Khamis, 21 Mei 2009

PADAN MUKA KOME!!!!


Baru - baru ini teman bertemu dengan seorang kawan untuk minum petang dan sembang - sembang kosong, kebetulan kawan teman datang sekali dengan 3 orang kawan cina, tengok kan gaya macam tauke, maka sembang - sembang lah teman dengan kawan serta rakan baru cina ni tadi.

Terbuka lah cerita politik Perak dan perniagaan yang dijalankan oleh kawan teman dan tauke - tauke ini rupanya housing developer, sembang punya sembang keluar lah rugutan tauke - tauke ini termasuk le kawan teman tadi bahawa mereka dalam keadaan tertekan kerana segala urusan dengan kerajaan negeri Perak berkaitan melibatkan urusan tanah dan kawasan perumahan mereka tersangkut lama akibat daripada krisis politik yang berlaku ketika ini.

Bank dah kejar, pembeli dah mengamuk, projek dah tersangkut, pekerja dah mula tak bayar gaji, fail masih tak jalan dan berbagai - bagai rungutan yang di luahkan, ada kala nampak macam kesal sangat apabila Pakatan Pembangkang memerintah Perak mengakibat semua kemelut ini menyusahkan mereka berbanding sebelum pakatan pembangkang memerintah urusan berjalan dengan baik walau pun fail lambat berjalan tetapi urusan perniagaan masih mudah dilakukan.

Dalam hati teman tak kira le tauke Melayu ke tauke cina ke, tauke India ke, tauke bengali ke yg mengundi pembangkang, PADAN MUKE KOME!!!....RASA KAN KOME... KERAJAAN DULU BAGUIH MENGKOME DAK KAN KERAJAAN LAIN...HA SEKARANG NI HAMBIK KOME, RASE KAN NAK SESANGAT....PADAN DENGAN MUKE KOME....BIOR BENGKRAP LAGI BAGUIH......UNDI LE LAGI!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda