Dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini berada pada landasan yang betul dan mula memberi kesan positif terhadap pemulihan ekonomi negara. Pengumuman Najib itu sekali gus membuktikan kebijaksanaan kerajaan menangani krisis ekonomi setiap kali ia berlaku tanpa perlu meminta bantuan asing.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai langkah-langkah pemulihan yang dilakukan oleh kerajaan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan WAN NAJIB WAN DAUD mewawancara Menteri Kewangan II, DATUK SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH.
Dalam pertemuan itu, beliau menghuraikan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan Malaysia mampu meloloskan diri daripada kemelut ekonomi yang terjadi.
MINGGUAN: Bolehkah Datuk Seri jelaskan lebih lanjut mengenai situasi ekonomi negara kini yang dikatakan semakin pulih?
AHMAD HUSNI: Dalam soal pemulihan ekonomi ini kita perlu melihat kepada dua sektor iaitu sektor domestik dan antarabangsa. Ekonomi domestik kita berkait rapat dengan sektor antarabangsa. Negara kita adalah negara yang ke-19 terbesar di dunia dari segi perdagangan.
Apabila ekonomi global jatuh kerana berhadapan dengan krisis, walaupun negara kita tidak ada masalah, ia menyebabkan perdagangan eksport kita merosot pada purata 20 peratus dari bulan Januari 2009 sampai Julai/ Ogos 2009.
Akibat dari itu, sektor pembuatan kita menguncup. Kita dapati berlaku pemberhentian pekerja tetapi ia tidak melibatkan bilangan yang besar.
Untuk menangani keadaan ini, apa yang kita lakukan ialah memperkukuhkan ekonomi domestik, kita adakan pakej rangsangan. Tetapi kita mesti melihat bahawa strategi memperkasakan ekonomi kita bukan bersandarkan semata-mata kepada pakej rangsanganberita penuh sila ke pautan utusan malaysia online 27.9.09
komen penulis,
Salam, teman mula menulis semula setelah sibuk menghadapi Ramadhan dan Syawal. mohon maaf pada semua sahabat - sahabat, tak terlewat ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin pada semua sekira terkasar bahasa dan terguris hati selama teman menulis.
Segala onak yang dilalui demi masa depan ekonomi negara pulih adalah semata - mata untuk negara dan masa depan terjamin keseluruhan rakyat Malaysia.
Srtategi demi strategi di fikirkan oleh DS Najib dan DS Ahmad Husni beserta Menteri kabinet telah mula nampak kejayaan pemulihan ekonomi yang dijangka akan pulih sepenuhnya pada awal tahun 2010, beberapa sektor telah menampakkan pemulihannya dan mula dirasai kejayaannya, syukur kepada ALLAH S.W.T.
Walaupun berhadapan dengan dugaan politik yang mencabar dan gangguan - gangguan dari kumpulan pembangkang yang sentiasa berusaha mahukan kegagalan di pihak kerajaan bagi memudahkan mereka memburukkan kerajaan sekaligus UMNO dan BN menerima padah TETAPI usaha mereka gagal kerana kejujuran dan kebenaran akan direstui oleh Allah S.W.T jua, maka Malaysia kembali pulih ekonominya dan rakyat yang akan harmoni, sejahtera dan aman sentosa selamanya.
Tahniah Malaysia.
salam bro...insyAllah ekonomi kita akan pulih tidak lama lagi,ini kerana usaha pihak kerajaan yg bertungkus lumus memulihkan ekonomi negara kita...dan insyAllah segala usaha kerajaan ini akan nampak hasilnya nanti...
BalasPadamSALAM BRO..
BalasPadamLAMA JUGA KITA CUTI BERBLOGGING..
ALHAMDULLILAH..KITA DAH MULA PICK-UP MOMENTUM SEMULA..
BEGITU JUGA DENGAN EKONOMI NEGARA..BERKAT KEBIJAKSANAAN KEPIMPINAN DS NAJIB DAN BARISAN KABINET YANG KOMPETEN MAKA INSHALLAH KEMELUT EKONOMI NEGARA NAMPAK JELAS AKAN PULIH TAK LAMA LAGI.
BEGITULAH KETOKOHAN..KOMPETENSI DAN KELAYAKAN KEPIMPINAN UMNO/BN. JAUH SEKALI KEPIMPINAN UMNO/BN SEPERTI KEPIMPINAN PAKATAN ROSAK..YANG SERING MELAHIRKAN KEPIMPINAN YANG BERSIFAT LEBIH MEROSAKKAN..KAHKAHKAH..
SO KEEP IT UP BRO..PUSH OUR THROTTLE MAX..TERUSKAN BERBLOGGING..TUNJUKKAN KEPADA RAKYAT KETOKOHAN KEPIMPINAN UMNO/BN DAN DEDAHKAN TANPA BELAS KESIAN TENTANG KEROSAKAN KEPIMPINAN PAKATAN ROSAK
salam, bro insyaallah, kebelakangan ini agak sibuk, maklumlah kita blogger mengikut masa lapang, yg penting periuk nasi, tetapi demi agama, bangsa dan negara cadangan bro tetap teman sahut.
BalasPadamRakyat kena fahami berapa teruknya pemerintah kita untuk mempastikan negara tidak miskin semuanya untuk kepentingan dan masa depan kita juga sebagai rakyat. kita harus jaga dan hargai apa yg kita ada sekarang ini.
As'kum, tahniah DS Najib dan MK2 diatas kerja murni yang tak henti2.
BalasPadambanding kerja puak pengkhianat phuiiiiiiii. habuk pun tarak!!!