5 haribulan September 2009 bersamaan 15 Ramadan 1430 mencatat sejarah kerakusan pimpinan tertinggi PAS dan PKR melancarkan perang Badar dalam mencemari bulan Ramadan Al Mubarak, Surau Ikhlasiah Jalan Pemimpin Kg. Manjoi Baru dan Surau Nurul Huda Kg Tersusun Bt. 6 Ulu Kinta yang kedua - dua kampung ini didalam kawasan Parlimen Tambun, menjadi medan untuk mencaci dan memfitnah umat Islam lain, kampung yang aman sentosa kini di api - apikan dengan istilah umpama mengajak umat Islam berperang ala sejarah peperangan Badar zaman Islam lampau.
Teman teringat Pemuda PAS Perak mempertikai dan membuat laporan kepada Tuanku Sultan kononnya YAB Menteri Besar Perak Dr Zambry menggunakan Masjid di Pengkalan Pegoh sebagai pentas berpolitik, dinafikan oleh YAB MB kerana selaku ketua Kerajaan Negeri Perak beliau dijemput ke Masjid tersebut oleh penduduk dan membuat ucapan selaku Ketua Negeri mengajak rakyat agar bersatu padu membangunkan Islam dan Negeri bersama - sama dengan kerajaan, kerajaan yang membina dan membangunkan syiar Islam dengan membina Masjid - masjid dan surau - surau di serata pelusuk Kampung, Daerah, Negeri dan Negara. tentunya tiada siapa boleh menafikan hak seorang Ketua Negeri yang berjasa mendirikan Masjid dan surau untuk hadir di mana - mana Masjid dan surau di muka bumi ini untuk bertemu dengan rakyat mengajak ke jalan kebaikan.
Umpama meludah ke langit kena di batang hidung sendiri, umpama jari telunjuk menunding pada orang lain, 4 jari lagi menunjuk kepada diri sendiri, Surau di pergunakan sebagai pentas untuk mengapi - apikan penduduk dan umat dan yang amat mengecewakan penulis berlakunya didalam bulan Ramadan Al Mubarak, yang rata - rata hadir di Surau Jalan Pemimpin seramai 200 orang dan kebanyakkan datang dari luar Manjoi sendiri malah datang dari bandar - bandar ber hampiran seperti Sg. Siput, Gopeng, Ipoh dan Batu Gajah, dengan kehadiran penyokong PAS dan PKR hanya 200 orang amat mengecewakan Hj. Hadi dan Ni A Jar malah penganjur Hj. Mat Anjang yang sentiasa mempolitikkan surau Ikhlasiah amat malu dan kecewa diatas sambutan penduduk Kg Manjoi, Kampung Melayu terbesar di Malaysia, populariti nya seramai 40,000 penduduk 100% dikalangan orang - orang Melayu.
MANAKALA pada hari dan waktu yang sama ANWar pula melancarkan perang Badar di Surau Nurul Huda Kg Tersusun Bt. 6 Ulu Kinta, menyampaikan ceramah memaki, memfitnah umat Islam lain di rumah Allah yang dihadiri penyokong mereka sekitar 350 orang juga kebanyakannya datang dari luar Kg Tersusun Bt 6. memalukan kerana seorang yang dianggap popular yang juga Penasihat PKR hadir tetapi sambutan amat mengecewakan,penganjur menjangkakan 2000 orang akan hadir, ini menunjukkan rakyat menolak perangai haramjadah di lakukan di bulan Ramadan Al Mubarak.
APA TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK DI BAWAH KEPIMPINAN SHEIKH MOHD NOR AL HAFIZ SELAKU PENGARAH JAIP? KENAPA DIAM DAN MEMBISU, ADAKAH JAIP SAMA - SAMA BERSEKONGKOL DALAM KEGIATAN PERANG BADAR INI?.Ini lah bukti bahawa Surau dan Masjid di politikkan atas nama Islam, terang - terangan mahupun berselidung disebalik Majlis Berbuka Puasa, mempergunakan Masjid dan Surau, mengcabuli titah Tuanku Sultan Perak, kedua - dua Presiden Parti yang tiada jasa langsung membangun atau mendirikan masjid dan Surau, malah Ni A Jar al celaka sendiri menjadi MB tidak pernah seiitik peluh dikeluarkan untuk memdirikan Masjid dan Surau, semuanya didirikan oleh Kerajaan BN, tetapi ini lah di gunakan PAS dan PKR sebagai gelanggang untuk menunjuk mereka hero kampung di bangunan yang didirikan oleh orang lain untuk perpaduan ummah, mereka hanya hadir sejam dua untuk memecahkan perpaduan ummah di rumah Allah ini, yang berpecah belah rakyat di kampung.
Pada hari yang sama, AHLI PARLIMEN TAMBUN MEMBELA RAKYATPada hari yang sama juga, DS Ahmad Husi Hanadzlah Ahli Parlimen Tambun yang juga Menteri Kewangan 2 dan YB Dato Nadzri Ismail, ADUN Manjoi dan YB Dato Rusnah Kassim, ADUN Ulu Kinta pada pagi 5 September 2009 tersebut di Padang Lintau Kampung Manjoi juga menyampaikan kunci dan surat kelulusan Rumah Mesra Rakyat untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sumbangan bantuan kepada anak - anak yatim dan Warga Emas di sekitar Dewan Undangan Negeri Manjoi dan Ulu Kinta, seramai 70 orang berjaya mendapat rumah mesra rakyat, Majlis dihadiri seramai 700 penduduk Kg Manjoi yang sama -sama meraikan YB Ahli Parlimen Tambun tersebut.
Pada hari sama jam 12.00 tengahari YB Dato Seri Ahmad Husni dan YB dato Nadzri bertemu dengan Peniaga - peniaga Pasar Kg Manjoi seramai 30 orang untuk membincangkan pembangunan semula Pasar Baru Kg Manjoi yang diperolihi peruntukan oleh YB Dato Seri Ahli Parlimen Tambun berjumlah RM300,000 yang akan memberi kekuatan ekonomi kepada peniaga - peniaga yang 100% dikalangan peniaga Melayu tempatan malah akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di Kg. manjoi.
Pada hari yang sama jam 2.00 petang YB Dato Seri Ahmad Husni bersama YB Dato Nadzri Ismail, ADUN Manjoi bertemu dengan Jawatankuasa Mendirikan Jumaat Kg Tersusun Bt. 4 Tambun bagi membincangkan permohonan peruntukan bagi membina sebuah Masjid baru.
Pada hari yang sama jam 6.30 petang YB Dato Ahmad Husni menghadiri atasjemputan J/Kuasa Masjid dan JKKK Kg Manjoi di Majlis Berbuka Puasa dan Majlis penyampaian bantuan kepada 100 fakir miskin dan 20 anak - anak yatim di Masjid Ghufran Manjoi yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid dan JKKK Kg Manjoi dihadiri bersama - sama oleh 300 penduduk Kg Manjoi meraikan majlis ibadah tersebut manakala YB Dato Nadzri Ismail berbuka puasa bersama penduduk Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi.
Dua pendekatan yang berbeza antara UMNO, PKR dan PAS, UMNO menggunakan bulan Ramadan sebagai bulan untuk melakukan amal jariah, sumbang bakti kepada mereka - mereka yang tidak bernasib baik dan menyatukan umat, MANAKALA orang luar Kg Manjoi dan Kg Tersusun Bt 6 hadir dan masuk ke Manjoi dan Kg. Bt 6 menggunakan surau untuk memecah belahkan umat di bulan Ramadan apabila selesai memaki dan memfitnah, sapu punggung, angkat kaki balik ke tempat asal, tinggallah penduduk Kg Manjoi dan Kg. Bt 6 berpecah belah, amat mengecewakan dan amat mencemari bulan Ramadan Al Mubarak.