Selasa, 21 April 2009

DEMOSTRASI DIHADAPAN KEDUTAAN INDIA ANTARA REALITI DAN FANTASI

Lebih 100 ribu penduduk Sri Lanka dalam zon perang menjadi perlarian dan mencari perlindungan. pemimpin LTTE tetap dengan keputusan untuk berperang dengan kerajaan Sri Lanka, lanjutan dari itu dilaporkan ramai mangsa dikalangan warga emas, bayi dan kanak - kanak menjadi mangsa peperangan tersebut.

Di Kuala Lumpur beberapa NGO India seramai 300 orang berkumpul membuat demostrasi bantahan di hadapan pejabat kedutaan India, dalam pada itu dua orang Ahli parlimen pembangkang Charles Santiago dan Sivarasa menumpang sekaki untuk mendapat populariti bersama penunjuk perasaan tersebut, konon menunjukkan mereka pejuang kaum India, mereka lah yang menyumbang jasa keatas kehidupan baik yang diperolihi ketika ini di Malaysia, Walhal Kerajaan BN telah perjuangkan kehidupan baik ini sejak 50 tahun lampau.

Pengajaran yang kita perolihi dari inisden peperangan ini, kesedaran bagaimana aman nya, bagaimana makmurnya, bagaimana sejahteranya kehidupan kaum India di Malaysia ini disamping hidup dalam kelompok berbilang kaum kita mampu untuk hidup bersama - sama.

Apakah pemimpin - pemimpin pembangkang tidak sedar dan dapat membuat perbezaan kehidupan dan nasib kaum India di Sri Lanka berbanding dengan India disini, bagaimana kehidupan dan keselesaan Ahli - Ahli Parlimen Pembangkang sendiri jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di sana, tidak kah ini menjadi kesedaran dan keinsafan kepada kita keseluruhan rakyat Malaysia terutamanya kaum India yang menyokong HINDRAF yang menuduh Malaysia melakukan pemhapusan beramai - ramai etnik India yang tidak pernah berlaku.

Saudara - saudara dari kaum India balik lah kepangkal jalan, jadi lah apa yang berlaku di Sri Lanka jambatan bagi kita mengeratkan kembali hubungan antara kaum yang terjalin mesra sejak 50 tahun dulu, lupakan HINDRAF yang sia - sia diwujudkan semata - mata untuk kepentingan peribadi politik pembangkang yang mahukan perpecahan kaum dilakukan untuk mengurangkan sokongan kaum India kepada parti Kerajaan ternyata dan terbukti sempit dan pembohongan belaka.

Kita harus ingat bahawa yang terbaik adalah kerajaan BN, jangan kerana kita berangan kosong mahukan yang lebih baik sedangkan belum terjamin kebaikannya sehinggakan kita korbankan Kerajaan yang memang terbaik untuk semua rakyat MALAYSIA TERCINTA.

3 ulasan:

  1. SALAM BRO..

    MALAYSIA NI NEGARA YANG AMAN DAMAI..BERBAGAI BANGSA, SUKU KAUM DAN AGAMA BOLEH HIDUP DI BAWAH SATU BUMBUNG, SALING BANTU MENBANTU DAN FAHAM MEMAHAMI.

    TAPI KENAPA MASIH ADA JUGA YANG TIDAK MENGHARGAI KEAMANAN YANG TELAH DI USAHAKAN OLEH KERAJAAN. KENAPA MASIH PUAK YANG TIDAK PUAS HATI DAN ADA FAHAMAN SESUATU PUAK YANG CUBA MENGUGAT KEAMANAN YANG KITA KECAPI INI.

    TIDAKAH MEREKA INI SEDAR BAHAWA MALAYSIA INI ADALAH SEBAIK-BAIK NEGARA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA THAILAND..SRI LANGKA..BURMA DAN LIN-LAIN NEGARA YANG SERING HURU-HARA.

    BUKANKAH KEHIDUPAN DENGAN AMAN DAMAI ITU JUGA SEBAHAGIAN TUNTUTAN DALAM ISLAM...

    BalasPadam
  2. As'kum, itu lah yg disedihkan Abangtuah, banyak sangat di tonton kan oleh kita kejadian - kejadian di negara - negara susah seperti Thailand, Indonesia, Palestin, Afghanistan, Iraq, Somalia, Pakistan, Syria, dan lain - lain lagi termasuk Sri Lanka, Allah tonton kan melalui teknologi canggih bukan semata - mata hiburan tetapi untuk kita berfikir, mengisafi diatas kejadian yg berlaku dijadikan teladan kepada kita agar kita bersyukur diatas apa yg kita ada dan kita perbaiki lagi apa yg belum baik.

    Kaum dinegara kita semuanya berpeluang untuk mendapat kenikmatan, peratusan kecil yg miskin tegar diusahakan oleh kerajaan dgn berbagai - bagai usaha seperti peluang membeli saham, rumah PPRT, pinjaman perniagaan TEKUN, saham Felcra, tanah pertanian berkelompok yg bertujuan keluar kan mereka dari kepompom kesusahan.

    Kita juga dapat membuat spekulasi karier yg popular diantara kaum, seperti kalau Perniagaan, Doktor, Akauntan & Akitek di dominasi oleh kaum Cina jika lawyer, Doktor oleh kaum India manakala sektor Kerajaan, keselamatan oleh kaum Melayu.

    bermakna purata nya semua kaum berpeluang mendapat kesejahteraan dari prasarana yg disediakan oleh kerajaan untuk kita, hanya kebijaksanaan kita merebut peluang yg terbentANG luas di depan kita.

    BalasPadam
  3. Salam sejahtera,

    Ingin saya sebarkan ini:-

    http://deminegara.blogspot.com/2008/11/racial-polarisation-and-forging-of.html

    bagi Anak Bangsa Malaysia yang sejati. It takes a good 20-minutes reading, but well worth-it, sekiranya kita benar-benar seorang Rakyat Malaysia yang sejati.

    Terima kasih. Salam.

    "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

    NJ

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda