Jumaat, 23 Oktober 2009

SATU MALAYSIA, KEMAKMURAN BERSAMA

SEBENTAR TADI DATO SERI NAJIB SELAKU MENTERI KEWANGAN 1 TELAH MEMBENTANG BAJET BERMULA JAM 4.05 PETANG BERAKHIR JAM 6.00 PETANG DI DEWAN RAKYAT BERTEMAKAN SATU MALAYSIA, KEMAKMURAN BERSAMA.

3 STRATEGI UTAMA,

1. MEMACU NEGARA KEARAH EKONOMI PENDAPATAN TINGGI,
2. MEMASTI PEMBANGUNAN HOLISTIK DAN MAPAN,
3. MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.

KESELURUHAN HASRAT DS NAJIB TELAH DIGAMBARKAN DALAM PENYATAAN BAJET YANG DIBENTANG MENJURUS KEPADA KEUTAMAAN UNTUK RAKYAT TERUTAMA YANG BERPENDAPATAN RENDAH SEPERTI :-

- RM6 BILLION UNTUK SEEKTOR PERTANIAN,
- RM2 BILLION SUBSIDI PADI, BAJA PADI, SUBSIDI BERAS DAN PENGELUARAN, ELAUN NELAYAN.
- RM100 JUTA MODAL KONSORTIUM FELDA, FELCRA,RISDA
- RM9.0 BILLION UNTUK PROJEK INFRASTRUKTUR,
- RM200 JUTA KEPADA PENIAGA KECIL MELALUI TEKUN, MALAH TAMBAHAN PERUNTUKAN UNTUK PENIAGA KECIL KAUM INDIA DILULUSKAN RM20 JUTA DARI RM15 JUTA BAJET 2009. MASA YANG SAMA PENIAGA KECIL AKAN DIPERKENALKAN INSURAN DENGAN HARGA TERENDAH UNTUK MEMBANTU PENIAGA KECIL SEKIRANYA BERLAKU KESUSAHAN.

MALAH KEBAJIKAN KEPADA GOLONGAN PENGIAT SENI YANG MERUPAKAN RAKYAT JUGA MENDAPAT PEMBELAAN DENGAN PENGUMUMAN RM300 JUTA TABUNG KEBAJIKAN PENGGIAT SENI.

KEPADA PELAJAR - PELAJAR DITAWARKAN BIASISWA NASIONAL KEPADA 30 PELAJAR TERBAIK KE UNIVERSITI TERSOHOR DI DUNIA, MANAKALA PTPTN AKAN JADIKAN PINJAMAN PTPTN KEPADA BIASISWA UNTUK SARJANA MUDA YANG MEMPEROLIHI KELAS PERTAMA, MALAH DISKAUN 50% KTMB, MANAKALA PARA GRADUAN AKAN MENIKMATI PAKEJ NETBOOK DAN BROADBAND YANG HANYA PERLU MEMBAYAR RM50 SEBULAN.

KERAJAAN JUGA MENUMPUKAN SEKTOR PENDIDIKAN SEBANYAK RM30 BILLION DIBERI, ANTARA LAIN RM1.6B MEMBINA 80 SEKOLAH, RM1.1B NAIKTARAF SEKOLAH TERMASUK SABAH DAN SARAWAK.

KERAJAAN LEBIH BERHEMAH BERBELANJA DALAM PEMBERIAN SUBSIDI "VALUE FOR MONEY" SISTEM MY CARD DIPERKENALKAN HANYA UNTUK RAKYAT YANG LAYAK DAN BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA SAJA MENERIMA SUBSIDI MINYAK DAN INI MENEPATI GOLONGAN SASARAN SAJA YANG AKAN MENERIMA SUBSIDI MINYAK DAN INI AKAN DIPERKENALKAN KEPADA PEMBERIAN SUBSIDI LAIN.

RM200 RIBU DIWAJIBKAN KEPADA SETIAP KEMENTERIAN KERAJAAN MEMBUKA TASKA DAN INI MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA IBU - BAPA DIKALANGAN KAKITANGAN AWAM.

CUKAI INDIVIDU DITURUNKAN 1% KEPADA 26% DARI 27% SEBELUM INI MANAKALA PELEPASAN DARI RM8,000 KEPADA RM9,000.

KESELAMATAN KEPADA RAKYAT JUGA DITEKANKAN DENGAN RM3.7BILLION PERUNTUKAN BAGI MENINGKATKAN ANGGOTA KESELAMATAN, RM1.0BILLION UNTUK PDRM, MANAKALA 50 BALAI POLIS BERGERAK DIWUJUDKAN,

KERAJAAN JUGA AKAN MEMBINA 74,000 BUAH RUMAH SEWA KERAJAAN UNTUK YANG BERPENDAPATAN RENDAH DIBINA, MANAKALA RM200 JUTA UNTUK SKIM PERUMAHAN TERBENGKALAI AKAN DILAKSANAKAN YANG SEMUANYA MELIBATKAN RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH.

KESIHATAN UNTUK RAKYAT JUGA DIUTAMAKAN SEJUMLAH RM14.8BILLION UNTUK BINA HOSPITAL. PALING MENARIK 50 BUAH KLINIK 1MALAYSIA AKAN DIBUKA UNTUK RAKYAT BAGI PEMERIKSAAN SAKIT RINGAN.

KEPADA PEKERJA SENDIRI JUGA TIDAK DILUPAKAN, SKIM SIMPANAN PESARA SUKARELA 1MALAYSIA, 50% SETIAP RM100 DISIMPAN AKAN MENDAPAT SUMBANGAN KERAJAAN UNT PEKERJA SENDIRI YG TIADA SKIM PENCEN KENDALIAN KWSP. MANAKALA POTONGAN KWSP DINAIKKAN SEMULA KEPADA 11%

INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR DISUNTIK RM2.3BILLION UNTUK NAIK TARAF INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR TERMASUK SARAWAK DAN SABAH MANAKALA
RM41 JUTA UNTUK MENINGKATKAN ORANG ASLI.

TENTU ADA YANG KECEWA TERUTAMANYA APABILA MENGATAKAN BONUS TIDAK DIBERI TETAPI RAKYAT DIKALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN PERLU JUGA BERKORBAN DALAM KEADAAN NEGARA MENGHADAPI KRISIS KEWANGAN GLOBAL MALAH PERLU JUGA DIFIKIRKAN NASIB PEKERJA SWASTA DAN PENIAGA DAN PEKERJA SENDIRI SELAMA INI TIDAK MENERIMA BONUS DARI MAJIKAN MEREKA, JADI KENAPA TIDAK KITA BERSAMA - SAMA KERAJAAN MENANGGUNG BEBAN DARI KRISIS KALI INI.WALAU BAGAIMANA PUN BERSYUKUR KERANA DS NAJIB MASIH MEMIKIRKAN KAKITANGAN KERAJAAN DENGAN MEMBERI SUMBANGAN KHAS SEBANYAK RM500 MALAH DIPERLUASKAN KEPADA PESARA MENELAN BELANJA RM400 JUTA.

MUNGKIN ADA YANG TAK TAHU BAHAWA PADA SEPTEMBER 2009 CUKAI ROKOK TELAH DINAIK KAN LEBIH AWAL SEBANYAK 0.30 SEN SEKOTAK. MANAKALA HARGA TELUR AYAM DITURUNKAN.

YANG PASTI KERAJAAN TERBUKTI MELAKUKAN SIKAP BERBELANJA SECARA BERHEMAH DANGAN PENGURANGAN PERBELANJAAN 11.02% BERBANDING TAHUN 2009.

2 ulasan:

  1. SALAM..

    BUDGET YANG AMAT IDEAL KETIKA MALAYSIA BARU MENGORAK LANGKAH KELUAR DARI KEMELUT EKONOMI.

    AMAT MESRA RAKYAT..SEJAJAR DENGAN KONSEP RAKYAT DIUTAMAKAN

    1 MALAYSIA...LEBIH AKAN DIREALITIKAN DENGAN ADANYA KLINIK I MALAYSIA...

    LOVE YOU DS..LOVE YOU MALAYSIA..NOTHING LIKE MALAYSIA

    BalasPadam
  2. salam, bro bajet ni akan dinikmati oleh semua rakyat jelata di semua peringkat, maknanya yang ahli PAih,yang ahli PKR, DAP pun tumpang tui dgn bajet yg dibuat...kutuk yeop!!! sapu tetap sapu yeop pastu erkkkk sedawa kenyang, lepas tu sambung kutuk lagi...

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda