Rabu, 1 April 2009

APRIL FOOL - KES PERMOHONAN SIVAKUMAR MEMBATALKAN WAKIL RAKYAT YB JAMALUDDIN, YB OSMAN, DAN YB HEE GAGAL

Sebentar tadi Mahkamah Tinggi Ipoh telah membuat keputusan menolak hujah dari pihak Sivakumar untuk membatalkan bahawa YB Jamaludin ADUN Behrang, YB Osman Jailu ADUN Changkat Jering dan YB Hee ADUN Jelapang gugur sebagai Wakil Rakyat, merujuk kepada maklumat ini dijangka Mahkamah Tinggi akan memutuskan bahawa 3 Wakil Rakyat terlibat adalah SAH di sisi undang - undang tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Usaha untuk mempolimik kan Undang - undang Tubuh Negeri Perak di mata rakyat diharap akan GAGAL dan terus GAGAL dengan usaha - usaha kumpulan penderhaka Tuanku Sultan Perak yang cuba mencabar kebenaran Undang - undang tubuh Negeri Perak dan kearifan keputusan yang dibuat DYMM Tuanku Sultan Perak.

Apa helah seterusnya Pakatan Pembangkang selepas ini yang diketuai oleh Puppet Nizar, sama - sama kita tunggu dan lihat. APRIL FOOL buat Pakatan Pembangkang.....

4 ulasan:

  1. tiba-tiba langit menjadi begitu cerah hari ini macam hati ini ceria sungguh mendapat berita. memang dah agak bila puak kita menang DD, sah isu hakim kena rasuah le, pengundi hantu le, kira semua benda tak elok tersembol dan terjembol. kalau puak depa menang, semua kira sahih dan baik-baik belaka. DD kita teruskan perjuangan,menegak kebenaran... biarle ada hati-hati yang hancur dan terbakar. untuk puak itu satu perkataan paling sesuai, kesian!!!!

    BalasPadam
  2. A'kum, sdr mufid, terima kasih bertandang ke blog teman.

    Teman setuju dengan komen sdr.Petanda yang benar akan menjelma juga cuma selepas ini kumpulan pakatan pembangkang akan menuduh berbagai2 tuduhan terhadap hakim terutama di Pilihnaraya kecil 2 bukit 1 batang.

    lapang2 sdr dialu2 bertandang ke blog teman dan berilah komen demi agama, bangsa dan negara.

    BalasPadam
  3. Itu tandanya Allah dah makbulkan doa orang PAS nak minta tunjukkan kebenaran. Sultan tak salah mentafsir undang-undang tubuh negeri, Sultan yang arif dan Mufti yang alim di terjah...balasan pusingan pertama dah sampai ALLAH HU AKBAR

    BalasPadam
  4. Salam, sdr tanpa nama, terima kasih kerana sudi memberi pandangan dlm blog saya. teruskan komen sdr.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda