Rabu, 18 November 2009

SELAMAT MENDUDUKI SPM DAN STPM 2009


SEPANDUK SEMANGAT UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM DARIPADA DS AHMAD HUSNI HANADZLAH DAN BN PARLIMEN TAMBUN


SEPANDUK BN PARLIMEN TAMBUN DI SIMPANG KG MANJOI IPOH


SEPANDUK BN PARLIMEN TAMBUN DI SIMPANG KG TENGKU HUSSIN IPOH

PENULIS MENGAMBIL KESEMPATAN MERAKAMKAN SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM BAGI TAHUN 2009 MULAI HARI INI HINGGA 16 DISEMBER 2009, DIDOAKAN SEMUA ADIK - ADIK SERAMAI 465,853 ORANG MENDUDUKI SPM MANAKALA 55,635 STPM AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG DAN MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG.

SUDAH TENTU ADIK - ADIK TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN HARAPAN IBU BAPA YANG TERSAYANG DAN SUDAH TENTU IBU BAPA MENDOAKAN DAN MENARUH HARAPAN TINGGI AGAR ANAK - ANAK TERSAYANG AKAN MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DAN SETERUSNYA AKAN MENJEJAKI KAKI HINGGA KE PUNCAK GADING.


INGATLAH ADIK - ADIK ADALAH PELAPIS MASA DEPAN NEGARA, ADIK - ADIK ADALAH ASET NEGARA YANG TAK TERNILAI HARGANYA, MASA DEPAN NEGARA BERGANTUNG KEPADA ASET SUMBER MANUSIA REMAJA YANG BERKUALITI TINGGI MASA KINI YANG AKAN MEWARNAI WARGANEGARA BERMUTU DI MASA HADAPAN.

Ahad, 15 November 2009

ZAID...ZAID... RUPANYA DURI DALAM DAGING ANWAR


kiri : dia ni!!!... tak layak banyak kes. kanan : celaka hang!!!


dari awal lagi dah pegang gambar TOK NIK rupanya...

Anwar sedia pertimbang Nik Aziz terajui PRM

IPOH: Kepemimpinan Pakatan Rakyat bersedia menimbang cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pengerusi gabungan parti pembangkang, Parti Rakyat Malaysia (PRM) selepas didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan oleh Datuk Zaid Ibrahim itu mesti mengikut saluran dalaman parti masing-masing dan menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi Zaid.

Katanya, beliau sudah berbincang perkara itu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan cadangan siapa yang layak menjadi pengerusi Pakatan Rakyat sebagai tidak timbul.

pautan berita harian online 15.11.2009

komen penulis,

"Pandangan peribadi Zaid" itu kata ANWar apabila ditanya oleh wartawan, apa lagi nak dilakonkan, sedangkan semua umat tahu cita - cita ANwar memang tergila - gila nak jadi Perdana Menteri, dalam senario politik demokrasi Malaysia, amalannya Presiden parti yang menang majoriti dalam Pilihanraya akan dilantik menjadi Perdana Menteri, bermakna sudah tentu sekiranya angan - angan mat jenin sekiranya Pakatan Pembangkang kononnya menang Pilihanraya ke 13 kelak maka sudah tentu Presiden Pakatan Pembangkang akan menjadi Perdana Menteri.

Tentu terbakar hangus hati Penasihat PKR ini dengan cadangan dari si katak yang melompat ke dalam PKR ini, tentu selepas ini Zaid akan dicurigai kesetiaannya, malah sudah kedengaran pun ahli - ahli PKR di bawah yang amat marah diatas suara haram jadah dari bekas ahli UMNO ini, maka timbullah sok...sak...sot...set betulkah dia ni PKR atau dia duri dalam daging yang masih berhatikan UMNO yang duduk didalam PKR untuk merosakkan PKR.

Berdasarkan beberapa insiden parah yang berlaku dalam PKR sejak muktahir ini selepas Zaid diberi karpet kuning masuk PKR, ada kebenarannya seperti perletakan jawatan beberapa pemimpin Tertinggi PKR di Sabah dan kontroversi perlantikan Setiausaha PKR baru - baru ini.

Apa pun ANwar dan pimpinan PKR harus mengambil tindakan terhadap mamat kacang lupa kulit ini, di mana perginya akan membawa SIAL kerana sikap dan perangai yang tak pernah bersyukur dan lupa diri, malah mamat ini juga terlupa dia melayu atau apa ke bangsanya hingga terpaksa buat buku bertajuk "SAYA PUN MELAYU".

Kalau UMNO pun sanggup dikhianatinya, parti yang mengkayakan dia, apatah pulak parti yang dulu pernah dimusuhinya yang dia masuk sekarang ini, tak ke "small matter" je untuk si mamat ini hancurkan.

Apapun bagi penulis ucapkan selamat maju jaya pada PKR dengan ada nya ahli seperti ini, malah tahniah pada Nik Aziz diatas namanya naik sebagai calon yang bakal menjadi Presiden Pakatan Pembangkang sekaligus kelak mungkin boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia, SEDANG KAN ADA ORANG SAMPAI TAK TIDUR MALAM BERMIMPIKAN DAH JADI PERDANA MENTERI, itu semua bergantung kepada takdir Allah S.W.T.

Khamis, 12 November 2009

CATATAN SEJARAH!!! DALAM 48 JAM DUA PRESIDEN SERUMPUN KE MALAYSIA


DS Najib bersama Hu Jintao


DS Najib bersama SBY

Tidak kah mencatat sejarah kepimpinan DS Najib dalam masa 48 jam dua tokoh pemimpin besar dunia hadir ke Malaysia, dua negara yang mempunyai sejarah, mempunyai persamaan budaya, mempunyai warna kulit yang sama, mempunyai bahasa yang serupa dengan Malaysia.

China yang kita sedia tahu bahawa sebuah negara yang sedang bergerak pantas untuk mengisi pentas dunia untuk menjadi salah satu gergasi ekonomi dunia, yang menjadi rebutan semua negara maju untuk berbaik - baik bagi memperolihi keuntungan untuk negara masing - masing.

Manakala Indonesia sebuah negara besar dahulu nya dan kini sedang berusaha keras untuk memperbaiki sosio ekonomi nya yang kini sedang menampakkan pemulihan dalam semua sudut sekaligus membuktikan kepada dunia dan rakyat kedua - dua negara bahawa Malaysia - Indonesia berkeluarga dan tiada hak segelintir kecil anasir - anasir tertentu yang cuba untuk memutuskan tali silatulrahim kedua - dua negara yang akrab sejak zaman Tunku dan Sukarno semudahnya untuk dihancurkan.

Pengiktirafan terhadap kepimpinan DS Najib dan Menteri Kabinet oleh negara luar malahan lawatan ini mencatat sejarah yang terbesar yang harus di ingati oleh kesemua rakyat Malaysia. semua ini memerlukan kebijaksanaan kepimpinan negara dalam menyediakan strategi untuk mengikat dengan erat tali hubungan ini dengan berbagai tawaran dan persetujuan diatara kedua - dua negara di putuskan dan dipersetujui, membuktikan hubungan ini hubungan yang kukuh untuk selamanya.

Semua ini dilakukan adalah untuk negara terutamanya untuk rakyat 1Malaysia bagi mempastikan kemakmuran, kesejahteraan rakyat diutamakan, pelaburan yang dipersetujui akan membuka lagi peluang ekonomi seperti yang di tetapkan oleh DS Najib "the new economic strategy" yang meletak kan sasaran untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi setaraf dengan negara maju lain pada tahun 2020 dengan berusaha secara gigih dari sekarang.

Selasa, 3 November 2009

BUKTI CERAMAH AGAMA PAS DI SURAU, ADA TAULIAH KE YEOP!!!!


POSTER 3 TOKOH ULAMAK PENCERAMAH AGAMA PAS

BERDASAR DARIPADA PENDEDAHAN PENULIS BERTAJUK "TRAGEDI PENCERAMAH PAS DIHALAU DARI SURAU!!!" BERTARIKH 1.11.2009 KELMARIN.

PENULIS PAPAR KAN KEMBALI BUKTI CERAMAH AGAMA YANG DILAKUKAN DI BULAN RAMADHAN BARU-BARU INI OLEH

AL FADHIL AL HAJ AL ANGAU TOK GURU NI A JAR, AL SAHIBUL AL SAMAHAH AL PONDAN HAJ TOK GURU HADI AWANG, DAN AL FADHIL AL SAMSENG TOK GURU USTAZ ABU BAKAR.

MENGADAKAN CERAMAH TANPA TAULIAH DI SURAU AL IKHLASIAH DI JALAN PEMIMPIN KG MANJOI BARU IPOH PADA 5 SEPTEMBER 2009.

FIKIR - FIKIR KAN LAH!!!


Ahad, 1 November 2009

TRAGEDI PENCERAMAH PAS DIHALAU DARI SURAU!!!!






LAPORAN POLIS YANG DIBUAT

Tersebut lah Al Kisah seorang Guru Agama yang pertama kali di jemput oleh Jawatankuasa Surau Taman Perpaduan di Ulu Kinta untuk mengajar agama di Surau tersebut, al kisah ini berlaku di bulan Syawal baru - baru ini dimana makmum yang hadir amat terkejut dan terperanjat kerana yang disangka guru agama rupa - rupanya umpama musang berbulu ayam, 5minit saja mukadimah nya membaca beberapa ayat dan hadis selebihnya menghentam UMNO dan BN dengan berbagai - bagai tuduhan dan tempat melepas geram Kerajaan Negeri Perak melepas, sementelah hari tersebut bersamaan dengan PRK Bagan Pinang maka termasuk juga lah Calon BN di Bagan Pinang menjadi mangsa hentaman dan kutukan.

Melihat akan terpesongnya guru agama tersebut yang bukan mengajar agama tetapi berceramah politik, makmum yang hadir lebih kurang 50 orang telah bangun dan memberhentikan syarahan guru tersebut, yang lawak dan mengeli kan hati, guru tersebut boleh berlawan - lawan cakap dengan anak murid dengan nada yang marah dan menepuk-nepuk meja, lagaknya macam surau tu dia yang punya dan makmum yang hadir seperti orang luar yang bertandang, kerana terlalu ramai yang mendesak agar beliau keluar daru Surau tersebut maka al kisah dengan muka tak malu penceramah musang tersebut pun bingkas bangun dan sempat menghembur kata - kata " ana tak akan pijak lagi surau ini" bertambah terkejut lah makmum yang hadir melihat gelagat seorang dianggap guru agama yang juga bertugas sebagai seorang pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Batu Gajah Perak.
Jajarkan ke Tengah
YB DS Ahmad Husni di sambut oleh Jawatankuasa Surau Tmn Perpaduan di Majlis sambutan Aidil Fitri anjuran Surau tersebut 10 Oktober 2009

Justeru dengan tragedi tersebut, Pengerusi dan Jawatankuasa Surau tersebut telah membuat laporan Polis di Balai Polis Tambun dan telah menghantar surat bantahan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk di ambil tindakan. bagi Pengerusi tersebut beliau mendakwa " kita tak peduli mana arah dan idiologi politik mana - mana guru sekali pun, tetapi kita mahu Guru Agama yang dijemput menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan bermoral, bukan menggunakan Surau sebagai platform untuk menghentam mana-mana individu, kerajaan mahupun parti lain, mengajar buat cara mengajar!!!!" ujar Hj Shariff Pengerusi Surau Taman Perpaduan yang baru - baru ini telah diluluskan oleh Ahli Parlimen Tambun, YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah selaku Menteri Kewangan 11 peruntukan RM450,000 pembinaan Surau baru mengantikan Surau lama yang berumur 30 Tahun itu.


YB DS Ahmad Husni berbual dengan Imam - Imam di Majlis Aidil Fitri Surau Taman Perpaduan

Itu lah al kisah musang berbulu ayam puak PAS, kerja dengan Kerajaan, makan gaji kerajaan BN yang bayar, mengajar dalam Surau kerajaan BN yang bina, dapat pulak elaun bayaran oleh Surau, disitu jugalah najis nafsu serakah, nafsu tak bersyukur di sembur mendarat - darat menghentam kerajaan, tangan yang menyuap makan ke mulut mereka di ratah sampai hancur, menggunakan rumah Allah macam menggunakan tandas di rumah mereka.

Nasihat penulis pada semua Surau dan Masjid, berhati - hati lah memilih Guru Agama yang sebenar - benar Guru yang berilmu demi memandu kita kejalan Allah S.W.T, bukan Musang berbulu ayam, atau Pak ketam yang pakai jubah nak ajar anak ketam berjalan lurus.