Rabu, 15 Julai 2009

2 HARI BERSAMA MENTERI KEWANGAN 11, DS HJ AHMAD HUSNI


YB DS HAJI AHMAD HUSNI HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN 11
" 1 Malaysia penanda aras usaha kita dalam membantu rakyat"


HARI 11.7.09 Penyampaian sumbangan UPSR kepada hampir 3,000 murid Sekolah kebangsaan dalam Parlimen Tambun


Sedang berbual bersama Guru Besar sekolah kebangsaan dalam Parlimen Tambun


DS Hj Husni melawat ke Kebun Limau Tambun yang menjadi identiti Parlimen Tambun, disebelah beliau YB Dato Mah Exco kerajaan negeri Perak


DS Hj Husni berucap di hadapan pekebun Limau Tambun dikalangan kaum cina


"Yang penting kita didik lah anak - anak kita, tatap lah wajah anak ini, biar dia menjadi orang yang berjaya " - DS Hj Husni, di sebelah beliau YB Dato Rusnah ADUN Ulu Kinta


DS Hj Husni bersalaman dengan warga emas


Sebelah malam DS Hj Husni di Pertemuan dengan penduduk kaum cina di Kg Baru Tanah Hitam


DS Hj Husni mengangkat tangan kepada penduduk kaum cina Kg Baru Tanah Hitam


Sebelah malam hari yang sama - DS Hj Husni sempat hadir perjumpaan bersama NGO kaum India di Ipoh sambil melihat kata-kata puisi yang dihadiahkan kepada beliau "anda telah dilantik Menteri Kewangan Kedua tetapi anda tetap Nombor Satu di hati kami"


DS Hj Husni sempat berbual dengan anak - anak keturunan India yang hadir


Hari 12.7.09 - Amat bertuah, DS Hj Husni menyampaikan sumbangan beliau berjumlah RM25,700 bagi membina rumah baru golongan miskin dan cacat Pn Wong Siew Yan di Kg baru Kuala Kuang, Chemor, disebelah beliau YB Dato Nadzri Ismail ADUN Manjoi


DS Hj Husni meninjau keadaan rumah sambil berbual dengan Pn Wong Siew Yan


"Kita mesti menyokong usaha DS Najib dalam melaksanakan 1 Malaysia dan hari ini bukti BN membantu golongan yang susah tanpa mengira kaum, dan kerja ini telah berterusan sejak 1995 lagi " - DS Hj Husni


DS berbual dengan penduduk Kg Baru Kuala Kuang, Chemor


DS Hj Husni melakukan solat sunat tahiyatul Masjid di Masjid Baru Medan Klebang Restu sempena penyerahan kunci Masjid kepada J/Kuasa Masjid tersebut


DS Hj Husni menyatakan sesuatu sambil diperhati oleh YB Dato Nadzri, ADUN Manjoi semasa melawat ke dalam masjid baru Medan Klebang Restu yg di perolihi melalui peruntukan DS Najib oleh YB DS Hj. Husni bernilai RM2.0 juta.


DS Hj Husni menyampaikan sumbangan kepada Imam Masjid


" Kita harus pergiatkan lagi usaha membantu dan menolong masyarakat di luar jangkauan UMNO semata - mata malah melebihi kepada semua kaum dalam kita menjayakan konsep 1 Malaysia" - DS Hj Husni semasa mempengerusikan mesyuarat dengan Jawatankuasa UMNO Bahagian Tambun


Suasana Mesyuarat J/kuasa UMNO Bahagian Tambun yang di pengerusikan oleh beliau


Pertemuan DS Hj Husni bersama pemimpin - pemimpin masyarakat dari kaum melayu di Tambun

"Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib sudah menunjukkan kemampuan mentadbir ekonomi negara walaupun baru 100 hari menjadi Perdana Menteri" - DS Hj Husni


"Dalam tinjauan sebuah badan berkecuali mendapati sehingga hari ini sokongan rakyat yang dikutip secara rambang drpd 20,000 orang penduduk berbilang kaum mendapati 65% menyokong kepimpinan DS Najib dan kerajaan BN" - DS Hj Husni

komen ringkas penulis,


Seperti minggu lepas teman paparkan kegiatan YB DS Hj Ahmad Husni, Menteri Kewangan 11 yang juga Ahli Parlimen Tambun, Perak minggu ini teman paparkan lagi kegiatan beliau.


Letih dan teramat penat teman, walau pun umur teman muda lagi berbanding DS Hj Husni tapi beliau nampak steady he..he.. bertemu dan melawat semua kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India dalam 2 hari, begitu lah tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh seorang Wakil Rakyat... bukan senang yeop!!!!! teman rasa ngikut YB ni....lengoh kaki yeop!!!!

Teman yakin 1 Malaysia akan mencapai kejayaan dan PRU13 BN bertambah kuat lagi kerana dibawah kepimpinan DS Najib, ramai dikalangan Menteri bersikap seperti beliau dan DS Hj Husni.

6 ulasan:

  1. Salam,
    Satu paparan yang terbaik yeop...terpegun mamak sekejab lihat sambutan yang diberikan oleh penduduk Tambun kepada beliau...Inilah contoh bagaimana wakil rakyat perlu menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat. Contoh yang terbaik yang perlu semua ketua-ketua UMNO atau Ketua komponen barisan nasional perlu ikuti. Kaum Bukan Melayu ini memerlukkan kita; sama juga kita perlukan mereka. Mamak masih lagi ingat satu ceramah politik Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri...Masa itu arwah bapak mamak bertugas di kem Tapah,Perak.Tapah Perak ini pada masa itu ramai penyokong DAP. Dia membawa mamak ke Ceramah Politik di Padang Sekolah didepan Sekolah GESS (Mungkin Padang Majlis tempatan Daerah Tapah). Sehingga kini Mamak tak dapat lupa pidotanya yang simple tapi dalam pengertiannya mengenai perpaduan rakyat di negara ini....TUN berkata " Untuk Masak Nasi Kita perlukan empat barang iaitu Beras, Periok, Air dan Api. Kalau ini barang satu tarak Nasi tak boleh masak dengan baik. Sama macam ini Negara kita mahu Melayu jadi mcm Beras..Cina macam Periok..dan India mcm itu Api Sama Air.Kita mahu ini tiga bangsa bersatu untuk memerintah ini negara. Ini perkara kita sudah bincang sebelum merdeka. Setiap kaum ada bahagian dalam kuasa ini negara. Ada orang dapat lebih; ada dapat sikit. Ini kita sudah bincang Sama ini tiga bangsa dan sudah bikin itu undang-undang perlembagaan negara.Pasai itu parti perikatan yang manyak baik untuk itu Kaum Cina dan India...kita kongsi kuasa dalam parti Perikatan. Kalau ini tiga bangsa sudah mula tanya pasai... apa pasal saya dapat sikit itu nasi dan dia dapat lebih nasi..selepas masak nasi..ini negara musti hancur..nanti sama-sama kita kebulur, tak dapat makan nasi yang kita sudah masak".Ha!ha! inilah dikatakan pemimpin negara legenda yang mudah menggunakan approach yang betul dan tepat mengikut zaman itu.Tapi sayangnya ada pemimpin UMNO kebelakangan ini telah menggunakan approach yang salah terhadap kaum bukan Melayu yang begitu lama sokong UMNO/BN dengan kata-kata kesat terhadap bukan Melayu seperti "balik lu punya negerilah".."kaum pendatang"..."kaum tak sedar diri"..."kalau tak suka duduk ini Negeri pergi berambuslah".."UMNO tak perlukan Bukan Melayu untuk memerintah negara ini negara" dan lain-lain perkataan kurang Manis. Hanya dengan 51% Orang Melayu dinegara ini dan pecah tiga; sukar kita ramalkan politik negara. Perkara seperti ini "seperti marahkan pijat bakar kelambu"..Memang kita marah!ada segelintir bukan Melayu yang jadi kaum Pendesak tetapi percayalah ramai diluar sana masih sayangkan BN/UMNO terus memerintah negara ini.Mamak ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun kerana inilah landasan yang betul dan sepatutnya untuk mendampingi segala kaum di negara ini yang perlu diikuti oleh semua pemimpin UMNO.Wassalam.

    BalasPadam
  2. salam, mamak TQ hadir dan beri komen yang bernas sekali...

    bukan apa disamping kita membincangkan isu2 politik semasa, perlu juga bagi teman kita paparkan kegiatan pemimpin UMNO di kawasan mereka, dan ini perlu sokongan oleh blogger pro kerajaan untuk bantu siarkan agar semua pelayar alam cyber ini tahu bahawa pemimpin UMNO memang sibuk di kawasan menjaga rakyat di kawasan masing2.

    Tak lah akan timbul kata2 neraka pemimpin UMNO/BN tak turun padang le, tak turun dapur lah, tak turun bilik air lah dan bla...bla... lagi..

    BalasPadam
  3. A'kum, bro mamak pada pemerhatian Pru12 lebih pada isu federal yang lebih memberi kesan menyeluruh bukan kesan tempatan seperti kenaikan harga barangan paling mengambil tempat, kenaikan TOL, isu tak dapat bonus dan sebagainya yang timbul masa kepimpinan Pak Lah jadi PM, sebenarnya YB BN banyak kerja di kawasan ada beberapa percent saja yang tidak berkerja secara serius dan tidak menyeluruh kepada kaum lain seperti cina, india dan org Asli, tetapi mereka berkhidmat juga kepada rakyat kawasan mereka dan tidak dinampak oleh kaum2 lain maka cerita fitnah dan isu federal mudah mengambil tempat...wal hal YB pembangkang muka pun tak nampak muka pun macam Nurul ezzah, Gobala, gobign dan ramai lagi

    seperti YB DS Husni kalau dilihat amat serius dan harus menjadi ikutan kpd lain2 pemimpin manakala DS Najib telah banyak meredakan tsunami politik federal, InsyaAllah UMNO/BN akan kuat seperti dulu kala kembali.

    BalasPadam
  4. Salam kuntakinte...terasa muda pulak mamak ini bila panggil bro...ha..Mamak setuju dgn pendapat hang.Isu Nasional mainkan peranan penting dalam pilihanraya...keadaan masa itu memang sukar di pertahankan. Pak Lah buat apa yang terdaya oleh beliau dalam keadaan harga minyak dan kkekurangan Bahan makanan yang dirasai seluruh dunia..masa tak menyebelahi Pak lah.Tapi dia memang gentleman.

    Pihak pembangkang ini memang kerjanya membangkang. Di kerajaan negeri sendiri pun kelakuan lebih kepada pembangkang dari pemerintah negeri seperti Di Selangor dan juga di Pulau Pinang.Wassalam.

    BalasPadam
  5. SALAM BRO..

    SYABAS DENGAN USAHA DAN ARTIKEL YANG BAIK BRO. DENGAN PENYIARAN AKTIBITI-AKTIBITI DAN GAMBAR-GAMBAR TENTANG USAHA PEMIMPIN-PEMIMPIN KITA TENTU AKAN MENYEDARKAN DAN MEMPERLIHATKAN PADA RAKYAT BAHAWA PEMIMPIN-PEMIMPIN KITA ADALAH PEMIMPIN A 1 YANG BERJIWA RAKYAT YANG SANGGUP TURUN PADANG BERTEMU RAKYAT SETERUSNYA MENYELESAIKAN PERMASALAHAN RAKYAT.

    USAHA INI JUGA AKAN MENANGKIS SEGALA TOMAHAN BURUK PEMBANGKANG TENTANG PEMIMPIN BN DAN SETERUSNYA MELUMPUHKAN JENTERA PROPAGANDA JAHAT MEREKA BAGI MEMBURUKKAN DAN MEREMEHKAN PEMIMPIN NEGARA.

    BalasPadam
  6. salam bro tuah, teman akan teruskan dari masa kesemasa untuk memaparkan kegiatan YB DS Hj Husni agar check n balance untuk makluman semua, harapan teman agar blogger lain pun turut bantu sebarkan kegiatan pemimpin di kawasan masing2 agar propaganda pembangkang tidak mendapat ruang dalam hati rakyat. tq bro tuah, kuntakinte n mamak

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda