI BANGUN KAN TERLEBIH DAHULU.

SETIAP USAHA PERLU KERJASAMA, IANYA TAK PERLU BEREMOSI, TAK PERLU MENINGGI SUARA, TAK PERLU KURANG AJAR, TAK PERLU MEMBURUKKAN SESIAPA, TAK PERLU MENDABIK DADA, KERANA SEMUA PEMBANGUNAN YANG SUDAH PUN DIBANGUNKAN DAN DIPEROLIHI DI PARLIMEN TAMBUN SELAMA INI PUN MEMANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN BN DAN UMNO SEPERTI CONTOH PEMBANGUNAN PASAR MANJOI, GERAI BAWAH TALI API, PINTU GERBANG, MASJID, SURAU, DEWAN SERBAGUNA, DEWAN ORANG RAMAI, PLAY GROUND UNTUK KANAK2, GELANGGANG FUTSAL, PERPUSTAKAAN 1 MALAYSIA, KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA, JAMBATAN, JALANRAYA DAN SEBAGAINYA , KITA HARUS HARGAI DAN MENGAMBIL PELUANG UNTUK BERSAMA BN DAN UMNO DALAM USAHA MENERUSKAN DAN MEMPERKASAKAN LAGI USAHA PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG OLEH PEMIMPIN BN, UMNO, JKKK, NGO DAN KITA SEMUA.

UNTUK REKOD YB DS AHMAD HUSNI MEMAKLUMKAN BAHAWA BEBERAPA PEMBANGUNAN BESAR AKAN DILAKUKAN SEPERTI BANGUNAN BARU KLINIK MANJOI BERNILAI RM20 JUTA TELAH DILULUSKAN DAN DALAM PROSES PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER OLEH KKM, JAMBATAN BARU JALAN RAJA MANJOI BERNILAI RM15 JUTA SUDAH DIMASUKKAN KEDALAM RMK - 11, BALAI POLIS MANJOI YG TELAH MENDAPAT KENALPASTI TAPAK DI KG TENGKU HUSIN BARU BERNILAI 3.2 JUTA DIMASUKKAN KEDALAM RMK - 11 JUGA

KEPADA YANG BERKENAAN, JIKA DAH TOLAK REZEKI YANG MULA DULU, TEMPAT LAIN DAPAT DURIAN RUNTUH, YANG KALI INI KENA LAH TUNGGU LAMA SIKIT, TU PASAL JANGAN NAK BUAT SESUATU IKUT EMOSIONAL AWAK SAJA, LEPAS TU KATA PEMIMPIN MACAM - MACAM MELEBIHI PERANGAI PEMBANGKANG LAGI.

TAHNIAH YB DS AHMAD HUSNI DAN PIMPINAN BN PARLIMEN TAMBUN DIATAS KEPERIHATINAN MENDENGAR ADUAN DAN RINTIHAN RAKYAT SETERUSNYA BERTINDAK.

MY BEAUTIFUL TAMBUN.

Khamis, 2 April 2015

SST LAGI GANGSTER RAKYAT TERIMA, INIKAN PULA GST YANG BERBUDI BAHASA


SEJAK TAHUN 70 AN SST TELAH DIKENAKAN KEPADA RAKYAT DAN SYARIKAT - SYARIKAT PERNIAGAAN DI NEGARA INI PUN TAK PERNAH KITA MENDENGAR SEBARANG BANGKANGAN, SEBARANG DEMOSTRASI DAN SEBAGAINYA DI KEMUKAKAN BAGI MENENTANG CUKAI SST YANG DIKENAKAN 10% + 5% = 15% ADA YANG 10% + 6% = 16% DAN PELBAGAI IKUT SUKA DEPA JE NAK LETAK BERAPA, PEMBELI TETAP BERSEDIA UNTUK BAYAR, BEZA NYA GST LAGI MURAH 6% SAHAJA, KENAPA PERLU DIBANTAH.

MALAHAN BAGI SYARIKAT - SYARIKAT DAN TAIKUN - TAIKUN PERNIAGAAN BESAR DI NEGARA INI TIDAK MEMBAYAR CUKAI YANG DIKUTIP DAN DIKENAKAN OLEH KERAJAAN DI BAYAR KEPADA KERAJAAN KERANA CUKAI SST HANYA 63,000 SAHAJA SYARIKAT PERNIAGAAN YANG MEMBERI RESPOND MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN, BERMAKNA KETIRISAN DAN PENIPUAN BERLAKU SEHINGGAKAN KERAJAAN MENANGGUNG KERUGIAN, SEDANGKAN CUKAI LAH YANG MENJANA PENDAPATAN KERAJAAN UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SEMULA KEPADA SETIAP RAKYAT DENGAN BERBAGAI PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN.

KINI MALAYSIA NEGARA YANG KE 161 YANG MULA MENGIKUTI NEGARA LAIN YANG MENGENALKAN SISTEM CUKAI GST (GOODS SERVICE TAX) BAGI MENUKAR SISTEM CUKAI SST KEPADA SISTEM BARU CUKAI GST YANG KALANGAN NEGARA PALING RENDAH DIDUNIA KENAKAN 6%, KINI MAHU TAK MAHU SEBANYAK HAMPIR 370,000 SYARIKAT DAN TAIKUN BESAR MENDAFTAR DENGAN KASTAM BAGI MENYERTAI CUKAI DARIPADA PENDAFTARAN ITU 80% ATAS SIKAP SUKARELA BERBANDING 20% MELALUI PENGUATKUASAAN UNDANG - UNDANG, KITA BAYANGKAN MENCECAH 370,000 YANG MENDAFTAR BERMAKNA GST MEMANG DINANTI - NANTIKAN SEKTOR SWASTA UNTUK DILAKSANAKAN KERANA SEMMENAGNYA MEREKA YAKIN DAN PERCAYA INI ADALAH SISTEM PERCUKAIAN BERTARAF DUNIA.

MARI LAH KITA MEMBERI MASA DAN RUANG UNTUK GST BERTAPAK SEPERTI MANA SST YANG TELAH BERTAPAK SEJAK 40 TAHUN LALU WALAUPUN SST ITU CUKAI GANGSTER, SUDAH TENTU BARANG BARU SUSAH UNTUK KITA SERAP DIDALAM DIRI KITA TETAPI JIKA KITA MEMBUKA RUANG LINGKUP OTAK DAN HATI KITA INSYAALLAH KITA AKAN MENERIMA NYA SEBAGAI CUKAI YANG CUKUP BERSOPAN SANTUN KERANA HAMPIR 300 BARANGAN PENGGUNA FREE GST, MALAH UBAT - UBATAN BANYAK YANG DI KECUALIKAN GST DAN LAIN - LAIN LAGI YANG BOLEH KITA RUJUK DI LAMAN WEB CUSTOM@GOV.COM.

TENTUNYA ADA KELEMAHAN DAN KESILAPAN PERINGKAT AWAL TETAPI IA BOLEH DIPERBAIKI DAN MEMANG TEMPOH AWAL INI TEMPOH UNTUK KERAJAAN TUNGGU DAN LIHAT DIMANA CACAT CELA NYA UNTUK KERAJAAN DAPAT PERBAIKI, UNTUK INI SETIAP KITA RAKYAT ADALAH MENJADI MATA DAN TELINGA MEMBANTU KPDNKK DAN KASTAM AGAR SAMA - SAMA KITA BEKERJA UNTUK KESEJAHTERAAN KESELURUHAN KITA RAKYAT MALAYSIA.

PUNGGUTAN GST INI JUGA YANG AKAN DISALURKAN OLEH KERAJAAN KEPADA RAKYAT KEMBALI DAN MEMBANGUNKAN NEGARA DENGAN BERBAGAI INISETIF SEPERTI BRIM, RM100 PELAJAR SEKOLAH, BANTUAN SISWAZAH, DAN BERBAGAI - BAGAI, MALAH PEMBANGUNAN SEPERTI SEKOLAH, JALANRAYA, HOSPITAL, JAMBATAN, PENGANGKUTAN DAN SEBAGAINYA DAPAT DI TINGKATKAN KERANA KERAJAAN MAMPU MELAKSANAKAN KERANA KERAJAAN MEMPUNYAI REZAB KEWANGAN YANG KUKUH SEPERTI NEGARA - NEGARA MAJU DAN MEMBANGUN YANG LAIN - LAIN YANG TELAH BERKURUN MELAKSANAKAN GST INI, KITA BELAJAR DARI MEREKA DAN KITA CONTOHI CARA MEREKA, ITU ADALAH KITA MALAYSIA.

EVOLUSI PERCUKAIAN INI DIAKUI KITA ADALAH NEGARA YANG TERKEBELAKANG MEMBUAT TRNSFORMASI PERCUKAIAN, SEBAGAI RAKYAT MARI LAH KITA BERSAMA KERAJAAN MEMBERI RUANG DAN PELUANG GST MEMBUKTIKAN KEBAIKAN NYA KEPADA KITA, DAN ADMIN YAKIN KITA RAKYAT MALAYSIA AKAN MENERIMA SETIAP PEMBAHARUAN CUMA KITA HANYA LEBIHKAN KERISAUAN KITA DENGAN PERKARA BARU.

NOTED - UNTUK KERAJAAN MENJELAJAH SELURUH KAWASAN MENJELASKAN KEPADA 28 JUTA RAKYAT MALAYSIA AMAT MUSTAHIL UNTUK DIPENUHI, MAKLUMAT DIHUJUNG JARI KITA, HANYA KITA YANG BIJAKSANAKAN UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT, KERAJAAN SUDAH CUBA SEDAYA UPAYA MEMBERI PENERANGAN MELALUI BERBAGAI - BAGAI PENDEKATAN.