Rabu, 19 Ogos 2009

DS AHMAD HUSNI - VALUE FOR MONEY


Bajet 2010 ‘nilai untuk wang’
Oleh Kamarulzaidi Kamismailto:Kamiskamarulzaidi@bharian.com.my

KERAJAAN akan menerapkan konsep ‘nilai untuk wang’ dalam Bajet 2010, iaitu dengan memberi penumpuan kepada memperoleh kesan atau hasil maksimum daripada perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan kepada pelbagai kementerian. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata selain memastikan keberkesanan penyaluran peruntukan, konsep itu juga membolehkan kerajaan menurunkan kos operasi. "Kita sedang melihat konsep ‘nilai untuk wang’. Sebelum ini, mana-mana kementerian yang membelanjakan semua jumlah yang diperuntukkan dalam bajet dianggap sebagai berprestasi baik, namun ia bukan sedemikian lagi sekarang ini"Kerajaan akan mengkaji mengenai implikasi dan hasil perbelanjaan itu kepada negara terlebih dulu, sama ada dari segi perbelanjaan operasi atau pembangunan.

"Dengan berbuat demikian, kita akan dapat menurunkan kos, khususnya dari segi perbelanjaan operasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kumpulan tumpuan mengenai Bajet 2010 di Putrajaya, semalam. Ahmad Husni menjangkakan, perbelanjaan secara teratur dan berhemah akan membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan operasinya sehingga 15 peratus tahun depan. Langkah itu, katanya, antara lain akan membolehkan negara merendahkan kadar defisit bajet yang mencecah 7.6 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini. Ahmad Husni menjelaskan, dalam melaksanakan perbelanjaan operasi secara berhemah pada peringkat kementerian, ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Ini termasuk mengehad bilangan pegawai mengiringi menteri dalam lawatan ke luar negara kepada dua orang, katanya. Ahmad Husni menjelaskan, pendapatan kerajaan tahun ini dan tahun depan dijangka lebih rendah

berita penuh sila ke pautan beritaharian online 19.8.09

komen penulis,

Sudah tentu DS Najib dan DS Ahmad Husni selaku Menteri kewangan 11 bertindak bijak demi mempastikan ekonomi negara berada di landasan yang betul agar kesan yang dihadapi tidak membebankan negara khususnya rakyat jelata, tindakan dalam menjimatkan perbelanjaan operasi kerajaan adalah tindakan bijak yang akan memberi kesan penjimatan yang ketara.

Cuma sebagai rakyat kita harus bersama - sama membantu kerajaan, setidak - tidaknya cukuplah untuk diri dan keluarga dengan berkerja lebih kuat dan berjimat dalam berbelanja terutama dalam menghadapi bulan ramadhan al mubarak ini dan sempena menyambut Hari raya Aidil Fitri.

Bagi pakatan pembangkang, henti lah dari berpolitik sepanjang masa, hentikan bertindak bodoh seperti demostrasi jalanan, mewujudkan suasana tak stabil, beri lah tumpuan untuk bersama-sama bekerja dengan Kerajaan Persekutuan membangunkan ekonomi negeri yang diperintah masing - masing demi negara dan yang terpenting demi rakyat jelata, yang tentunya akan merasa secara terus impak kesan ekonomi ini.

Teman yakin diatas kebijaksanaan Perdana Menteri dan Menteri - Menteri Kabinet, Malaysia akan dapat mengharungi kemelut ini, kerana Kerajaan sudah jangka akan kesannya sejak awal - awal lagi krisis ini berlaku dan pelan tindakan sudah kita sediakan dan ini mengurangkan kesengsaraan terutama kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

6 ulasan:

  1. kami sanjung segala usaha anda bagi mengsejahterakan rakyat Malaysia, teruskan usaha kami bersama mu

    BalasPadam
  2. As'kum, teman setuju dengan sdr tak bernama, sungguh sibuk kerajaan untuk menjaga rumah kita, keluarga kita dan saudara mara kita untuk apa? untuk kesejahteraan kita, tapi ada juga manusia tak berotak yang cuba mengagalkan usaha kerajaan sebab apa? Politik untuk jadi PM, akhir nya siapa yang akan susah dan papa? rakyat jelata terutama di luar2 bandar dan yang kerja kilang...akhirnya siapa yang akan dituduh? kerajaan juga, UMNO juga, Bn juga...

    ini lah yang dikatakan metaliti kelas ke3, kita masih miskin ilmu dan pengetahuan, bahaya dalam mainan politik yang laju berubah, yang tak mampu untuk kita guna otak untuk proses baik buruknya maklumat yang kita terima. bahaya.

    BalasPadam
  3. pemimpin UMNO/BN sememangnya terbukti kompeten.

    BalasPadam
  4. Pemimpin PR pula banyak yg tembelang dan jembalang..kena cekup SPRM..terjerit-jerit macam tercekik tulang..hehehehe

    BalasPadam
  5. MONEY for CRONI...

    “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan,
    Pencapaian Diutamakan”

    Kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

    Kalau betul slogan yang dilaungkan itu BAYAR ROYALTI MINYAK NEGERI KELANTAN!!!

    HAPUSKAN JPP (JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN)!!!

    USAH DICABUL KEHORMATAN SISTEM NEGARA BERPELEMBAGAAN TERHADAP NEGERI2 YANG MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA WALAU SIAPA PUN PEMERINTAH KERAJAAN NEGERI...

    JIKA KERAJAAN PIMPINAN UMNO-BN IKHLAS DENGAN SLOGAN ITU, TUNAIKAN APA YANG DIKATA..

    JIKA TIDAK TUNGGULAH NASIB PADA PRU KE-13!!!

    BalasPadam
  6. salam, satu pihak je nak buat baik, satu pihak lagi perangai macam hantu, lepas tu nak demand macam2, mana ada jalan bro...

    Bro, pasal tu Kerajaan Persekutuan tubuh JPP, tak mahu jadi macam WR dan exco korang...ada peluang solapppp peruntukan, belum perintah negara baru negeri dah nak solappp bagi projek pada kroni gak, kroni pulak tu sekor dia je...kalau betul UMNO bagi pada kroni pun, ramai bro, berduyun - duyun UMNO kaya kan orang, Ni. A Jis pun bagi pada kroni balak, projek Negeri, tanah perumahan...sudah lah kuda perang.

    Royalti minyak, tak faham ke itu jarak kawasan tersebut diluar Kelantan, maka jadi milik kerajaan Persekutuan bukan tanah tadbir Kelantan, dah tak berduit cakap tak berduit, minta baik2 dan sopan santun, baru budaya kita, baru orang simpati, ini tidak kutuk, kutuk, kutuk, siapa nak tolong bro.

    Ada Ni A Jis bagi tahu rakyat kelantan berapa jumlah peruntukan pembangunan yang di salurkan Kerajaan Persekutuan pada Kelantan 22 billion bro itu tak masuk yang tolong sikit2 bina surau dan masjid, selama perintah kerajan Kelantan baru bina 1 masjid je bro, kerjaan persekutuan bina berpuluh2 masjuid di Kelantan...bro kalau nak harap kelantan bangunkan negeri pakai duit sendiri...mati kering tak bangun bro...

    Sebab tu ramai lompat parti bro..semalam seorang lagi WR PKR lompat bero, jelik sikap pemimpin pakatan ni semua nya sewel dan jumud.

    Jadi bro BN sedia tunggu PRU13 sebab biasanya jerat yang dipasang Pakatan biasanya kena diri sendiri.

    Pada bro kuda perang teman nasihat sokong lah kerajaan yang banyak berjasa pada Rakyat selama ini daripada menyokong kerajaan angan kosong, cakap berdegor kerja kosonggg.


    apa pun terima kasih hadir ke blog teman, teman alu2 kan. SELAMAT BERPUASA

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda