TIDAK WAJAR GUNA DANA BAITULMAL
KUALA LUMPUR 27 julai - Pengagihan dana Baitulmal Selangor perlu mengutamakan umat Islam di negeri itu terlebih dahulu kerana mereka yang sebenarnya masih jauh ketinggalan dan tercicir berbanding penganut agama lain.
Sehubungan itu , Persatuan Peguam syarie Malaysia (PGSM) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Selangor mahu menggunakan dana Baitulmal untuk menampung kos pentadbiran negeri kerana kemaslahatan umat Islam amat perlu diutamakan.
berita penuh di utusanmalaysia online bertarikh 28 julai 2009
komen penulis,
Seperti kata Dr Maamor Osman, Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kecewa dengan sikap kerajaan Selangor yang mengambil jalan mudah untuk terus menggunakan dana Baitulmal, katanya lagi tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan Selangor gagal mentadbir dengan baik kerana kerajaan BN sebelum ini telah meninggalkan dana kerajaan yang agak besar bersesuaian dengan statusnya sebagai sebuah negeri maju.
Hah.... ini lah dia bentuk kepimpinan Khalid Ibrahim dan barisan Exco dan Wakil Rakyat nya yang sentiasa menunding dan mencaci kerajaan BN dengan berbagai - bagai tuduhan, ini lah yang dikatakan satu jari menunjuk kepada orang lain ada 4 jari lagi yang menunjuk diri sendiri.
Dibawah kepimpinan Menteri Besar dari DS Abu Hassan, DS Muhammad Taib hingga kepada DS Mohd Khir Toyo, Selangor dikenali sebagai sebuah negeri yang termaju, terkaya dan bernasib baik kerana negerinya berhampiran dengan Wilayah Persekutuan yang mendapat berbagai limpahan kekayaan, tidak langsung menggunakan dana Baitulmal untuk digunakan sebagai modal suntikan pengurusan kerajaan negeri, malah Baitulmal Selangor memungut wang zakat dengan banyak kerana ramai orang Islam mampu dan kaya di negeri tersebut.
Apa dah jadi, mana kebijaksanaan yang di war - war kan, mana bantuan dan janji - janji sebagainya yang dihebohkan dalam manifesto Pilihanraya Pakatan Pembangkang sehingga Pakatan Pembangkang terpaksa nak menggunakan wang zakat Baitulmal untuk belanja kos pentadbiran kerajaan negeri, sehingga sanggup nak menggunakan wang yang digunakan untuk membantu orang Islam yang termaktub kepada beberapa asnaf seperti fakir, miskin, amil, hamba yg bebas, musafir, penghutang dan mualaf.
Dimana kekayaan yang dikumpul selama ini?, dan mana kekayaan yang diusahakan ketika ini sebagai kerajaan negeri, apa kerja Khalid dan Exco selama ini, jelas kerja tak buat, tapi anjoi segala duit yang ada, sebab itu Exco dan Wakil Rakyat dituduh seleweng duit peruntukan dan beri kepada kroni, benar lah apa yang dikata kongsi gelap berkuasa di Selangor.
Bangkit lah wahai umat Islam Selangor, kerja ini wajib di tentang, wang zakat yang diniatkan harus digunakan untuk pembangunan, kebajikan, pendidikan orang melayu dan Islam sendiri, jangan di biar mereka - mereka dari kumpulan KONGSI GELAP ini merompak harta umat Islam tanpa tahu mencari sumber lain yang terbentang luas di Selangor.
Ini bukti bukan semua parti mampu mentadbir dan membangunkan negeri kecuali kerajaan Barisan Nasional saja yang berpengalaman dan terbukti mampu untuk bangunkan negeri malah negara.
Buka mata, buka hati dan buka otak, adakah pemimpin dan parti yang begini hendak kita sandarkan harapan untuk bangunkan diri kita, anak kita, cucu kita, cicit kita, baru diberi peluang sudah tak mampu untuk bangunkan negeri malah sanggup merompak dana orang Islam sendiri. maka rakyat keseluruhannya kita wajib tolak PAKATAN PEMBANGKANG DI PILIHANRAYA KE 13 KELAK, untuk kesejahteraan kita dan waris kita kelak di masa hadapan, walaupun kita tiada di dunia tetapi kubur kita akan dipelihara oleh waris kita kelak, bukannya pusara kita hilang entah kemana tanpa di lindungi oleh mereka.

salam bro..dorg nk pakai duit baitulmal sbb semua duit kerajaan negeri dah nk abes sbb bagi kat kroni dan peguam bela dorg bape ramai nk kene byr dlm inkues TBH tu dan kes liwat anwar tu...
BalasPadamSalam,
BalasPadamPasai itu PM kata Baitulmal perlu di seelaraskan di negara ini. Takut ada yang ambil duit baitulmal untuk kepentingan politik. Baitulmal adalah hak orang Islam dan bukan untuk kepentingan politik.Kadangkala kegiatan baitulmal yang dikawal negeri ini mengelirukan...ingat kes wang baitulmal di Kelantan satu masa dulu digunakan untuk pemberian biasiswa untuk anak-anak ahli politik parti pas...tak mustahil wang baitulmal di Penang digunakan untuk membuka tempat hiburan atau buka restoran nasi kandaq bagi kat ahli DAP...konon nak bersaing dgn mamak-mamak yang sokong UMNO kuat....heheh..