Isnin, 1 Jun 2009

PENANTI - WAJAH RIANG DALAM HATI SIAPA YANG TAHU?

Pilihanraya Kecil Penanti berkeputusan PKR mengekalkan kerusi nya di Penanti, sesuatu yang memang dijangka gajah berlawan dengan semut, apa yang mengejutkan jumlah pengundi 15,384 hanya 7,100 orang yang keluar mengundi bermakna 46.15% saja pengundi yang rasa patut untuk mengundi berbanding 53.85% tidak keluar mengundi, manakala undi yang diperolihi PKR menurun berbanding sebelum ini.

Bermakna jelas Penanti memberi signal bahawa kekuatan PKR indah khabar dari rupa, wajah pemimpin - pemimpin nampak riang ketika menyambut keputusan kemenangan calon mereka tetapi dalam hati siapa yang tahu, berpandu kepada jumlah peratusan keluar mengundi dan kemerosotan jumlah undi PKR perolihi, bermakna rakyat Penanti memberi signal bahawa rakyat menolak mainan politik yang di amal oleh PKR dan rakyat sudak getik.

Sebelum ini penulis menjangka undi yang di perolihi oleh PKR akan meletup dan melonjak diatas dakwaan mereka kononya mereka popular, tetapi jangkaan merosot sama sekali, rupa-rupa nya ramai yang sudah muak dan boleh berfikir bahawa pilihanraya bukan bahan mainan.

APA PUN TAHNIAH KEPADA PKR MENANG TAPI TAK BERGAYA

2 ulasan:

  1. SALAM BRO..
    PENANTI YG DI HARAPKAN OLEH ANUAR MEDAN BAGI MENUNJUKKAN KEKUATAN AKHIRNYA TERNYATA TEMPAT BERMULA RUNTUHNYA SEBUAH PERJUANGAN YG KABOR..

    BalasPadam
  2. Salam,
    Kita perlu memahami sikap penggundi di Pilihanraya.Pengundi biasanya mempunyai kepentingan peribadi untuk mengundi seseorang calon yang bertanding.Biasanya pengundi akan menilaikan;1.Polisi parti dan deklarasi polisi yang dibuat oleh calon semasa pilihanraya.2.Sikap dan peribadi calon 3. Rekod lampau calon dalam parti yang diwakilinya 4.Menilai Sikap calon,apabila di menang dalam pilihanraya.

    Dengan ini amat jelas semua perkara di atas bukanlah dikawal oleh pengundi!tetapi calon yang mengawal kriteria.Bagi calon yang bertanding dia mempunyai pilihan, adakah dia ingin memperolehi undi yang seberapa banyak yang boleh atau pun mendapatkan penggundi untuk mengundinya untuk cukup untuk dia memenangi pilihanraya itu.Dengan itu jumlah undi tidak memainkan peranan yang penting dalam pilihanraya. Tetapi yang penting adalah kemenangan. Seperti kebiasaannya calon yang bertanding beranggap pengundi yang mengundinya cuma mempunyai kepentingan peribadi dalam pemilihannya.Kebanyakan pengundi cuma membuat keputusan melalui "pakej" yang ditawarkan oleh calon-calon yang bertanding.Pengundi cuma memileh pakej yang terbaik yang telah ditawarkan calon-calon yang bertanding.Apa yang perlukan oleh pengundi ialah pendedahan maklumat calon mesti diberi pendedahan yang secukupnya kepada pengundi-pengundi.Disinilah Mass-Media parti memainkan peranan yang gigih.Tanpa pendedahan ini pengundi akan tidak dapat informasi yang tepat.Biro Penerangan UMNO perlu lakukan sesuatu yang terbaik untuk PR13 akan datang dari sekarang.Janganlah jadikan calon bertanding sebagai "Bidan terjun".Calon tempatan atau calon luar tidak begitu mustahak tetapi pendedahan calon itu kepada pengundi amat perlu dilakukan.Pakage UMNo kali ini perlu mantap untuk diterima kesemua peringkat pengundi.Jangan hanya berpeluk tubuh apabila pihak pembangkang membawa isu "BN kalau naik Barang mesti Naik",ia seolah-olah menakutkan rakyat untuk mengundi BN dipihanraya ke12, kita perlu melawan slongan pembangkang seperti ini dengan fakta dan pakej terbaru yang menambat hati pengundi.Blog-Blog wakil rakyat BN perlu membawa pakej-pakej yang memberangsangkan dan sentiasa mendampingi pengundi-pengundi.

    Apa yang pihak PKR canang di Pilhanraya kecil di Penanti adalah jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang!.Tetapi apakah harapan untuk TKM Pulau Pinang ingin nak lakukan?.Sebenarnya Majoriti pengundi melayu tetap akan mengundi UMNO..yang kalah di Pulau Pinang sebenarnya bukan Melayu tidak mengundi untuk komponen BN.Apa yang sedihkan ialah orang Melayu masih tak mahu fahami asas politik Di Pulau Pinang!. Terutamanya Parti PAS dan PKR akan menyebabkan kuasa Melayu dalam Politik Negara akan hilang di suatu masa kelak sekiranya Parti Politik melayu kini berebut ingin berkuasa di negara ini seperti zaman penjajahan dulu.Pengundi Melayu perlu memahami natijah ini walau pun pemimpin parti politik mereka sudah tidak boleh diperbetulkan lagi tetapi sebagai pengundi yang mempunyai hak mengundi boleh mengubahkannya.Wassalam

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda