Isnin, 20 April 2009

ASYIK - ASYIK PILIHANRAYA MADE IN PKR

Terbaru sekali lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan akibat kerenah-kerenah Wakil Rakyat yang tidak bermoral dan Parti yang tidak bermoral dalam meletakkan calon yang tidak berkelayakan, tahun 2008/2009 tahun yang cukup mencabar bagi SPR dan tahun yang cukup banyak perbelanjaan wang kerajaan dan rakyat dikeluarkan atas perkara - perkara yang tidak sepatutnya dan yang tidak menguntungkan negara dan rakyat. Berbillion - billion dibelanjakan dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat keseluruhannya negara terpaksa berbelanja disebabkan kerenah PKR dan pakatannya.

Selepas berbillion dibelanjakan untuk Pilihanraya umum, berbillion juga dikeluarkan untuk pilihanraya Kecil bermula dari Pilihanraya Kecil Permatang Pauh semata - mata kerenah pemimpin PKR yang gilakan kuasa tanpa sebab Presiden PKR letak jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya, selepas itu berhadapan pula Pilihanraya Kuala Terengganu diatas kematian Ahli Parlimennya di diluar jangkaan, seperti juga Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Batang Ai tetapi di Bukit Selambau dari PKR juga sesuatu yang tak sepatutnya berlaku dan kini DUN Penanti juga wakil rakyat PKR pula dikosong semata - mata kerana masalah moral Wakil Rakyatnya.

Pakatan Pembangkang tiada sikap bertanggungjawab untuk menjaga wang kerajaan dan rakyat, pembangkang langsung tidak menyumbang bersama Kerajaan menghadapi krisis ekonomi, sebab itulah pembangkang bertindak mengikut nafsu dan kepentingan diri tanpa memikir buruk baiknya sesuka hati, bertuah juga DYMM Sultan Perak tidak perkenan permintaan pembangkang Perak untuk membubarkan DUN Perak untuk diadakan Pilihanraya Kecil di Negeri Perak sekiranya ini berlaku mahyaAllah tidak boleh dibayangkan berapa billion lagi perbelanjaan yang harus dikeluarkan oleh Kerajaan semata - mata untuk memuaskan nafsu gelojoh pembangkang untuk berkuasa.

SPR harus mengemukakan peraturan dan akta baru di Parlimen bagi mengenakan denda yang besar jumlahnya keatas semua parti dan wakil rakyat mereka yang meletak jawatan atas sebarang sebab sekali pun, jumlah denda yang dikenakan di tetapkan dan di had kan mengikut sebab - sebab tertentu dan munasabah dan sekiranya atas sebab kematian mungkin didendakan secara minimum atau dikecualikan manakala meletak jawatan tanpa sebab - sebab munasabah hendaklah dikenakan secara maksimum, sekiranya ini dilakukan maka isu perletakan jawatan dapat dielakkan dan pembaziran wang kerajaan dan rakyat dapat kita jimatkan dan sinario fitnah memfitnah, tuduh menuduh tanpa bukti dapat dihakiskan manakala perpecahan masyarakat dapat kita elakkan demi kebaikan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda