Ahad, 24 Mei 2009

APA NAK SUSAH, AHLI PARLIMEN DAN WAKIL RAKYAT PAKATAN PEMBANGKANG LETAK JAWATAN SEMUA, BIAR PILIHANRAYA KECIL

Sibuk sangat nak buat kerja bodoh buat apa yeop!!! kalau benar - benar nak bubar DUN, penulis cadangkan semua Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat dari Pakatan Pembangkang, semua sekali buat surat perletakan jawatan masing - masing hantar saja pada SPR dan Speaker DUN Perak,

Hah... sah akan ada Pilihanraya kecil di Perak. Wakil Rakyat dari BN kalau nak ikut - ikut kalau tak nak diorang punya pasal sebab idea nak bubar DUN untuk buat Pilihanraya Kecil datang dari Pakatan Pembangkang, kalau nak jadi pemimpin jadi sebenar - benar pemimpin bermakna kalau pembangkang semua letak jawatan baru lah 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN' kemungkinan besar Wakil Rakyat BN pun ikut,tapi ikut bertanding le yeop!!!

Buat apa kita nak buat wayang kulit, opera kalau kita sendiri yang jadi Wakil Rakyat nya pisau dan timun di tangan awak semua, kenapa nak kait dengan orang yang tak kena mengena, kenapa tak kita yang letak jawatan tanda protes kepada keputusan mahkamah yang kita sendiri bawa kan sejak awal lagi, orang lain tak protes pun, tak perlu nak susah - susah, Ni A Jar boleh buat perasmian Majlis Perletakan jawatan beramai - ramai baru lah HIT!!! yeop!!! baru orang respect kita dulukan baru orang lain ikut.


2 ulasan:

  1. SALAM BRO..

    PRINCE COUNSEL LORD LESTER BERPENDAPAT BN ADALAH DILANDASAN YANG BETUL..

    TAPI PUAK JUAK NI DAH BUTAKAN MATA..PEKAKKAN TELINGA..TUTUP HATI MEREKA..

    SEBENARNYA MEREKA NI DAH TERIKUT HAWA NAFSU NAK SANGAT BERKUASA DAN DAH TAK BOLEH MENERIMA TAKDIR DAN QADA DAN QADAR..

    SESAT JAUH SANGAT DAH HALUAN MEREKA NI..

    BalasPadam
  2. salam, abgtuah, kalau dihalusi cara2 yang di cetuskan oleh DAP, kita mungkin terlalai bahawa kegiatan menjurus kepada pelampau dan ber ideologi kan komunis yang menjadi objektif penubuhan DAP masih segar dan itu lah yang tersirat modus operandinya.

    Sebab itu dalam tindakan mereka semata - mata untuk perintah apa jadi - jadi lah, walau pun terlingkup, bangkrap Negeri aku tak peduli yang penting peluang aku pecah kan rakyat semua kaum dan hancurkan negeri jalan nya dah nampak jelas, fikirnya walau pun dah runtuh nanti aku bangunkan semula negeri ini ikut acuan aku.

    Ini yang perlu golongan muda yang lahir selepas Merdeka dan selepas 13 Mei pelajari dan halusi dengan jiwa yang tenang tidak emosional kerana akhirnya kita juga yang merana dan hancur kalau kita saja tak mengapa, ini akan melibatkan bayi2 yang baru lahir hari ini dan anak2 kecil higusan akan mendapat balanya akibat kebodohan kita, ingat lah!!! kesal dulu pendapatan kesal kemudian haram jadah jadinya.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda