Ahad, 29 Mac 2009
TAHNIAH PERWAKILAN UMNO - PEMILIHAN KEHENDAK AHLI DAN RAKYAT
Selesailah sudah Perhimpunan Agong UMNO yang disaksi oleh semua mata, keputusan yang tepat dan dikehendaki oleh ahli UMNO dan rakyat, bukti bahawa perwakilan seramai 2500 orang tidak SYOK SENDIRI seperti yang penulis katakan sebelum ini. bukan saja bagi jawatan Timbalan Presiden yang dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin anak seorang tokoh ulama Johor yang layak menjawat jawatan tersebut malah bagi jawatan Naib - Naib Presiden yang dipilih oleh perwakilan menepati selera ahli dan rakyat malah mewakili negeri - negeri besar tidak sebelum ini dimonopoli oleh satu - satu negeri yang dianggap besar perwakilannya, YB Dato Ahmad Zahid Hamidi, tokoh yang menjaga Agama dari Perak, YB dato Hishamuddin Tun Hussein, aset pelapis masa depan dari Johor dan YB Dato Seri Shafie Apdal tokoh Perpaduan dari Negeri bawah bayu Sabah, tidak cukup dengan itu gandingan MKT senior dan Junior digandingkan didalam Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memberi gambaran UMNO bersedia untuk berubah dan mengempur semula pembangkang, muka - muka yang dipercayai bersih lagi layak seperti YB Dato Ahmad Husni Mohd Hanadzlah Timb. Menteri Kewangan 1 yang dikenali dengan keseriusannya bekerja dan pakar dibidang ekonomi, YB Dato Saifuddin Abdullah, tokoh Belia yang dikenali jujur dan berkebolehan, YB Senator Azian yang dikenali sebagai seorang yang berjaya memaju Syarikat Perumahan negara SPNB yang menpati kehendak rakyat miskin, YB Dr Fuad Zarkasi seorang yang dikatakan intelektual dengan hujah - hujah di Parlimen, Dato Aziz Rahim, orang yang bertanggungjawab menjaga Putera UMNO terbukti diiktiraf dengan sumbangan dalam membantu Mat Rempit, anak - anak melayu yang teraniaya diluar negara, manakala yang senior seperti Tok Pa yang terbukti seorang yang jujur dan amanah, YB Dato Noh Omar, YB dato Zain Mohamed dan lain - lain lagi.
Semestinya UMNO akan gagah dan terus gagah terutama di PRU 13 bagi membantu parti komponen memulih kembali kekuatan untuk memenangi kerusi di PRU 13 yang kalah dikebanyakan yang diwakili oleh MCA, MIC dan Gerakan serta PPP walau pun UMNO penyumbang besar memenangi di kebanyakan kerusi tetapi jelas UMNO tidak penting kan diri, malah UMNO terus mengambil sikap dan tauladan bahawa pemimpin yang terbaik harus memimpin parti dikalangan yang baik-baik dan seharusnya diikuti oleh parti - parti komponen lain terutamanya MIC yang masih dipelopori oleh Samy Veloo seharusnya mengikuti jejak dan langkah UMNO hingga ketahap 2 orang Presiden yang masih hidup dan sihat tetapi demi parti sanggup berundur, Samy seharusnya faham dan tidak bermain helah atau autar keling.
Kehadiran mengejut Tun Mahathir amat mengejutkan semua perwakilan, seperti kata Tan Sri Muhyiddin satu pengiktirafan Tun terhadap peralihan kuasa kepada DS Najib anak didiknya dan dijangka Tun akan memberi sokongan habis-an kepada DS najib dan ini akan menguatkan parti dan akan ditakuti oleh pembangkang terutamanya pengkhianat bangsa seperti DS Anwar Ibrahim, InsyaAllah penulis menjangkakan Tun Mahathir akan menyertai UMNO semula. Gandingan ini akan di usahakan oleh DS Najib, Tun dan Pak Lah akan disatukan dan dijadikan penasihat kepada Presiden dan ini amat - amat di nantikan oleh ahli UMNO, sikap DS Najib yang bersikap rendah diri dan hormatkan orang lama cukup besar ertinya kepada UMNO dan keseluruhan bangsa Melayu dan Malaysia.
Bangkit lah semua ahli UMNO, jadikanlah Perhimpunan Agong 2008 ini sebagai anjakan paradigma yang akan menguatkan lagi bangsa melayu Islam di Malaysia ini, jangan di beri peluang kepada pengkhianat bangsa dan penganggu negara bermaharajalela, majoriti rakyat mengharapkan UMNO kuat dan gagah, peluang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T, kini cuma kita yang akan mewarnai bentuk dan wajah UMNO selepas ini, DS Najib akan memilih Jemaah Menteri dikalangan yang menang MKT dan ini terbukti bersih, jujur, amanah dan berkebolehan, kerana kabinet kali ini adalah kabinet yang mejoriti muka baru era DS Najib, ini memberi pengharapan yang mengunung oleh rakyat seluruh kaum, buktikan lah wahai pemimpin - pemimpin UMNO bahawa kita boleh dan kita mampu dan kita kuat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda