Khamis, 28 Mei 2009

KENAPA TIBA - TIBA ISU CHIN PENG KELUAR ?




Menjadi tanda tanya kenapa tiba - tiba isu Chin Peng keluar? dalam masa yang sama keadaan politik tanahair yang kurang stabil seperti Hindraf, Pilihanraya kecil dan kemelut tuntut menuntut kerajaan Negeri Perak.

Kemungkinan ada yang tersurat dan tersirat Chin Peng di jadikan moskot oleh pihak - pihak tak bertangungjawab untuk memecah kerharmonian dan perpaduan yang terdapat di negara tercinta ini. terdapat juga blogger yang tak bertangungjawab yang mempertikaikan kenapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang, ada blogger yang membuat dakwaan haram jadah dengan mengatakan Chin Peng lah pejuang kemerdekaan manakala melayu mengambil kesempatan diatas perjuangan menuntut kemerdekaan Chin Peng and the gang, sehingga ke tahap begitu pemikiran dan tuduhan melampau yang dibuat oleh anak Malaysia kita sendiri. Ada juga pemimpin - pemimpin parti politik cuba mencari populariti murahan dengan meminta kerajaan menerima kepulangan Chin Peng, ini semua bibit - bibit untuk memulakan pertelingkahan yang kemungkinan boleh menjurus kepada pergaduhan kaum.

Seperti kata DS Rais Yatim, Menteri Penerangan ada kebenarannya, kenapa Chin Peng perlu pulang ke Malaysia sedang kan Chin Peng bukan warga negara Malaysia, Chin Peng adalah warga negara British dan dilahirkan di British, satu pendedahan yang kemungkinan ada kebenarannya.

Adakah dalam keadaan ketidakstabilan politik di tanahair kita, ada kemungkinan ada pihak cuba menwujudkan isu baru bagi mengalih tumpuan pimpinan negara dan rakyat daripada menumpu sepenuhnya kepada memulihkan ekonomi terutama pemulihan perpaduan antara rakyat, maka sekiranya di alih tumpuan ini maka pihak tersebut dapat mengekalkan sikit sebanyak perpecahan antara kaum yang menular ketika ini malah dengan isu Chin Peng ini berkemungkinan sebangsa dengan Chin Peng akan terus membenci kerajaan dan akan terus tidak menyokong kerajaan.

Tepuk dada kita tanya lah selera, apa pun di Vietnam, Myammar berlaku juga tentangan hebat rakyat agar pesalah peperangan tidak dibenarkan kembali ke negara mereka atau pun di hukum mati atas desakan rakyat mereka sendiri tanpa kompromi seperti juga di negara kita kerana parut yang ditinggalkan tidak dapat diubati dan kesan nya amat pedih bagi warga kelahiran sezaman dengan Chin Peng.

Nasihat teman biar lah berpada - pada dalam kita membuat sebarang andaian dan kata - kata yang boleh mengugatkan perpaduan dan keselamatan kaum di negara kita ini, siapa pun Chin Peng yang lansung tiada jasa kebaikan terhadap rakyat dan negara sebelum ini untuk kita perjuangkan kepulangan nya.

KERAJAAN, TEMAN PERCAYA AMAT SENSITIF DENGAN ISU INI DAN TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENERIMA CHIN PENG DAN CHIN PENG TAK WUJUD SAMA SEKALI DALAM PETA NEGARA KITA.

3 ulasan:

  1. Mereka jangan cuba menghidupkan Partai Komunis Malaya.Cukup apa yg mereka lakukan pd org Melayu masa beberapa bulan pemerintahan Bintang Tiga.Orang Melayu tidak akan berdiam diri.Sayang nya ada Melayu yg masih tak sedar di untung dan masih mendewa2kan komunis ini!

    BalasPadam
  2. SALAM, TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR SDR MELAYU RAYA.

    INI LAH AKIBATNYA JIKA RUKUN NEGARA DIPINGGIRKAN MAKA UNDANG - UNDANG RIMBA MENGAMBIL TEMPAT.

    BalasPadam
  3. SALAM BRO..

    KITA BUKAN BENCI PADA NAMA CHIN PENG ATAU KERANA DIA CINA..

    KITA MENOLAK DIA KERANA DIA KETUA KOMUNIS MALAYA..DIA IKON BESAR..AMAT MERBAHAYA

    KITA MENOLAK DIA KERANA IDELOGI KOMUNISMANYA..

    KITA MENOLAK DI KUATIRI PENGARUHNYA SEBAGAI IKON KOMUNISMA BOLEH MENYEBABKAN KOMUNISMA DI PUJA SEMULA

    CUKUPLAH..BIAR CHIN PENG KEKAL SEBAGAI TITIK HITAN DIDALAM LIPATAN SEJARAH TANAH AIR..

    TITIK HITAM YG TIDAK DAPAT DIBERSIHKAN SEMULA..

    SEPATUTNYA DIA HARUS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA DIA TIDAK BERNEGARA..

    SEKIRA BENAR DIA HENDAK BALIK KEMALAYA..SEMASA PERUNDINGAN BALING DULU DIA DAH PATUT BUAT KEPUTUSAN YG TEPAT

    SEKARANG DIA HARUS MENAGGUNG DAN BERTANGGUNG JAWAB KEATAS SEGALA KEZALIMAN YG BERLAKU SEMASA ERA DARURAT DAHULU..

    SO CHIN PENG..TIADA MAAF BAGI IDEOLOGI MU..

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda