Ahad, 14 Jun 2009

SATU MALAYSIA, HARAPAN UNTUK SEMUA KAUM - MAMAK PENANG

Salam,

Kaum Cina negara ini sebenarnya bukan benci UMNO atau pun BN...apa yang berlaku di negara ini ialah ekonomi Negara telah menjadi kecil . Selepas TDM bersara banyak dasar negara telah menumpukkan untuk memajukkan ekonomi orang Melayu yang ketinggalan diluar bandar amat perlukan bantuan. Tetapi kerajaan sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Negara yang sepatutnya diperkembangkan untuk menjana kekayaan Negara. Kalau ditumpu hanya pada memajukkan ekonomi orang Melayu ia hanya kisar dalam Negara tetapi dalam keadaan globilisasi, ekonomi negara perlu dimantapkan dengan membawa masuk pelabur asing dan juga memantapkan ekonomi negara. Kaum Cina yang bergantung kepada sumber ekonomi perniagaan perlu juga dibantu!. Sekiranya pemimpin negara tidak membantu menjana ekonomi Negara, kaum Cina mulai terasa tekanan ekonomi kerana ekonomi negara mengecil.Pembahagian sama rata sukar diberikan pada mereka.Seperti pepatah bahasa inggeris berkata "A Hungry man is An angry man"!.Seperti TDM dulu pernah berkata "apa nak herankan orang lain kaya...kerana setiap ringgit yang mereka perolehi; kerajaan akan mendapat tiga puluh sen melalui cukai.Biarkan mereka berniaga..jangan sekat"!.Buka peluang yang luas supaya mereka boleh berniaga diluar negara dan membawa balik hasil mereka ke negara ini.Negara juga beruntung!.

Di negara ini kerajaan dibawah Umno tidak menyekat mana mana kaum menjadi kaya tetapi kerajaan perlu membuka peluang untuk semua rakyatnya memperolehi kekayaan.Bagi orang melayu yang baru berani menceburkan diri dalam perniagaan besar perlu dibantu dalam negara.Sama juga untuk kaum Cina yang perniagaan yang telah besar dan amat stabil kerajaan sepatutnya membantu mereka mencari peluang-peluang perniagaan baru yang besar di luar negara!.Dengan pengalaman yang ada pada mereka ..mereka akan menjadi pelabur yang amat berkuasa diluar negara!.Inilah dikatakan negara maju!.Orang melayu tidak perlu gusar dengan bantuan kerajaan pada bukan Melayu dan orang bukan melayu pulak perlu ada perihatin kepada orang Melayu yang baru merangkak dalam perniagaan dalam negara!.Maka hak-hak istimewa Melayu itu janganlah dipersoalkan?.Apakah salah membantu rakan yang berada dalam keadaan susah?. yakinlah satu masa nanti apabila orang Melayu berjaya dia akan malu untuk terima hak Istimewa itu untuk berniaga!.kerana ia mencabar integeriti bangsa melayu itu sendiri.Tak perlu tongkat lagi dah!.Mereka akan keluar sebagai satu bangsa kuat untuk mencabar sesiapa juga dalam dunia perniagaan.pada masa itu anak cucu kita akan merasai visi satu malaysia yang hebat.Orang melayu dipandang sebagai sebuah bangsa yang hebat didunia ini kerana berjaya duduk sama rata dengan dua bangsa yang teramai di dunia. Inilah pendekatan PM kita yang baru ingin nak lakukan untuk rakyat Malaysia ini. yang paling risau kalau negara maju dan kuat..siapa?.kalau bukan negara jiran di selatan!.Sistem librasasi ekonomi dan satu malaysia itu slongan yang amat berkuasa untuk orang yang tahu maksud sebenarnya. konsep politik ia dipanggil menyatu-padukan rakyat melalui ekonomi!.Zaman dulu pemimpin negara menggunakan dengan negara lain untuk menyatu-padukan rakyatnya untuk meraih pampasan dari negara yang kalah peperangan.Tetapi di zaman moden orang gunakan ekonomi untuk menyatu -padukan rakyat dan memperkasakan negara!.

Nukilan Mamak Penang

Komen Penulis

Teman amat bersetuju dengan pandangan Mamak Penang, Kerajaan telah menjalankan kesemua tanggungjawab sebagai pemerintah, perkara - perkara utama yang meliputi Syariat, munakahat, muamalat dan jinayat.

Kerajaan menyediakan segala prasarana bergantung kepada individu masing - masing menggunakan kebijaksaan dalam merebut tempat untuk menjadi yang terbaik dikalangan 27 juta rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama yang di anuti.

UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan seharusnya di hargai sumbangan nya dalam memperjuangkan segala bentuk keperluan sejak kita mengenali kemerdekaan dengan membantu secara berterusan orang melayu tanpa mengenepikan kaum lain sehingga kan ada golongan yang berjaya dan memonopoli sesuatu bidang, umpamanya perniagaan di monopoli oleh kaum cina, bidang perkhidmatan profesional seperti Doktor dan lawyer di monopoli oleh kaum India manakala melayu memonopoli bidang perkhidmatan dalam sektor kerajaan.

Kesilapan yang berlaku dalam struktur politik lah punca kaum masing - masing curiga mencurigai antara kaum, kerana terdapat parti - parti tertentu yang sepenuhnya berpolitik adu dumba semata - mata untuk mendapat tempat dan kuasa sehingga menafikan kejayaan dan kesejahteraan yang tulen telah kita nikmati dengan menidakkan fakta dan realiti dan ada masyarakat yang terpengaruh dan mempercayai maka perpecahan mengambil tempat.

1 ulasan:

  1. SALAM..

    WAH..HEBAT ANALISA MAMAK DAN JUGA TAK KURANG HEBAT ULASAN BRO DDINBUNGA. TERFIKIR SEJENAK..SEKIRANYA SEGALA YANG TERSEBUT DAPAT DI FAHAMI DAN DIPRAKTIKAN SEBAIK MUNGKIN OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA MAKA USAHA KEARAH NEGARA MAJU AKAN MENJADI REALITI DALAM TEMPOH YANG DI RANCANGKAN.

    BENAR BRO DDINBUNGA..PARTI-PARTI PENYAGGAK POLITIK LAH YANG SENTIASA MEMAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN MENJADI PUNCA PERBALAHAN KAUM DI SETIAP NEGARA DI DUNIA. TUJUAN UTAMA MEREKA ADALAH HANYA UNTUK MERAIH SOKONGAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK SESAT DAN SEMPIT.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda