MUNGKIN DIK KERANA SEGELINTIR RAKYAT KITA MERASAKAN TERLALU SELESA DAN AMAN DAMAI SEKIAN LAMA SEJAK MULA MERDEKA HINGGA KE HARI INI TAK PERNAH SUSAH DAN KETAKUTAN MAKA KITA TERLUPA BAHAWA SEKALI KITA MERDEKA BUKAN BERERTI SELAMA - LAMA NYA KITA AKAN MERDEKA. BENTUK PENJAJAHAN ZAMAN DUNIA TERBUKA DAN MODEN BERBAGAI CARA PENJAJAHAN BERLAKU UMPAMANYA SERANGAN MELALUI MATA WANG, SERANGAN MELALUI FITNAH DI MEDIA MASSA YANG HANYA PETIK DIHUJUNG JARI IANYA VIRAL DI SELURUH PELUSUK NEGERI TAK KIRA JARI TERSEBUT BERASAL ATAU DATANGNYA NUN DI HUJUNG DUNIA BUKAN NYA DATANGNYA DARI KEDAI KOPI PAK TAM YANG DIKALANGANNYA DUDUK MINUM SECAWAN KOPI.
MUNGKIN KERANA KITA INGIN BERUBAH SELERA DARI PEMIMPIN NYA BERKULIT SAWO MATANG KEPADA KULIT PUTIH PUCAT TANPA KITA FIKIRKAN NASIB CUCU CICIT KITA APA KAH MEREKA AKAN MENIKMATI SUASANA SEPERTI KITA NIKMATI ATAU SEBALIKNYA, BAGI ADMIN, ADMIN TAK SANGGUP MENGENANGKAN CUCU CICIT MERINTIH DI TEPI PUSARA ADMIN MENITIS AIR MATA BUKAN KERANA SEDIHKAN KETIADAAN ADMIN TETAPI SEDIH DAN MERINTIH KERANA MENJADI BANGSAT DI TANAH TUMPAH SENDIRI OYANG DAN TOK NENEK MEREKA DIAMI SEJAK DULU, AKIBAT KEALPAAN OYANG DAN TOK NENEK MEREKA DULU NASIB BURUK MEREKA YANG TANGGUNG KETIKA ITU, LALU DIAKHIR ZIARAH MEREKA, MEREKA TIDAK LAGI MENYIRAM AIR BUNGA ATAU AIR YASSIN TETAPI DISIRAM DENGAN AIR KENCING. INI SEMUA TIDAK MUSTAHIL BERLAKU.
SEGELINTIR KITA HANYA MENGAMBIL KEPUTUSAN SECARA CINCAI DAN DENGAR CAKAP DAN BACA FB, TWEETER DSBNYA TANPA PEDULIKAN PROSES FAKTA DAN KEBENARAN TAMBAHAN MELALUI PROSES SIASATAN BADAN YANG BERTANGGUNGJAWAB MELALUI UNDANG - UNDANG NEGARA, ITU SEMUA DIKATAKAN GIMIK DAN PENIPUAN, MEREKA LEBIH MEMPERCAYAI APA ORANG LUAR NEGARA KATA DAN TULIS YANG MEMPUNYAI TALI BARUT YANG BERHASAT DENDAM DAN DENGKI MELALUI FB DAN TWEETER.
PELARIAN SYRIA KE GREECE
JATI DIRI KEBANGSAAN SUDAH MULAI SURUT, JUSTERU ITU LAH PIHAK LUAR MUDAH UNTUK MEMFITNAH DAN MENCUCUK SEGELINTIR RAKYAT DENGAN ZAMAN INI TAK PERLU KITA MEMPERCAYAI SESUATU CERITA DENGAN PERLU KITA BERKENAL RAPAT CUKUP SEKADAR MELIHAT GAMBAR DAN MENDENGAR NAMA, CUKUP LONGGAR JATI DIRI BANGSA MELAYU AGAMA ISLAM. SEDANG KAN ALLAH S.W.T SUDAH MEMBENTANGKAN HADAPAN MATA BAGAIMANA NEGARA - NEGARA ISLAM DULU NYA KUAT DAN GAGAH YANG BERBAGAI MAZHAB SEPERTI MESIR, IRAQ, LIBYA, AFGHANISTHAN TERBARU SYRIA NEGARANYA RUNTUH, PERPADUANNYA LENYAP, KEMATIAN DAN PERGADUHAN MENJADI KEMESTIAN MALAH SYRIA BERATUS RIBU RAKYAT ISLAM NYA MENJADI PELARIAN MENCARI TEMPAT BERLINDUNG AKIBAT ADU DOMBA NEGARA YAHUDI DAN KAFIR HARBI YANG MEMPUNYAI AGENDA MENJATUHKAN NEGARA ISLAM YANG AKAN TERHENTI USAHA MEREKA APABILA KIAMAT BERLAKU. INI SEMUA KITA PANDANG SEPI.
KEMERDEKAAN KITA BARU BERUMUR 58 TAHUN, BERBANDING NEGARA - NEGARA BESAR SEBELUM MASIHI DAN BERIBU - RIBU TAHUN DULU TELAH MEMBANGUN DAN MERDEKA, APAKAH KITA SUDAH ANGGAP NEGARA KITA SUDAH TUA DAN MATANG? JAWAPAN NYA MASIH BELUM, NEGARA KITA MASIH MENGATUR LANGKAH UNTUK MEMBANGUN, SESEBUAH NEGARA PERLUKAN MASA YANG YANG CUKUP PANJANG UNTUK MATANG, UMUR KITA MASIH MUDA. WALAUBAGAIMANAPUN KITA HARUS BANGGA WALAU PUN SEMUDA INI NEGARA KITA TELAH MAJU DAN MEMBANGUN, 2 GENERASI SUDAH MENIKMATI BERBAGAI KENIKMATAN, SETIDAKNYA JIKA TIDAK BERADA PUN KITA HIDUP AMAN DAMAI DAN SEJAHTERA. ITU LAH PENCAPAIAN KITA.
AKHIRNYA MARI LAH KITA FIKIRKAN MASA DEPAN CUCU CICIT KITA SEBELUM KITA MELATAH, MARI KITA TUMPU KAN BERSAMA PIMPINAN NEGARA KITA UNTUK TERUS MELANGKAH KE HADAPAN, KESEJAHTERAAN YANG KITA NIKMATI MARI KITA DOKONG DAN PANGKU DI DALAM PELUK KAN ERAT KITA UNTUK KITA TERUS BERSAMA - SAMA MEMPERKASAKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG AMAT KITA CINTAI, SEHATI SEJIWA LAH KITA MENNENTANG MUSUH KITA TERUTAMA NYA MEREKA YANG TERBUKTI DATANG NYA DARI NEGERA LUAR YANG INGINKAN KERUNTUHAN MALAYSIA BERLAKU UNTUK DIA RAIKAN DENGAN CHAMPAGNE.
INI LAH TANAH TUMPAH DARAH KITA, DISINI LAH KUBUR KITA UNTUK DIZIARAHI OLEH CUCU CICIT PIAT PIUT KITA, SIAPA YANG HENDAK MEMBELA NEGARA KITA JIKA TIDAK KITA SENDIRI.
MALAYSA, SEHATI SEJIWA