Khamis, 25 Jun 2009

PAK HAJI DAH MUAK, PAK HAJI KELUAR PAS


senyum pak haji!!! senyum!!!

Dulu saya amat mempercayai perjuangan PAS, kini apa yang berlaku di Perak, di Parlimen yang dilakukan oleh Nizar dan menguatkan lagi apa yang di lakukan oleh Tok Guru Haji Hadi mengenai kerajaan perpaduan yang sememangnya saya ikuti perkembangannya.

Hari ini saya dah muak melihat kelakuan yang tak bermoral dari pemimpin - pemimpin PAS ini dan saya tak dapat maafkan, kata pak haji yang teman temui dalam satu majlis kenduri perkahwinan baru - baru ini.

Beliau dengan bangga memakai baju terpampang gambar DS Zambry, Menteri Besar Perak. tanpa segan silu, katanya lagi ini lah pemimpin yang pak haji mahukan, seorang yang lengkap ilmu agamanya, ilmu duniawinya, berpelajaran tinggi berkelulusan UIA dan bekerja untuk menaikkan kembali kekuatan ekonomi ummah tanpa dikongkong oleh orang lain, pak haji dah le susah, nak harap pada siapa untuk bela pak haji dan keluarga pak haji dan umat, jika kita asyik berpolitik dan politik kita pun di kawal oleh bangsa lain oleh penganut agama lain, pak haji ingat apabila diberi perintah kita akan memajukan ummah, ini tidak sebaliknya kita terus berpolitik tak sudah - sudah, bila masa bekerjanya, gaji besar dibayar untuk bekerja untuk bantu kami yang susah.

Maka ini lah pemimpin yang pak haji mahukan, sambil menunjuk jari kelingking ke baju yang dipakainya sambil melemparkan senyuman.

Komen penulis,

Hah... apa lagi yang lain - lain moh!!! kite ikut langkah pak haji ni kome!!!! satu permulaan yang baik, kesedaran yang tak perlu dibantu oleh orang lain kecuali permerhatian secara sendiri dan pernilaian secara berotak yang akhirnya memberi sinar kesedaran kepada pak haji ini. Moh!!! kome masuk UMNO...he...he...

7 ulasan:

  1. SALAM..

    INI SATU TAMPARAN HEBAT PADA PAS

    SEBENARNYA RAMAI YANG DAH TERSEDAR..

    ALHAMDULLILAH..

    BalasPadam
  2. Salam bro!

    Dedah-dedahkan lagi....impak yang kuat!. Bloggers kena turun padang...dapatkan informasi!.Ramai pengalisis melihat kecenderungan golongan muda bersama pakatan kerana golongan muda ini terdedah pada maklumat-maklumat alternatif di internet berbanding dengan golongan tua yang sudah terbiasa dengan maklumat daripada akhbar atau televisyen.Walau pun ramai pemimpin-pemimpin buka blog atau laman web, ia seperti tidak berguna jika idea yang disampaikan tidak berbedza daripada apa yang dibaca di surat khabar utama.Maklumat ini menjadi basi dan tidak dapat menarik minat selera pembaca golongan muda. Sikap UMNO sentiasa betul itu kadangkala membosankan mereka.Pendedahan seperti atas akan menarik minat pembaca golongan muda.Kadangkala sekiranya UMNo tak betul kita kena gasak juga.....UMNO jangan pula kecil hati dalam perkara ini mamak puji sikap YB KJ yang menetang cadangan Malaysiakini di tutup.Kita perlu berani berhadapan dengan perkara yang tak betul. sekiranya kita tidak lakukan ini nescaya satu hari nanti kuasa yang gunakan selalu itu akan kehilangan selama-lamanya.Wassalam.

    BalasPadam
  3. Alhamdullilah Tuan Haji...perjuangan UMNO yang tak ektreme..yang berlandaskan kebaikan dan kemuafakatan semua..yang tak suka mencaci..rasuah tu ada sikitlah..macam Parti PAS tak rasuah???tapi perjuangan UMNO adalah mulia dan merangkul semua..tahniah ..

    BalasPadam
  4. Pas semakin hari semakin ditolak oleh rakyat Malaysia. Puncanya ialah rakyat dah muak dengan gelagat mereka. Di PRU 13 PAS akan jadi satu parti yg kecil tiada jajahan lagi.

    BalasPadam
  5. Jahanam PAS dalam PR!

    BalasPadam
  6. salam bro
    Tahniah dan tabik spring sama lu Pak Haji ....Mari kita sama2 berjuang untuk UMMAH.....

    BalasPadam
  7. salam, bro anom, harimau malaya (gerun teman dgn nick name tu) dan sudah tentu tuah dan mamak TQ hadir di blog teman...

    pada mulanya teman seram juga nak tegur pak haji tu sebab muka nampak garang..tapi teman beranikan jugak sebab tengok gambar MB Perak di bajunya...

    dia kata habis semua fanily dia keluar PAih dan masuk UMNO...lega hati teman.

    JADI KITA PENYOKONG UMNO JANGAN GUSAR, JADIKAN INI SATU SUNTIKAN SEMANGAT BAHAWA RAMAI DI LUAR SANA YANG MINAT PADA UMNO TAK KIRA DIA PAIH KE PKR KE APATAH LAGI SILENT MAJORITI...JADI AYUH KAWAN2 KITA KERJA KUAT UNTUK NEGARA TERCINTA....

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda