Selasa, 26 Mei 2015

YB DS AHMAD HUSNI BERTEMU DENGAN PELAJAR LUAR NEGARA

YB DS AHAMD HUSNI MULAKAN UCAPAN

PADA HARI SABTU 23 MEI 2015 SEBELAH PAGI YB DS AHMAD HUSNI HADIR PROGRAM BERSAMA PM DAN RAKYAT DI RTC GOPENG PERAK, TENGAHARI HADIR KE KENDURI KAHWIN ANAK KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TAMBUN, PUAN HJH SURAI HUSSIN, SELEPAS ITU TERUS KE KL DAN MENAIKI PENERBANGAN KE MEDAN INDONESIA JAM 6.00 PETANG TIBA DI MEDAN JAM 7.30 MALAM DAN TERUS HADIR KE MAJLIS PERTEMUAN DAN MAKAN MALAM BERSAMA 400 PELAJAR LUAR NEGARA SUMATERA UTARA DI MEDAN INDONESIA DAN PULANG SEMULA KE KL ESOK PETANG NYA PENERBANGAN JAM 3.45 PETANG.

TURUN DARI PENTAS DAN BERUCAP DARI MEJA KE MEJA

SEPERTI BIASA STYLE YB DS AHMAD HUSNI MENYAMPAIKAN UCAPAN MENGGUNAKAN POWER POINT BERLATARKAN BELIAU BERGAMBAR BERSAMA DENGAN CUCU BELIAU DAN BERUCAP TIDAK MENGGUNAKAN ROSTRUM BERJALAN TURUN KE BAWAH PENTAS DAN BERJALAN DARI MEJA KE MEJA SAMBIL BERUCAP SECARA SPONTAN BERDASARKAN POWER POINT DAN DISULAMKAN DENGAN TAYANGAN LAGU - LAGU YANG MEMBERI MESEJ,  MENARIK MINAT PARA ANAK MUDA DAN PELAJAR MALAM ITU.


" BIAR KITA MENJADI SETITIK AIR YANG DAPAT MEMBASAHI BUMI" SETIAP INDIVIDU YANG MEMPUNYAI ILMU YANG AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA KESEJAHTERAAN NEGARA, SALAH SATU MESEJ YANG DISAMPAIKAN KEPADA SEMUA.


SERAMAI 400 PELAJAR DI SELURUH SUMATERA UTARA HADIR KE PROGRAM TERSEBUT MERASA AMAT TERUJA KERANA YB DS AHMAD HUSNI DAPAT HADIR ATAS JEMPUTAN MEREKA DAN INI MEMBERI SIGNAL BAHAWA PEMIMPIN KERAJAAN MENGHARGAI ANAK MUDA DAN PELAJAR DI LUAR NEGARA.


BEBERAPA PERKARA DISENTUH OLEH YB DS AHMAD HUSNI ANTARANYA, KDNK, TARGET PENDAPATAN PERKAPITA, WAWASAN MENJADI NEGARA MAJU,  JUMLAH HUTANG NEGARA, GST, RMK 11.

BREAKFAST MEETING DENGAN PIMPINAN PERWAKILAN PELAJAR

PENGERUSI PERWAKILAN PELAJAR SUMATERA UTARA, SDR NAZIM MELAHIRKAN KESYUKURAN KERANA MENTERI KEWANGAN KEDUA DAPAT HADIR DALAM MASA YANG SINGKAT AMAT DIHARGAI OLEH BELIAU, INI LAH IDOLA SAYA, SEORANG MENTERI KEWANGAN YANG TINGGI BUDI PEKERTINYA DAN TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN NEGARA TAPI DAPAT MELUANGKAN MASA DENGAN KAMI, SAMPAI MALAM TERUS KE PROGRAM KEESOKANNYA BREAKFAST MEETING DENGAN PIMPINAN PERWAKILAN PELAJAR DAN PETANG TERUS BALIK KE KL SEMULA, MASA YANG CUKUP MEMBERI SEPENUHNYA ILMU DAN TELAH MENJAWAB ISU - ISU PENTING YANG MENJADI PROPAGANDA SELAMA INI KEPADA KAMI, TERIMA KASIH YB DS AHMAD HUSNI.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM





TAHNIAH DAN TERIMA KASIH YB DS AHMAD HUSNI, MENTERI KEWANGAN KEDUA


MY BEAUTIFUL TAMBUN



Selasa, 19 Mei 2015

TRADISI TAMBUN - JOM MINUM PAGI KONSISTEN DAN BERTERUSAN


AHAD 16 MEI 2015 LALU UMNO BAHAGIAN TAMBUN DI BAWAH KEPIMPINAN YB DATO SERI AHMAD HUSNI, YB MOHD ZIAD, HJH SURAI HUSIN DAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN MENERUSKAN TRADISI TURUN PADANG PADA PROGRAM JOM MINUM PAGI BERSAMA PENDUDUK TAMAN UK RAYA ULU KINTA.
PROGRAM DIADAKAN 2 KALI SEMINGGU INI DICETUS IDEANYA OLEH YB DATO SERI HUSNI SEJAK 10 TAHUN LALU DAN IANYA BERTERUSAN HINGGA KE HARI INI YANG BERTUJUAN UNTUK BERTEMU SERAMAI MUNGKIN MASYARAKAT DAN RAKYAT DIKAWASAN BELIAU, PROGRAM SECARA SANTAI TANPA PROTOKOL MEMUDAHKAN RAKYAT MENDAMPINGI PEMIMPIN.


DALAM PROGRAM TERSEBUT YB DATO SERI AHMAD HUSNI MELULUSKAN PEMBINAAN DEWAN KOMUNITI UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK DAN BERHARAP JKKK DAPAT MENYELESAIKAN TAPAK UNTUK DI GAZETKAN.


DI UK RAYA SERAMAI 200 PENDUDUK HADIR BAGI BERSAMA - SAMA BERTEMU DENGAN PEMIMPIN NO. 1 TAMBUN DAN PIMPINAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN BERLANGSUNG DENGAN MESRA SEKALI.


TEAM PUSAT KHIDMAT MOBILE JUGA TURUT SERTA DAN MEMBUKA KAUNTER BAGI MENERIMA SEBARANG ADUAN DARI RAKYAT SETEMPAT 


TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA UMNO BAHAGIAN TAMBUN.

MY BEAUTIFUL TAMBUN


Rabu, 13 Mei 2015

PENDUDUK KG TERSUSUN TANAH HITAM CHEMOR MENDAPAT SURAU BARU

YB DS Ahmad Husni menyampaikan surat kelulusan kepada Tn Hj Raimi dan disaksikan oleh YB Datuk Aminddin dan YB Hj Ziad

Pada 10 Mei 2015 YB DS ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun menyeru agar kita semua mengamalkan sikap MAKRIFAT Kepada Allah S.W.T, kita menyanyangi Allah melebihi dari segalanya dan percayalah Allah S.W.T juga menyayangi kita selaku muslim yang baik. beliau megatakan semasa Majlis penyampaian surat kelulusan peruntukan membina Surau Nurul Kamaliah Kg Tersusun Tanah Hitam Chemor, turut hadir bersama YB Datuk Aminuddin Hanafiah ADUN Hulu Kinta, YB Hj Mohd Ziad ADUN Manjoi, Puan Hjh Surai Hussin Ketua Wanita UMNO Bahagian Tambun dan pimpinan UMNO Bahagian Tambun.

YB DS Ahmad Husni menyampaikan ucapan

Surau yang diluluskan melalui peruntukan Khas Menteri Kewangan Kedua bernilai RM400K akan dimula pembinaannya selepas Hari Raya yang akan memberi manafaat kepada 500 penduduk di Kg. Tersusun Tanah Hitam ini.

Penduduk yang hadir

Ketua UMNO Cawangan Kg Tersusun Tanah Hitam, Hj Zainuddin Abu Kassim meluahkan perasaan terima kasih diatas peruntukan yang diluluskan oleh YB DS Ahmad Husni kepada Cawangan beliau.

YB DS Ahmad Husni di Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Surau Nurul Kamaliah Kg Tersusun Tanah Hitam bersama Wakil Rakyat

Manakala Pengerusi Surau Tn Hj Raimi menyatakan tiada kata yang dapat dinyatakan selain amat berterima kasih diatas keperihatinan YB DS Ahmad Husni diatas kelulusan sebuah Surau yang menjadi idaman penduduk selama ini bagi mengantikan surau lama papan 2 tingkat yang sekarang sudah uzur dan tidak sesuai lagi 2 tingkat memandangkan kariah kebanyakannya pesara yang sudah menajangkau umur warga emas.


YB DS Ahmad Husni dan YB Datuk Aminuddin melakukan gimik pecah tanah

Sebelum ini Kg Tersusun Tanah Hitam telah banyak peruntukan Infrastruktur seperti Dewan Orang Ramai, Gelangang Badminton, Turap Jalan dan pembinaan longkang sudah siap dibina.

TAHNIAH PENDUDUK KG TERSUSUN TANAH HITAM

TERIMA KASIH YB DS AHMAD HUSNI DAN YB DATUK AMINUDDIN

TAHNIAH UMNO BAHAGIAN TAMBUN

MY BEAUTIFUL TAMBUN