Isnin, 25 Mei 2009

INI LAH AKIBATNYA YEOP!!! KALAU BONGKAK SANGAT


Teman geli hati sambil geleng - geleng kepala apabila menonton berita NTV7 hari ini apabila Puan Aminah Abdullah mendedahkan dan mengedar CD bualan selama 3 jam tawaran sogokan berupa wang, jawatan malah boleh dijual beli pulak jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang cuba hendak di rasuah oleh PKR kepada beliau, Aminah yang mendakwa didatangi oleh 2 orang wakil PKR, seorang Pegawai Khas Exco PKR Pulau Pinang dan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi PKR pada 13 Mei 2009 baru - baru ini.

Ini lah dia apabila bapak borek Partinya nya pun rintik, sikap pemimpin tertinggi mereka yang merendah - rendahkan orang lain dengan menggunakan wang ringgit jalan penyelesaian, tak hairan lah difahamkan masa dalam kerajaan dulu itu lah amalan ketuanya, membuat kerja mudah memberi projek, memberi saham, memberi wang ringgit hingga lah diluar kerajaan pun pada hari ini seperti cuba menyogok Ahli - Ahli Parlimen BN agar melompat parti, akhirnya terperangkap juga dengan bekas pemimpin nya sendiri yang muak dengan sikap Ketua mereka.

Kerana bongkak pemimpin PKR mencabar puan Aminah kini cabaran mereka di sahut oleh Aminah dengan membawa bukti kini, sikap buruk mereka mengambarkan sikap sebenar PKR. Baru bertanding dengan Bebas PKR sudah kelam kabut dan takutkan bayang - bayang.

Sebuah parti yang tak boleh di percayai sama sekali, yang patut di tolak oleh semua rakyat, Kegiatan buruk yang didedah sendiri oleh bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang sendiri, PKR tidak dapat menunding kepada UMNO tetapi Aminah akan menghadapi kutukan dan cacian bertali arus kerana itu lah sikap mereka selama ini tetap menutup walaupun bangkainya telah busuk dan berulat.

JADI APA LAGI KALAU TEMAN PENGUNDI PENANTI, TEMAN TOLAK PKR TEMAN UNDI AMINAH, SELESAI MASALAH.

4 ulasan:

  1. SALAM BRO..

    TAK LEPASLAH PKR KALI INI...HEHEHE BUKTI KEBURUKAN DAH DIRAKAM..HABISLAH..

    MEREKA SERING MENUDUH UMNO ITU DAN INI..RUPANYA MEREKA NI LAH YANG SEBENARNYA YANG BERULAT.

    TERUSKAN BRO KITA SERANG MEREKA..KITA LUMPUHKAN PUNCA JENTERA PROPAGANDA MEREKA YG UTAMA..HARAKAH DAM KEADILAN..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Memang itulah wajah PKR yang sebenar.. kononnya parti bersih tapi sebenarnya kat dalam hati itu kotor dan busuk... penuh dengan mainan rasuah dan jual beli calon yang bertanding..

    inilah sikap mengata dulang paku serpih PKR dan apabila dia didedahkan di hadapan mata rakyat di penanti oleh orang lain, maka itulah sebenarnya akibat kerana mengata orang lain sedangkan mereka melakukan juga perbuatan yang mereka sendiri kutuk itu.

    BalasPadam
  3. Salam, apai lama tak ketemu.

    kalau dah kepala memang kaki sogok, perjuangan parti nya macam tu la jugak... rupa luar je lawa dalam hati perut haprak....

    BalasPadam
  4. huhuhu...alihh2...UMNO gak yangg kena....

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda