Khamis, 18 Jun 2009

NAJIB & MUHYIDDIN : HJ HADI & NASHARUDIN PEMIMPIN PERPADUAN



Bibit - bibit perpaduan dikalangan dua pemimipin besar dan dua parti terbesar melayu islam mula berbunga, teman sebagai rakyat dan berbangsa melayu beragama Islam amat berharap agar peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan dalam suasana yang amat sesuai ketika ini yang amat bertepatan dikala UMNO mempunyai pemimpin baru manakala PAS baru saja selesai memilih pemimpin mereka.

DS Najib dan Muhyiddin telah menyatakan bahawa UMNO sentiasa membuka pintu perpaduan dan DS Najib sendiri memberi respond bahawa beliau amat mempercayai KEIKHLASAN PAS dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Keseluruhan Ahli UMNO amat menunggu - nunggu saat ini dan sentiasa mematuhi apa yang di lakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO demi kebaikan Melayu dan Islam keseluruhannya yang kita tahu Melayu dan Islam memang bertaut rapat, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu dalam konsep Negara Malaysia.

Tahniah DS Hj Hadi dan Ustaz Nasharuddin yang berani melakukan perubahan besar walaupun mendapat tentangan dari orang tua Musyidul Am Pas sendiri, tetapi ini lah naluri dan kehendak golongan muda dalam PAS yang dapat dikesan oleh kedua pemimpin PAS ini tetapi tidak dapat di kesan oleh Tok Guru Nik Aziz yang berkemungkinan besar mempunyai tokoh yang patut dinaikkan tetapi kecundang pada pemilihan tempohari yang membuat beliau agak beremosi.

TAHNIAH PADA SEMUA, KITA BERDOA AGAR SEGALA YANG DIRANCANGKAN MENJADI KENYATAAN.

5 ulasan:

  1. salam,
    Sistem Demokratik Liberisma tidak boleh terima pakai dalam politik dunia kini. Fahaman feudal dan Komunis telah ditolak oleh rakyat. Cuma kita ada satu je pilihan iaitu Politik Keagamaan (Islam) yang akan amankan dunia ini dari manusia yang semakin tamak. Marilah sama-sama kita bersatu menubuhkan Kerajaan Islam yang sebenar dengan kekuatan Ummah!.Wassalam.

    BalasPadam
  2. HIDUP PERPADUAN..

    UMNO AKAN BERGABUNG DENGAN PAS..

    NEGARA SELAMAT HIDUP AMAN DAMAI

    BalasPadam
  3. Kita tolak Nik Aziz..

    Hidup kepimpinan DS Najib..Ds Hj Hadi..Ds Muhyiddin dan Ustad Nasha

    BalasPadam
  4. SALAM..

    HERO MELAYU PAS TERAKHIR..HJ HADI..USTAD NASHA..

    MAKA WAHAI PENGIKUT PAS..CONTOHILAH DAH SOKONGLAH HERO-HERO MELAYU INI

    BalasPadam
  5. salam, begitu lah baiknya hati2 penyokong UMNO, yang baik tetap di beri pujian walaupun berlainan ideologi tetapi demi kepentingan bangsa dan agama...

    kalau dilihat dalam isu kerajaan perpaduan ini penyokong UMNO memuji dan memberi penghargaan kepada Hj Hadi dan nasharuddin diatas sikap baru yang ditonjolkan, bermakna begitulah baiknya hati dan jiwa orang UMNO tetap memuji musuh politik mereka...

    berbeza kalau kita lihat bloger penyokong pembangkang terutama PAih langsung tidak pernah memuji pemimpin kerajaan dan UMNO malah dihentam dengan berbagai fitnah dan makian, walhal jasa yang dilakukan cukup banyak tak terhitung...kenapa yek!!!

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda